"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, August 17, 2011

Pendedahan Manipulasi Undi Pos: Apa Kata SPR..?

Reactions: 
Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...
Kemudiannya, beliau mendakwa pihak atasan telah mengeluarkan arahan supaya memangkah kertas tersebut kepada calon pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan terhadap anggota tentera pada ketika itu.
Lagi pendedahan manipulasi Undi Pos & kali ni pengakuan dibuat oleh 3 orang bekas Anggota Tentera.
KUALA LUMPUR: Tiga lagi anggota bekas tentera hari ini mengaku pernah memanipulasi kertas undi pos Pilihan Raya Umum (PRU) atas arahan pegawai atasan semasa tempoh perkhidmatan mereka.

Selain pernah ditawarkan habuan, mereka mengaku telah diarahkan supaya memangkah beratus-ratus kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain yang sedang bertugas termasuk undi isteri.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini, Mejar (B) Risman Mastor mendedahkan semasa PRU ke 6 tahun 1978, beliau yang ketika itu
bertugas di sempadan Malaysia-Thailand telah menerima dua karung guni (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) yang berisi beratus-ratus undi pos.

Kemudiannya, beliau mendakwa pihak atasan telah mengeluarkan arahan supaya memangkah kertas tersebut kepada calon pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan layanan kerajaan terhadap anggota tentera pada ketika itu.

“Sebelum PRU6 seorang menteri wanita Umno-Barisan Nasional (BN) dalam ucapannya di Parlimen telah menganggap kami anggota tentera tidak berkelulusan tinggi untuk ditawarkan gaji yang sama seperti guru sekolah.

Guru anak emas, tentera anak tiri

“Kami cuba diketepikan sehinggakan wujudnya kain rentang ‘guru dianak emas, tentera dianaktirikan’,” katanya yang mahu membuktikan undi pos merupakan sistem yang amat mudah dimanipulasi oleh parti dan individu namun tidak meberi keuntungan mana-mana pihak sama ada BN mahupun pembangkang.

Sementara itu, Kamarul Zaman Ibrahim, 53, berkata semasa berkhidmat sebagai kerani di Markas Tentera 3 Divisyen Terendak, Melaka, beliau turut melakukan perbuatan sedemikian termasuk menandatangani borang pengesahan undi selama tiga hari iaitu sepanjang tempoh undi pos dijalankan.

“Tiga hari saya berpanas dalam sebuah bilik memangkah dan tandatangan nama anggota tentera yang bertugas daripada seluruh negeri sampai terpaksa sediakan tiga batang pen biru dan hitam dalam poket,” katanya yang mengaku tidak pernah berdaftar sebagai pengundi pos namun namanya wujud dalam sistem apabila disemak.

Namun beliau berkata tindakannya itu hanya sia-sia apabila hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

“Tentera berkorban jiwa raga untuk negara tetapi kami hanya diberikan tanah tiga kaki lebar, tujuh kaki panjang dan tujuh kaki dalam sahaja (saiz keluasan kubur),” katanya kesal.

Namun tidak bagi bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mohd Kamil Omar, 49, yang pada mulanya diarahkan memangkah sekotak kertas undi pos semasa PRU tahun 1999 di Kem Butterworth.

Menceritakan pengalamannya, Mohd Kamil atau dikenali Komando Kamil yang keliru dengan arahan tersebut kemudiannya naik berang apabila pihak atasan menjanjikan habuan jika selesai melakukannya dalam tempoh setengah jam.

“Saya tahu itu salah dan tidak mahu bersubahat, ia seperti mengkhianati negara,” katanya.

Sementara itu, bekas anggota tentera yang pernah mengaku memanipulasi kertas undi pos semasa bertugas di Kem Sandakan, Sabah sebelum ini, Mohamed Nasir Ahmad, 50, berkata mereka tidak sedar perbuatan mereka ketika itu mampu membawa kesan serius, dan tidak mampu berbuat apa-apa ketika berkhidmat sebagai kakitangan awam.

“Tentera ibarat ‘Yes Man’. Kalau kami lawan negara akan jadi huru-hara.

“Selepas wujudnya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) baru tersedar apa yang kami buat itu tak betul,” katanya.

Undi pos mudah dimanipulasi

Sementara itu Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan undi pos adalah sistem
yang boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja termasuk pemantauan yang lemah oleh SPR.

“Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dengan yakin pernah berkata perkara sedemikian tidak wujud lagi di zaman pentadbirannya.

“Namun bagi saya ia tetap wujud dari dulu sampai sehinggalah sekarang terutamanya ketika Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang 2009,” katanya

Justeru kata beliau pihaknya akan terus mendesak kerajaan dan SPR dengan mendedahkan lagi beberapa penyelewengan dari semasa ke semasa sehinggalah pembaharuan sistem pilihan raya dilaksanakan sebelum PRU13.
Apa komen SPR lepas ni..?

2 comments:

Abbs said...

kah kah kah.. SPR Suhanjaya Penipu Rakyat.. Kkah kah kah.. poji.. tolong linkkan blog ni skali kek blog lu.. gua dah linkkan blog lu kek blog dekat bawah ni..
http://bagindareformasi.blogspot.com
http://umnoisdead.blogspot.com

thx beb.. bila lagi kita semua mau discus blogger balik beb? kikikiki

Anonymous said...

YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK CHAIRMAN) MAKES BUDDHIST & MCA SHAMEFUL!


敬爱的马来亚佛总理事先生Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia佛寺理事先生以及佛教信徒.

自从Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)当任主席, 有预谋的迫走本地和尚(吉兰丹), 而遠聘缅甸和尚, 当任主持之后Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia(暹廟)就一直发生种种的是是非非, 以引起方民間議論纷纷.

其因是Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)所领导的理事会, 勾结外耒的缅甸和尚, 以啇業経营, 不依佛法的精神办事, 只借宗教之名捞取权和私利所引起………. 最近又自行一套商业手法, 规定任和人, 若想出家当和尚修道者, 必先供给RM400大元, 否则免谈. 這种啇業手法, 已引起广大的信徒愤怒而不满.

Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple (暹廟)是佛总之联会, 而身佛堂之主席Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)不以佛陀的教誨, 修心養性, 却反其道而行, 接着权势, 无悪不做, 三妻四妾, 骗财骗色, 破坏別人的家庭.....现在他的排聞满天飞, 不但给佛寺帶耒不好的名声, 也間接的耻辱佛教信仰者.

所从我们祈望马来亚佛总与Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia理事同仁, 给以关注, 共創義举, 维护佛法

此致, 并
祝安康, 工作愉快.