"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, May 24, 2010

Bangunan UMNO: Najib Wajib Siasat Kalau Anak Jantan

Najib dilaporkan berkata:
“tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”
Tetapi bukankah Najib Tun Razak sendiri pernah mengkonfirmasi fakta ini:
”In the case of the North South Highway project, it is a means of UMNO solving it’s problems by repaying loans taken for the new UMNO Headquarters building"(Star 29 August 1987)

TERJEMAHAN BEBAS: Di dalam kes Lebuhraya Utara Selatan, ia adalah cara UMNO menyelesaikan masaalah membayar balik hutang yang ditanggung UMNO untuk membina bangunan Ibu Pejabat UMNO
Nah, bukan kah Najib, sewaktu menjadi Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO, telah mengakui fakta ini. Mengapa harus takut untuk membuat sebuah siasatan yang menyeluruh?

UMNO AKAN NAMPAK LEBIH BURUK KALAU KES INI MELETUP

Hakikatnya, Projek Lebuhraya Utara Selatan telah diberikan kepada UEM oleh Kerajaan Malaysia. PAda waktu yang sama, UEM adalah sebuah syarikat milik Hatibudi Sdn Bhd yang dipunyai oleh UMNO.

Dengan kata lain, untuk menyelamatkan Bangunan UMNO dari dilelong, maka konsensi Lebuhraya Utara Selatan telah diberi pada syarikat UMNO bernama UEM. Pemberian ini jelas tidak BERAKHLAK dan TIDAK BERMORAL kerana Hatibudi Sdn Bhd adalah syarikat pemegang amanah bagi UMNO di mana 4 dari pemegang amanah dalam Hatibudi juga duduk dalam Kabinet Malaysia: Dr Mahathir, Tun Ghaffar Baba, Sanusi Junid serta Daim Zainuddin.

Nilai konsessi ini dianggarkan mencapai RM54billion. Kita boleh kata bangunan UMNO dibayar dengan wang haram kerana rakyat Malaysia rata-rata dipaksa membayar tol setiap kali menggunakan Lebuhraya PLUS.

Rupa-rupanya, kita bayar tol semata-mata untuk mengkayakan UMNO dan memastikan Bangunan UMNO tidak dilelong. Patutlah, setiap kali selepas Pilihanraya Umum, kadar tol pasti dinaikkan. Semuanya untuk menampung kos pilihanraya UMNO semata-mata.

Yang herannya, bila syarikat2 UMNO bangkrap dan terlungkup, rakyat juga yang terpaksa “bail-out” i.e. LRT dsbnya. UMNO untung rakyat rugi.

Nasib lah orang Melayu dan rakyat Malaysia diperintah oleh sebuah parti yang tergamak merompak rakyat sendiri.

Tulang Besi

p/s - sila rujuk artikel saya sebelum ini bertajuk “Kita Bayar Tol Untuk Selamatkan PWTC Dari Di Lelong Bank Bumiputra “

10 comments:

matkambing said...

orang yang tak amanah memang tak pandai berniaga!

Anonymous said...

Tulang besi mohon tolong kupas Isu Penyelewengan Wang Kohilal untuk maklumat kita bersama. Isu ini tengah top dibicarakan oleh Pencacai UMngOk sekarang ini.

Anonymous said...

Bila anda kenal dengan Umno, maka anda akan kenal perangai dan sikap mereka... Penipu pembohongan yang di bawa oleh UMNO telah jadi turun temurun sehinga sekarang Walaupun Siapa saja pemimpin UMNO...
Budaya rasuah yang di perkenalkan dan diamalkan oleh UMNO tetap utuh..

Anonymous said...

1.APA kata kita lantik tulang besi a.k.a.abdul rahman untuk mengetui barisan bertindak dalam kes ini!
2.Langkah pertama tb ini lah melaporkan perkara ini kepada SPRM!mulakan langkah anda dari sekarang!
3.Kemudian lantik peguam untuk saman najib!
4.Kita-sama-sama pakat soong dia!tenguk samaada dia hanya pandai berkokok!!telur langsung tak dak!!
5.Ayuh tb!balik kemalaysia!!mula bertindak!kami dah muak dengan kokokan anda!!kami nak tenguk tindakan dan hasilnya pulak!!

matkambing said...

pemimpin umno-apco hanya pandai menyeleweng harta negara! yang terbaru tanah ktmb disingapura.

Anonymous said...

itulah nama kemajuan utk joehan, anti-firaun aka yahudi dan organisasi melayu2 bebal dan bacul bersatu ...kita tngok kuasa sape lbih hebat...kuasa umno ke kuasa rakyat....yg bodohnya zambry mamak kutik aka lanun perak melantik pelakon lucah mca dlm badan bertindak bn perak....nampknya bn dh xde pemimpin yg berkaliber lg dh. confrm mesti tnggelam la korang...
bro tb ko teruskan je pendedahan penyelewngan barua2 yahudi ni...ha..ha...ha...joehan and the geng bacul.....

anti-dajjal

Anonymous said...

mana p lak pencacai UNNOAPCO ni...tak de lak komen meroyan dari depa......dasar telor kemuruk.....

Anonymous said...

sapa nak percaya ceta ko ni. kesian aku tengok ko ni TB.

cakap najib diambil sekerat2...alahaii.

patut la ko tak dpt 4 juta dari husam. fitnah kurang umphhh.....

matkambing said...

orang malayu tak habis-habis ditipu oleh pemimpin ubn-apco!

Anonymous said...

Kah kah kah. Nak siasat bangunan Umno. Kenape? Bangunan itu ada bunuh orang ke? Tak kan presiden umno nak siasat bangunan umno. Hantarlah perisik siasat. Atau buat laporan polis.