"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, April 20, 2010

Minum Arak: Hisham Minta Jangan Kaitkan UMNO

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.

Beliau yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh Umno dalang disebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya Umno.

"Dulu mereka gunakan maklumat-maklumat di dalam blog untuk mengiakan tuduhan dan hujah mereka terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN). Pada masa tu kita tidak pula suruh mereka membuktikannya.

"Nak suruh kita buktikan memang tak masuk akal kerana bukan kita yang tuduh macam tu. Kenapa dia nak takut dan gelabah sangat kalau ia tak benar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran pemimpin PKR agar Umno membuktikan tuduhan di dalam blog tersebut.
Pada saya, ini adalah 1-1nya perkara dan tindakan yang paling bijak yang pernah dilakukan oleh Hishamudin Tun Hussin dan saya tahu sebab musababnya apabila Hisham mengeluarkan kenyataan sedemikian dan dari awal lagi saya telah duga perkara ini akan dilakukan oleh UMNO.

Dalam tangan saya terdapat lebih dari 15 nama tokoh-tokoh UMNO yang sebahagiannya memegang jawatan Menteri. mereka-mereka ini bukan sahaja aktif didalam Politik, malah aktif juga dalam Party-Party sosial di kelab-kelab mewah sekitar Malaysia, Singapore, Thailand, Bali dan juga beberapa Negara Luar.

Aktiviti mereka diKelab-kelab tersebut..? tak kanlah minum-minum Kopi..? saya bukan sahaja ada senarai nama-nama mereka, malah saya juga ada senarai minuman kegemaran mereka, Whiskey jenis apa, Brandy jenis apa, Vodka jenis apa, White Wine jenama apa, Red Whine Jenama apa, Cocktail jenis apa malah gelas apa yang mereka gunakan untuk "minum-minum" pun kita tahu...

Puak-puak Cyberuk UMNO pun bukan tak kenal Highball glass, Poco Grande, Cocktail, Shooter, Rock Glass, Caraft dsb... nak aku sebut..?

Semua tu kita ada maklumat lengkap... jadi ada baiknya jugak bila Hisham minta jangan kaitkan UMNO dengan isu minum arak sebab kalau cuba bermain jugak dengan api, dalam Pakatan Rakyat, hanya Zaid Ibrahim yang menerima kesannya tapi kalau dibuka keseluruhan cerita, bukan seorang... malah berorang-orang pimpinan tertinggi dan kabinet UMNO yang akan mendapat malu dan terpaksa bertaubat nasuha.

Maklumat yang kami ada bukan sekadar maklumat cap ayam, pimpinan UMNO seeloknya boleh mula bercuriga dengan para Bar Tender-Bar Tender dan juga Waiter & Waiteres di Kelab-Kelab yang menjadi sarang togakkan korang. mereka-mereka ini menyalurkan maklumat yang cukup lengkap pada kami.

Jenguk-jenguk dalam stor Custody, berapa banyak lagi stok yang ada. bukan sekadar maklumat, malah gambar pun kami ada.

Blogger UMNO yang bukan main lancang memainkan isu arak pasti menyesal kalau kami siarkan semuanya. kamu boleh lihat siapa yang lebih gagap waktu itu, Khalid MB Selangor atau pimpinan UMNO yang kamu sembah.

Bab judi haram..? lumba kuda..? pun sama juga... Orang-orang kuat Zaid Ibrahim ketika didalam UMNO dahulu, sampai sekarang masih bersama dengan Zaid sebaik saja Zaid menyertai PKR. kami tidak risau tentang maklumat.

Sebab itu Zaid sendiri tidak hairan kalau UMNO/BN menyerangnya tanpa henti sepanjang tempoh kempen. Zaid datang dari UMNO/BN dan kini bersama Pakatan Rakyat.

Buat geng-geng UMNO/BN, jangan salah cucuk... kamu cuma tahu serba sedikit mengenai 1 (satu) individu sahaja isitu Zaid Ibrahim, tapi kami disini tahu banyak perkara mengenai "RAMAI PIMPINAN UMNO".

Jangan sampai kami bongkar, dan kamu yang menerima akibatnya.

p/s - untuk PRU-13 nanti, elok UMNO/BN tapis betul-betul calon-calon kamu nanti sebab kami ada BANYAK bahan disini untuk kami hidangkan kepada SELURUH PENGUNDI NANTI.

9 comments:

mankeldai said...

pemimpin umno-apco nak menasihat anak buah tetapi tak mengaku yang dia berak tengah jalan!

Anonymous said...

gua minum todi dengan Sami vellu apalu susah..itu todi samsu lagi baik.. Ya itu mabuk juga bagus, itu kepala pusing pusing yam se yam se gua dengan chua soi lek... sekarang boleh buat orgy pulak beb.. mana puteri umno ekk ekkk ekkk ekkk

drjohn said...

Gua suka sama lu beb.. Kasi taruk sama diaorang.

Anonymous said...

sudah aibkan orang tak mengaku cilako punya umngok cakap putar belit macam lidah bercabang

tuan komrad said...

"jangan besarkan isu arak..saya tak suka..susahla saya nanti kena nyoruk-nyuruk nak tonggang sambil ditemani oleh dot..dot dot....auwww,tak suka tau,"

hahahahahahahahahah

Aku said...

hahaha, syabas TB!!

salah serang orang da diorng ni, sekali serang, ada seribu blogger PR g bantai diorng...

Tinta Hitam said...

Zaid mmg minum pernah minum arak.Masa dlm UMNO dulu,faham.Skf dia dah tak UMNO.jadi tak minum arak.Jadi minum arak=UMNO.Tak minum arak=keluar dari UMNO..

Sapa yg enggan minum arak jgn masuk UMNO

Anonymous said...

Betul le tu, apapun jangan kaitkan dengan parti. DSH betul dalam hal ini. Rosak umno kerana blogger2 yg mengaitkan umno dalam isu sebegini. Walau apa pun yang berlaku, KETUANAN MELAYU mesti di pegang. Aku suka PR tp hakikat diluar korang tgk le macamana bangsa lain melayan bangsa melayu, jadi kuli aje. kesian.

SayangUMNO said...

Blogger blogger itu adalah cybertrooper upahan UMNO, Meraka bertugss untuk membelasah bloggers PR yang hebat-hebat dan bijak.

Namun mereka pilih blogger yang dungu dan bodoh, sebab yang pandai dan bijak tak nak bersengkongol dengan UMNO....

Semudah 'doctored' gambar pun tak pandai...Lain kali buatlah yang canggih sikit dan jangan ambil gambar yang pernah disiarkan...orang yang pernah access internet pun tak percaya...
Kan strategi dah makan tuan...

Kesian Hisham jenoh nak menafikan penglibatan tapi orang tak caya...

Begitu juga cerita APCO di Parlimen, tiba-tiba nak rujukkan Anwar kepada Select Committee, kan nampak bodoh punya kerja...

Kalau Anwar dihukum kan itu akan mengesahkan lagi apa yang diceritakan oleh Anwar....

Sehebat APCO sebagai penasihat rupanya bodoh juga...