"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, April 22, 2010

Perutusan Mursyidul Am PAS Untuk Pengundi Hulu Selangor


Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera.

Firman Allah SWT (al-An'am 6:162),

Maksudnya, "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman.
Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya.

Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.
Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti.

Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , "sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat."

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa. Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah "sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi 'alami)." Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati. Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.

Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat. Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.

Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu.

Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno.

Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi.
Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi.

Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?

Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian. Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi.

Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat. Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa 'apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.' Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip 'sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.' Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.

Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular. Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian.

(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.

Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS. Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, 'royalti' ditukar kepada 'ihsan' dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.
Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.

Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),

Bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai ."

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.

Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor. Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi.

Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

"Harapan Baru Malaysia"


*** PAS UNTUK SEMUA ***

Sekian.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS

-Blog Tok Guru

19 comments:

matkambing said...

alhamdulillah, kebenaran telah teserlah akhirnya! kemana menghilang cybertrooper umno-apco?

joostspring said...

kl gitu pas dan nik ajis pun sama2 menangung dosa di selangor....pusat judi,arak di selangor xditutup bila pr menang di selangor...

nik ajis bleh tutup semua tu mse amik alih kelate dr umno...knp kalid xbleh buat???

cari kebenaran said...

Takbir!

FAKTA BUKAN AUTA said...

FAKTA MENARIK:

ONE ISRAEL = PAKATAN RAKYAT

Tahukah anda bhw konsep One Israel diilhamkan oleh Presiden Ehud Barak dlm kempen pilihanraya kebangsaan Israel (Kneset election) tahun 1999. Konsep one Israel adalah berdasarkan 'coalition agreement' (PERSETUJUAN PAKATAN) diantara 3 PARTI UTAMA ISRAEL ketika iaitu

1) LABOR PARTY
Sebuah parti Demokratik Sosial yg cenderung dgn kepentingan kuasa Zionis

2) GESHER
Pegerakan Kebangsaan Sosial. Parti yg memperjuangkan dan mengerakkan kepentingn Rakyat

3) MEIMAD
Parti berhaluan kiri yg memperjuangkan kesucian Agama Zionis (left-wing religious Zionist political party) yg ditubuhkan Rabbi Yehuda Amital.

Ketiga-tiga parti ini telah bertanding di kawasan masing2 (bukan digabungkn di dlm sebuah parti) dgn terikat dgn satu perikatan (alliance) untuk memerintah bersama sekiranya menang didlm pilihanraya tahun 1999.

Jadi para pembaca sekalian apakah persamaan antara 3 parti Israel ini dengan sebuah pakatan tg hampir serupa dgn negara kita?

LABOR PARTY = DAP

GESHER = PKR

MEIMAD = PAS

Perkara ini bukanlah direka-reka tetapi ianya adalah fakta yg berasas sama sekali sila klik link di bawah utk mengetahui mklumat lebih lanjut mengenai konsep One Israel

http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel

Jadi mohon kebikjasanaan saudara/saudari semua adakah releven kita mengaitkan konsep 1 Malaysia bersamaan konsep One Israel? Harap pembaca semua sudah memahami dgn konsep One Israel yg sebenarnya adalah lebih hampir dgn konsep Pakatan Rakyat!

Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan Adil. Sekiranya ianya kebetulan ambilkan iktibar tetapi sekiranya ianya benar dikaitkan kita boleh tahu siapa tuan punya idea yg nak pakai konsep One Israel nih he.. wallahualam

Salam 1 Malaysia.

storm62 said...

Rasmi, gabungan 4 parti untuk Pakatan Rakyat...PAS, PKR, DAP dan SNAP.

Tahniah kpd SNAP kerana sudi bergabung dgn PR...hancus BN...kah kah kah.

MP BN yg sebut itu pagi tadi diarah tarik balik kenyataan itu....kah kah kah.

fakta:
11.44am: Abdul Rahman kemudiannya menarik balik kenyataannya atas arahan Wan Junaidi.

Beliau mempertahankan konsep 1Malaysia dan berkata beliau hairan mengapa pembangkang menolak konsep yang baik itu.

11.43am: Wan Junaidi mencelah dan Abdul Rahman mengulangi dakwaanya bahawa One Israel “hampir menyerupai Pakatan Rakyat”.

MP pembangkang terus menuntut beliau “tarik balik".

kah kah kah...pencacai2 APNO Yahudi nak buat AUTA kat sini...kah kah kah...melayu APNO champion AUTA.

storm62 said...

Terbukti puak APNO rejim ganas yahudi nak buat kelentong kat sini lagi....kah kah kah

kesian, FAKTA BUKAN AUTA, ...kah kah kah...jelas nampaknya AUTA ko.

1Israel=1Malaysia=1Indon....APCO

Anonymous said...

One Israel samo dongan Pakatan Rakyat???

wakakakakakaakakaka

janji Pakatan Rakyat tak langgan APCO.. wakakakkakaa

popegomo.blogspot.com

pondodahan kemurtadan PAPA GOMO!

nuar berahim umat Muhamad ke x??nabi xngaku umat org meliwat. said...

hahahaha...sian bdk2 pr ni..dahla kne tpu dgn rpk psl kes degree p.kamal...rpk tel universiti tu tnye p.kamal penh g klas ke x..pastu bdk2 pr yg bodo2 belaka ni pon percaya...hahaha..iq korang cam budak tadika...hahhaha...tp seswai la dgn pr tu..paktan haram yg kekal haram selamanya...bile korang nk daftar n jd halal woi...xpe2..zaid berahim suke mende2 haram ni..anwar berahim n khalid berahim..sm2 suke mende haram..zaid ske arak n judi..nuar suke fitnah n liwat..khalid suke rumah urut..dr 200 zamn bn jd 4000 zamn pr..hahaha..
hidup pakatan haram..hahaha..
"nuar berahim tu umat nabi muhamad ke sbb nabi xngaku umat org yg liwat2 ni"...hahaha.

pakatan rakyat haram selamanya said...

aku ade tagline baru utk pakatan rakyat:-

-PAKATAN RAKYAT HARAM SELAMANYA-

PERGH..MENARIK LA PLAK..MLM NI KORANG BG IDEA NI KT NUAR BRAHIM..FAKTA MENARIK..JENTERA PKR LUMPUH UTK BERKEMPEN..HARAPKN PAS AMBIL ALIH..SIAN PAS..JD PENCACAI PARTI KELENTONG RAKYAT JE..DAP BUAT APE..OOO..DAP TUAN BESAR..DIE BG ARAHAN DR ATS..HAHAHA..PAS2..APELA NASIB KO DUK BWH N.AJIS NI.

Anonymous said...

wakaka yang kato tu nampak ko anwar ibrahim kono liwat..dah tanyo saiful dah??? wakakakakakaka...heran yo..mangso liwat punyo omak..tak kato apo pun..tak ponah di interview..malu ko..sobab tau pokaro yang sebona.. wakakakaka

Hidup DSAI ! said...

Saksikan video ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sokongan padu oleh kaum India!

http://www.youtube.com/watch?v=FcN6XMU8UGw&feature=player_embedded#!

HIDUP PAKATAN RAKYAT! DEMI KEBAJIKAN RAKYAT!

pakatan haram boleh jahanam said...

hahaha..jijik aku nk bersm kaki liwat yg nabi xngaku umat ni..amk klate plak kuar parti..cabang pkr hs bakal bubar...kah kah kah..klaka la parti badut ni..buang ms undi pkr..nnti sume pakat2 lompat..tinggal bateri 3A yg semakin lemah..hahahaha..g jahanam dgn PR.

FaridShah said...

Pegi Jahanam UMNO !

Anonymous said...

Tahniah la Tok Bulu,
Pembela kepada kaki mabuk dan taik judi. Yo la kan, tok bulu la ni bukan molek dah pun. Sejak dapat kek Black Forest Fruit dari Al-Menantunya... sume jadi baik belaka. Jadi, ambo up lagi tiket ka'shurga untuk zaid "The Drunken Frog" Ibrahim. TQ..TQ..TQ..

Anonymous said...

Orang dah doakan kita pun syukur dah .. nko sumpah pulak org yg doakan kebaikan dan kebajikan engkau ..mmg geng kaum jahilliah .. @ Geng KJ

Anonymous said...

Pok ajis ni ok, kiri dan kanan dia ceh kelentonng.. tak bagi pok ajis baca blog, utusan melayu.. kena spin

Anonymous said...

PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!
PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!
PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!
PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!
PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!
PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!
PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!
PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!

Anonymous said...

PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!
PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!
PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!
PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!
PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!
PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL!!!!!

TAKE BEER!!!!TAKE TODI!!!!TAKE JACK DANIEL!!!!


PS: TGH TUNGGU SAUDARA TOPENG BERUK N THE GENGS NAK KOMEN APE PASAL NIE.DIA NI TAU HENTAM UMNO,BN JE..KALAU PARTI KESAYANGAN DIA PUNYE ISU DIA BUAT SENYAP,TU TANDANYE DIA NI TAKDE TELOQ,DAH BG HANJING MAKAN KOT!!!!

Anak Lenggong said...

Citt si Poji ni putar beli cakap Tok Ajis nyanyuk tu pulak bukan ke dia cakap cam ni:

Mu kalo nak jadi calon kawe ambo mesti ada perangee camni:

Calon pemimpin Pakatan Rakyat mestilah mempunyai "track record" sebagai peminum arak. Kalau dah "sedar diri", bertaubat. Kemudian selepas menang pilihanraya, boleh minum balik! Take beerrr..!!!

1.Calon pemimpin Pakatan Rakyat seboleh-bolehnya haruslah memiliki seekor "kuda". ataupun beli tiket yang ada gambar kuda"!

2.Mesti menyokong sebarang usaha untuk me"murtad"kan muslimin dan muslimat di Malaysia serta berfahaman liberal.

3.Calon DUN atau MP Pakatan Rakyat haruslah membenarkan kalimah "Allah" digunakan oleh "non-muslim" sama ada melalui media elektronik atau media cetak.

4.Bakal ADUN atau MP Pakatan Rakyat mestilah pandai "bermain kata" dan "memutar belitkan lidah" serta menyokong peliwat.

5.Adalah digalakkan untuk membeli "tiket loteri". Menurut pemimpin hebat pilihan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, duit hasil dari loteri itu diharapkan boleh menampung dana sukan! Para pemimpin kanan Pakatan Rakyat sangat sokong "calon paling tepat" mereka ini.
6. Mesti lah meyokong penghapusan konsep "Ketuanan Melayu", "hak-hak keistimewaan Melayu", "sosial kontrak" dan "jus soli".
7.Calon ADUN atau MP Pakatan Rakyat mestilah "tak tahu malu", "tebal muka" dan "muka tembok". Biarpun pernah melakukan pelbagai masalah kepada agama, rakyat dan negara, individu yang ingin menjadi calon Pakatan Rakyat mestilah "pandai buat spin". Contohnya seperti "saya sudah bertaubat" dan "itu duluuuu..."!

8.Mestilah berani lawan hukum Allah. Kalau "saman hudud Allah", lagi cerah masa depan untuk dipilih. Bukan apa...susah la kalau hudud Allah terlaksana. Nak "minum jack daniel" susah, nak "lumba kuda" pun susah, malah nak beli loteri pun tak boleh! Ini boleh "mendatangkan marah"! Tu yang "mamat" tu "saman" tu kot? Tapi takpe. Sekarang ni dah join Pakatan Rakyat. Dah "suci". Lepas ni "hudud tak cukup sifat" ciptaan "PAS tak cukup ilmu" tu pun akan disokong "mamat" tu...
9. Haaaa...ini syarat dan ciri-ciri paling besar dalam perebutan menjadi calon ADUN atau MP Pakatan Rakyat. Mestilah pandai bodek "dewa". Pemimpin Pakatan Rakyat tu mestilah kreatif mengipas dan meng"air-cond" si "Sivaji The Boss". Kalau boleh, ciptalah slogan yang mampu menaikkan semangat "Boss besar", contohnya, "Bontot diutamakan, KY Jelly didahulukan!". Barulah "boss" sayang...terus lantik jadi calon punyaaaaa...!
Begitulah ciri-ciri yang akan membuat anda-anda semua dipilih sebagai calon ADUN atau MP Pakatan Rakyat. Menurut seorang rakan, siapa yang mempunyai ciri-ciri begini pastinya akan disokong 100% oleh PIS. Malah Tuan Guru "PIS" akan arah semua penyokong-penyokongnya supaya mengundi individu "istimewa" tersebut. Apatah lagi PKR. Pastinya satu lagi kerusi Parlimen atau DUN akan jadi milik mereka. DAP? DAP akan ketawa berdekah-dekah! Kenapa? Tak percaya ke? Kalau tak percaya...cuba pi tengok kat Hulu Selangor nuuunnnn...!