"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, May 02, 2010

Saya Budak Baru Belajar...

Reactions: 
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Saya petik dari artikel terbaru Blogger Kickdefella:
Kepada anak-anak Kelantan di rantauan, segala kekecohan yang sedang berlaku di Kelantan adalah bukan kerja saraf UMNO tetapi adalah hasad dengki, tamak haloba beberapa pihak di dalam PAS Kelantan.
Sebelum itu pada 10hb, November, 2009 sejurus selepas kontrak Blogger Kickdefella dengan PMBK ditamatkan serta-merta oleh Al-Menantuya, beliau menulis begini:
Tengahari tadi sejurus selepas saya tiba ke Kota Bharu dari tugas rasmi di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan saya dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dengan serta merta.

Sebaik menerima makluman itu, saya menemui YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Di dalam pertemuan pada 2.45pm di Pejabat Menteri Besar Kelantan saya telah,

1. Mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan Tuan Guru selama ini terhadap saya.
2. Memaklumkan bahawa saya menerima penamatan serta merta ini dengan tanpa rasa terkilan.

Saya kemudiannya meminta YAB Menteri Besar mengajar saya bagaimana untuk bersumpah mengikut syarak kerana saya ingin bersumpah dihadapannya bahawa,

1. Saya tidak pernah membuat sebarang aduan/laporan kepada SPRM berhubung PMBK.
2. Saya tidak pernah memberi sebarang maklumat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dari Nenggiri berhubung PMBK sewaktu Sidang DUN yang lalu.

Setelah melafazkan apa yang ingin saya lafazkan, saya mengucup tangan YAB Menteri Besar dan meminta maaf sekiranya ada kesilapan di pihak saya sepanjang perkhidmatan saya dan meminta dihalalkan makan minum dan gaji yang saya terima selama ini.

Perjumpaan tersebut disaksikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.

Semenjak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memasuki premis Perbadanan Menteri Besar Kelantan, terdapat tuduhan-tuduhan dari pihak-pihak yang ditemubual oleh SPRM terhadap saya.

Saya akan berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini.

Esok saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan dan membersihkan nama saya dari segala tuduhan yang dilemparkan dan kemudiannya akan terus pulang ke Kuala Lumpur.

Perjuangan Belum Selesai.

Patah Sayap Terbang Jua.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz

Kampung Demit
Saya secara peribadi percaya bahawa Blogger Kickdefella akan berpegang "teguh" kepada kata-katanya - "berdiri teguh dibelakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini" dan buktinya "sangat-sangat jelas" selepas Blogger Kickdefella mula "menunjukkan dan membuktikan kesetiannya" kepada YAB Menteri Besar Kelantan dengan artikel-artikel susulan yang "langsung tidak memburukkan" YAB Menteri Besar Kelantan selepas kenyataannya itu.

Antara artikel-artikel "berdiri teguh dibelakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini" ialah yang ini:
“Nampaknya TGNA begitu hebat bersandiwara. Ariffahmi belum letak jawatan dan tiada rancangan terdekat untuk letak jawatan.TGNA sokong tindakan Ariffahmi menangguhkan perletakkan jawatannya. Apakah sandiwara begini hendak PAS jaja buat mereka yang mengundi PAS. PRU 12 mungkin PRU terakhir buat TGNA tetapi yang pasti bukan terakhir buat PAS. Saya bertahan tidak mahu insiden ini menjadi persepsi pada PAS dan Islam. Tetapi semuanya berakhir disini. Ternyata insan-insan kecil dan kakitangan PMBK tiada bererti buat TGNA berbanding anak beranaknya. Mengapa lagi perlu ada rasa hormat dari insan kecil buat TGNA, parti dan individu yang membelanya?”
Selepas artikel diatas, saya terus menaruh kepercayaan bahawa Blogger Kickdefella masih berpegang kepada kata-katanya akan "berdiri teguh dibelakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini" selepas saya dapati beliau terus membela YAB Menteri Besar Kelantan seperti dalam artikelnya yang petikannya seperti dibawah:
Kenyataan Nik Aziz ini tentu meloyakan banyak pihak kerana kebelakangan ini telah terbongkar pelbagai kisah yang besertakan fakta-fakta berhubung amalan kronisme, nepotisme dan juga rasuah di dalam Kerajaan Negeri Kelantan yang sudah hampir 20 tahun di terajui oleh Nik Aziz. Antaranya yang sudah terbongkar dan akan terus terbongkar ialah isu-isu berkaitan dengan Razak Abas, Roshaimi Razak, Nudin Awang dan anak menantu Nik Aziz sendiri seperti Nik Abduh dan Abdul Ariffahmi.
Blogger Kickdefella terus setia "berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar Kelantan sepanjang siasatan ini". beliau memuji YAB Menteri Besar Kelantan didalam artikel seterusnya bertajuk "Kalau Buaya Sembunyi Sebalik Batu; Nik Aziz Pulak….", "Buaya Di Sebalik Batu Adalah Buaya Peliharaan Nik Aziz?", "Tu Diaaaaaaa......" (sedikit petikan artikel "Tu Diaaaaaaa......" dibawah:
PAS Kelantan sudah gagal membersihkan dirinya. Pimpinan PAS Kelantan tiada keyakinan diri untuk mengundurkan Nik Abdul Aziz walaupun mereka sedar populariti Nik Abdul Aziz sudah menjunam.

Mereka sedar kebelakangan ini mereka terpaksa batalkan kehadiran Nik Abdul Aziz untuk merasmikan beberapa program kerana kehadiran tetamu dan peserta yang amat sedikit. Antara program yang terpaksa dibatalkan ialah sebuah program bermotor beberapa bulan yang lalu. Walaupun mereka sudah mengeluarkan wang untuk membayar peserta dan hadirin, sesuatu yang PAS Kelantan tidak pernah lakukan sebelum ini, tetapi kehadiran hanyalah sekadar kurang daripada 50 orang peserta sahaja.

Bagi golongan yang masih berkeras mempertahankan Nik Aziz ini, argumen mereka ialah Nik Aziz masih tunjang mereka kerana pemilih diluar Kelantan masih menganggap Nik Aziz sebagai keramat. Apalagi, masyarakat Cina dan India melihat Nik Aziz sebagai seorang pemimpin Islam yang dapat ditunggang untuk memajukan agenda mereka.
Saya masih "percaya" bahawa apa yang Blogger Kickdefella nukilkan diatas ialah "puji-pujian" dan bukannya "PENGHINAAN" terhadap YAB Menteri Besar Kelantan kerana Blogger Kickdefella yang saya kenal ialah seorang yang "jujur", "ikhlas" dan "komited" didalam perjuangannya "mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan".

Jangan lupa kenyataan Blogger Kickdefella "Saya akan berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini." beberapa bulan dahulu. saya juga kenal Blogger Kickdefella sebagai seorang yang "berpegang teguh kepada janjinya" dan atas kepercayaan saya itulah makanya Blogger Kickdefella nukilkan 1 lagi "pujian" kepada YAB Menteri Besar Kelantan dalam artikelnya "Tu Diaaaaaaa Bhg 2 : Tauke ‘Derma’ Kekal Mursyidul Am PAS"...

Seterusnya anda tahu apa yang berlaku. Blogger Kickdefella sehingga kehari ini masih lagi "berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini".

Sekali lagi petikan dari artikel terakhir Blogger Kickdefella:
Kepada anak-anak Kelantan di rantauan, segala kekecohan yang sedang berlaku di Kelantan adalah bukan kerja saraf UMNO tetapi adalah hasad dengki, tamak haloba beberapa pihak di dalam PAS Kelantan.
Benar kata Blogger Kickdefella - "segala kekecohan yang sedang berlaku di Kelantan adalah bukan kerja saraf UMNO tetapi adalah hasad dengki, tamak haloba beberapa pihak di dalam PAS Kelantan".

Sebab itulah Blogger Kickdefella sejak akhir-akhir ini berhempas pulas "mempertahankan" YAB Menteri Besar Kelantan dari beberapa tuduhan, pendedahan dan cerita-cerita yang kurang manis dari "orang itu". tiada 1 pun artikel-artikel Blogger Kickdefella kebelakangan ini yang menyenangkan UMNO. semuanya mendapat respon "negatif" dari UMNO.

Blogger Kickdefella akhir-akhir ini teruk "diserang" oleh musuh PAS iaitu UMNO kerana kelantangannya "mempertahankan" YAB Menteri Besar Kelantan dan juga parti PAS.

Saya fikir, sudah sampai masanya Kerajaan PAS Kelantan mengiktiraf jasa-jasa Blogger Kickdefella sejak mula beliau menabur bakti di Kelantan sehinggalah kesaat ini. jasa beliau bukan kecil-kecil anak. Kerajaan PAS Kelantan wajar mengiktiraf jasa-jasa beliau memandangkan tanpa usaha beliau, Kerajaan PAS Kelantan tidak mungkin dapat bertahan dalam PRU-12.

Keberkesanan Operasi Perang Saraf yang dikendalikan oleh beliaulah yang berjaya mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan pada PRU-12 tahun 2008. Kerajaan PAS Kelantan juga perlu ingat, kalau tidak kerana Blogger Kickdefella, sudah tentu Parti PAS terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang lebih dari RM4 juta demi mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan dengan bergaya dalam PRU-12.

Jarang anak muda di Malaysia mempunyai bakat sebesar ini.


*Saya harap, selepas anda melihat gambar ini, akan timbul perasaan benci anda kepada KERAjaan Pusat.

17 comments:

ijoks2009 said...

Berdiri teguh di belakang Tokguru konon.Munafik punya Kickdefella.

Anonymous said...

RM4 Juta tu dah ditolak zakat pendapatan ke ? income tax ? kalau belum jelaskanlah secara online atau bayar denda lewat.
Antara KDF dgn Nik Aziz org kelantan tak buta mata lagi ...

Anonymous said...

Salam Sdra Perisik-Rakyat, ulasan yg baik utk pembaca renungi... atas tajuk "berdiri teguh dibelakan YAB Menteri Besar sepanjang siasatan"......rakyat Kelantan akan tahu jua siapa jaguh ini.

Anonymous said...

Ambo malu pasal orghe ambo sendiri rasuah. Ambo pun rasuah kot..???
Kek Coklat Black Forest Fruit tu ada lagi tak..?? Ohh.. Al-Menantuku... menantu kesayangan bapak...

Anonymous said...

N.Ajis kena "kick"..!!!
PASrael kena "Kick"..!!
Kusam Musang kena "kick"..!!
Tulang Babi pun kena 'Kick" gak....

kah.. kah.. kah..

Ko dapat berapa plak...??????
RM..RM..RM..RM..
Justice 4 Tok Bulu Ketiak A.K.A Terompah Jamban.
Justice 4 GMC.
Juctice 4 Kusam Musang Pandan.
Justice 4 PASrael.
Justice 4 Tulang BAB Satu.....

Anonymous said...

1.Bagi yang rasional!yang salah tetap salah!yang benar tetap benar!
2.Mengapa kita mesti selalu membuat tanggapan!!yang beserban!maksum!tidak melakukan segala kesalahan!yang tidak beserban!selalu buat salah!!hukum jenis apa yang kita pakai!ayat Ql-quran apa yang kita pakai!hadis yang mana kita pakai!!kalau begini!pada semua umat islam!hangpa semua masuk pas!pakai serban!ajaq orang tentang Islam!lepas tu hangpa makan rasuah!hangpa buat fitnah!kemudian secara automatik segala dosa puak hangpa tak dikira!!HUKUM APA OIII!HANGPA TOLONG HABAQ SAT!!!
2.LANI HANGPA TENGUK!BERAPA RAMAI PUAK USTAZ YANG BESERBAN!TIPU ORANG!PELARI DUIT ORANG!DALAM MLM!DEPA PUN MAKSUMLA NO!!TAK SALAH!
3.sudah sampai masanya Nik Aziz berundur!jadi Tok Guru yang sebenarnya!pengikut terdiri daripada semua orang melayu dan islam!tak mengira parti politik!!

matkambing said...

yang kuat menipu tu ustaz dan ularma umno-apco! diharap cerita apco tak akan disenyapkan dengan cerita lain supaya rakyat tak akan lupa.

merbok said...

ish! awat laa istana tak nampak jasa kickdefeller ni?? kasi laa pingat 2-3 bijik. takpun bagi laa dato terus!.. nak tunggu najib lantik kickdefeller jadi senator macam ezam tak mungkin la sebab dia "orang tok guru".

hahaha kickdefeller mmg haramjadah! hati busuk.. hidup bermuka-muka. halal ka rezeki yg anak bini hang makan tu??

manlukeman said...

seperti yg dijangka, ini entry yg ditunggu...bijak utk kali pertama..

Chairman Kaga said...

MUHAHAHHHAHAHA
PERANGAI GEROMBOLAN CHUKUP KUAT PADA KICKTISFELR. AKU DAH CAM DIA SBG TALAM DUA MUKA DAN KERANA TU LANGSUNG TAK TEGUR DIA
HE HE HE HE HE

Anonymous said...

rm4j untuk sorang blogger..untuk menghantam kerajaan Pak Lah banyak siut..

takkan untuk dia sorang, yang lain takkan dapat bahagian yang lain..Macam Tulang Besi ni takkan dapat pujian aje .tak aci lah macam tu..wahai PAS

hari hari baca coretan Tulang Besi tapi semakin hari naik benci pulak kat PAS .. Kalau baca Kickdefella lain pulak, dulu hari hari baca benci Pak Lah sekarang ni pulak kalau baca dah rasa meluat kat TGNA.. dahsyat betul tulisan Kickdefella ni..tulisan Tulang Besi tak ade oopmh langsung walaupun banyak maki maki,lebih emosional dari fakta , tiada rasional langsung, tak membawa orang untuk berfikir

Dulu banyak mengatakan blogger-blogger UMNO di bayar..sekarang diri sendiri pulak lagi lebih..

2X5 PAS ni... mengata orang dia yang lebeh

Bekas penyokong PAS

Anonymous said...

hek eleh setakat muka nicky ajis nangis tu nak dibuat "bekal" nak bencikan FED GOV..dari dulu lagi aku cukup menyampah poster2 nicky ajis tgh berdoa - MCM DOA DIA SORG JE MAKBUL! - BERDOA TU POLITIK JUGAK KE?

p/s: air mata ke taik mata tu or air mata + taik mata? len macam je kaler dia

Anonymous said...

molek la tu.orang melayu pas kata orang melayu umno bodoh.orang melayu umno kata orang melayu pas pkr bodoh.yang cerdik cina malaysia.

FaridShah said...

Memang dasar perangai spesis bangsa umno/bn.
Masa dibela & dibagi makan, puji-puja-sanjung tinggi melangit pada tuan.
Bila dibuang, diusir, dihalau maki-hamun-cerca pada manusia yg disanjung dahulu.
Jika isu ini benar, kenapa tidak didedahkan lama sebelum ini??!
Kerana ada motif dan agenda ?

Adakah anjing akan gigit bekas tuannya bila diusir?
(mana yg lebih hina & keji)

tamingsari said...

Dia kata akan 'berdiri teguh dibelakang YAB.MB Kelantan'.Dia tak cakap pun berdiri dekat atau jauh. Tapi bila MB buat kerja tak betul takkan dia nak subahat. Lepastu orang2 keliling MB pi dok tarok apasal? Mr.Kick ubah pendirian. Dulu dia nak jatuhkan Paklah pasai Paklah tak betui. La ni MB Kelantan tak betui takkan dia nak pi diam ja.

Kerajaan kelantan bukan 100% betul dan tak ada buat silap. Yg pelik sekalipun tak mau mengaku salah. Negeri miskin jugak. Ceremah je yg maju.

Anonymous said...

Negeri miskin kepala hotak kau .. duit petroleum kau sebat sumbat perut anak bini .. tiap kali cuti negeri miskin tu yg dituju, 100% menyusahkan penduduk kelantan dengan perangai beruk2 yg x tahu menghormati adab dan agama.. setiap kali cuti skolah rakyat kelantan bimbang dgn budaya kuning yg dibawa pelawat dari habitat kotor yg diperintah umno. Kami x perlu duit kotor dari ko untuk hidup.

Dr Liza (beli punya) said...

anom 8.38,

kawe setuju sungguh dge demo,,, jolo...bilo cuti sekolah puak2 "cerdik dok buleh ikut" ni lah berama2 mari ke Klate... ado wok cuti, ado wok shopping, mulut sore2 sepo dok ngulum telopong sebab Negeri, rakyat Klate makmur,,, tapi wok mulut ngulum ni lah dok mengata jahat ke Negeri Klate & pentadbirnya,,, keno pulok buleh duit dari KERAbabiNegara,,, hum koho sedap shopping... baso Puak menate dok juruh, rama2 mari jupo warih katok dio kot...