"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, April 28, 2010

PENDIRIAN GAMIS BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID

Reactions: 
PENDIRIAN DAN KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID

Pendahuluan

Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.

Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.

Pendirian GAMIS:

Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian:

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan walaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana yang masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam dan meragut nyawa. Kemungkinan dari kes ini akan menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat dan terancam walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan sesuatu isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan, bahkan masih ada yang belum dapat diselesaikan sehingga kini. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid ini, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.

Penutup

GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.

5 comments:

Terfikir said...

Apa yang aku tahu:
Anggota polis perlu melepaskan tembakan amaran iaitu menembak ke udara terlebih dahulu sebelum menembak sasaran penjenayah.
Tapi kalau aku sebagai polis, buat apa nak tembak ke udara sebagai amaran. Sapa tahu kalau aku tembak dua-dua das ke arah penjenayah sebab gelap gelita.

Anonymous said...

Pihak polis boleh mengeluarkan berbagai alasan untuk menutup kesalahan mereka melakukan jenayah ketika bertugas.

Peguam Negara juga akan menggunakan apa jua akta untuk melindungi kakitangan kerajaan daripada dilihat bersalah.

Pekara seperti itu bukannya pekara baru dan terpencil. Cuma kita saja yang tidak mahu ambil tahu.

Sebenarnya dalam kes jenayah seperti itu... yang bersalah adalah rakyat kerana membiarkan kerajaan BN dan polisnya melakukan pelbagai jenayah tanpa ada teguran dan bantahan.

Polis lakukan jenayah... biarkan... biarkan... Pemimpin UMNO bersubahat dengan APCO... biarkan... biarkan...

Jeritlah dengan sumpah seranah apa saja dan jeritlah dimana suka, kes ini akan dipermainkan sehingga ia menjadi senda-gurau seperti kes kurgan, Teoh Beng Hock.

Selagi UMNO dan Barisan Nasional memerintah, jangan salahkan polis, sprm, peguam negara bila mereka melakukan jenayah kerana pekara seperti itu akan terus berlaku dan jika mereka diadili dimahkamah pun mereka sebenarnya tidak bersalah.

Lihatlah berapa ramai pemimpin BN yang bebas dari pelbagai tuduhan. Bagus kan jadi penjenayah dalam kerajaan UMNO pasti selamat..?

Agak-agaknya Kurgan dan Teoh Beng Hock sedang buat apa dalam kuburnya..?

Anonymous said...

kes ni aku rasa ALLAH nak tunjukan sesuatu......

kita tunggu dan lihat apa yg akan meletup lepas ni....ezam mohd noor jadi senator....benda ni jadi sat saja lepas prk hulu selangor....org perancis mai nak siasat pasai kes komisen kapal selam...aku rasa macam ada satu benda tak elok nak jadi ni....

woi...jom sembahyang sunat tolak bala...

niat...sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana allah taala.sembahyang sunat dua rakaat dan waktu doa lepas solat mintak doa tolak bala...senang jer...

aku rasa macam ALLAH NAK TURUN BALA DAH....

bond permatang pauh

polis adalah hak kerajaan yang berpolitik said...

Walaupun budak tu salah memandu tanpa lesen, arwah tak sepatutnya menerima hukum dengan cara begini.

Hanya dengan MENGESYAKI dia seorang pejenayah dan BELUM PASTI samada dia benar-benar seorang penjenayah dengan menembak kearah kepala adalah satu kesilapan yang amat BESAR dan mungkin boleh dikategorikan KESALAHAN YANG AMAT BESAR.

Sesiapa pun yang melakukan kesalahan akan pasti berada didalam tidak keruan hatta samseng atau penjenayah sekalipun secara otomatik akan mengelabah tambahan pula budak yang baru berumur 15 tahun.

Tidak kira samada ianya penjenayah atau pun tidak sepatutnya mangsa tidak boleh ditembak dari arah belakang kerana POLIS belum dapat pasti identiti pesalah KECUALI dia memberi serang balas dengan bersenjata.

Perkara ini sudah pasti akan dapat banyak spekulasi atau perbalahan tentang cubaan dipolitikan isu ini bukan lagi jadi satu perkara yang asing kerana isu ini sememangnya memerlukan campur tangan ahli politik supaya keluarga mangsa mendapat pembelaan yang setimpal dan yang PALING UTAMA SEKALI PERKARA SEPERTI INI TIDAK BERULANG LAGI. Itulah yang paling utama.

Jadi tidak salah isu ini dipolitikan kerana tanpa campur tangan ahli politik berkemungkinan besar kecuaian seperti ini pasti akan berlaku lagi.

merbok said...

polis kan raja di malaysia..PRDM