"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 17, 2011

Kemelut UNISEL: Ada Yang Tak Kena..?

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Sebelum ni Blog MiLo SuaM telah mendedahkan kemelut dalaman Universiti Industri Selangor, UNISEL dalam artikelnya yang gua copy & paste dekat bawah:
Bongkar kemelut Universiti Industri Selangor, UNISEL!

Sejak semalam media elektronik dan akhbar-akhbar menyiarkan berita Rokmaa Mat, bekas Pendaftar Unisel akan “dikembalikan” ke Pejabat Menteri Besar atau Yayasan Selangor, akibat kemelut Unisel.

Pada tahun 2001, atas kuasa Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor, Rokmaa Mat yang asalnya hanya seorang guru biasa dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar Pendidikan Yayasan Selangor dengan gred 54.

Semasa di Yayasan Selangor, beliau bukanlah seorang “performer” kerana prestasinya hanya biasa-biasa sahaja, selain menjadi mata dan telinga Khir Toyo. Akibatnya, beberapa pegawai yang tidak disenangi oleh Khir Toyo ditekan, dipindahkan ke tempat yang jauh atau dibuli, dengan cara tertentu.

Semasa menerajui bahagian pendidikan Yayasan Selangor, keputusan pelajar jadi merosot kerana dia suka melaga-lagakan pegawai atas faktor pilih kasih.

Maka sesiapa yang pandai bermuka-muka akan mendapat perhatian beliau. Maklumlah, sebagai Timbalan pengurus Besar Pendidikan, beliau mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pengurusan tertinggi. Sebab itu Rokma tidak disenangi oleh kakitangan bawahan.

Apabila wujud kekosongan jawatan pendaftar di Unisel, beliau diarahkan oleh Khir Toyo untuk mengisi jawatan itu, demi meluaskan pengaruhnya sebagai MB di universiti swasta itu.

Untuk itu, beliau meletakkan jawatan di Yayasan Selangor pada tahun 2006 untuk menerima jawatan gred Jusa C dan lebih berprestij di Unisel.

Sejak itu, bermulalah episod cengkaman beliau di Unisel, maklumlah dia orang Khir Toyo.

Rupa-rupanya Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo. Patutlah beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.

Sumber dalaman Unisel menunjukkan bahawa kakitangan Unisel memang tidak menyukai beliau, kerana sering menghalang aktiviti pelajar dan pensyarah yang tidak menyokong UMNO/BN.

Ini ditambah pula dengan usaha beliau yang dikatakan mensabotaj pengambilan pelajar baru Unisel sehingga kemasukan pelajar merosot. Beliau melakukan pelbagai cara dengan “menyimpan” fail permohonan pelajar, menutup khidmat kemasukan pelajar onlne dan mengurangkan publisiti pengambilan pelajar. Tujuannya ialah untuk menunjukkan kerajaan Tan Sri Khalid gagal mentadbir Unisel.

Adakah patut seorang pegawai kanan bertindak demikian?

Dia pula bersekongkol dengan Naib Canselor, Dr. Rosti.

Dibongkar juga cerita sebenarnya Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang profesional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.

Namun, apabila menduduki jawatan tersebut, beliau terus menyokong “geng UMNO” dan membiarkan Unisel ditadbir seolah-olah Selangor masih diperintah UMNO. Dan Rokmaa Mat ini terus bermaharajalela.

Arahan untuk memecat ketiga-tiga orang ini bukan datang dari MB Selangor. Hal ini diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh MB Selangor, pegawai-pegawai kerajaan, Dr Rosti sendiri serta kesemua Timbalan Naib Cancelor di Bangunan SUK.

Laporan dari JK Exco itu telah dibentang dalam mesyuarat tersebut bersama-sama dengan segala bukti yang beliau perlu.

Juga, dalam mesyuarat itu, Dr Rosti tidak membantah. Tidak mempersoal hasil laporan JK yang ditubuh Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Namun, tiba-tiba beliau letak jawatan dan tidak mahu melaksanakan keputusan yang dipersetujui bersama itu. Beliau tuduh pula keputusan itu tanpa sebab dan tidak mengikut proses.

Oleh itu, cerita Rokma kononnya akan kembali ke jawatan asalnya di Yayasan Selangor adalah tidak benar. Dia sudah meletakkan jawatan pada tahun 2006.

Jika dihantar ke Yayasan Selangor, beliau hanya akan menjadi “penumpang” yang tidak dikehendaki. Dia sudah pasti akan membuat “onar” dan menganggu pengurusan sedia ada.

Jawatannya di Unisel hanyalah bertaraf kontrak. Oleh itu, dia akan ditamatkan kontraknya mengikut masa yang ditetapkan.

Jika Rokmaa Mat mempunyai maruah, dia sepatutnya meletakkan jawatan. Jika dia menerima untuk dihantar ke Yayasan Selangor, bermakna dia memang muka tak malu!
Pagi ni bila gua bukak Laptop gua sementara menunggu waktu imsak, gua terjumpa laporan ni dalam Utusan Malaysia Online... Beritanya dekat bawah:
Pemangku NC Unisel dakwa Dr. Rosti, tiga pegawai punca masalah

SHAH ALAM 16 Ogos - Pengurusan baru Universiti Selangor (Unisel) menafikan wujudnya salah guna kuasa atau campur tangan politik dalam tindakan melucutkan jawatan tiga pegawai kanannya sehingga menyaksikan peletakan jawatan Naib Canselor, Datuk Dr. Rosti Saruwono baru-baru ini.

Pemangku Naib Canselornya, Prof. Dr. Anuar Ahmad sebaliknya memberi alasan, ketiga-tiga pegawai itu gagal menjalankan tugas dengan baik sehingga menyebabkan universiti berkenaan menghadapi masalah kewangan yang membimbangkan.

''Sejak Rosti dan ketiga-tiga individu terlibat memegang jawatan tertinggi di Unisel pada 2009, kami menghadapi masalah kewangan yang membimbangkan.

''Jumlah pelajar juga menurun daripada 12,000 kepada 8,000 orang manakala pelajar kursus perniagaan menurun tidak sampai 3,000 daripada jumlah asal iaitu seramai 5,000 pelajar. Jika ini terus berlaku, bagaimana hendak membayar gaji pensyarah," katanya pada sidang akhbar di kampus Unisel Shah Alam di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan, Prof. Dr. Ir. Mohamad Daud dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam.

Pada 2 Ogos lalu, Rosti meletak jawatan sebagai Naib Canselor Unisel dengan notis 24 jam dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Ketika memberi penjelasan mengenai peletakan jawatannya, Rosti berkata, beliau mengambil tindakan itu selepas tidak bersetuju dengan arahan Jawatankuasa Pengarah yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk melucutkan jawatan ketiga-tiga individu terbabit kerana dakwanya, ia dibuat tidak mengikut peraturan.

Beliau tidak setuju menurunkan pangkat ketiga-tiga individu terbabit kerana sepanjang berkhidmat bersamanya, mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak mempunyai sebarang masalah disiplin.

Ketiga-tiga pegawai kanan universiti tersebut yang menghadapi tindakan dilucutkan jawatan tanpa diberi sebarang surat tunjuk sebab ialah Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman; Pendaftar, Rokmaa Mat dan Pengarah Pemasaran, Halid Hasbullah.

Anuar berkata, di bawah pentadbirannya sebagai pemimpin tertinggi Unisel, beliau akan sentiasa patuh kepada arahan Abdul Khalid termasuk dalam isu pelucutan jawatan ketiga-tiga individu tersebut.

''Kita sudah turunkan jawatan Khalifah sebagai pensyarah biasa manakala Rokmaa yang sebelum ini dipinjamkan akan kembali bertugas di Perbadanan Menteri Besar Selangor dan ia adalah arahan daripada Menteri Besar sendiri.

''Kita sudah ada calon berpengalaman untuk mengisi jawatan Pendaftar manakala status Halid pula belum ditentukan termasuk pengganti yang bakal mengisi tempat beliau," katanya.
Gua rasa agak pelik bila Utusan Malaysia yang kita sedia tau tak pernah menyiarkan berita yang membenarkan kenyataan dari Pimpinan Pakatan Rakyat tiba-tiba hari ni telah mengeluarkan berita yang secara jelas telah mengiakan kemelut yang berlaku dalam UNISEL sedang dalam masa yang sama media-media pro UMNO/BN yang lain-lain asyik membantai kepimpinan Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor dalam kemelut UNISEL.

Pada gua... Ni mesti ada yang tak kena..!

21 comments:

Anonymous said...

i'm the first!!!

dino.yp@gmail.com said...

UMNO jugak yang salah..sudah-sudahlah, kalau dah bodoh sendiri ngaku jer... rakyat dah bosan dengan si Khalid ni...

Anonymous said...

brita yg utusan siarkn semuanye berlndaksn fakta..sbb tu utusan xpernh kene saman..bkn mcm suara keadilan n harakah..dh berpuluh2 juta kene saman..psl kes mismah pon dh tau pr ni kaki kelentong n fitnah..byk lg fitnah2 yg korng buat..dlm bln pose plak tu..ko pon dpt share skit wahai poji ganja

joehan said...

WAHAI SAUDARA2 MUSLIM SEMUA...INGATLAH YG DAULAH ISLAMIAH XAKN TERJADI DGN PERTOLONGAN KAFIR2...UMNO PERLU TINGLKN BN N PAS PERLU TINGGLKN PR..Allah dh pon bg peringatan..baik pas or umno msh degil n xnk hayati ayat2 Allah ni


surah ali 'imran ayat 28 :-

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

marilah jayakan perpaduan umno pas.

surah ali 'imran ayat 149 :-

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.

masih xsedar2 lg ke wahai org2 pas..xpayah la bngga sgt dgn kerjasama pr tu..sedikit demi sedikit pas dh pon ikut jejak lngkah umno..dlu tegas utk tubuhkn negara islam..skrng demi undipolitik prinsip islam digadaikn n tukar kpd negara berkebajikn plak..kesudahannya pas umno 2x5..kalo dlu umno wt keputusan perlu dgr ckp mca n mic..skrng pas plak perlu dgr ckp pkr n dap..

kalo pr mng pru 13..situasi lbh kurng sm iaitu kita dipimipn kafirun or mngkin lbh buruk..sbb rmai di kalangan dap adlh org2 kuat kristian..msh ingtkh kita dgn peristiwa pemimpin islam pr menundukkn kepala ms upacara kematian teoh beng hock dlu..memegang lilin..toleransi yg begitu dasyat dilakukn oleh pemimpin2 pr..seburuk2 umno dieorg xpnh sertai upacara keagamaan siap tunduk2 kepala lg..utk ape sume ni berlaku..ini semata2 demi undi politik n utk kuasa..

satu lg..dlu heboh psl bacaan ayat2 quran or hadis2 nabi olh pemimpin pr bkn islam..mmg al quran diturunkn utk sekalian manusia termsk kafir n mmg xdilarang pon dieorg bc dgn harapan mudahan hidayah msk ke ati mereka..tp mslh skrng ni samada dieorg iklas or just menarik undi2 org islam..dieorg dh sah2 xberiman dgn ayat yg dibaca tu..masalah ni blh menimbulkn fitnah n pecah belah di kalangan umat..demi undi politik begitu dasyat agama dilacurkan!!

mmg umno pn teruk bab2 agama ni..sbb tu perlu bantuan n bimbingan pas..

lg skali peringatan aku berikan..DAULAH ISLAMIAH XAKN BERLAKU DGN PERTOLONGAN KAFIRUN!!ingtla ayat2 Allah kt ats tu.

utk pengundi2 atas pagar or cenderung pd perpaduan..rmai2 time pru13 ni kita undi bn sbgai protes kpd pas..biar pas muhasabah diri yg bangge sgt dgn kerjsm bersm kafir tu..lps tu kita desak umno kuar bn utk bersm pas..kita btul2 tegakkn daulah islamiah..aminnnn

joehan said...

bc hadis nabi ni :

Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati"

bc lg disini :-

Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?”. Beliau menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”

lg disini :-
Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :

“Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”.(dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

ni semua adlh hadis2 nabi berkenaan akn dtg suatu kaum dr timur..kaum yg btul2 menegakkn islam..kaum ni adlh tentera al mahdi yg memegang panji2 hitam..timur yg dimaksudkn mngkin dari asia tenggara,asia tengah,asia timur or lain2 bhgian timur.

so sm2 la kita jayakan perpaduan ummah agar daulah islamiah dpt ditegakkn..amin!

Anonymous said...

anon 9:06,

patotla utusan sampah boleh bertahan sb ade pembaca setia yg bangang mcm ko...

ni satu contoh melayu keparat yg menyokong umno, parti haramjadah...

Anonymous said...

joehan ni mesti geng2 tabligh atau puak2 yg tolak politik..


ayat quran ada kalanya ada ayat muhkamat,ade ayat mutasyabihat.

dlm islam ade fiqh.
dlm fiqh ade fiqh siasiyah.
dlm fiqh siasiyah wujud tahalluf siyasi.


zaman nabi pun pernah bertahalluf dgn org kafir.jgn buta sirah la brader..


cek dlu cita dulu2.


wallahua'lam.

joehan said...

aik..bile ms plak aku tabligh n aku xtolak politik pn..aku sygkn perpaduan ummah..xmustahil la bro..xmustahil kite sume akn bersatu..

mmg nabi pernah bertahalluf dgn org kafir..nabi bertahaluf siyasi secara bijak dgn buat mcm2 perjanjian..tp korng2 dlm pr ni bertahaluf secara bengong..perjanjian pon xde..sng2 je kene pijak..tp ms tu umat islam dh pon bersatu padu..xmcm skrang..umat islam berpuak2..tergolong dlm 2 puak berlandaskn politk pas umno..so harap ko pon belajr sirah gak..nabi berjya satukn 2 gol yg bermusuhan di bwh payung islam..tp kite kt mlysia yg dh islam ni bile ade peluang bersatu lbh rela memilih org kafir..

Anonymous said...

Sokong ayat joehan...

'nabi bertahaluf siyasi secara bijak dgn buat mcm2 perjanjian..tp korng2 dlm pr ni bertahaluf secara bengong..perjanjian pon xde..sng2 je kene pijak.'

Hahaha..mmg dasar perangai PAS, pencacai pakatan sepatutnye Haji Hadi bole jer gertak Karpal Singh buat perjanjian. TP APE DAH JADI "Negara Islam tiada lagi dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat.. Dalam Al-Quran pun tiada Negara Islam yang Ada Negara berkebajikan"

Aku dengar je statement Haji Hadi ni..rase nak ludah 40 kali kat muka dier..Hakptui!! Hipokrit. tahun 1982 kluar Amanat Haramkan UMNO berkawan ngn MCA kafir. Tahun 2003 kluar dokumen Konsep Negara Islam( mase ni aku salute habis kat PAS ngn perjuangan Islam) tahun 2011..kene picit telur ngn Karpal Singh..ISLAM terus jd KEBAJIKAN..

Memang PAS parti jual agama

joehan said...

mslh dieorg ni dieorg suke2 je tafsirkn hadis n ayt quran berlndaskn kepentingn politik..
mcm negara islam n hukum hudud..dlu2 beria2..skrng lps revised sume tu dh xjd keutamaan..so ape keutamaan pas ni sbnrnya..dlu kate umno xleh kwn dgn kafir..skrng lps revised dieorg plak berpeluk cium dgn dap..byk lg la ludah yg pas ni jilat blk.

yg kes jais plng lawak..lps kene sergah dgn dap je trus mntak maap..padahal xdgr lg penerangan jais..lg percya ckp org kafir berbnding islam..yg lg lawak kate plak isu ni sbb umno padahal hasan ali tu dr pas..kes tarhim or bacaan quran kt png lg best..mule2 kate larangan..lps tu kate cume pemberitahuan..nmpk sgt korng ni kaki putar belit..zaman nabi ade azan pertma sbln azan subuh yg sebenar..mkneye mnde tu xslh pon..yg nik aziz lg best..kuar statemnt kate org bkn islam kt klate suke dgr sbb xpernh protes..ni statemnt angkt bakul sndri..wahai ulamak oi..nk kuarkn kate2 tu gunekn la otak dlu wahai org yg bertaraf ulama..

nabi bekerjsma dgn kafir tp nabi tau batas2..yg pas ni abs sume dilanggarnya..join upacara keagamaan bkn islam siap tunduk2 kepala..bwk lilin memperingati kematian..n mcm2 lg..dlm manifesto pas sel kate kalo berkuasa nk ttp kilng arak tu..tp khalid samad siap offer tanah lg..hahaha..mmg lawak org parti islam ni..

nnti msti ade org ckp umno lg truk..yup..umno mmg ade wt slh..tp pas pon sm..2x5 je..hehehe..suh berunding pn jual mahal..sanggup memilih kafir dr saudra seagama..sudah2 la tu pas..

Anonymous said...

1.paling terlucu mamat pas yang belaghak pakai serban dan jubah masa mamat beng hock mati bunuh diri tempohari!!
2.lepas tu paling lucu jugak!!puak-puak pas dok pertahankan puak kristian pakai nama Allah!!
3.paling lucu jugak puak-puak pas dok pertahankan puak-puak kristian dok murtadkan puak islam!!
4.habih ayaq lioq depa dok keluarkan hadis dan ayat Al-Quran untuk pertahan kebodohan depa!!
5.kes Unisel ni!!apa yang ganjilnya!!ariffahmi menantu nik aziz!!apa cerita!!berjela hadis dan Al-Quran digunakan oleh nik aziz untuk mempertahankan tindakan dia!!

Anonymous said...

senyap dh puak2 pr ni..hahahaha.bgto ape cr nabi yg korng ikut melainkn pkai jubah,serban,simpn jnggut n kawen 4..tutur bicara mmg fail la.24 kutuk org lain.merasa diri tu hebat sgt.berdakwah pon stakat mt msjd2 je.tu pun bkn ceramah psl cabang2 ilmu islam sgt.yg byknye psl politik kepartian pas tu..ati kuat menyimpn dendam.mendoakn kecelakaan sesama muslim.tu sume sifat2 nabi ke wahai pok nik.

Anonymous said...

10 hari posa yg terakhir..sama2 kita menadah tangan mohon ALLAH swt laknat & hancurkan UMNO...
UMNO punca umat Islam lemah & sesat diMalaysia...P MAMPOS la lu UMNO!!

joehan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hehehe anon August 18, 2011 9:34 AM lawak btul la..ko rs Allah nk makbulkn ke doa ko..sempena 10ramadhan terakhr ni baik doa supaya kebenaran kes liwat nuar juburi diselesaikan..moga mangsa mendapat keadilan sewajarnya n sang peliwat dihumban ke dlm penjara..amin..moga si peliwat xtunda2 lg.

Anonymous said...

crita byk x mau...UMNO P Mampos!!!

Anonymous said...

hahaha..komen2 bdk pr tahap longkang..asyik2 umno p mampus..tu je ayt terbaik bdk pr berjya pkirkn..pttla skong nuar juburi..iq tahap jamban rupenye..hahahaa

Anonymous said...

ake ake
uh aku cayer sama lu ah joehan..
siap aku bayang lagi ; tua muda orang pas/pkr kalau dibanding adengan pejuang2 kristian tuh..berkali ganda lebih hebat dan cerdiknya mereka. Sehingga kelihatan puak pas/pkr yang memomokkan dirinya sebagai pejuang islam amat daif..dan kelihatan masih berhingusan malah mengalami selesema akut.he he perlu ke hospial bukan ke bomoh video besi.

Macam poji masih kata media perdana tak kena..bila lapor berita sebenar. Bukan dongengan semata.Kebenaran membuat islam dapat menjaga akal.

Anonymous said...

terkenang debat brsejarah DSAI dgn Shabery Cheek. Raja lawak umno ni rupa nya jahil dlm isu yg didebatkan..tu pun dapat jawatan menteri..
Tambah lagi sekor pecacai umno yg tnya soalan paling bangang tu..Nordin Kardi.

Setakat pecacai umno dlm blog ni nak hingat org takut kat depa...p mampos la lu!!

Kalo menteri umno pun bangang...ni kan pecacai...brapa juta kali punya bangang..!!
Malas nak layan bangang pecacai umno!!

Anonymous said...

Hairan lagi pelik, komen -komen kebelakang tidak menjurus kepada isi entri. Emo atau slow untuk faham?

Isu Rokmaa Mat, selagi tiada hitam putihnya, tak lebih dari spekulasi, penambahan dari satu lagi sikap over emo, atau kera.

Dia leh jadi mak sedara kepada Ambiga Milo Basi sekalipun, tidak selayaknya ditepek begitu-begini. Maksudnya, Nabi saw kita pak sedaranya Abu Jahal dan Abu Lahab-sekapal ker?

Maka kisah Dr Rosti pun, siapa yang boleh dedahkan fakta membuktikan ada penyelewengan dan salahlaku? Ada berani? Podah!

Bila orang tidak membantah , sepatutnya bermaksud setuju , berontak dalam hati atau berkecuali?

Pokokpangkal, baik ugama parti apapun- tengkorak melayu hidup di Selangor, mesti ada tempat untuk bersama kerja dan mentelanjangkan mazhab sangkaan dan fitnah. Stay focus lah beb.

Macam mana ya? baru memangku jawatan sudah menunding palan dan polan sebagai punca masalah. Habistu jawatankuasa yang ditubuh itu apa-kok bypass. Prof anuar ni sebenarnya siapa? dan berapa lama melibatkan diri dalam isu ini, dan apakah peranan yang dimainkan sebelum ini? Siasat dan jawab, for the benefit of doubt.

Satu analogi mudah , beberapa puluh staff tidak diberikan bonus, atas sebab 'menabur pasir didalam periuk sendiri'.

Ini professionalisme tahap apa? Lutut kah atau jati keprofessoran? Hanyasanya menzahirkan penentangan atau ketidak setujuan dengan sistem formula 'setiap tenaga kerja mesti membawa kemasukan 2 pelajar'. Bandingkanlah dengan kebiadapan menulis surat layang! dan bukan sekali.

JADi KUDISKAH? Sekali lagi, tahap ceredik IQ berapa ini? Maksudnya prosedur apa ini? undang-undang apa ini?

Jadi ingatlah, berapa ramai rakyat Selangor sebenarnya. Seramai manakah pula yang betul-betul ingin sahaja menghadiahi kahak atas sikap picisan kepartian , bertuhankan amarah dan nafsu. Muka yang baru naik jawatan semua terpalit dengan keladak kepartian juga. Fokus lah wei, fokus membangunkan nilai manusiawi sebelum materi. Kitab akhlak macam Ihya ulumuddin tu penat je dikarangkan, diterangkan, diterjemahkan, kalau warga senior yang dah berkedut masih slow tahap gaban.

P/S : memang ada yang tak kena. MB tak kena mengena. UNISEL tak perlukan proxi Halimah Ali. Tak perlukan juak BN. Hanya anak jati.

Anonymous said...

kerajaan pusat mmg byk buat onar pun pd kami dri segala segi. nk hitam putih? mmg x la oooiiii, prosedur undang2 pun klau dh yg jd hakim tu pun ular lidah bercabang tiga, mmg harapan kisah dongeng la untuk kebenaran menang... bukan xtau, manusia berpolitik ni pnuh dgn propaganda... tmbh2 klau dh ada kuasa, pelajar mcm kami ni hanya tikus dalam makmal ja.mangsa kemelut, boneka.. nak blajar pun x aman., puii..