"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, March 25, 2011

Perhimpunan 500,000 BERSIH (2.0), 2011

Malam tadi lepas balik lepak-lepak seharian suntuk, macam biasa gua online depan laptop cabuk gua bukak Google Reader gua untuk surf update berita-berita dari Website-Website, Blog-Blog & Portal-Portal internet carik berita menarik untuk gua ulas malam ni.

Malam Jumaat kerja bunuh setan amat diutamakan bagi kebanyakan wargabumi yang beragama Islam. malam sunat la katakan. tu pasal lepas jam 12:00 tengah malam bila gua online, update dah terlalu selor... daripada ratus-ratus Portal, Website & Blog yang gua subscribe, ada tak sampai 20 yang diupdate lepas jam 12:00 tengah malam. mungkin admin-admin tengah berpeluh-peluh bekerja keras membunuh setan.

Mat-mat Twitter pun senyap sepi dah... Awas bro..! jangan sampai aktiviti anda dirakam dengan CCTV oleh Trio "T"... buruk padahnya..! jangan sampai sekali lagi berlaku kisah "Blue Monday At Carcosa Seri Negara"..! muahahaha...

Gua bunuh setan dari depan laptop je lah... depan laptop pun boleh bunuh setan jugak... dekat luar sana ada setan besar yang dikenali dengan nama UMNO/BN yang jugak pada gua harus dihapuskan walaupun akan memakan masa.

Berita menarik untuk malam ni..?

Gua tertarik untuk ulas berita yang ni:
Kerajaan tolak guna dakwat kekal
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang menimbang semula penggunaan dakwat kekal kerana ia dianggap tidak lagi sesuai untuk digunakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika menggulung perbahasan titah ucapan Diraja berkata, SPR sedang berusaha mencari kaedah baru yang lebih moden dan boleh diterima oleh semua pihak untuk digunakan dan sedang meneliti penggunaan biomatrik sebagai ganti.

"Namun ia masih dalam perhatian kerana perlu melihat dari semua sudut," katanya.

Nazri menambah, penggunaan dakwat kekal juga tidak sesuai kerana bercanggah dengan perlembagaan dengan memberi contoh situasi pengundi tidak mahu ibu jarinya dicalit dengan dakwat.

Bagaimanapun, jawapan itu mendapat tentangan daripada Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang menyifatkan ia masalah peraturan yang boleh diselesaikan sebelum hari mengundi.

"Alasan mengenai perlembagaan itu kurang tepat. Kalau itulah yang menjadi isunya pada pilihan raya yang lepas, saya kira kita mempunyai masa yang cukup untuk meminda peraturan dalam pilihan raya itu sendiri.

"Tapi kita tidak membuat usaha ke arah itu. Mungkin tidak ada political will dan perjumpaan kita dengan SPR pun, SPR kata ini adalah keputusan kabinet, ini adalah keputusan kabinet," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, SPR menerima tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) agar dakwat kekal digunakan namun keputusan itu ditarik balik beberapa hari sebelum mengundi atas arahan kerajaan.

Siti Mariah juga menyanggah jawapan Nazri bahawa tidak berlaku pengundian dua kali dan mendakwa terdapat pendatang asing menerima kad pengenalan meskipun tidak layak.

"Saya nak bangkitkan mengenai tidak ada pengundian dua kali. Mungkin kalau saya bawa perkara ini Menteri kata tuduhan tapi kita sudah banyak kali mendengar bagaimana di Sabah kad pengenalan diberikan kepada pendatang tanpa izin.

"Pengeluaran kad pengenalan ini menjadi perbualan malah di kalangan kakitangan kerajaan di jabatan Pendaftaran Negara sendiri mengatakan kad pengenalan mudah diberikan kepada rakyat termasuk pendatang tanpa izin yang dah lama beerada di sini untuk menjadi pengundi. Ini utuk kepentingan politik BN," dakwanya.

Tambahnya, tidak mungkin mereka yang menerima kad pengenalan secara tidak sah akan mengaku mengenai perkara itu.

"Menteri mungkin suruh saya bawa saksi. Tapi mana ada orang yang dapat kad pengenalan, yang tak sepatutnya dia dapat akan mengaku bahawa dia mendapat kad pengenalan.

"Inilah kebimbangan kita, JPN akan keluarkan kad pengenalan kepada orang yang tak sepatutnya sehingga ada yang mempunyai kad pengenanalan lebih daripada satu, boleh pergi ke dua tiga pusat pengundian,"katanya.

Nazri juga memberitahu, sistem pengundian automatik juga tidak akan dilakukan atas alasan sebahagian besar rakyat tidak tinggal di alamat seperti yang didaftar dalam kad pengenalan.
Lepas baca berita ni, serta merta gua teringat sejarah yang berlaku hampir 4 tahun dulu.

Tarikh: 10hb. November, 2007
Hari: Sabtu
Event: Perhimpunan BERSIH

Masa tu gua belum pakai kamera lagi...

Baik... Oleh kerana wakil ataupun jurucakap KERAjaan dah keluarkan kenyataan dalam Parlimen sedemikian, semangat gua untuk menyemarakkan 1 Demonstrasi seumpama Demonstrasi BERSIH 2007 naik meruap-ruap.

Setakat ni kita dah ada BERSIH 2.0 yang pada ketika ini sekadar bergerak ke seluruh Negara Malaysia melalui siri penerangan dan juga program-program kesedaran akan kepentingan perlunya diadakan Pilihanraya yang Bersih & Adil di Malaysia.

Bab menaikkan gelombang rakyat setakat ni memang ada tapi dipihak Urusetia BERSIH2.0 nampak tak berapa bersungguh. kalau tak salah gua, ada dikeluarkan kenyataan dan dalam kenyataan tersebut, jangkaan awal untuk Perhimpunan BERSIH 2.0 ialah pada hari sabtu pada bulan Jun 2011.

Dalam kenyataan itu juga disebut bahawa "Perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan pada bulan Jun 2011 sekiranya menjelang 1 Mei 2011 ini kerajaan masih gagal untuk meyakinkan rakyat dengan satu komitmen untuk memastikan sistem pengendalian demokrasi negara benar-benar dipulihkan serta bebas dari sebarang ruang manipulasi serta kepincangan

Pada hemat gua, kenyataan yang menyebut "sekiranya menjelang 1 Mei 2011 ini kerajaan masih gagal untuk meyakinkan rakyat bla bla bla bla bla" sudah tidak terpakai apabila Menteri telah mengeluarkan kenyataan seperti diatas.

Masa untuk berkempen agar matlamat Perhimpunan 500,000 BERSIH 2.0, 2011 tercapai WAJIB dimulakan dari saat ini..!

Gua harap para Blogger, Twitter, Facebooker & lain-lain rakan-rakan yang cintakan Negara Malaysia & mahukan 1 Pilihanraya yang Bersih & Adil dapat bersama mengembleng tenaga membangkitkan kesedaran kepada semua rakyat Negara Malaysia mulai saat anda membaca artikel ini.

Mulai hari ini, kita akan menggerakkan kesedaran dengan meluaskan apa-apa sahaja maklumat berkaitan dengan Kesedaran betapa perlunya diadakan bukan 1, tapi sebuah Pilihanraya yang Bersih & Adil setiap kali ianya diadakan kepada semua rakyat Malaysia.

Keutamaannya ialah dengan menyebarkan Tuntutan Utama BERSIH 2.0 iaitu:
-Penggunaan Dakwat Kekal kepada pengundi
-Pembersihan daftar Pemilih
-Pemansuhan Undi POS
-Kebebasan media
Bro... sampai bila kita nak biarkan Negara kita kena jual dek setan-setan & iblis-iblis yang hanya pentingkan poket..? sampai kita sendiri pun kena jual..?

Masa untuk bangun beb... Hari dah siang...!!!

26 comments:

MalaysianDotCom said...

bereh beb.den sokong 1000%,kito blogger kono mainkan peranan ni dari skang beb...ok selamat malam ber sunat..muahahahaha

Amuraria said...

BILA TENUK JAGA UNDANG-UNDANG !
APA PUNYA TURRR !

Anonymous said...

Bagus buat perhimpunan BERSIH sekali lagi....cuma jika Anwar turut serta kali ni, perhimpunan ni akan jadi hilang punca...sebab Anwar tidak bersih dalam PKR.

anon juga said...

agaknya anon di atas kalah dalam permilihan PKR kot? so parti KITAR tidak menjadi pilihan ke?

Polis Rasuah said...

Weiiii...

Hampa tau tak ke,,,

Polis kata yang boleh berdemo kat Malaysia ni hanya Umno ja.
Permit untuk demopun cuma satu ja ie utk Umno ja.

Parti2 lain tak di benarkan. Kalau buat jugak akan di gempur, di serbu , diwater cannorkan dan akan ditangkap sebab permit tak dak.

Polis dah kata Umno tu kroni depa sebab depa yang bagi makan kat depa.

ha..ha..ha...

mujahidah said...

moh kita g beramai2...

Anonymous said...

kalau nak selamat dari polis waktu demo nanti..kita pakat-pakat HULUQ seorang seringgit kat polis yg jaga tepi jalan tu...
polis kan suka kalau orang bagi rasuah kat depa..
kalau 500,000 yg turun..hari tu saja polis bole dapat RM500,000..
hari-hari polis nanti bagi kita demo...kah...kah..

Polis Rasuah said...

Kau orang baca dah blog2 dan surat khabaq cina pasai satu kartun?

Seritanya macam ni.....

Ada la satu hari si TDM, Pok Lah & Najib naik heli pusing kat satu kawasan penduduk. Masa pusing2 tu PokLah pun kata "kalau saya ada RM 1 juta, dan JATUHkan kat ketua penduduk tu pasti dia akan seronok dan sokong kita". TDM pulak kata " apa la Pok Lah ni... kakau bagi kat ketua cuma dia sorang saja yang sokong. Kalau saya pulak ada RM 1 juta, saya akan JATUHkan pada 10 orang usahawan kat sana, pasti depa seronok dan akan sokong kita". Najib pulak kata "Tak boleh mcm tu...kita ni 1 Malaysia..kita kena JATUHkan pada 1000 orang...baru adil...memamg la semua tak dapat tapi ramai yang dapat dan akan gembira dan sokong kita lebih banyak"

Perbualan mereka tu di dengar oleh pemandu juruterbang heli tu. Pemandu juruterbang tu mintak izin nak bagi pandangan dan di benarkan. Katanya "mengikut fikiran orang awam sepertinya kalau TDM, Pok Lah dan Najib TERJUN dan JATUHkan diri dari heli ni saya rasa rakyat lagi suka dan sokong malah akan tepuk tangan lagi".

ha...ha...ha...

Anonymous said...

BERSIH pun dh x "BERSIH". nk "BERSIH" konon. tp, puak hindu...cina yg "BERSIH" meLAYU...kepala dia, hindu...cina... meLAYU kt mn? KAKI... lubang hidung meLAYU pun kena cakuk dgn besi... jadilah PAK TURUT...

Barua Melayu said...

Melayu TIPU Melayu...lagi teruk
Melayu FITNAH melayu.....lagi dahsyat
Melayu BODOHkan Melayu...lagi best
Melayu KENCING Melayu....lagi kau
Melayu LEMBUkan Melayu.....lagi Auuu
Melayu jadi NABI melayu....syok

aku org umno totok said...

jika dakwat tak digunakan aku risau puak pembangkang akan naik semangat dan buat alasan utk buat mcm timur tengah spt mesir.mana aku nak lari bawak duit aku.

Anonymous said...

apa la UMNO totok ni..bangang sangat..bawak masuk sekali dalam kubur la..

Pengundi Atas Pagar said...

http://drmaza.com/home/?p=1381

Sebar-sebarkan sebelum buat Bersih-2.0

Selamatkan NEGARAKU!!!

Kak Mah said...

Jom ramai2 kita BERSIHkan UMporNO di Bumi Malaysia ni.

UMporNO ni adalah PENYAKIT utk rakyat Malaysia.

Lebih teruk dpd SIPLIS...
Lebih teruk dpd HIV....
Lebih teruk dpd KENCING TIKUS...

PAPA GOMO said...

Wallahi Wabillahi Watallaahi saya Papa Gomo dengan nama pena sebagai seorang penulis Blogg Bersumpah bahawasanya saya telah menonton rakaman Video yang memaparkan adengan Seks Anwar Ibrahim dan pasangannya seorang wanita China di dalam sebuah kamar..hik..hik..hik..(dalam keadaan mabuk) saya cabar allah jatuhkan bala ke atas diri saya..laknatlah aku..hik..hik..hantar api neraka pada aku..hik..hik.. sebab aku kalau mabuk takda sapa boleh dakwa..sebab takda 4 saksi munafik..hik..hik..yang ada saksi blogger umno je..hik..hik..SAYA JUGA BERSUMPAH TAK MINUM ARAK..CUMA PEGANG BOTOL JE..TU PUN KORANG NAK BISING KE? hik..hik..

Cicit JWW Birth said...

Aku hairan la dalam suasana FITNAH yg dilakukan oleh juak2 UMporNO ni kemanakah MENGHILANGnya ULAMAK MUDA meeka.

TENGGELAM terus tak bersuara....
Yg bersuara cuma ULAMmaMAK POPO GOMO saja....

Anonymous said...

Ulamak Muda n Ulamak Tua dlm UMNO duduk diam-diam. Perut ulamak Muda n Tua sudang kenyang..bulan-bulan ada baik punya masok.

Think tank UMNO...bole buat video pula Dato Eskay tutuh jubok Ulamak PAPA GOMO..lepas tu..tuduh kata anuar punya kerja.
papa gomo..BOLE Nego price tinggi sikit dari sayfool.

Kaguto said...

Nampaknya Undang2 Syariah kat M'sia dah tak laku, dah tak dipandang, dah di letak kat tepi oleh puak2 Umno.

Undang2 syariah kat M'sia ni dah jadi macam sampah..

Kes Liwat, Kes Zina, kes fitnah semua di bawa ke Mahkamah civil.

Dimanakah yg dikatakan Islam itu Syumul, sempurna, memberi keadilah pada ummatnya di dunia ini. Aku tak nampakpun sebab UMpurNO yg Purnokan Undang2 Sysriah di M'sia/

MohdAbdRahman said...

ORANG MELAYU JGN DI PERKUDAKAN DAP DAN PKR. MARI BERSATU

Anonymous said...

syabas kepada kaumku...kerana bersama2 bergaduh, berkelahi dan menjadi hiburan kpd org lain...syabas sgt2...

Anonymous said...

PEJUANG? GUNA BAHASA PUN 'GUA' 'LU', TAK ADA JATI DIRI MELAYU LANGSUNG. MEMANG LAH MUDAH JADI BARU DAP.

Anonymous said...

SEMARAKKAN KECINTAAN TERHADAP NEGARA
HAPUSKAN KORUPSI,RASUAH,FITNAH DAN PEMBOHONGAN RAKYAT MARHAIN UTK MASA DEPAN NEGARA TERCINTA.

omat said...

mari kita rapatkan saf...untuk malaysia yg lagi bersih n islamic....hanya pengotor je yg x suka bersih....

AKUANAKBERSIH said...

Papagomo ?

AKUANAKBERSIH said...

Maaf aku org baru kat sini...papagomo tu yg mengandung 10 bulan tu ker?aku ada nampak dia br ni..maaf ngumpat kau papagemok.

inspirasi cyber said...

mereka sungguh berani..bagus kalau ada perang nanti..boleh ambil geng nie letak depan