
Jam smilan malam tadi penat sangat, aku bantai tido. ni baru bangkit. sambung balik entri tadi. masuk bahagian ke-4 pulak.
Lepas mangkaq-mangkaq tadi buat kecoh, para ADUN dan EXCO Pakatan Rakyat buat keputusan untuk berundur bagi mengelak dari berlaku perkara yang tak diingini. jadi kami berundur dan berkumpul dekat bawah Pokok Sena dulu manakala separuh lagi yang hadir masih tak berganjak dari tempat tadi dok halang mangkaq-mangaq tu supaya dari terus menyerang Dato' Seri MB.
Lepas tu secara drastik, para ADUN dan EXCO bergerak sepantas kilat melalui jalan pintas ke Bangunan SUK dan semuanya berjaya melepasi halangan pihak polis sebab masa tu polis tengah leka. depa pakat-pakat buat bodoh konon tak nampak perbuatan mangkaq-mangkaq tu dok provoke orang ramai yang masih berkumpul dekat tempat tadi.

Dalam depa dok buat bodo tu, depa telah dibodokan oleh para ADUN dan EXCO sebab depa tak perasan rombongan ADUN dan EXCO menyerbu masuk melepasi kawalan keselamatan yang pertama.
Lepas kawalan keselamatan yang pertama, para ADUN dan EXCO terpaksa berdepan pula dengan halangan dari FRU yang dari awal telah mengepung Bangunan SUK. rundingan cuba diadakan tetapi tidak mendapat kerjasama sepenuhnya bilamana pihak FRU hanya membenarkan Speaker dan ADUN Barisan Nasional memasuki Bangunan SUK.

Dalam-dalam dok runding tu pulak, sempat jugak beberapa ADUN dan EXCO kita merasa penangan buah tangan dari FRU. ada yang kene cekik, ada yang kene tolak sampai nak tersungkur.
Tapi yang aku sedih sangat bila ada sorang cina (aku tak kenal siapa dia ni tapi aku rasa salah sorang setiausaha ADUN/EXCO Pakatan Rakyat kot...) yang tergolong dalam golongan kurang upaya (cacat sebelah kaki) kene rentap dekat FRU dan SB-SB yang bertugas. aku tengok depa layan dia ni macam anak patung je.

Aku rasa itu adalah tindakan yang PALING ADIL pernah dibuat oleh pihak FRU. langsung tak nampak unsur-unsur BERAT SEBELAH. syabas kepada FRU kerana berjaya MEMBUKTIKAN KEPADA DUNIA bahawa sistem DEMOCRAZY memang wujud di Malaysia dan pihak-pihak yang berkenaan telah berjaya MEMANIPULASI pihak keselamatan untuk kepentingan diri mereka. SYABAS...!!!
Rundingan berlaku hampir 15 minit tapi tak membuahkan apa-apa hasil sebaliknya diugut pulak dengan siraman air chemical. para ADUN dan EXCO diarah supaya meninggalkan kawasan luar Bangunan SUK yang jadi Kubu FRU sejak malam selasa. kalau tak keluar, tindakan akan diambil.

Macam tu pihak keselamatan melayan para ADUN dan EXCO Pakatan Rakyat. aku suka dengan bila ada orang pro Pakatan Rakyat dan BN bagi alasan depa cuma menjalankan tugas je... jangan salahkan depa.

Dulu aku boleh terima alasan macam tu. tapi bila aku fikir balik, kalau bos korang bagi arahan pi bunuh orang, WAJIB ke korang ikut? Undang-undang dah sebut bahawa pihak polis tidak ada kuasa untuk menghalang mana-mana ADUN atau EXCO menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri dan arahan untuk menghalang depa ni adalah satu kesalahan dan boleh dihukum penjara hingga 7 TAHUN..!
Polis yang sepatutnya menegakkan Undang-Undang di Malaysia melanggar Undang-Undang. ini betul-betul sistem DEMOCRAZY..!
Lepas gagal mendapat kerjasama dari pihak FRU melalui rundingan, para ADUN dan EXCO sekali lagi mengalah dengan berundur semula ke kawasan lapang lebih kurang 50 meter dari Bangunan SUK.

Sampai bila-bila aku ingat muka ni sebab dalam ramai-ramai selain
Mamat Songkok Tinggi, dia ni la yang kedua paling kurang ajar masa kecoh-kecoh tu.
Songkok Tinggi nak pi bantai Dato' Seri MB dia buat bodoh, tapi bila Petugas Unit Kawalan Keselamatan Pakatan Rakyat halang
Songkok Tinggi, dia ni dok jerit-jerit macam anak anjing baru beranak "jangan berani sentuh dia...!!! jangan berani sentuh dia...!!!" bajingan sungguh...!!!
Bersambung bahagaian 5...