Rimbun pepohon, ranting dan dedaun berayun disapa angin, melambai,Saya Anak Bangsa Malaysia akan merantau ke Negeri Cik Siti Wan Kembang dan mengadakan sebuah forum; 5 perkara utama akan kita bicarakan dari hati ke hati, setiap satu terpahat dalam jati diri.
Salam dikirim dari Laut China Selatan, ombak dan bayu senja penyampai warkah dan khabar berita,
Terbentang sawah, disuburi keringat,
Alunan dikir disusuli gelagat Tok Dalang memainkan kisah sang Arjuna, kebudayaan bersulam rapat dengan Patani,
Manis senyuman, mesra sapaan, kukuh jati diri,
Biar jauh di perantaun, kecek ambo kecek anak Kelate
Kita akan membincangkan permulaan.Ahli panel:
Kita akan membincangkan hala tuju.
Kita akan meneliti kesamarataan manusia dari sudut agama dan juga perlembagaan negara.
Kita akan membincangkan jati diri yang wajib terpahat dalam sanubari kita sebagai rakyat.
Kita akan berbicara tentang Malaysia.
Fahmi Reza
Al-Mustaqeem
Azmi Sharom
Eddin Khoo
Jayanath Appudurai
Butir-butir
Tarikh: Sabtu, Jun 19, 2010
Masa: 2.00-6.30 petang (Pendaftaran bermula dari jam 1.30 ptg)
Tempat: Hotel Juita Premier, 60-64 Jalan Pintu Pong, 15000 Kota Bharu
Pendaftaran adalah wajib untuk sesiapa yang ingin menghadiri forum ini. Sila daftar dengan menghantar emel kepada events@sayaanakbangsamalaysia.net atau panggil +603-20950435 (Rabu-Ahad, jam 12tgh-7mlm).
p/s - Video di bawah adalah suntikan dari Forum SABM di Johor Bahru yang telah diadakan pada bulan Mei dulu.
Sumber -Saya Anak Bangsa Malaysia
1 comment:
http://www.bankrakyat.net/?ref=jubrey disini ada sesuatu yang amat menarik utk org yang ingin berjaya...
Post a Comment