"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, April 30, 2010

Zul Noordin Tak Kata Apa Pasal Hubungan APCO-UMNO

Reactions: 
Waktu berdekatan dengan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Zul Noordin mengeluarkan sebuah artikel mengecam Zaid Ibrahim. Artikel yang bertajuk "Tanbihul Ghafilin" mendedahkan kononnya Zaid Ibrahim adalah seorang penyokong kumpulan Artikel 11 dan kononnya menyokong murtad.

Namun yang saya hairan, mengapa sehingga hari ini Zul Noordin membisu seribu bahasa di atas isu perselingkuhan UMNO bersama Yahudi APCO? Hatta di Parlimen sendiri pun Zul Noordin tidak bercakap pasal isu ini langsung?

Adakah dosa Zaid sewaktu dalam UMNO dahulu lebih besar dari dosa UMNO mendedahkan rahsia negara pada Yahudi? Dosa mengadakan hubungan dengan Zionis dsbnya?

Zul Noordin pun tak bersuara pasal cadangan kerajaan UMNO Najib untuk menghalalkan judi sukan.

Dengan kata lain, Zul Noordin cuma bising kalayu ada elemen2 yang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat, tapi senyap seribu bahasa terhadap tindakan anti islam dan pro Yahudi UMNO.

Di sini kita dapat lihat perjuangan sebenar Zul Noordin. Perjuangan beliau tiada langsung berteraskan kepada Islam tapi berteraskan kepada mempertahankan rejim zionis UMNO dan Barisan Nasional.

Tulang Besi And here is the rest of it.

16 comments:

Anonymous said...

BACA DENGAN TELITI DAN BUAT KAJIAN SENDIRI..UTK RENUNGAN BERSAMA DEMI TANAHAIR TERCINTA INI. Saya cabar penulis Blog ini utk publishkan artikel ini kalau berani!!!

Amin, Michigan, USA

***********************************

National Endowment for Democracy (NED) adalah sebuah agensi separuh kerajaan yang didanai oleh Kongres AS dan beberapa individu yang tujuannya adalah untuk menyokong dan mendokong organisasi di luar AS.

Hal ini disebut secara terang dalam laman rasmi NED bahawa penubuhannya sejak 1980 adalah untuk “membantu usaha demokrasi di negara yang dipercayai dapat memberi manfaat kepada Amerika Syarikat, dan kepada pihak yang berhempas pulas memulihkan kebebasan dan hak asasi” (lihat David Lowe, Idea To Reality: A Brief History of the National Endowment for Democracy, http://www.ned.org/about/nedhistory.html).

Idea di belakang NED ialah untuk menjadi organisasi muka hadapan CIA dalam mencampuri urusan negara lain. Perkara ini malah diakui oleh salah seorang penubuh NED, Allen Weinstein, “Apa yang kita lakukan hari ini kebanyakannya dilakukan oleh CIA 25 tahun lalu.” (lihat William Blum, Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower, Common Courage Press, Monroe-Maine, 2000, halaman 180.)

NED menyalurkan dana secara terus atau melalui badan lain terutama Institut Demokratik Nasional (National Democratic Institute, NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (International Republican Institute, IRI), yang aktif di banyak negara termasuk Malaysia (lihat http://www.iri.org/asia/malaysia.asp dan http://www.ndi.org/malaysia?page=0,1#Funding.)

Anonymous said...

Apakah cara kerja NED? Barangkali elok kita tinjau modus operandi NED di negara-negara yang pernah mereka dalangi. Kaedah pertama, di Nicaragua dalam tahun-tahun 1980-an, NED melakukan kerja batu api dengan memprovokasi aktiviti kepembangkangan. Apabila pembangkang menjadi kuat dan provokatif, pihak kerajaan akan mengambil tindakan keras terhadap pembangkang dan ini akan membolehkan kepercayaan sebahagian besar rakyat terhadap kerajaan yang telah dipilih menerusi cara demokrasi tergugat (lihat Susan F Rasky, CIA Tied to Nicaragua Provocations, dalam akhbar New York Times, 21 September 1988.)
Kaedah kedua, dalam pilihan raya di Bulgaria pada tahun 1990, NED menabur wang sebanyak AS$1.5 juta kepada parti pembangkang untuk menjatuhkan Parti Sosialis Bulgaria yang memerintah. Media Barat akan membantu usaha ini dengan meuar-uarkan analisis, pungutan suara rawak, dan pelbagai berita bahawa parti-parti pembangkang akan menumpaskan parti kerajaan dan apabila pembangkang gagal dalam pilihan raya tersebut, parti-parti yang didanai NED telah turun ke jalan raya untuk melakukan protes.

Anonymous said...

Kekacauan berlaku selama berbulan-bulan sehingga perdana menteri dan presiden Bulgaria akhirnya akur lalu meletakkan jawatan (lihat William Blum, halaman 157.) Corak kerja yang sama dilakukan di Albania pada tahun 1991, apabila NED membantu kerajaan komunis dan menaikkan Parti Demokratik yang didanai NED. Dalam tahun 1990 dan 1992, NED turut menjadi sumber kewangan kepada Cuban-American National Foundation, sebuah grup anti Fidel Castro yang berpangkalan di Miami. Cuban-American National Foundation ini pula bertanggungjawab mendanai Luis Posada Carriles, seorang teroris yang pernah melakukan pengeboman terhadap pesawat Cuba dalam tahun 1976 sehingga menyebabkan 73 orang penumpang terbunuh.
Kaedah ketiga, ialah dengan menyatukan beberapa parti pembangkang berlainan ideologi di bawah satu payung. Gabungan pembangkang ini akan didanai menerusi seorang tokoh yang dikenal pasti dengan harapan dapat menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Kaedah ini dilakukan dengan berkesan sekali di Mongolia dalam tahun 1996. NED telah menyatukan beberapa parti pembangkang di bawah nama Pakatan Demokratik Nasional untuk menewaskan parti kerajaan yang berkuasa sejak 1992. Harus diingatkan gabungan pembangkang itu bukanlah parti anti-Barat atau Rumah Putih. Cuma parti tersebut enggan tunduk kepada beberapa polisi ekonomi serantau yang diatur AS.

Anonymous said...

Sebelum tahun 1996, media sekali lagi berperanan mempromosikan “terapi ekonomi” buat kerajaan Mongolia yang kononnya untuk menyaingi kuasa besar China dari segi perdagangan. Sebenarnya polisi ekonomi yang dimaksudkan adalah untuk membolehkan Mongolia membuka rangkaian bisnes anti-China, dan dalam masa yang sama syarikat-syarikat swasta Barat ini dapat menjadi menjadi perisik dan telinga untuk CIA.
Hal ini didedahkan oleh pengkaji yang sama iaitu William Blum menerusi bukunya, Rogue State: A Guide to the World’s Only Superpower. Bentuk yang serupa dilakukan NED di Haiti untuk menggulingkan Presiden Jean-Bertrand Aristide. Dan contoh klasik ialah usaha NED di Venezuela dalam tahun 2002 untuk menggulingkan Presiden Hugo Chavez. Usaha tersebut gagal, malah salah seorang koresponden CNN mengakui ikut menjadi konspirator dalam rampasan kuasa 48 jam tersebut.
Di Republik Islam Iran, antara tahun 2005 ke 2007, NED misalnya telah memberi AS$345,000 kepada Yayasan Abdorrahman Boroumand, ABF, (perincian dana NED boleh dilihat di laman National Endowment for Democracy http://www.ned.org.) ABF ini pula adalah pengasas kepada gerakan penentangan nasional Iran, sebuah grup yang ditubuhkan untuk menjatuhkan “kerajaan mullah” di Iran. Menurut laman rasmi ABF, pengasas mereka Abdorrahman telah dibunuh secara rahsia oleh ejen kerajaan Iran di Paris dalam tahun 1991 (lihat laman Yayasan Abdorrahman Boroumand melalui http://www.iranrights.org/).

Anonymous said...

Penerima dana NED yang lain ialah Majlis Iran Amerika Nasional (NIAC), menerima AS$25,000 dalam tahun 2002, AS$64,000 dalam tahun 2005, dan AS$107,000 dalam tahun 2006. Di sinilah datangnya kaedah keempat NED iaitu “media training workshop” kononnya untuk melatih peserta mewakili masyarakat dalam bidang komunikasi awam. NIAC aktif menganjurkan bengkel dan seminar untuk tujuan “mengukuhkan kapasiti pertubuhan sivil di Iran.” Antara slogan bengkel anjuran NIAC adalah seperti merangsang pertumbuhan masyarakat madani, atau ke arah hak asasi dan lain-lain lagi (lihat http://www.ned.org/grants/06programs/grants-mena06.html#iran.)
Gerakan ini tentu sahaja telah dikesani oleh Iran. November 2008, lama sebelum pilihan raya presiden Iran berlangsung, duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mohammad-Javad Zarif menuduh AS sedang merancang revolusi warna di Iran. Menurut beliau, kaedah yang diatur NED ialah dengan cara mengundang sarjana dari universiti-universiti di Iran untuk menghadiri konferens akademik di Barat, akan tetapi apabila mereka menyertai sesi undangan itu, sarjana ini akan menyedari mereka sedang berhimpun untuk membincangkan mekanisme menjatuhkan kerajaan Iran (lihat US Plotting Velvet Revolution in Iran?, Press TV, 18 November 2008 menerusi laman http://www.presstv.ir/detail.aspx?id=75784...ionid=351020101

Anonymous said...

Hal ini tidaklah mengejutkan kerana dalam bulan Februari 2006, Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice telah memohon dana mengejut dari Kongres sebanyak AS$75 juta dengan AS$10 juta akan diperuntukkan untuk “merangsang kempen propaganda menentang Tehran.” Wang sebesar itu akan disalurkan untuk “siaran radio dan televisyen bahasa Parsi dari AS, memberi biasiswa kepada pelajar yang ingin menuntut di AS dan untuk mendanai gerakan prodemokrasi di Iran. Menurut Rice, “dana itu penting untuk menunjukkan AS menyokong aspirasi kebebasan dan demokrasi yang menjadi hak rakyat Iran” (lihat Ewen MacAskill dan Julian Borger, Bush Plans Huge Propaganda Campaign in Iran, Guardian, 16 Februari 2006http://www.guardian.co.uk/media/2006/feb/16/usnews.iran)
Kaedah kelima NED, ialah dengan menjejaskan ekonomi sesebuah negara yang disasarkan seraya melakukan penyebaran propaganda menerusi semua media (untuk menyelewengkan maklumat dan berita) bahawa negara tersebut sedang disalah urus. Buktinya, laporan ABC News dan Telegraph yang menyebutkan Presiden George Bush telah memberi izin kepada CIA untuk melancarkan operasi hitam untuk menjatuhkan kerajaan Iran yang ada sekarang. Caranya dengan “menjalankan kempen maklumat salah bertujuan menjejaskan kestabilan dan akhirnya, pemerintahan teokratik para mullah.”
Pelan asal tersebut yang digerakkan oleh NED ialah dengan memanipulasi matawang Iran supaya kedudukan ekonomi republik tersebut terjejas (lihat Bush Authorizes New Covert Action Against Iran, ABC News The Blotter, 22 Mei 2007 http://blogs.abcnews.com/theblotter/2007/0...authorizes.html dan laporan Tim Shipman, Bush sanctions “black ops” against Iran, Telegraph 27 Mei, 2007 http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/...ainst-Iran.html)

Anonymous said...

Kaedah keenam, NED cekap menggunakan media baharu (termasuk blog, Facebook, Friendster, Youtube, dan Twitter) untuk mencetuskan keadaan huru-hara di sesebuah negara. Dua bulan sebelum pilihan raya presiden Iran berlangsung, Iran menerusi apa yang dikenali di Barat sebagai Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah mendedahkan upaya dari luar untuk menjatuhkan kerajaan. Badan tersebut menyebut Belanda, AS dan Inggeris sedang mendanai gerakan anti kerajaan untuk mendorong revolusi kecil (lihat Iran uncovers cyber plot to topple government, Press TV, 11 April 2009http://www.presstv.ir/detail.aspx?id=91129...ionid=351020101).
Seperti yang telah dimaklumi perarakan dan bantahan dari kumpulan pembangkang menyusul sebaik sahaja kemenangan besar Presiden Mahmoud Ahmadinejad diumumkan. Rusuhan dan protes malah menjadi buruk dengan kemudahan awam seperti bas dan telefon publik dimusnahkan oleh penyokong Mir Houssein Mousavi. Pihak berkuasa terpaksa bertindak. Para militari Basij yang setia kepada Imam Ali Khamenei dituduh menyerbu Universiti Tehran dan membunuh perusuh yang membantah keputusan pilihan raya tersebut. Antara demonstran yang terbunuh ialah Neda Agha Soltan. Kematian Neda malah dirakam dalam video dan tersebar meluas di Youtube (lihat Michael Weissenstein and Anna Johnson, Amateur Video Turns Woman Into Icon of Iran Unrest, Associated Press, 23 Jun 2009 http://www.google.com/hostednews/ap/articl...aesBPAD9902QK00)

Anonymous said...

Di tengah-tengah huru-hara ini, kerajaan Iran yang menyedari peranan internet dalam merosakkan keamanan telah menutup sistem internet dan melarang jurnalis asing dari membuat apa-apa laporan. Twitter muncul sebagai medium komunikasi parti pembangkang dan agensi berita asing. Apakah itu twitter? Twitter adalah satu bentuk maklumat ringkas yang dapat dicapai menerusi web browser atau sistem pesanan ringkas di telefon bimbit. Pengguna boleh mendaftar untuk mendapatkan maklumat terkini tentang sesuatu kejadian. Meskipun menutup semua sistem sms, Twitter bagaimanapun tidak dapat ditutup oleh kerajaan Iran. Di sinilah timbul tanda tanya kerana Washington Post sendiri mengesahkan bahawa kebanyakan maklumat dari Twitter ini bukannya datang dari Iran sendiri, “It is hard to say how much twittering is actually going on inside Iran” (lihat Mike Musgrove, Twitter Is a Player In Iran’s Drama, Washington Post, 17 Jun 2009 http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/conte...9061603391.html).
Perkara ini disahkan oleh laporan New York Times yang mengatakan maklumat menerusi Twitter kebanyakannya tidak boleh dipercayai, “Just as Twitter has helped get out first-hand reports from Tehran, it has also spread inaccurate information, perhaps even disinformation.” Akhbar itu menyebutkan antara berita terkini yang tidak benar ialah 3 juta penyokong Mir Hussein keluar membantah, dan beliau ditahan dalam rumah, “that three millon protested in Tehran last weekend (more like a few hundred thousand); that the opposition candidate Mir Hussein Moussavi was under house arrest he was being watched” (lihat Noam Cohen, Twitter on the Barricades: Six Lessons Learned, New York Times, 20 Jun 2009 http://www.nytimes.com/2009/06/21/weekinre...21cohenweb.html)

Anonymous said...

Maklumat tidak benar (perarakan tiga ribu menjadi 3 juta) menerusi Twitter itu kemudiannya dilaporkan oleh penulis blog terkenal Andrew Sullivan menerusi blognya The Daily Dish (lihat Andrew Sullivan, Follow-Up On Earlier Posts, The Atlantic, The Daily Dish, 13 Jun 2009 http://andrewsullivan.theatlantic.com/the_...lier-posts.html) Laporan penuh penyelewengan tersebut kemudiannya dipetik pula kebanyakan agensi berita seperti CNN dan AP. Peranan CIA dan NED dalam Twitter wajar diragui kerana apabila firma yang menguruskan Twitter iaitu Twitter Inc perlu melakukan kemaskini berjadualnya seperti biasa, telah meminta supaya Twitter Inc menangguhkan “scheduled maintenance” tersebut.

Semua kaedah NED di atas telah pun diamalkan dan dikemukakan di Malaysia. Kita sudah menyaksikan gerakan massa berasaskan warna, Bersih yang dikenali dengan warna kuning. Bersih, menurut NDI, “was started by the Joint Action Committee on Electoral Reform (JACER) that emerged from a July 2005 workshop organized by NDI and attended by the three main opposition political parties,” (lihat http://www.ndi.org/malaysia?page=0,1#Funding.)

Di Malaysia NED bertapak menerusi Anwar Ibrahim.Malah bengkel dan latihan strategi pembangkang dikendalikan NDI dan IRI yang ditaja NED (lihat http://www.iri.org/asia/malaysia/2006-08-06-Malaysia.asp.)

Merdeka Center, sebuah badan kajian pendapat yang ada kalanya boleh dipersoalkan hasil kajiannya juga mendapat dana daripada IRI (lihat http://www.merdeka.org/pages/08_links.html.) PKR dan DAP menjadi penganjur utama program manakala PAS juga menyertainya!?Malah hampir kesemua lawatan Anwar ke USA akan ditaja atau setidak-tidaknya disertai oleh NED.

Apakah kesemua kisah bersama data dan fakta diatas tidak cukup untuk menjadi bukti bagaimana pemimpin politik pembangkang khususnya Anwar Ibrahim sanggup menjadi alat dan perkakas kepada agen asing khususnya zionis yahudi?!

Anonymous said...

Kita telah di tunjukkan wajah Anuar dengan NED. Persoalannya atas kapasiti apa Anuar menggunakan khidmat agen asing itu didalam Malaysia..?

Sejak bila konsep NED itu dipergunakan oleh Anuar..?

Memang mudah kalau kita nak katakan bahawa Anuar manusia jahat. Tetapi kenapa kita hanya diperlihatkan dia seorang saja yang jahat...?

Ahli politik lain tidak jahat seperti Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Mohd. Najib..?

Disebabkan anda seorang penyokong kuat mereka maka anda menuduh orang bernama Anuar adalah seorang manusia yang sanggup menjadi alat dan perkakas kepada agen asing khususnya zionist yahudi..?

Sebenarnya apa yang berlaku dalam negara adalah dua pekara yang mempunyai emosi yang berbeza iaitu zalim dan simpati.

BN menggunakan agen zionist yahudi adalah untuk memulih imej pemimpin yang kotor disamping mengheret rakyat membayar upah khidmat agen itu dengan harga yang mahal.

Telah kita ketahui bahawa Anuar juga ada berkawan dengan agen asing di luar negara, namun ia tidak menyusahkan rakyat seperti yang dilakukan oleh pemimpin BN.

Apa yang dilakukan dalam Malaysia bertepatan dengan sikap ganas dan zalim pemimpin BN terhadap pemimpin parti pembangkang.

Anonymous said...

perghh..panjang nye ..tak larat aku baca..

dah byk pendedahan2 tentang hubungan anwar dgn rejim zionis sblm ini, masalahnye pencacai2 PR masih buta mata gelap hati utk menerima hakikat ini..

tup tup, bila Apco di canangkan, dgn bukti letter of appointment for the professional serviced rendered by APCO, puak2 PR ni dgn rakusnya menjadikan ia bukti yg teramat NYATA tentang penglibatan ISrael di Malaysia..mereka2 ini tidak ingin langsung menyelidik fakta2 dan bukti2 yg dikemukakan bila mane ia mengaitkan ANWAR..

harap mereka diberi hidayah..


anti-firaun

mankeldai said...

zul kulim pakai kopiah tapi hatinya busuk macam bau bangkai! sudah tak nampak mana yang halal dan mana yang haram.

arus perjuangan said...

Itu budak zul nordin bodo piang punya olang dah dapat habuan cakap tak serupa bikin

Anonymous said...

ko nei sememangnya pemalas membaca wahai anti-firaun (firaun) patut ler komen ko selama nei tdk berasas. lain kali bykkan membaca cari maklumat dan baru komen berok!!

Anonymous said...

cuba bayangkan anwar yg ada hubungan baik dgn yahudi jdi PM Msia,..

Nauzubillah min zalik

Anonymous said...

I couldn't believe my eyes and was sickened to my stomach and instantly thought about the charges of racism by the Diversity twists who think bringing all cultures together is a great thing! Does this look good???

This is what America is opening it's doors to the world over while we are getting ground to dust!
----

WARNING... It is hard to watch... but necessary and no different then the Black vids we have on here!

LiveLeak.com - Burmese women brutally beaten by men. (Warning, this is very disturbing)

"Okay, here's the brief translation of the story

In the video, the guys were saying "You girls are Burmese, We also are the same. We all came here to get better jobs to have better lives. They take away your virginity and dignity for some hand phones and gadgets which are only worth $200 to $300 and treat you to some fancy dinners. If you want money, why don't you get a proper job like other people?

Continues...

They traffic girls like you. You all are already in foreign country, if you want to do that kind of thing for living, why don't you just do it in your own country?"

Then the men asked the boy who seemed to be working together with the girls to call them up straight away if any of the girls were doing anything bad. They claimed to be beating the girls up for their own sake, while trying not to leave any apparent bruises or any blood at all..The girls themselves looked ashamed and they just kept quiet.

The writer added, the menhad no other choice than beat them up like mothers beat their own kids, in such incidents as, they cannot make the girls listen to them only by talking anymore. The writer then said, he is not applauding the men for beating the girls, but on the other hand, they have no other reasons or any bad intentions by beating the girls apart from the fact that, they just wanted them to stop doing whatever they were doing. And apparently, all of the girls weren't getting beaten up, and they even beg to differ when they were asked if they were partaking in such actions as of the other two girls did....

The video clip was taken in BUDDHIST TEMPLE, 19 Jalan 38 Taman Desa jaya Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia..A Chief monk(Ashin Indaka) from Myanmar and Chairman of Temple(Datuk Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman by the way…