"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 18, 2010

Apabila “Lawyer Cabuk” Mentafsir Perlembagaan PAS

Antara topik hangat yang diperbincangkan dengan SU Agung baru-baru ini adalah topik "Loci Standi". Dalam bahasa Melayu secara mudahnya bererti "Hak untuk Melapor".

Mengikut Cikgu Pa, beberapa ahli Dewan Harian mengambil sikap bahawa ahli biasa tidak mempunyai hak untuk membuat aduan secara terus. Semuanya mesti melalui Kawasan dan Cawangan.

Di sini saya ingin meminta maaf kepada YB Salahuddin dan SU Agung kerana saya agak emosional sikit. Sebenarnya saya bukan marah pada Cikgu Pa dan YB salahuddin. Saya marah kepada beberapa orang "Lawyer Cabuk" yang telah memberi nasihat guaman yang songsang kepada ahli2 Dewan Harian PAS Pusat.

Itu juga tujuan saya untuk mengambil khidmat guaman dari orang-orang yang mahir dalam undang-undang supaya PAS boleh dapat khidmat guaman yang berkualiti dengan percuma dalam isu ini.

Antara tulisan-tulisan "lawyer cabuk" berkaitan dengan topik “hak melapor” ini boleh dibaca di akhir artikel ini atau klik di sini.

PENERANGAN RINGKAS HUJJAH LAWYER2 CABUK

Hujjah mereka secara ringkasnya:
a. Fasal 75(2) Perlembagaan PAS menyatakan Perhubungan2 Negeri, Kawasan 2, Cawangan2 dan Dewan2 boleh melaporkan kes disiplin pada SU Agung dan mereka wajib menubuhkan JK Disiplin di peringkat mereka.

b. Dengan kata lain, ahli biasa tidak boleh membuat laporan secara terus.
SOALAN-SOALAN PADA LAWYER CABUK

Biar saya senaraikan beberapa soalan yang akan menimbulkan dilemma pada lawyer2 cabuk ini:
a> Dimanakah disebut dalam Fasal 75(2) itu bahawa DEWAN HARIAN PERHUBUNGAN NEGERI berhak melapor kes disiplin pada SU Agung? Khalid Samad dilapor dan didapati bersalah atas aduan DEWAN HARIAN PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR dan bukannnya aduan dari PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR?

b> Saya tak nampak mana-mana dalam Fasal 75(2) yang MENGHALANG ahli biasa melapor kepada SU Agung? Ada ke tak?

c> Aduan pada Hasan Ali pun dibuat oleh Presiden PAS sahaja. Sah ke tidak?

d> Mengikut Zainul Faqar - Sekiranya diterima penjelasan Peguam Abang Ahmad tersebut, seperti bertentangan dengan ajaran Islam, hak asasi manusia, keadilan hak menurut undang-undang sivil seperti yang dijamin dalam
Perlembagaan Persekutuan [rujuk Perkara 8 (1) hingga (5)].
Sekiranya lawyer2 cabuk PAS ini dapat menjawab soalan-soalan di atas, saya sendiri akan menarik balik gelaran lawyer cabuk kepada mereka.

Sekiranya mereka gagal menjawab, maka secara otomatik lawyer2 cabuk ini telah membuat “bidaah” dalam PAS.

SYUKUR CIKGU PA DAN DEWAN HARIAN BERFIKIRAN TERBUKA

Walaupun Dewan Harian telah mendapat nasihat yang songsang dari beberapa lawyer cabuk, namun syukur nasihat ni tidak digunakan.

Cikgu Pa beritahu mereka tetap mahu mendegar sendiri dari saya dan Abdullah Karim terhadap aduan2 kami.

Syukur Dewan Harian PAS tidak tertipu dengan nasihat lawyer2 cabuk ini.

Tulang Besi

1 comment:

Anonymous said...

korang dah baca http://tulangbesi.wordpress.com ke belum?