"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 07, 2009

N-31 Bagan Pinang: Lagi Projek Terbengkalai Oleh UMNO/BN

Slogan memang best... background lagiii best... "Pencapaian"...
Projek ni dinamakan sebagai Projek "Waterworld"... dinaikkan masa zaman Isa Samad memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan...
Sekarang dah jadi "Waterworld" atau lebih tepat lagi sebagai "Syurga" tempat pembiakan nyamuk dan juga lalat... rakyat dapat apa..? dulu dah datang wabak JE... tak mustahil kalau tak lama lagi Port Dickson akan jadi pusat pembiakan penyakit Denggi dan jugak Malaria...

Potensi untuk kearah itu memang sangat2sangat tinggi memandangkan KERAjaan Negeri yang sedia ada begitu komitment dalam menghasilkan pusat-pusat pembiakan dan juga penternakan ejen-ejen penyakit berjangkit.

Apa tindakan susulan KERAjaan Negeri lepas projek-projek ni terbengkalai..? agaknya yang duduk dekat kerusi empuk tu cakap - "tak ado kono mongono ngan den... pi mampuih la ekau sumo..."...

N-31 Bagan Pinang: Video Pengenalan Biodata Calon Pakatan Rakyat

N-31 Bagan Pinang: Menifesto Calon Pakatan Rakyat

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak media kerana melaporkan dengan adil aktiviti saya, PAS dan Pakatan Rakyat sehingga petang ini.

2. Kesempatan ini, ingin saya sebutkan beberapa fokus kempen saya serta agenda kesejahteraan yang ingin saya tawarkan kepada pengundi N31 Bagan Pinang.

3. Ikhlas saya katakan bahawa di Port Dickson, khususnya di Dun Bagan Pinang ini terdapat banyak isu malar segar yang perlu ditangani bersama.
  • Daripada 13 permasalahan yang dekat dengan rakyat, umumnya rakyat mahu isu penaiktarafan jalan utama dari Telok Kemang ke Pasir Panjang segera diselesaikan.
  • Kedua, rakyat mahu masalah perparitan yang menjadi punca utama banjir kilat, pembiakan lalat serta nyamuk segera diselesaikan.
  • Ketiga dan terakhir, rakyat mahu isu alam sekitar yang melibatkan Pantai Port Dickson kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja menggamit semula kehadiran pelancong malah menjana ekonomi setempat.
4. Ikhlas saya katakan, kemenangan saya tidak akan mengubah lanskap kuasa kerajaan negeri. Tetapi, kemenangan ini akan membawa satu lagi ‘kehendak rakyat’ ke Dewan Undangan Negeri. Pakatan tambah satu kerusi Adun lagi, menjadikan 16 keseluruhannya. Umno tinggal 18 kerusi sahaja. Beza kerusi kita (Pakatan) dan BN hanya 2 kerusi sahaja. Semoga inilah yang dikatakan bersama kehendak rakyat.

5. Tahun lepas, Datuk Shaziman Abu Mansor kata di Parlimen, tiada peruntukan untuk membaiki jalan di sini. Sedangkan tanggungjawab membina jalan sebenarnya di dalam Senarai Persekutuan (Federal List). Jadi, Umno tidak perlulah memperbodohkan rakyat dengan kempen adakah saya mampu memperbaiki jalan jika saya menang.

Sedangkan jika Tan Sri Mohd Isa Samad menang sekalipun, itu bukan tanggungjawabnya untuk membina jalan. Maka, saya akan senantiasa membawa isu penaiktarafan jalan ini di Dun kelak, di samping membantu Ahli Parlimen Telok Kemang membawa isu ini di Parlimen. Sama ada jalan siap dulu, atau Umno tumbang di Negeri Sembilan, biarlah rakyat terus membuat perhitungan.

6. Begitu juga dalam isu perparitan, Port Dickson dikenali khalayak tempatan sebagai Bandar Pembiakan Lalat, Banjir Kilat dan beberapa lagi. Akar masalah pada segala permasalahan kedua ini adalah sistem perparitan yang tidak efisyensi.

Pembiakan lalat adalah natijah pada masalah perparitan. Bau busuk juga adalah natijah pada masalah perparitan. Banjir kilat yang berlaku setiap kali musim hujan juga adalah natijah pada masalah perparitan. Selesaikan akan masalah, bermakna selesailah segala natijah/masalah berantai tersebut. Selesaikan masalah perparitan, insyaAllah selesailah segala yang membelenggu rakyat hampir sedekad ini.

7. Saya yakin rakyat tempatan tahu tentang privasi pantai awam oleh segelintir pemimpin Umno bersama-sama pihak tertentu. Saya yakin, rakyat tempatan semuanya tahu isu masalah sampah-sarap ini berpunca oleh sistem pengangkutan sampah oleh syarikat SWM. InsyaAllah, pengalaman menjadi sukarelawan dan aktivis alam sekitar dan kemasyarakatan, menjadi pengerusi ‘No Incinerator Broga’; saya sedia mengetengahkan idea-idea yang lebih progresif demi kepentingan rakyat.

8. Dalam maksud yang lebih mudah, manifesto saya untuk rakyat adalah memperjuangkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat khususnya di Telok Kemang. Jadikan Adun Bagan Pinang sebagai satu lagi suara pendesak di Dewan Undangan Negeri (DUN), agent semak dan imbang terhadap projek-projek terbekangkalai serta urus tadbir kerajaan negeri yang dilihat pincang dan pembaziran oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

BERSAMA KEHENDAK RAKYAT

Zulkefly Mohamad Omar
Calon Pakatan Rakyat

N-31 Bagan Pinang: RM1000 Untuk Gambar Bukti Azeez Ditumbuk..!

TPU - Sape-sape yang mukanya ada iras-iras Azeez diminta untuk menghubungi aku dengan kadar segera untuk satu sessi lakonan semula insiden Azeez ditumbuk... aku nak snap banyak-banyak... dapat la jugak duit..! kita bagi 2... amacam..? cepat..! cepat..!

Sebuah badan bukan kerajaan NGO, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menawarkan sejumlah RM1000 kepada sesiapa sahaja yang memiliki gambar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Sabtu lalu.

Mereka yang menyerahkan gambar tersebut akan menerima bayaran tersebut secara tunai serta merta.

Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid, mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Pembela petang semalam telah mengambil keputusan untuk menawarkan wang sejumlah RM1000.00 kepada sesiapa sahaja yang memiliki ataupun mahu menjual gambar Datuk Azeez di tumbuk.

Dzohir berkata, tujuan Pembela membuat tawaran membeli gambar berkaiatan insiden tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan kepastian di atas dakwaan Datuk Azeez bahawa dia di tumbuk oleh penyokong parti Pakatan Rakyat ketika hadir di hari penamaan calon di Dun Bagan Pinang.

"Pembela harap ada pihak yang merakam gambar tersebut sudi menjual kepada pihaknya dengan tawaran harga yang diberikan, sekaligus membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut di atas dakwaan Datuk Azeez berkenaan," katanya.

Adalah suatu yang tidak munasabah jika insiden yang mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik yang disiar sejak hari penamaan calon sehingga ke hari ini tidak ada pihaknya yang merakamkan gambar tersebut yang di kira cukup penting sebagai modal politik ketika berkempen oleh Umno/Bn di Dun Bagan Pinang bagi memburukkan Pas khususnya.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah menghubungi Mohd Dzohir di talian +6019-498 0230 pada bila-bila masa.

Di petik dari sebuah media online, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dikatakan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak kelmarin setelah cedera teruk di muka, leher dan tengkuk.

Abdul Azeez mendakwa, insiden yang berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan kelmarin menyebabkan beliau muntah-muntah serta hampir pengsan sebaik tiba di rumahnya di sini.

Sumber - Harakahdaily.net

Tuesday, October 06, 2009

N-31 Bagan Pinang: UMNO Membawa "Pembangunan"..?

Hah..! "Tolak PAS Parti Tanpa Pembangunan"..! jadi rakyat Negeri Sembilan pun pilih UMNO/BN... UMNO/BN pun dengan HEBATnya membawa pembangunan...

Antaranya ialah projek dekat bawah ni...
Mula projek bulan doblas 2006, jangka siap bulan tujuh 2008... masa berlalu... sampai bulan sploh 2009...
Beres..!
Cantik betul bangunan baru ni...
Rekaan terbaru dari arkitek UMNO/BN... DBKL pun kene kencing... mampuih... Khak Ptuih..!

N-31 Bagan Pinang: 1 Lagi Projek Oleh KERAjaan Barisan Nasional..!

Projek dah sangkut... poket dah penuh, akaun kontraktor dah masyuuuk..!
Tahun 2006 kita mula jalan projek... tahun 2007 agak-agak siap la projek juta-juta kita nih... pembangunan..! pembangunan..!

Tahun 2009...

Siap..!
Sukses..!
Yang ni jangan silap paham... tu tengah buat maintenance je tuh..!

Kah kah kah kah kah ... !!!

Pembangunan Kepala hotak kau la..!

N-31 Bagan Pinang: "Prasarana Untuk Kemudahan Rakyat"..?

Jom kita jenguk lagi apa yang ditawarkan oleh UMNO/BN buat rakyat Bagan Pinang dalam kempen PRK N-31...
"Prasarana untuk kemudahan rakyat"... cool... memang sedap sangat kalau kita dengar janji-janji macam ni. lebih-lebih lagi bila kita digula-gulakan dengan perkataan "rakyat"... sesuai sangat dengan "slogan" - "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"...

Tapi tak ramai yang sedar apa yang sebenarnya berlaku di 'sebalik" slogan tersebut... untuk itu, hari ni, aku dibawak berjalan-jalan kesekeliling Port Dickson oleh seorang penduduk tempatan yang dah meluat dengan 'janji-janji" dan jugak "gula-gula" UMNO/BN...
Yang ni dinamakan sebagai Port Dickson World Marina Resort... contoh pembangun yang mengutamakan pembaziran, merugikan dan sia-sia... berjuta-juta wang peruntukan dibazirkan untuk pembinaan yang sia-sia macam ni.

Apa yang berlaku setelah projek ini siap ialah, hasil pembangunan ini gagal dijual dan akhirnya hanya berjaya menjadi lambang gajah putih di Port Dickson. harga hasil pembangunan ni pun dah jatuh menjunam. kalau korang rasa nak pakai Apartment dengan harga yang murah sekitar RM40.000 ke RM50.000 bolehlah berkunjung ke Port Dickson Marina Resort untuk tempahan.

Tapi perlu diingatkan bahawa kemudahan yang disediakan amat terhad. maksud terhad ialah tak ada apa-apa yang disediakan. apartment dah reput... korang paham-paham sendiri je la...

Kita jenguk pulak dekat belakang bangunan pertama ni...
Ni pulak shot dari bahagian belakang... tersadai sepi... kalau dikirakan pada pemandangan memang 1st class. berdepan dengan kuala yang dah dipercantikkan prasarananya... tapi... lengang...
Yang ni pun sama jugak... cerita yang sama... apartment gajah putih... tersergam tapi terkulai...
Lagi 1, jugak dilokasi yang sama...

Lepas ni kalau dibiarkan UMNO/BN memerintah lagi, berapa banyak lagi yang perlu dibazirkan untuk projek-projek pembangunan yang membazir..? berapa banyak lagi peruntukan akan dikeluarkan untuk pembangunan yang sebenarnya tidak perlu yang sebab sebenar ianya dibuat hanyalah semata-mata untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sahaja..?

Berapa banyak lagi tanah-tanah dan persisiran pantai akan dilacurkan kerana sifat tamak sesetengah pihak dalam memenuhkan poket..?

N-31 Bagan Pinang: "Pencapaian Diutamakan" - Ini Buktinya..!

Janji UMNO/BN masa kempen PRU-12 Mac tahun lepas -

1 - Pusat Tuisyen Emas Percuma - janji tinggal janji...

2 - Masjid Pedas - Janji tinggal janji...

3 - Hospital Rembau - Janji tinggal janji...

4 - Lapangan Terbang - Janji tinggal janji...

Universiti Rembau (UiTM) - Janji tinggal janji...

Kali ini UMNO/BN muncul lagi dengan janji...
"Rakyat DiDaHULUkan, Pencapaian Diutamakan"

Bukti paling nyata pencapaian diutamakan ialah bangunan yang tak siap-siap dekat belakang tu... itulah pencapaian terbaik UMNO/BN di Negeri Sembilan... tanah-tanah adat diambil-alih oleh KERAjaan UMNO/BN dengan janji-janji pembangunan tapi malangnya janji pembangunan tidak tertunai... yang tinggal hanyalah projek-projek terbengkalai...

Pencapaian kepala hotak korang la..!

N-31 Bagan Pinang: 1Malaysia Tersungkur...

N-31 Bagan Pinang: Sumpah UMNO/BN Tak Pernah Gunakan Budak Sekolah..!

Gambar kenangan dihari penamaan calon... penyokong UMNO/BN...
Yang rambut cacak-cacak nombor 2 dari kanan tu pelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson... namanya Yusri... jadi gambar ini membuktikan bahawa UMNO/BN menggunakan anak-anak sekolah untuk tujuan politik.

Salah seorang daripada rakan sekelas Yusri maklumkan pada kami bahawa Yusri dan rakan-rakannya telah menerima upah berbentuk sejumlah wang, sehelai T.Shirt, minuman mineral dan juga topi Barisan Nasional supaya Yusri dan rakan-rakannya hadir sebagai penyokong UMNO/BN dihari penamaan calon...

Sumpah UMNO/BN tak pernah gunakan budak sekolah..!