"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 19, 2011

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang

Reactions: 
Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu......

20 comments:

najibureee said...

takdak orang yg habaq berita tu kat lord MURUjib kot!! sebab tu dia tak ziarah!!

tapi yg lain-lain kariah kawasan tu buat apa?? takkan dok melangut tunggu murujib bagi habuan kot?? sampai jemaah kawasan lain yg buat solat jenazah!!! apa nak jadi ni??

nak kiamat dah kot!!

Anonymous said...

Ala...normala ziarah itu pun pasal dia nak bertanding. Kalau tidak, boleh gerenti dia pun tak pedulu.

Tentang DSN, saya percaya kalau dia diberitahu misti dia ziarah juga. Tapi kalau tak diberitahu, macam mana lah diaq nak tahu. Pihak yang mengutuk dia itu aada bukti ke DSN dimaklumi hal demikian.

tuan komrad said...

aku rs kalo ade org bgto kt najib kompem die pegi punye..bdk2 pr ni biasala..buat fitnah je pndai..hahahaha.

tuan komrad said...

3 sebab mengapa pok jib tak datang...

1) pok jib takut kena paksa jadi imam sembahyang jenazah...

2) pok jib datang bulan...

3) pok jib lebih mengutamakan fardu kempeniyah daripada fardu kifayah....

aikssss..S/U umngok cawangan felda meninggal takkan ahli jawatankuasa umngok yang lain boleh lupa peringat kat pok jib...kot diorang asyik makan nasi ambeng,dengar zapin sambil nari zapin tak???

leka seleka lekanya.....itulah umgok

Anonymous said...

Bodoh punya PKR!! BraderNuarKakiKunyit pun nak disokong!! 12 tahun kena kencing dah sampai jadi hancing.. pegi cebuk kasi bersih..

Anonymous said...

alaamak pulamak ulam-mak.. nak urus jenazah orang meninggalpun nak dipolitik tak ikhlas.. ini ke PAS? semunya nak di PAS! binawe.. hahahahahahha

Raden said...

anony January 19, 2011 10:26 PM

kalau x sebab politik... DSN pon x datang sana... tau x... hahahahahaha

Anonymous said...

mana lebih utama ? fardhu kifayah atau fardhu alnajibi ? dalam 7000 yang di dakwa menghadiri pesta bersama najib, tak kan sorang pun tak beritahu najib ? takut terlepas nasi ambeng free ke ?

ketuanan layu said...

Kesian....kesian... dok ampu dok bodek bila dah "goal" apa pun tak pedulik... Ish..ish..

Tinta Hitam said...

Biaal dlm UMNO.Bila dah expired sapa pun tak pandang.Tak percaya ? Cuba tanya bekas bekas pimpinan UMNO

Anonymous said...

urus jer ler jenazah tu,janganlah nak diungkit-ungkit lagi.. samer jer siapa yg uruskan mandikan.. and than tanam dapat pahala dunia akhirat. Tapi,orang PAS dah takder pahala sebab buat kejer tak ikhlas!..

tuan komrad said...

ehhh..macam ko tau je dapat pahala ke tak.....

alang2 dah dtg tenang,paling koman pon melawat la...

meninggal semasa sibuk buat persiapan nak sambut pm..takkan la takde belas ihsan kot nak dtg jenguk??

org cuma persoal tu je,bukan sebab sapa yang selengara jenazah tu...

faham2 sendiri la...

Anonymous said...

Aku ingat orang PAS buat kerja ibadah seperti fardhu ain dan fardhu kifayah, buat dengan ikhlas. Rupa-rupanya kecoh satu Malaya.

Wakakaka....

Uruskan jenazah, kecoh satu Malaya. Ikhlas ke tak ikhlas, ustaz...?

Anonymous said...

ko islam kan isu arak di selangor tu dulu.....hamPAS!

Anonymous said...

Harakah repoter tak citer hal yang sebonarnye...iman bertugas dah pesan kat bilal...dia lambat sikit dalam 10-15 minit sebab ada hal...jadi tunggu ler sekejap...masa solat zohor kat mesjid tu ketua cawangan arwah pun ade kat situ..bersama2 ngan ADUN Air hitam, esco pendididkan johor dan bersama2 dengan ahli Umno cawangan arwah..nak di jadikan cerita ..pengelola khairat kematian..mempelawa jika ada sedara-mara arwah yang sudi nak jadi iman solat sila..tampil kedepan kedepan...yang datang kedepan orang PAS..dan kami pihak UMNO..ingatkan dia ikhlas..rupa2nya dijadi issu...iman hanya sampai sebaik saja solat selesai...harakah tak citer pulak..iman buat talkin dan doa selamat kat kubur dan UMNO cawangan arwah buat tahlil arwah di bilik gerakan UMNO...iniler PAS kematian dan kesedihan kelurga pun nak di politikkan...study ler bro..cari ler taktik lain

PR celako! said...

moga reporter2 harakah n akhbar harakah yg menipu ni dikenakan balasan dr Allah kerana mengadu domba...AMINNNNNN.

tuan komrad said...

err..errr..err..

pok jib datang ke idak???

XpressMinda said...

Penyelewengan & Fitnah Oleh Harakahdaily

1.) Arwah Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61 adalah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air dan bukannya dari Cawangan Felda Tenang seperti di dakwa oleh Harakahdaily.

2.) Arwah tinggal di Bandar Segamat manakala Felda Tenang adalah kampung arwah.

3.) Proses penggalian kubur diuruskan oleh Hj Hamzah Abd Manaf (AJK Khairat Kematian).

4.) Masjid Felda Tenang telah menghantar sebuah van jenazah utk mengambil jenazah arwah di Hospital.

5.) Jenazah arwah telah diuruskan dan disembahyangkan oleh ahli qariah di Hospital kemudian jenazah di hantar ke Felda Tenang dan sampai di Masjid Felda Tenang pada jam 11.30pg.

6.) Bilal Masjid Felda Tenang, Mohd Yusof Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Masjid bersama Pengerusi Jawatankuasa Khairat Kematian, Hj Md Salleh Md Ali telah menyambut ketibaan jenazah di Masjid Tenang pada jam 11.30pg.

7.) Arwah telah selamat dikebumikan selepas solat Zohor. Manakala ketibaan PM adalah selepas selesai urusan pengkebumian jenazah.

8.) Dato Maulizan Exco Johor & Dato Shamsul Ketua Penerangan Johor turut hadir ke Masjid Felda Tenang sewaktu urusan jenazah & solat jenazah di masjid tersebut.


http://xpressminda.wordpress.com/2011/01/22/bila-pas-memainkan-isu-jenazah/

tuan komrad said...

apa lagi..saman la harakah...

er..er..er..pok jib datang ke dak???

lady_j said...

Isteri sedih kematian suami dipolitikkan Pas

SEGAMAT 23 Jan. – Isteri dan anak-anak Allahyarham Abdul Latif Subri Mohd Din kesal dengan tindakan Pas menabur fitnah dan mempolitikkan kematian Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air, Felda Tenang di sini baru-baru ini.

Lebih menyentuh hati Maimunah Hendon 54, dan anak-anaknya apabila Pas menuduh keluarga membiarkan jenazah Allahyarham tanpa diurus semata-mata untuk menunggu diziarahi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kebetulan berada di Felda Tenang pada hari berkenaan.

Tuduhan Pas itu terkandung dalam edisi kedua Buletin Tenang, lidah rasmi parti itu yang diterbitkan Badan Perhubungan Pas negeri sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Tidak cukup dengan itu, Pas menerusi buletin itu mendakwa kononnya Allahyarham meninggal dunia kerana ‘risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu’.

Perasaan sedih dan rasa terkilan Maimunah itu tidak dapat disembunyikan ketika beliau ditemui wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia di rumahnya di Bandar Putra di sini petang ini.

“Saya rasa terkilan, benda macam ini terjadi. Tak sangka pula kedatangan Normala Sudirman (calon Pas) dan beberapa orang lain menziarahi jenazah suami saya di masjid pada hari itu dan mengambil gambar kami, rupa-rupanya untuk diputar belit dan dipolitikkan serta disiarkan dalam surat khabar (Buletin Tenang).

“Dia (Normala) datang bertanyakan nama saya dan nama arwah suami saya dan mengucapkan takziah kepada saya. Memang saya sedar gambar itu diambil oleh beberapa orang tetapi saya tidak fikir apa-apa pun masa itu.

“Sebagai orang Islam, saya bersangka baik dengan mereka, takkan pula nak halang mereka datang. Sebab itu sekarang saya terkilan sebab perkara ini kecoh, kawan-kawan beritahu cerita dan gambar saya keluar surat khabar,” katanya.