"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, October 06, 2009

N-31 Bagan Pinang: "Pencapaian Diutamakan" - Ini Buktinya..!

Janji UMNO/BN masa kempen PRU-12 Mac tahun lepas -

1 - Pusat Tuisyen Emas Percuma - janji tinggal janji...

2 - Masjid Pedas - Janji tinggal janji...

3 - Hospital Rembau - Janji tinggal janji...

4 - Lapangan Terbang - Janji tinggal janji...

Universiti Rembau (UiTM) - Janji tinggal janji...

Kali ini UMNO/BN muncul lagi dengan janji...
"Rakyat DiDaHULUkan, Pencapaian Diutamakan"

Bukti paling nyata pencapaian diutamakan ialah bangunan yang tak siap-siap dekat belakang tu... itulah pencapaian terbaik UMNO/BN di Negeri Sembilan... tanah-tanah adat diambil-alih oleh KERAjaan UMNO/BN dengan janji-janji pembangunan tapi malangnya janji pembangunan tidak tertunai... yang tinggal hanyalah projek-projek terbengkalai...

Pencapaian kepala hotak korang la..!

21 comments:

Anonymous said...

Tukar saja slogan kepada "Islam di dahulukan, Keadilan di utamakan" lagi betul.

bodik said...

puak2 umno ni mana nak islam. patutnya...hukum Allah d dahulukan, islam d utamakan.

Sape PR/BN/UMNO yamg nak panjangkan zakar? said...

kite perlukan Datuk Najib utk betulkn keadaan ini!

tok iskandar said...

Isu Felda Sendayan: Isa Samad Temberang?
Rosli Yaakop
Dis 8, 2004
11:14am
http://www.malaysiakini.com/opinions/31968

Impian 500 peneroka Felda Sendayan dekat Labu, Negeri Sembilan untuk menjadi jutawan sepertimana rakan seperjuangan mereka di Felda LBJ Johnson, Labu hanya tinggal impian.

Rumah banglo baru siap kerangka tetapi kini hampir runtuh dan deposit membeli rumah dan kereta yang dibayar sudah hangus.

Menunggu bayaran baki 90 peratus lagi bagaikan menunggu buah yang tidak jatuh sehingga tidak sedikit pula bilangan peneroka yang sudahpun kembali ke rahmatullah. Dengar khabar ada yang terpaksa menyewa rumah.
Pemaju projek, khabarnya Tabung Haji dan Naluri Berhad (milik Tajuddin Ramli, bekas “tauke” Malaysia Ailines Berhad), hanya mampu membayar kira-kira 10 peratus daripada nilai tanah yang dipersetujui, iaitu, sekitar RM1.2 juta. Setiap peneroka memiliki kira-kira 10 ekar tanah.

Kedua-dua syarikat itu dikatakan mendakwa mereka tidak mempunyai wang untuk menyelesaikan pembayaran baki yang sudah tertunggak sejak tahun 1993-94. Jumlah yang sudah dibayar kepada peneroka dianggarkan RM60 juta. Baki tertunggak ialah kira-kira RM560 juta.
Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang kini menjadi Menteri Wilayah Persekutuan yang menjadi pelopor dan bertanggungjawab di atas projek berkenaan, sudah “lepas tangan.”

Bila ditanya, dengan selamba sahaja beliau menjawab: “(Saya) sudah tidak lagi bertanggungjawab kepada pembangunan Felda Labu Sendayan. Saya sendiri tidak tahu apa kesudahan pada perojek.” (Malaysiakini, 3 Disember 2004).

Menteri Besar yang baru, Datuk Seri Mohamad Hassan pula nampaknya buat tidak tahu sahaja. Mungkin beliau kecewa kerana dibebankan untuk “memikul biawak hidup.” Isa Samad nampaknya tidak ada apa-apa rasa bersalah.
Dalam pilihanraya umum lalu, kegagalan pembangunan Felda Sendayan menjadi isu besar tetapi peneroka terbabit telah termakan janji manis Umno-BN untuk memulangkan geran selepas pilihanraya. Selain itu, ada laporan yang menyatakan bekas Menteri Besar telah meminta peneroka terus mengundi Umno-BN kerana projek itu akan diambil alih oleh kerajaan pusat.

Calon Umno-BN Datuk Seri Mohamad Hassan dikatakan menang besar di kawasan peti undi berkenaan. Tetapi dalam sekelip mata sahaja, mereka sudah melupai janji tersebut.

tok iskandar said...

Mana geran tanah?

Oleh kerana tiada tanda-tanda jelas projek itu akan diteruskan, maka peneroka telah meminta pemaju memulangkan geran tanah kepada mereka. Tetapi geran tanah tidak ada di tangan pemaju walaupun pemaju, seperti yang didakwa, telah membayar wang pendahuluan 10 peratus kepada peneroka.

Kalau diasaskan kepada perjanjian jual-beli yang biasa, pemaju bertanggungjawab memulangkan semula geran tanah kepada penjual selepas tamat tempoh untuk pembeli melunaskan bayaran baki harga juala manakala wang pendahuluan yang telah dibayar, menjadi hak penjual.

Sekiranya peruntukan seperti ini tidak terdapat dalam perjanjian jual-beli, maka ternyata peneroka kena temberang lagi. Ini satu kes penganiayaan. Amatlah menghairan kenapa sebuah kerajaan nengeri yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan rakyat, tergamak menganiaya rakyat. Yang enggan memulangkan geran bukan pemaju, tetapi kerajaan negeri. Kenapa? Betul-betul misteri.

Bagi pemaju, kalaulah mereka memang sudah tidak mampu dan tidak berminat untuk meneruskan projek, sudah sewajarnya mereka memulangkan geran dan tanah terbabit kepada pemilik asalnya. Atas dasar apa pula, pemaju yang membuat perjanjian jual-beli dengan peneroka dan membayar wang pendahuluan, tetapi geran tanah diserahkan ke tangan kerajaan negeri? Undang-undang mana digunapakai di dalam kes ini?

Mana boleh pembeli yang tidak menyelesaikan tanggungjawabnya, mendapat hak ke atas tanah. Ini amat menghairankan.

tok iskandar said...

Kerajaan Negeri pegang geran?

Dilaporkan geran tanah peneroka terbabit ada di tangan kerajaan negeri. Kerajaan Negeri bukan pembeli dan bukan juga penjual. Kerajaan negeri juga tidak membantu melunaskan bayaran baki 90 peratus harga jualan, Kalau kerajaan negeri tolong membayarnya, wajar jugalah ia menyimpan geran tanah peneroka.

Kes ini nampaknya seperti kerajaan negeri telah merampas geran tanah rakyat tanpa mengikut lunas undang-undang. Oleh kerana kerajaan negeri tidak bayar-apa-apa kepada peneroka, maka pulangkanlah geran itu kepada peneroka.

Peneroka pula yang terpaksa bersusah payah – panjat pejabat Menteri Besar, buat rayuan, buat aduan dan buat tunjuk perasaan, jumpa parti pembangkang, jumpa Menteri Besar baru. Walaupun mereka jenuh berikhtiar, namun, belum ada hasilnya.

tok iskandar said...

Fail saman

Dilaporkan peneroka terbabit telah memfailkan notis saman ke atas kerajaan negeri memohon baki harga tanah dibayar atau geran tanah dipulangkan. Yuran peguam bukan murah. Tidak tahulah bila kes ini boleh selesai.

Ada dilaporkan bahawa kerajaan negeri tidak boleh memulangkan semula tanah kepada peneroka Felda Sendayan sebab status tanah sudah bertukar daripada tanah pertanian kepada tanah komersil.

Akibat pertukaran status ini, maka dikatakan harga tanah terbabit melonjak naik kepada RM5,000 satu kaki persegi atau RM1.2 juta bagi 10 ekar. Oleh itu, apabila pemaju membayar RM120,000, itu sebenarnya sudah terlebih bayar. Maka peneroka sudah tidak ada hak ke atas tanah terbabit.

Mana ada tanah pertanian yang berharga RM500 seekar? Betullah Sendayan bersempadan dengan tempat buang sisa toksik di Bukit Nenas tetapi ianya tidaklah menjejaskan harga tanah sebegitu teruk.

tok iskandar said...

Langkah penyelesaian

Persoalannya, apakah terlalu sukar untuk menyelesaikan kes tanah Felda Sendayan ini? Pertama, geran telah diserahkan kepada kerajaan negeri pada 1993 dan kerajaan negeri pula menyerahkan tanah tersebut kepada pemaju yang membayar 10 peratus harga jualan tanah. Oleh kerana pemaju mungkir janji maka pulangkan geran tanah itu kepada peneroka.

Peneroka orang miskin, bukan orang kaya. Dan tugas kerajaan adalah untuk membela rakyat. Apa ruginya kerajaan negeri kalau geran itu dipulangkan kepada peneroka? Isu tanah itu tidak boleh dipulangkan kerana ia sudah bertukar syarat, tidak timbul kerana kerajaan boleh mengenakan premium yang standard ke atas tanah komersil. Tolaklah caj ini daripada harga tanah. Memang tugas menukar syarat tanah adalah tugas kerajaan. Sukar difahami kenapa kes ini menjadi begitu sukar untuk diselesaikan.

Kedua, satu pilihan lain ialah menukar kembali status tanah kepada tanah pertanian. Ada banyak kes di Negeri Sembilan di mana tanah komersil (misalnya tanah perumahan) ditukarkan semula kepada tanah pertanian apabila pemilik tanah membuat rayuan kerana tidak mampu membayar premium yang tinggi. Ini berlaku di daerah Seremban. Oleh itu, apakah sukarnya untuk menukar semula statusnya kepada tanah pertanian? Bukankah Umno-BN menguasai Dewan Undangan Negeri?

Ketiga, kalau Tabung Haji dan Naluri Berhad sudah “kekeringan wang” dan tidak mampu lagi hendak meneruskan projek itu, serahkannya kepada pemaju lain yang lebih berwibawa.

Keempat, mintalah Petronas supaya membeli tanah tersebut yang terletak tidak jauh dari Putrajaya dan langsaikan baki bayaran kepada peneroka terbabit. Lagi pun Petronas yang mencatat keuntungan RM168 bilion seperti yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia (3 Disember 2004), juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu rakyat yang teraniaya seperti dalam kes ini.

Kesan psikologi dan sosialnya kepada peneroka amat tinggi. Tanah boleh dibangunkan segera secara komersil kerana pembelinya sudah ada seperti yang disebut oleh bekas Menteri Besar. Ataupun Petronas boleh membina depot minyak di situ. Ia juga boleh dimajukan sebagai projek agro-pelancongan. Tanam pelbagai buah-buahan dan bawalah pelancong melawatnya. Tentu ramai yang berminat untuk melihat buah-buahan tempatan.

tok iskandar said...

Geran digadai kepada bank?

Di sana ada penyelesaian secara perniagaan, ada penyelesaian secara sosial dan ada penyelesaian secara politik. Maka sungguh menghairankan kenapa isu ini begitu sukar untuk diselesaikan dan yang menjadi korban adalah peneroka terbabit.

Susah hendak difahami apakah muslihat di sebalik kes Felda Sendayan ini. Geran sudah hilangkah? Sudah terbakarkah? Sudah dimakan bubukkah? Atau kerajaan negeri atau pemaju sudah menggadaikan geran kepada pihak bank?

Mungkin tanah sudah digadaikan kepada bank. Mungkin wang RM60 juta yang dibayar kepada peneroka dipinjam dari bank dan geran tanah dicagarkan kepada bank. Tanpa ketelusan, amatlah sukar untuk memahami keadaan ini.

KEMBOJA said...

Kemanakah perginya Ketua Penerangan Umno Malaysia si ahmad Maslan tu hahhhhh......

Kalau di Manik Urai bukan main dia mencangkong menoreh getah...paper keluar....tv keluar muka dia.....kunun berjiwa rakyat.

Bagi aku bukan berjiwa rakyat....tapi....nak MENCURI hati rakyat.....

Mungkin kali ni di Ahmad Maslan nak MENCURI hati pengundi pos dalam kem kot.....lepas ni mungkin keluar Ahmad Maslan dgn baju bercoleran-coleret sedang meniarap menembak musuh dalam hutan keluar dalam paper and tv.


Memang kerja Melayu-Umno...suka MENCURI....Lepas mencuri....tinggal camtu aje..

Hellioz said...

janji kerajaan selangor rm 1000 untuk pelajar degree uitm - janji tinggal janji
janji anwar nak tubuhkan kerajaan baru 16september - janji tinggal janji
kalo x esok luse,
kalo x luse tulat,
kalo x tulat berulat ulat
ulat gonggok la...
ckap macam keling
xserupa bikin

hahahahhahah

Anonymous said...

Tukar saja slogan kepada "Islam di dahulukan, Keadilan di utamakan" lagi betul.

October 6, 2009 9:10 PM

aku setuju sgt komen anon 9:10 ni. Tapi Aku rasa pemimpin PAS x kan berani punyer. Sedangkan kat Sgor PAS gebang jer lebih sbb ngan DAP punya la dia respek. Harap Dr Hassan Ali jer yg bercakap.

Anonymous said...

Perangai sume sama jer. Masa nak ngundi semua bagus. PR pun penipu. Cakap x serupa bikin. Tolong listka manifesto PR kat sgor yg dah tertunai.

KEMBOJA said...

JANJI2/KATA2 MELAYU-UMNO YG "PALAT"

1. NAK HAPUS KAN RASUAH TAPI MASIH MELANTIK ORANG YG RASUAH

2. KATA NEGARA ISLAM TAPI BILA ADA SUATU PIHAK NAK LAKSANAKAN MAKA TINDAKAN UNDANG2 NAK DIKENAKAN

3. BILA ADA MASALAH KERUNTUHAN MORAL MAKA DI SARANKAN AHLI AGAMA MEMBANTU KERAJAAN TAPI BILA DISUARAKAN MAKA DIHINAKANNYA PULA AHLI AGAMA ITU.

4. DISURUHNYA RAKYAT BERJIMAT CERMAT TAPI PEMIMPIN2 MEREKALAH YG BERJOLI SAKAN DI LUAR NEGARA.

5. DILAUNGKAN AGAMA ISLAM ITU YG SEMPURNA TAPI PEMIMPIN2 MEREKALAH YG MENOLAK DAN MERENDAH2KAN AGAMA ISLAM ITU

6. DISURHNYA RAKYAT BERSATU PADU DGN PERBAGAI BANGSA DAN AGAMA TAPI PEMIMPIN2 MEREKALAH YG MENANAMKAN PERASAAN PERKAUMAN DAN MEMAINKAN ISU SENSITIVE AGAMA.

Anak Lenggong said...

KAH KAH KAH...BANGANG NYA TOK ISKANDAR..MANA KO DAPAT BERITA KES LABU SENDAYAN TU...WEII BEROK KO PEGI LAA KAT SANA SEKARANG TANYA KAT DIAORANG TU APA YANG TELAH MEREKA DAPAT...ORANG DAH 2 TAHUN DAPAT HABUANNYA CUMA RUMAH BANGLO JE TENGAH DALAM PEMBINAAN (SEREMBAN 2)..KO YANG DOK BERCERITA PERKARA YANG DAH LAPOK...TOK ISKANDAR BANGANGG WOII KO JANGAN JADIK CAM TP@ TAGEH PUNGKOQ NI PULAK TAKDE ISU DOK MERAPU CARI ISU BANGANG SEBAB KALAU TAKDE ISU KOCEK TAK MASYUK ANAK BINI NAK MAKAN JUGAK...NAK USUNG UNCANG KUTIP DERMA KAT CERAMAH DI PD NI PULAK ..ORANG TAK RAMAI HADIR..SO PUILUS KURENG..NAK DOK KAT BERANDA MASJID KAT KELANTAN MINTA DERMA PULAK..KENA TUNGGU RAYA AJI...KESIAN KAT TP@TAGEH PUNGKOQ TU ...NAK JUAL PUNGKOR KAT NUAR BERAHI PULAK NUAR TAK NAIK BERAHI KAT DIA SEBAB KURUS KERING DAN PUNGKOQ PUN BERKURAP...

Anonymous said...

Pemimpin umno ni memang dari dulu, kini dan selamanya kerjanya asyik buat slogan saja. Tapi slogan hanya tinggal slogan. Dari PM Mahataik dengan 'Bersih, cekap, amanah' akhirnya semua pemimpin umno dan BN telah menjadi perasuah no. 1 negara.

Dengan PakLah Tidor pula, slogan 'islam Hadhari' nya di jaja kesana dan kemari akhirnya menantunya menjadi perompak no. 1 negara.

Dan terbaru pula dengan PM Najib Monggolia dengan 1Malysia akhirnya bontot 'Makkhal Sakhti' pula di ciumnya.

Akhir kata pusing pi pusing mai semua PM ni pembohong besar kat rakyat Malaysia, maka ada baiknya rakyat negara ni memberi pukulan K.O. pada semua pembohong-pembohong ni dan kuncu-kuncu mereka di Bagan Pinang dengan mengundi PAS pada PRK nanti.

aapi83 said...

Cara Memilih calon megikut Islam
http://muhammadhafizharon.blogspot.com

Anonymous said...

Entahlah apoo nak jadi dgn Malaysia ni... poning kepalo denn..
Jgn asyik GHIBAH..(mengumpat)
Sabda Rasulallah SAW.

"Takutlah ghibah. Ia lebih kotor daripada zina.Mereka bertanya "Bagaimana ia lebih kotor daripada zin? Nabi SAW menjawab,"seorang penzina lalu bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Sedangkan orang yang ghibah belum diampuni kecuali dimaaf oleh orang diumpat"

Allah SWT berfirman:

"Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela"

(Q.S Al Humazah: 1)

Perhatian!!!

Bagi penyokong BN atau PR , sebagai orang Islam berhati-hatilah supaya kita tidak menjadi orang yang rugi di Akhirat..TAKBIR.

tok iskandar said...

kau yang bangang anak lengong.jenis kencing tak lawas macam zali gak.itu bukti isa master buat projek terbengkalai.bukan diapun yang settle masalah kat sendayan tu

romy125z said...

Janji PAS masa kempen PRU-12 Mac tahun lepas -

1 - Pusat Tuisyen Emas Percuma - janji tinggal janji...

2 - Masjid Pedas - Janji tinggal janji...

3 - Hospital Rembau - Janji tinggal janji...

4 - Lapangan Terbang - Janji tinggal janji...

Universiti Rembau (UiTM) - Janji tinggal janji...

Kali ini PAS muncul lagi dengan janji...

smalam aku baru tgk kain rentang kat teluk kemang

romy125z said...

Janji PAS masa kempen PRU-12 Mac tahun lepas -

1 - Pusat Tuisyen Emas Percuma - janji tinggal janji...

2 - Masjid Pedas - Janji tinggal janji...

3 - Hospital Rembau - Janji tinggal janji...

4 - Lapangan Terbang - Janji tinggal janji...

Universiti Rembau (UiTM) - Janji tinggal janji...

Kali ini PAS muncul lagi dengan janji...

smalam aku baru tgk kain rentang kat teluk kemang