Haji Hadi menambah:
“Kerajaan BN [juga maksud: UMNO] tidak akan mampu bertahan lebih lama lagi berikutan pelbagai kegagalan yang dibalas oleh Allah akibat kezaliman yang diamalkan oleh mereka selama ini, tetapi tetap masih lagi meneruskan kejahatan tanpa batasan” [rujuk: Suara Keadilian, 16-23 Mac 2010].Saya amat bersetuju apa yang dikatan oleh Haji Hadi itu. Kezaliman UMNO lakukan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam tersangat banyak sehingga rakyat biasa tidak mampu untuk menghitung satu persatu.
Jadi, dipendekkan cerita, marilah kita pandang kiri-kanan, atas-bawah, perhatikan dan berfikir secara matang dan secara jujur dan tanya diri sendiri: Apakah yang UMNO telah lakukan sejak negera ini mencapai kemerdekaan dan diberi kuasa memerintah lebih 52 tahun?
i. Bagaimana kedudukan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi, pelajaran dan status sosialnya, berbanding bangsa-bangsa lain? Bangsa Melayu masih berniaga di tepi-tepi jalan tercemar, di celah-celah bangunan dan dilorong-lorong yang kotor dikelilingi oleh bangunan tinggi tersergam indah dimiliki oleh bangsa bukan Melayu seperti di zaman belum merdeka.Enam persoalan yang dikemukakan kepada pembaca. Jawapan kepada setiap soalan yang dikemukakan itu adalah akibat kezaliman UMNO yang memerintah, parti lain tidak pernah memerintah negara ini melainkan UMNO. Jadi, orang lain tidak boleh dipersalahkan. UMNO wajib dipersalahkan kerana bangsa Melayu semakin mundur berbanding bangsa-bangsa lain dan perkembangan agama Islam di kalangan umat Islam semakin malap. Majlis-majlis ilmu kosong, tetapi tempat-tempat maksiat semakin bertambah dan majlis-majlis hiburan penuh sesak mendapat tempat istemewa di kalangan rakyat jelata.
ii. Siapakah penyebab yang menjadikan kuasa politik orang Melayu semakin terhakis, siapa penyebabnya?
iii. Pembahagian kekayaan dalam Negara ini, bangsa mana yang memperolehi faedah yang lebih besar dan menguasai kekayaan negara dan siapa yang perlu dipertangungjawapkan?
iv. Bangsa mana yang menguasai dan pemilikan hartanah yang berskel besar di bandar-bandar besar di seluruh Malaysia?
v. Kenapa agama Islam sering dihina dan diperlecehkan di dalam Negara ini?
vi. Kenapa umat Islam di dalam negara ini sekarang semakin menjauhi dari Islam. Umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad saw?
Apabila Haji Abdul Hadi berkata kezaliman UMNO menyamai kezaliman Firaun, ia bukan sekadar ucapan politik semata-mata, tetapi ia menjangkau lebih jauh daripada itu. Disebabkan kezaliman UMNOlah majority rakyat menderita dalam keperitan hidup seharian.
Firaun pernah berkata sepertmana Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Wahai kaumku! bukankah kerajaan negeri Mesir ini, aku yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?’ (Az-Zuhruf: 51).Apa kurangnya UMNO, UMNO juga turut berkata sedemikian, tetapi tidak secara langsung seperti Firaun. UMNO lakukan secara tidak langsung melalui tindakan-tindakan yang membawa kepada kezaliman.
Contoh : UMNO menafikan hak rakyat yang bukan UMNO untuk mendapakan kontrak, lesen, permit, peluang-peluang perniagaan disekat, disekat bantuan, pinjaman daripada agensi-agensi kerajaan [baca: rakyat] seperti TEKUN, MARA, Amanah Ikhtiar dan berbagai tabung atau dana yang ditubuhkan untuk membantu peniaga-peniaga UMNO, peniaga-peniaga bukan UMNO dinafikan hak ini.
Cara UMNO mengurus Negara macam harta pesaka makbapak dia bertambah dengan dasar 1Malaysia yang mengelirukan rakyat. Jadi, kerajaan yang ada ini, adalah kerajaan UMNO untuk UMNO, bukan untuk seluruh rakyat yang hidup di dalam negara ini.
Firaun mengubal dan menguatkuasakan undang-undang supaya setiap bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh dan mengubal dan menguatkuasaan yang menghalang kebangkitan rakyat Mesir menentangnya. Tindakan itu diambil kerana dia sudah terpengaruh dengan ahli nujum yang menafsirkan mimpinya.
Firaun bermimpi Mesir terbakar dan penduduknya mati, melainkan kalangan kaum Israel, sedangkan ahli nujum mengatakan kuasa negara itu akan jatuh ke tangan lelaki kaum Israel. Disebabkan khuatir, dia memerintahkan setiap rumah digeledah dan jika mendapati bayi lelaki perlu dibunuh.
UMNO pun macam Firaun juga. Dua kali lima, lima kali dua juga.
Contoh: ISA merupakan undang-undang yang bertentangan dengan keadilan Islam kerana ia boleh menghukum seseorang sekadar syak wasangka sahaja.
UMNO mempertahankannya dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal. Mengurung, menahan dan memenjarakan seorang tanpa dibuktikan apa kesalahan yang ia telah lakukan dan menafikan hak OKT untuk membela diri, memisahkan dengan anak-isteri dan keluarga dalam satu tempoh yang panjang adalah merupakan satu perbuatan yang paling zalim dan tidak bertamadun. Tindakan ini dilihat lebih daripada Firaun. Ia adalah sama dengan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO dengan apa yang pernah lakukan oleh Firaun ke atas rakyat Mesir yang menentangnya.
Firaun mahu terus berkuasa dan UMNO juga mahu terus mengekalkan kuasa memerintah. Firaun guna undang-undang untuk membunuh rakyat yang bengkit menentangnya. UMNO juga gunakan berbagai undang-undang bagi menghalang kebangkitan rakyat.
UMNO gunakan ISA sebagai senjata untuk membunuh musuh-musuh politiknya bagi terus berkuasa. UMNO juga banyak mengubal, meminda dan menguatkuasa undang-undang yang kebanyakannya tidak membawa keuntungkan kepada rakyat, tetapi ia memberi advantage yang luas kepada UMNO kerana UMNO yang membawa, membentang dan meluluskannya di parlimen. Parlimen Malaysia adalah parlimen ‘rubber stam’.
Contoh: Pindaan undang-undang SPR 2003, pindaan paling ganjil tidak mengikut perlembagaan dan ramai rakyat sedar bahawa semua pindaan itu bertujuan untuk membolehkan UMNO terus mengekalkan kuasa. Nyata pada PRU ke-11 2004, UMNO mencapai kemenangan 90 peratus lebih, yang tidak pernah terjadi di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, kecuali di Indonesia ketika Suharto memerintah dan di Filipina ketika Ferdinan Marcos berkuasa dulu.
Sekarang SPR berura-ura lagi untuk meminda semula kawasan pilihan raya dengan membawa kembali lebih ramai pengundi Melayu ke kawasan Melayu [2003 dulu dikeluarkan pengundi Melayu dan dibawa/diramaikan pengundi bukan Melayu ke kawasan Melayu kerana PRU ke-10 1999, ramai pengundi Melayu memberi undi kepada pembangkang dan menolak UMNO] kerana dikatakan orang Melayu sudah kembali menyokong UMNO dan termakan dengan gertakan, ugutan dan ancaman serta putar-belit UMNO tentang bahayanya ketuanan Melayu dan Islam [kita pun tidak faham, bila pula masanya UMNO meletakkan Islam di hadapan]
UMNO menggunakan duit haram untuk pembangunan dalam negera ini kerana pembangunan yang dilakukannya secara terpilih mengikut negeri, daerah, mukim, kawasan dan kampung. Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dinafikan hak untuk projek-projek pembangunan sehinggalah membawa ke kampung-kampung juga turut merasai diskriminasi UMNO.
UMNO yang membentuk kerajaan pusat mengisap darah kerajaan negeri dan darah seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik dengan dikenakan berbagai caj dan berbagai jenis cukai. Duit yang dikutip daripada rakyat bukan UMNO tidak dihalalkan oleh rakyat bukan UMNO hatta satu satu sen pun untuk UMNO berbelanja. UMNO kutip hasil negeri 100 peratus, tetapi dipulangkan kepada negeri tidak sampai 10 peratus.
Disamping itu, UMNO dengan angkoh dan sombong merampas duit hasil royalty minyak rakyat negeri Terangganu dan Kelantan secara haram untuk kepentingan politik Firaunnya. UMNO adalah sebuah kerajan barua lagi Firaun lebih daripada Firaun yang memperalatkan dan memaksa seluruh institusi Negara untuk menyokongnya mempertahankan kuasa. Dengan kuasanya itulah ia dengan mudah dapat mencabuli hak asasi rakyat dan dilindungi oleh agansi kerajaan seperti PDRM, tentera [undi pos], SPRM, SPR, Jabatan Peguam Negara dan mahkamah.
Inilah watak yang ada pada UMNO dan yang ada pada Firaun. Firaun sangat marah kepada golongan yang mengajak manusia membuat kebaikan terutama mengajak manusia kembali menyembah Allah. UMNO juga begitu. Dr.Mohd Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis, bekas Mufti Selangor, Allahyarham Ishak Baharom dan lain-lain para ilmuan dan agamawan ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana mengajak orang ramai berbuat baik dan mengajak manusia taatkan Allah dan taatkan Rasul.
Firaun memaksa seluruh rakyat Mesir menyembahnya yang maha berkuasa, begitu juga UMNO. Memaksa rakyat menyembah UMNO [menyokong dan memberi undi]. Rakyat yang ingkar didera dalam berbagai bentuk sepertimana kita mendengar, membaca dan melihat yang berlaku di kalangan rakyat bukan UMNO khususnya rakyat berbangsa Melayu yang statusnya seolah-olah rakyat kelas tiga. Nasib orang bukan Melayu lebih baik daripada nasib orang Melayu di bawah pemerintahan UMNO selama ini.
Sebagaimana Firman Allah swt yang bermaksud: Firaun begitu marah dengan Musa. Firaun mengumpulkan tukang sihirnya untuk bertanding dengan Nabi Musa as yang didakwanya turut mempunyai ilmu sihir. Selepas menetapkan waktu dan tempat, berangkatlah Firaun beserta tipu helahnya. Musa berkata: "Amat celaka kamu, janganlah kamu mengadakan dusta atas Allah. Mati dibinasakan kamu dengan seksa-Nya. Sungguh rugi orang yang mengadakan dusta itu".
Tukang sihir Firaun pun melemparkan tongkat dan tali mereka terlebih dahulu dan tiba-tiba ia seolah-olah bertukar menjadi seperti ular menjalar akibat disihir. Musa merasa ketakutan melihatkan sihir itu.
Firman Allah swt: "Janganlah engkau takut hai Musa! sesungguhnya engkaulah yang bakal unggul. lemparkanlah tongkat ditangan kananmu itu, nanti akan menelan segala apa buatan mereka itu. Sesungguhnya apa yang mereka kerjakan itu semata-mata tipu daya tukang sihir saja. Dengan cara apa pun, mereka takkan berhasil melakukannya."
Kemudian tukang sihir itu tunduk bersujud kepada Allah SWT sambil berkata: "Telah percaya kami kepada Tuhan yang disembah Harun dan Musa,iaitu Allah swt".
Melihat tukang sihir sudah beriman kepada Nabi Musa as begitu juga isterinya Siti Asiah, maka Firaun bertambah marah dan mengganas hingga isterinya diseksa sampai mati dan orang beriman pun diseksa dengan kejam.
Nabi Musa as beserta orang yang beriman melarikan diri dari Kota Mesir tetapi tetap dikejar Firaun dan bala tenteranya hingga mereka sampai kepantai Laut Merah. keadaan begitu terdesak sekali bagi Nabi Musa kerana sudah dikepung musuh kiri dan kanan manakal laut pula terbentang dihadapan mereka. dalam kebingunan itu Allah SWT Mewahyukan kepadanya supaya memukulkan tongkatnya ke muka laut. laut itu tiba-tiba terbelah menjadi dua dengan satu jalan yang panjang merentang ke seberang.
Firman Allah bermaksud: "Ingatlah ketika Kami belah laut merah untuk meneruskan perjalanan kamu,maka Kami lepaskan kamu dengan selamat dan Kami tenggelamkan keluarga Firaun sedang kamu melihat (terjadinya peristiwa itu). " (Al-Baqarah 50)
Kesimpulannya, tidak ada kuasa yang ada di dunia yang boleh mengalahkan UMNO kerana UMNO seperti Firaun dikatakan adalah seorang lelaki yang cukup sempurna, tampan bergaya, gagah perkasa, kaya raya dan ada karisma. Dia mampu menakutkan musuhnya, dia mempunyai barisan ahli sihir yang handal. Dia mempunyai tubuh badan yang sihat, Dia tidak pernah demam malah tidak pernah bersin pun.
Itulah nikmat yang Allah berikan kepadanya tetapi malangnya Firaun telah menjadi seorang yang Kufur, sombong dan zalim malah mengaku menjadi Tuhan pula. UMNO akan musnah hanya dengan kuasa Allah, bukan kuasa manusia.
-Tun Telana
27 comments:
1.Nak tuduh oghang !gitu gini!firaun la!senang la!sapa pun boleh!budak tadika pun boleh!bughong tiong pun boleh!
2. yang pas kelantan!perintah kelantan berpuluh tahun!apa jasa dia terhadap perkembangan islam!dikelantan dahla!hang habaq sat!
3.Pakat-pakat nak banding dengan puak umno!sapa yang pandai teori!sapa yang pandai praktikalnya!!dalam aspek islamla!
dah terang-terang kerajaan tu zalim ...yg nak sibuk2 dgn kerajaang perpaduang tu buat apa? ...hish tak paham aku aih!
Aku setuju dengan TGHA lantak pi lah puak-puak berkarat umno tu nak kata..nak umpat kelantan ke apa ke...pegi mamposlah dengan karat umno tu.
Hak sokong , bela dan puji umno tu...biaq pilah , depa ni jenis hisup nak makan..bukan makan untuk hidup..
Depa telan habih tak kira apa dah janji perut kenyang.
1.Awat sunyi je!mana puak yang kata nak pi gegaq ganu!nak bagi memo kat agong tu!ala kes munyak tu!
2.Tambah TP!dok belakang sekali la oii!tighu tektik peghang puak yahudi!jeneral dok belakang!lain kali tighu la tektik perang zaman para sahabat!jeneral dok depan!
3.Hampa ni!beghani dlm blog je!tak macam puak taksin di siam tu!!
4.Bukan main semangat lagi puak utagha no!nak joint sama!last sekali sampai ganu!sunyi je!!TP pun entah kemana!buat ceghita lain pulak!sekughang-khughangnya siaqla gambaq gegaq kat ganu tu!pakat-pakat nak tumpang semangat!!!ada ka boleh bilang puak gegaq tu!atau boleh bilang dengan jari tangan je!tak yah buang kasut!nak sambung kigha dengan jaghi kaki!!
Orang yang menjadi penyebab kepada kesemua harubiru yang berlaku keatas rakyat Malaysia masa kini tak lain dan tak bukan ialah Dr. Mahataik sendiri. Beliau telah meliwat undang2 negara ini, beliaulah Raja, beliaulah Hakim, beliaulah polis. Habis jadi cacamarba negara malaysia ni.
Dia sendiri mengaku dia Firaun, jangan kata fitnah sebab dalam TV dia yang sendiri kata, "Yes, they can call me that if they want too", apabila pemberita menanyakan soalan berkaitan nama Firaun. Jadi rakyat malaysia tak lupa macam Mahataik sebab dia angkuh sebagai pemimpin umno kononnya dia kuat, dan sekarang Allah memanjangkan umurnya untuk melihat umno yang zalim pada melayu dan rakyat malaysia akan tersungkur masuk dalam lobang neraka jahanam.
Aku nak kata satu perkara penting ini. Aku berkecuali tak sokong UMNO, PAS atau PKR. tetapi aku rasa PAS lagi sesat dari UMNO, sebab apa:
PAS perjuang keadilan yang batil kerana mengabaikan hak2 asal orang2 dari kepulaun melayu. berbanding dengan pendatang2 yang membanjiri semasa zaman penjajah. PAS lebih berminat nak menang PRU (kejar dunia untuk dunia atau untuk Allah?)dengan menjanji macam2 kepada bukan Melayu tetapi lupakan saudara seagama dari Indonesia, Filipina dan Thailand.
Lebai PAS, aku sebneranya bukan sokong siapa2. Tetapi nak bagi tau kamu semua, pernahkah kamu duk sektika fikir adakah kamu lebai2 PAS berada di landasan benar. Aku bimbang kamu fikir bahawa kamu itu berada jalan lurus tetapi sebaliknya tanpa disedari kamu itu sesat . Ini perkara berbaik2 dengan UMNO, itu kamu keluar pelbagai2 hujah katakan UMNO sesat . Aku takut kamu itu yang sesat, kerana sia2 nanti segala amal jika tak diterima Allah. Aku juga takut diri aku sama2 sesat. sama2 kita doakan kita semua kembali kepada jalan Allah. Yang Haq dan kekal.
Jika kamu berada di jalan benar, aku doakan kejayaaan kamu dunia dan akhirat. jika kamu sesat, aku doakan kamu kembalilah kepada ajaran islam yang sebenarnya. dan juga aku doakan kita semua kejayaaan dunia dan akhirat
Anon 10:23 PM...
Kau demam ke..?
Pehal pulak PAS nak perjuang hak2 orang Thailand, Filipana, Indonesia..?
Negara dorang x de Kerajaan ke..?
Kau ni mesti geng2 pendatang yang baru dapat IC neh..!
Siyal lu bersekongkol dengan BABI..!
Merbok!
Dapatkan maklumat bukan satu hala shj, kena lihat dan baca pandangan banyak pihak
Kelakor...kelakor...kelakor...
Perjuangkan Islam??? Islam mender gok nak diperjuangkan??? cuba khabor gok?
Yang aku nampak perjuangkan diri sendiri ada la...lu org buta ker?
Aku paling benci kalau pemimpin hipokrit.
Kalau UMNO berdamping ngan MCA/MIC..huh..di kapirkan sesuka hati...bila kena atas batang tubuh sendiri berdamping dengan DAP yg lagilah seangkatan Komunis,lagi terang penentangan terhadap ISLAM boleh lah pulak...???
Cuba gok jawab?? ker dok buleh nok risik dah...Parti cam ni aku nak ikut???...Kalau UMNO menipu bagai nak rak melolong, kalau pemimpin PAS menipu, hehehe...jilat jubolah kalau nak bantah...kemam jerlah.
Kat situ dah nampak hipokrit. Makanya tak payahlah nak sibuk2 melalak.Korang kipas PKR tu baik2. Panggil Anuar tu balik..pujuk baik2, Tu kan bakal PM korang nanti. Janganlah nanti bila jadi PM bila tak leh nak jawab soalan cepu mas, terus lari...hahahaha.
Sorry lah penyokong pembangkang hamba tumpang lalu...assalammualaikum.
Anon March 21, 2010 11:09 PM
Siapa dia orang mengkafirkan umno yang berdamping dengan mic dan mca tu???
Siapa nama orang tu???
Bukan ke orang tu dah keluar PAS dan masuk parti lain???
Parti apa ye???
Dah masuk parti baru apa jawatan dia dapat sekarang agaknya yek???
Ehem...
salam utk Jai...
pada awal 80an dulu Jai umur berapa ye...bagaimana haru biru keadaan umat islam ketika itu..bayangkan bila anda bermusafir tiba2 singgah di sebuah masjid utk bersembahyang..terdapat dua jemaah bersembahyang kerana politik...ada dua imam...
amanat siapa ye ketika itu...sekarang lain pulak....itulah kelemahan manusia yg kita tidak sedar....adalah sebahgian kelemahan pada kita...
kapal umno dah nak tenggelam. inilah balasan kerana melakukan kezaliman!
zalim nye UMNO ni..
contoh2 kezaliman UMNO:
1) Umat Islam dianaktirikan, hak beragama, menjalankan ukhuwah islam, menunaikan haji disekat, kutipan zakat tidak diberi, fakir miskin tidak dibela, pemakaian tudung diharamkan..
2) Org Islam tidak mendapat tempat dalm tampuk kuasa, menidakkan hak minoriti, bekalan makanan, pakaian keperluan asas disekat, muslim dibunuh, tidak mendapat keadilan yg wajar, keselamatan rakyat tidak dijamin..
3) hak ekonomi tidak diberi kepada kaum melayu, kemudahan2 infrastruktur hanya utk golongan kaya, wang rakyat dibazirkan utk mengkayakan golongan tertentu, project2 pembangunan tiada, melayu disisihkan dalam pembangunan ekonomi moden,,
4) anak2 melayu tidak mendapat pendidikan tertinggi, tiada pembelaaan, sistem sekolah yg mundur, yg kaya shj diberi keistimewaan menimba ilmu, tiada sekolah dibina/disediakan dikwasan bandar, hak org asli dikikis, murid2 tidak mendapat pendidikan yg secukupnye..
5) Kedudukan raja-raja melayu sbg ketua agama diperlekehkan..sultan diheret ke mahkamah sesuka hati, negara menjadi sekular, komunis..
byk lagi contoh2 kezaliman UMNO ini..hehee...
tima kasih..
anti-firaun..
p/s: kadang2 aku heran, ape kah makna "zalim" pada sudut pemikiran pakatan rakyat ni..
woi bongok, yang zalimnya kerana pemimpin mengamalkan rasuah! orang yang mengamalkan rasuah dilindungi dan mendapatkan sokongan dengan memberi rasuah. hancur negara kalau begini. sistem islam hanya retorik sahaja. podah.........
Salam...
Saya ni nk kate baru x la baru sgt, nk kate lama x la lama sgt tgh2 la...
hati saya terpanggil nk komen isu ni..
pertama skali..saya x menyokong mana2 pihak tapi saya menulis sebagai umum..
cube anda semua berfikir..utk ape kite bertelagah sesama sendiri?sesama islam?DAP dgn MCA ada gaduh x?ada bercanggah pendapat x?x ada kan...tp yg slalu dengar UMNO gaduh ngan PAS, UMNO gaduh ngan PKR...kenapa?kenapa umat islam jd mcm ni? sedangkan agama Agung adalah agama Islam. Nabi Muhammad nabi terakhir yang paling dicintai Allah juga beragama Islam...tp kenapa masyarakat Islam kt negara kite jadi mcm ni?
bukan ke ptt kite semua berasa malu dgn diri kite sendiri...sebelum kite dok mengata, mengutuk sesama Islam cermin diri kite dulu...dah cukup beragama ke kite ni? dh cukup baik ke kite ni? dh ikut ke syariat ISlam? xde dosa ke kite ni?
marila kite renungkan bersama....
wei bangang..kalu da suma UMNO makan rasuah kau report la ape lagi nak tunggu..kalu main cakp sedap mulut org itu ini makan rasuah aku pun boleh..ha skrg aku ckp org PR suma perogol/peliwat tegar, ape ko nak buat?
hang ni sedap mulut ckp org makan rasuah, kalu ade bukti yg kau bangang sgt dok bodoh tu wat pe? PR slalu org no 1 kalu nak cari salah UMNO, takde de nak simpan wat pekasam bukti2 kalu ade nak jatuhkan org BN, tp masalahnye korg ni sedap mulut cakap takde bukti nak tuduh2..kau tau kalu dalam islam hukum org tuduh2 takde bukti ni ape?..
bangang, bodoh, bebal...3B utk PAS for ALL..
utk anon 10.23pm. mana yg lebih utama agama ke bangsa??? adakah nabi muhammad saw perjuangkan bangsanya????
anti-dajjal
AI lah pengancam negara Malaysia. Beliau sepatutnya dikenakan ISA.
Beliau suka bercakap mengenai kerajaan yang corrupt, sistem undang-undang yang berat sebelah, PDRM yang kroni dengan kerajaan, kerajaan mengamalkan dasar perkauman..
Beliau sendiri pun corrupt jugak. dah lah cakap tak serupa bikin. Bukan main nak selamatkan rakyat malaysia. tapi kalau dah di negara2 luar sanggup mengutuk kerajaan sendiri..jenis pemimpin apakah dia ni?
Ni lagi nak sokong? dah la sanggup jaja nama orang lain untuk kepentingan diri.
March 22, 2010 11:08 AM
bukan ke ptt kite semua berasa malu dgn diri kite sendiri...sebelum kite dok mengata, mengutuk sesama Islam cermin diri kite dulu...dah cukup beragama ke kite ni? dh cukup baik ke kite ni? dh ikut ke syariat ISlam? xde dosa ke kite ni?
marila kite renungkan bersama....
-----------------------------------
kalu mcm ni bila nampak benda yg x elok dibuat oleh pemimpin yg bragama islam kita kena biarkan je lar... singkat juga ko ni..
anti-dajjal
Ni bangang punya ulasan si TP@Tagih Pungkuq..dia kata pemerintahan umno seperti pemerintahan firaun tetapi dia sendiri bagi ulasan yang takde kena mengena dari segi pemerintahan kedua2nya..sudah laa ngok oii kalau takde isu baik dok diam je..
Ko kata apa yang dilakukan oleh umno sejak 50 tahun merintah..kalau ko tak nampak bermakna tambah bangang la ko..aku lak nak tanya balik kat ko apa yang dilakukan oleh nik ajis setelah 20 tahun memerintah kelantan..cuba ko bagitau..kata memerintah berlandaskan islam tapi ko lihat lah kat wakaf che yeh tu...betina ngan jantan dok berlannggar dada dan bontok..ngape tak asingkan..dok sibuk kata kelantan telah pesat membangun..masuk la kat jambatan yahya putra tu..punya laa terok taksiap2 lagi ke..tu lambang kemajuan kelantan TESCO lum bukak lagi ke..masuk je kat pasar khatijah puhhh...punya laa wangi dan bersih..betul2 laa kelantan dibawah nik ajis ni memerintah berlandaskan agama islam..mengisi tembolok anak menantu dan kroni dengan kekayaan cuma berlandaskan dia sendiri menipu penglihatan penyokong bangang pas dengan cara kehidupan dia yang sederhana...
tapi lagi hebat pemimpin umno. siap langgan gro kat pub...itu kes 2-3 tahun lpas. ko masih ingat lg anak lenggong??
kelantan selalu dpt peruntukan yg paling rendah tp hutang dgn kerajaan pusat x pernah culas ni kategori amanah dan skrg dari negeri trmiskin dh jd antara negeri yg progresif. cuma nak tanya sabah selalu dpt peruntukkan yg tinggi siap dgn royalti minyak lg tp masih negeri trmiskin..sape yg perintah kat sana..parti komponen bn mana yg perintah tu...
mcm biase la, takrif or definisi "zalim" ikut PAS adalah suma menda yg BN buat..
Kafir tu UMNO, DAP itu khalifah = ini PAS jugk kasik tag ni..
Kerajaan BN =kerajaan Firaun..sudah lupa yg di sendiri nak UG ngan firaun ni..
aku rase la kan, anak2 org PAS ni dizalimi mcm pelarian2 somalia tu kot?
anti-firaun
p/s: abih firaun2 kecil yg Zul cakp tu sape plak? takde pun dia mention org UMNO/BN..kalu firaun2 kecil dalam PR, so bapak firaun yg tang mane plak? yg lari pegi london tu ke?
ahahahahah
nko semua tak faham ke kalau umno dah memperkudakan badan kehakiman, pdrm, spr, sprm dan jabatan kerajaan yang lain untuk kepentingan politik mereka, itulah zalim namanya! orang umno ni tak ingat mati, mereka kata mereka tak akan dihisab dipadang masyar sebab pada mereka umno yang syumul!
pirah..................
memperkudakan agama utk tujuan kuasa dan politik sempit hatta bekerjasama ngan kafir yg terang2 menolak islam lagi zalim..
penolakan perpaduan melayu dan islam adalah salah satu kezaliman jugk, sbb bangsa melayu dan islam sepatutnye tidak berpecah belah..kerana Tuhan yg disembah adalah satu,yakni ALLAH..no other GOd than ALLAH..
itu lagi kezaliman terhadap agama, bukan shj di Malaysia, walhal diseluruh dunia..
anwar yg mengatakan BN memperkudakan badan kehakiman, polis and SPRM..mcm aku katakan td, ade bukti bawk la mahkamah..lawyer ade dua2 blah pihak, rakyat menilai, kalu jelas elemen ketidakadilan, mudah je nak detect..jgn la syok sendiri kalu keputusan tak berpihak, kata hakim bias, kalu berpihak, inilah kebenaran..proses mahkamah lebih teliti dari pemikiran ikut asal logik kau tu je..
anti-firaun..
Sekarang sedang berlangsung Sidang Parlimen. Aku nak tanya ahli parlimen pas, sekiranya kalian pendokong untuk penubuhan negara islam tapi ngape sampai hari ini konon nya kalian mendapat sokongan rakyat kalian masih lagi tak bentangkan di parlimen cita-cita kamu melaksanakan hudud dan penubuhan negara islam ?
Mengapa terus di dibangangkan pengikut setia pas disetiap ceramah mengatakan pas berjuang untuk sebuah negara islam tetapi dikala puak ko mendapat sokongan yang ramai diparlimen maseh lagi dok diam..buat lah syor untuk pembentangannya..tu pun kalau ada teluq ..Pas dan gengnya dah ada 80 kursi diparlimen pun maseh lagi tak nak bentangkan ke…ataupun islam pada pas hanya sebagai kiasan saja.
Memang kita akui jika pembentangan itu dilakukan pas dan pakatan tidak akan mendapat majoriti 2/3 tetapi sebagai pejuang anak Jantan yang ada teluq mereka wajib untuk table/bentangkan isu sewaktu parlimen sedang bersidang, bukannya di pentas ceramah ditepi longkang sahaja.
Mana pergi suara wali selipar,hj hadi,mahfuz,salahudin,hatta,dr syed azman,kalid gereja dan zulkifli ahmad ? kenapa aku sebut nama2 ini ? pasal sepanjang tempoh 1999 hingga 2004 nama-nama inilah yang menjadi ikon ceritera negera islam dan hudud pas ! tolak kalid gereja la,pasal sekarang dia dah jadi suara kristusdaily dalam saf pimpinan pas..
Ini lagi sorang tengah meroyan. PAS tak bentang ke? Yang terpampang dalam surat khabar taun 2003 dulu apa cerita. Terang-terang kerajaan pusat tak mahu tanggungjawap, polis tak tidak mahu beri kerjasama. Apa kau bebelkan ni...
Aku ada satu kisah umno ni zalim. Nak beri bantuan rumah PPRT pada orang kampung...kalau didapati dia mengundi PR bantuan tidak akan diberikan...macam mana nak tau orang tu undi PR ke tak melalui nombor IC...orang umno sendiri bagitau...orang umno ialah tu sepupu aku.
Nak nafi apalagi umno ni tak zalim. Jangan nak membebel macam rakyat ni bodoh tak nampak apa yang umno buat.
Kata undi tu rahsia tapi boleh pulak kesan undi siapa...
Kalau nak tau umno tu sesat atau sebaliknya, pegi masjid dan perhatikan. Adakah jemaah umno pegi sembahyang jemaah? Aku rasa takde kot? Jangan tanya aku soalan bodoh macam orang umno yang bodoh tu, mane aku tahu yang jemaah tu Pas ke umno?
Kalau orang tu bijak dia mesti tahu yang mana orang Pas dan umno. Tentulah sebab duduk dalam satu kariah. Pada pandangan aku Umno yang sesat lagi menyesatkan, dahlah jemaahnya tak datang sembahyang jemaah, sorry jangan bagi alasan bodoh orang umno sembahyang di rumah pula, yang aku tahu dia orang banyak beribadat di Pub dan Karaoke.
Juga jangan bagi alasan bodoh sebab bila dah banyak duit puak melayu bodoh ni semua memang dah dipimpin oleh Syaitan.
Post a Comment