"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 28, 2011

Utusan Malaysia Akhbar Minda Kelas Ketiga

Isu Kenyataan Lee Kuan Yew : Utusan Malaysia Akhbar Minda Kelas Ketiga

Untuk kesekian kalinya, Utusan Malaysia berjaya membuktikan dirinya sebagi akhbar minda kelas ketiga. Barangkali dikekang oleh statusnya sebagai akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia terpaksa bertindak di luar batas etika kewartawanan. Semalam 27 Januari 2011, muka depannya memaparkan satu fitnah yang maha besar terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Di bawah tajuk besar, “Kuan Yew Takut Jiran”, Utusan memetik kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura itu yang mencadangkan agar umat Islam mengurangkan pegangan terhadap Islam. Apa yang menjadikan laporan itu hebat ialah ayat ringkas Nik Aziz pertahan Kuan Yew dan juga ruangan Senyum Kambingnya yang mengembek dengan dialog, Apa nak buat, dia Tok Guru celaru.

Nampaknya Utusan Malaysia berusaha bersungguh-sungguh untuk memutarkan fakta yang barangkali sukar untuk dipercayai hatta oleh ahli-ahli UMNO sekalipun. Munasabahkah pada pemikiran seorang yang waras, seorang Menteri Besar yang dikenali sebagai orang yang paling kuat berusaha memahamkan rakyat tentang nilai Islam, menjadi orang yang menyokong supaya nilai Islam dikurangkan? Logikkah seorang yang saban minggunya berkuliah menghuraikan tafsiran al-Quran tiba-tiba cenderung agar nilai Islam dikurangkan? Untuk mempercayai premis inipun sudah sukar, lainlah jika pemimpin yang dikenali sebagai tahi judi, kaki rasuah atau sekurang-kurangnya gagal membimbing ahli keluarganya patuh pada agama berkata demikian.

Saya tidak berada di dalam sidang media tersebut yang didakwa dibuat selepas Mesyuarat Exco Kelantan pada 26 Januari 2011. Bagaimanapun, hasil bantuan rakan-rakan wartwan yang lain, rakaman membuktikan bahawa apa yang disebut oleh Nik Aziz ialah,”Tidak pelik jika Lee Kuan Yew menolak Islam, kerana dia bukan Islam. Apa yang pelik ialah orang Melayu yang tolak Islam dan mengambil fahaman nasionalis..” Itu saja. Barangkali tahap penguasaan bahasa Melayu yang rendah di kalangan wartawan Utusan Malaysia menyebabkan mereka gagal memahami premis semudah ini. Mungkin wartawannya lebih baik membuat liputan berkenaan isu-isu kebersihan sahaja kerana ia barangkali lebih mudah dan tidak memerlukan daya penguasaan bahasa yang mantap. Laporan kawan media saya, saudara Yulpisman di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 28 Januari 2011 boleh dirujuk.

Mudah sahaja mahu memahami hasrat hati media sebegini, mereka mahu Nik Aziz menari seirama dengan mereka. Apabila Lee Kuan Yew dilaporkan mengucapkan kata-kata demikian, mereka mahu Nik Aziz bangkit menentang seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang akan bangun menentang. Barangkali akan adanya kata-kata Jangan jolok sarang tebuan, jangan main api dan sebagainya sebagaimana budaya geng-geng songkok yang tinggi. Jika NIk Aziz seirama dengan mereka, dilihat seolah-olah masyarakat Islam di Malaysia bersatu di bawah kepimpinan UMNO menghadapi apa yang disebut sebagai ancaman luar. Sayangnya, Nik Aziz tidak begitu. Mereka pula dibidas lebih dahsyat daripada Lee Kuan Yew sendiri!

Sewajarnya Utusan Malaysia sebagai akhbar yang ‘paling prihatin’ terhadap nilai-nilai Islam ini melihat kepada kenyataan yang lebih merbahaya yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang terkenal dengan aksinya satu ketika dahulu. Jika Utusan Malaysia terlepas pandang, sukalah saya memaklumkan bahawa orang itu telah berkata di dalam isu bersalaman bukan mahram, "So what is so great about that? That is your religious value which I don't know. How am I to know about the... religious values when I'm not practising that religion? I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands,"

Barangkali, kanta Utusan Malaysia terlampau besar sehingga terlihat ‘kuman’ di seberang sehingga terlupa ‘gajah’ di Johor.

Ahmad Fadhli bin Shaari
28 Januari 2011.

-penulis ialah Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

6 comments:

PuteraPuteriUmno said...

Weiiii...

Kalau LKY kata Utusan Melayu akhbar kelas ketiga memang aku sokong. Memang tepat!!!!

Maaf la beb.....!!!
Wa terpaksa komen sbb ada sekor dua Melayu 'kafir harbi" yg cabar wa supaya wa u-turn.

Lu orang tengok la....bila melayu "otak sontot" cakap. Benda yg tak pelek... di pelekkan. Benda yang tak issue...di issuekan. Benda yg betoi...di bengkok2kan. Benda yang agama depa sendiri kata betoi....di sesatkan. Benda yang koran dan nabi depa tulis dan katapun...depa main2kan, depa was-was dan tak mau caya. Jadi.....apa lagi yang wa nak cakap....memang melayu "kafir harbi" la cam tu. Jadi....kalau cerita2 yg betoipun depa boleh putar-alamkan...maka...aku tak heiran la kalau paper utusanpun boleh dapat anugerah kelas ketiga....sebabnya....jenis melayu "kafir harbi" penuh kat situ.

Sorry la beb....kali ni wa tercabar oleh si anon yg cabar wa.
Hampa jangan mare wa cakap melayu "kafir harbi" sebab lu punya member zulkefli Nordin suka cakap itu macam.!!! So.....win-win situation haaaaaa...!!!

Anonymous said...

Masalah Ulamak akhir zaman suka berpolitik daripada menyampaikan Islam. Mulut dah terikat dengan kuasa dunia. Nak tegur puak sendiri takut hilang sokongan. Ulamak akhir zaman ulamak bisu. Nabi tak pernah bela atau bersekutu dengan puak Kafir harbi ni, tak perlu jaga hati semata mata nak undi. Yang salah tetap salah tak perlu berlapik.

Unknown said...

salam..mohon link blog kt sini..

http://kedah-online.blogspot.com/

peminat utusan 1 malaysia said...

patut la utusan haru biru...banyak fitnah dari berita...hahaha...dah la editor pon bodoh lagi jahil...agama islam langsung x faham...tahu nak buat fitnah pehtu je...

udang galah said...

Kelas aper benda nyer...tarak kelas langsung...

Anonymous said...

salam perjuangan.

kemana hilang etika kewartawanan andai khabar sohih hilang berganti fitnah.

bolehkah jadi andainya akar pohon, akar rambutan, batangnya pula batang durian untuk dihasilkan buah durian?

@jking bersuara