"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, April 01, 2011

PRN Sarawak: Politik Negeri Sarawak

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.

Mekasih...

Baik... kita pergi pada agenda yang lebih serius - Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke-10.

Masuk hari ni dah 2 hari dah gua dekat Bandar Kucing. Bandar ni boleh tahan, tak sesak sangat & tak sunyi sangat. Mat rempit beroperasi dengan bebas sebaik jam melepasi angka 9:00 malam. Trafik lebih kurang Bandar Kota Bharu, sesak dijalan-jalan utama sebelum opis awer & selepas opis awer.

Cuaca setakat ni ok.

Malam tadi sempat sembang dengan kawan lama yang aku baru jumpa di Kucing... "kawan lama" sebab dia dah lama kenal aku dalam Facebook tapi baru dapat jumpa di Sarawak padahal sama-sama berasal dari Pantai Timur - Kelantan.

Sempat jugak bersembang dengan anak tempatan Sarawak berkenaan dengan Politik di Sarawak. banyak benda baru aku belajar dekat sini berkenaan dengan Politik Sarawak yang pada aku 110% (pinjam keyakinan Zulkifli Noordin) berlainan dengan politik di Semenanjung Malaysia.

Pada dasarnya majoriti orang Sarawak langsung tak peduli dan tak kisah dengan politik. tahap kesedaran masih dibawah paras beku dekat setengah-setengah tempat mungkin mencapai tahap -10 darjah celcius (negatif).

Kalau nak kempen dekat sini, tak payah susah-susah nak cerita pasal pembangunan sebab sebahagian besar Negeri Sarawak berada jauh dari pembangunan & kalau korang cerita pasal pembangunan, apa yang orang Sarawak (kawasan pedalaman) akan faham hanyalah - elektrik, air, jalanraya & rumah.

Infrastruktur yang hebat-hebat macam KLCC, KLIA, Menara Berkembar Petronas, Cyberjaya, Putrajaya tak de orang nak heran sebab pada mereka yang kehidupan hariannya masih dalam zon "tradisional", semua tu tak penting. yang penting - mereka hidup.

Budaya anak muda (luar bandar) di Sarawak agak "unik". anak muda hanya akan bekerja ketika kesempitan wang atau "kering". bila duit dah ada dalam poket, masa akan dihabiskan dengan aktiviti sosial biasa-biasa iaitu "mengosongkan poket".

Majikan selalu pening kepala sebab anak-anak muda ni kalau dia nak cuti dia main cuti suka-suka dia je, tak de masa nak apply-apply.benda-benda macam ni kita tak boleh nak kondem sebab ianya adalah "budaya" bagi mereka. lain tempat lain budayanya, jadi kena hormat. aku seronok tengok anak-anak muda ni "menikmati" hidup mereka.

Politician kalau nak bertanding & berkempen di Sarawak ada baiknya tak payah gatal-gatal nak offer janji manismu dekat sini. 1-1 nya janji manismu yang diterima pakai di Sarawak ialah "imbuhan wang ringgit" yang macam-macam kaler.

Tahap kesedaran politik di Sarawak bagi aku sangat minimum kecuali di kawasan-kawasan bandar, tu pun kalau nak dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia jurangnya masih sangat jauh. kalau di Semenanjung Malaysia, cakap-cakap kedai kopi boleh kata 70% politik & yang selebihnya gosip artis, kecuali kebelakangan ini cakap-cakap kedai kopi di Semenanjung Malaysia dah 110% - seks.

Terima Kasih kepada Trio Datuk "T" kerana berjaya membawa perubahan paling drastik - kepala otak seks.

Bila sebut pasal Pilihanraya, soalan pertama yang akan ditanya oleh orang tempatan kalau kita berkempen untuk Pakatan Rakyat ialah - apa aku akan dapat kalau aku undi "Pembangkang"..?

Mitos "Pembangkang" sangat kuat berada dalam fikiran rakyat Sarawak... pembangkang ni kira macam hantu jembalang la, sebab tu TPM suka sangat dok sebut hantu jembalang, rupa-rupanya sekian lama rakyat Sarawak dipupuk dengan zikir - Pembangkang = Hantu Jembalang.

Yang jadi tukang zikirnya ialah Beer eNd.

Ramai rupanya yang takut nak undi "Pembangkang" sebab takut "Pembangkang" tak boleh bagi apa-apa pada rakyat Sarawak padahal kalau majoriti rakyat Sarawak mengundi "Pembangkang"@Pakatan Rakyat, secara Automatiknya "Pembangkang" akan membentuk "Kerajaan" di Sarawak.

Jadi apa masalahnya..?

Penerangan macam ni agak kurang diberi perhatian oleh Pakatan Rakyat. fakta paling mudah. kalau Pakatan Rakyat menang dengan undi "Majoriti", Pakatan Rakyat akan bentuk "Kerajaan" di Sarawak dan Beer eNd pula akan membentuk "Pembangkang" di Sarawak.

Kalau dan Pakatan Rakyat jadi Kerajaan & Beer eNd jadi Pembangkang, dah tentulah masa tu Beer eNd yang tak dapat nak bagi apa-apa dekat rakyat sebab tugasan tu akan diambil alih oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sama jugak bila ada yang cakap - kalau kau undi Pakatan Rakyat, Beer eNd tak kan bantu kau dah lepas ni..! ayat ni ialah ayat paling jujur dalam politik Malaysia.

Memang betul kalau semua pengundi memberi undi kepada Pakatan Rakyat, Beer eNd akan jatuh berdebab menyembah bumi & sebagai parti yang dah tak de kuasa di Sarawak, confirm la Beer eNd tak kan bantu rakyat Sarawak sebab Beer eNd dah tak de kuasa. yang ni kita kena bagi rakyat Sarawak faham betul-betul.

Beb... lebih 20 tahun dulu Beer eNd berkuasa di Kelantan, lepas PAS berjaya bentuk Kerajaan hasil undi majoriti rakyat Kelantan, apa yang Beer eNd boleh buat di Kelantan..? mesti puak PenChaChai Beer eNd akan jawab - memang la Beer eNd tak boleh buat apa-apa sebab Beer eNd bukan Kerajaan di Kelantan..!

Time tu kita pakat-pakat ketuk kepala puak PenChaChai Beer eNd ramai-ramai.

Yang lain aku sambung pulak esok.

11 comments:

M'siandotcom said...

low lg mentaliti sano pojie woi...ingat pendalaman ingat kubu kuat umno...muahahaha

Unknown said...

Aku dah berbuih mulut citer benda ni berdasarkan pengalaman aku masa dalam perkhidmatan tapi orang2 politik ni bukannya nak pakai pun. Mungkin sebab depa kuar unibersiti maka tak perlu dengar pendapat orang lain kot?
Penduduk tempat aku guna istilah 'ceghodek buah pelior' utk depa nih!

Anonymous said...

ungkapan pembuka kata untuk majlis2untuk pencacai beeEnnd...

"parpukari blakang mari salim bin iskandar kutty..

takebeer..parpukari...
takebeer..parpukari...
takebeer..parpukari...

begitulah mukaddimah pencacai2 beeend sekalian...

malam ini dengan izin polis dan KDN, kami trio datuk T Tonggong & Bahlul akan mempersembahkan filem box office meletop lagi meletap..

tayangan amal di Perkosa Sri Negara bertujuan untuk menolong parti beeend mencapai akhir hayat..

filem ini masih dalam peringkat suntingan akhir, dan suntingan akan disempurnakan di bollywood oleh toon madey mamak kutty dari Kerala, India.

oh ya, tun madey mamak kutty juga sekampung dengan parpukari blakang mari salim bin iskandar kutty

takebeer..parpukari...


berikut adalah pantun ditujukan khas untuk si parpukari blakang mari...

athan parpukari
atiley rende mune nettilipudi
athan malayalam kari
tindu putu sutha sori

malayalatan
kodakodatan
parpukari saptu
kalthartan..

maaf tiada alih bahasa disediakan!
(Untuk alih bahasa, sila dptkan dari zul kulum..hehehe)

kalau di lihat secara teliti pantun2 diatas, kari parpu merupakan menu utama orang malayalam kerala...

dan tidak heranlah si parpukari blakang mari salim bin iskandar kutty memiih parpukari sebagai tajuk blog dia..

dalam budaya mereka, 'pembunuhan' karektor politik adalah dibenarkan. ini jelas tertulis di rangkap akhir pantun tersebut..

tayangan akan disambung di Hotel di Palam pulak...

Anonymous said...

buruk siot muka lu parpukari.. kah3..
boroi plak tu.. mesti byk makan makanan haram... kalau org tu suka mabuk2 ni biasanye org tu kekurangan kasih sayang.. nk ilangkan masalah sbab tu diorg mabuk2.... lain kali suruh la daddy kutty peluk hari2.. kah3..

YOPSAPU said...

ceredik buah cedik yop!
dlm blog dia, parpukari suruh buktikan yg dia minum tu beer. bodoh lembu punya orang! tak payah nak cek ayo dlm gelas tu, tgk mata dia pun dah cukup untuk membuktikan dia baru lepas togok. kalo dah habis segelas lagi teruk merah mata dia, satu jug lagi laaaa.

Kalong Kayah said...

Kaum suku sakat White Hair adalah minoriti di Sarawak. Kaum Iban adalah majoriti di Sarawak. Di bawah pemerintahan beruk BN dari Semenanjung, kaum Iban telah tidak beri hak utk jadi Ketua Menteri Sarawak. Dulu ada sekali tetapi telah DIRAMPAS oleh kaum suku-sakat White Hair sehinggalah sekarang.

Jadi, aku nak seru semua kaum di Sarawak agar kita tumbangkan BN yang ada. Kaum suku-sakat White Hair telah menjadikan jawatan Ketua Menteri milik mereka sahaja. Sepatutnya itu adalah hak kaum Iban...

Ayuh.....jatuhkan suku-sakat White Hair....jatuhkan BN.

Anonymous said...

Satu lagi project oleh "Binasa Negara"(BN). Producer oleh Shaw Brothers Director Risda - Nama gambar - ( Tiga Cendoll ).
1. Kenapa, tiga Cendol tak menyerah video kepada polis apabila menjumpa pita video itu?
2. Kenapa nak tayang di Carcosa?
3.Siapa book bilik dekat Carcosa?
4. Kenapa nak tunjuk kepada Ahli pakatan sahaja?
5. Siapa pelakon hindustan itu?
6. Kenapa tak tangkap Tiga Cendol itu - pengedar video lucah adalah salah disisi undang undang Malaysia.
7. Risda itu adalah GLC, bagaimana pegawai risda campor tangan dalam politik ataupun ini dalam scope of work, dalam Risda kah?
8. Kenapa disciplinary action tak ambil kepada pegawai Risda?

Cukup lah BN jangan bazir wang rakyat. I got no respect for our pemimpin after seeing all the sandiwara. What a childish behaviour.

Macam Pak belalang Ahli Nujum.

1. Banyak banyak - Rasuah BN.
...2. Sedikit sedikit - Amanah BN.
3. Jarang jarang - Tindakan atas BN.
4. Kadang kadang - Tindak atas macam Khir Toyol.

Anonymous said...

BN bimbang hantu & jembalang akan menyerang Sarawak .. aikk ! hang bapak segala hantu jembalang pun takut ke ? bertapa lama sangat kut ..

malangnya umai dan midin sudah tiada lagi dalam menu

Anonymous said...

pembangunan tu mcm yg ada kat kelantan yg dah lebih 20 tahun diperintah oleh 'kerajaan'....aku cukup berbangga jadi rakyat yang berasal dari kelantan tapi membesar di sarawak...dapat nampak apa yang dikatakan pembangunan oleh ahli-ahli 'kerajaan'....bukalah mata anda semua

Anonymous said...

Nak pembangunan mcm kat KL ke ? melayu jdi tukang sapu dan jaga, melayu yang senang sikit kena belit dengan income tax, TNB dan mcm tax .. terus bengkok. Aku agak kalau kelantan mcm KL, ramai tak kenal masjid macam sukusakat white hair kat sarawak tu .. Tak percaya ? pernah dengar majlis Agama Negeri Sarawak ? Ada ke ? Ko pegi mana hotel bar di Sarawak .. tengok sendiri

Anonymous said...

Byk komen yg membabi buta disini dgn bhs2 yg kasar spt orang yg tak bpendidikan dan mempunyai pegangan.riak dan bcakap tinggi spt sudah confirm diri tu masuk syurga.bcakap tu bagai spt dah kenal stp penduduk pelusok sarawak.sbg bukan penduduk sarawak disarankan supaya menjaga negeri sendiri dan bukannya sibuk menilai dan mnaburkan fitnah di negeri orang.orang2 sarawak tak perlu orang luar menjaga tepi kain mereka.