"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, May 25, 2010

Semua Di Malaysia Menentang Judi Bola, Tidak Kira Agama, Bangsa atau Fahaman Politik

Vincent Tan telah cuba untuk mempetahankan pemberian lesen judi bola oleh Kerajaan BN kepada beliau dengan berkata:
“The Government has made it really clear that Muslims are not in any way allowed to bet with us. So my question is why are these groups so unhappy,” he told Malaysian reporters in London.
“We don't want to quarrel with them. I ask why. They know that illegal bookies are all around the country and the Government don't get any revenue,” he said.
Siapakah yang Vincent Tan cuba tipu? Penipuan Vincent Tan dibahagi kepada beberapa fasa:

1.0 Kenyataan Awang Adek dan Najib sendiri tidak menyatakan judi ini diharamkan pada orang Islam? Kalau benar ia diharamkan untuk orang Islam, saya cabar Vincent Tan untuk membawa bukti hitam putih. Tunjukkan saya satu surat dari Najib atau Awang Adek yang menyatakan judi bola ini haram untuk orang Islam? Dunia ini akan kiamat bila kita mula mempercayai cakap-cakap tokeh judi.

2.0 Saya nak tengok perkataan “Diharamkan untuk Orang Islam” tertera di atas Lesen Judi Bola yang diberikan oleh Najib Tun Razak pada Vincent Tan. Saya cabar Vincent Tan menunjukkan lesen judi bola beliau kepada khalayak ramai.

3.0 Cara terbaik untuk mengawal judi gelap adalah mengurangkan judi yang sah. Kalau kita naikkan aktiviti judi “sah” maka aktiviti judi gelap juga akan bertambah. Kalau kita guna logic Vincent Tan, maka wajiblah kita menghalalkan dadah di Malaysia demi mengawal penyalahgunaan dadah?

4.0 Vincent Tan cuba memberi gambaran kononnya dengan menghalalkan judi bola maka judi haram boleh dikawal. Masaalahnya, apa bukti yang Vincent Tan boleh bawa untuk menyokong teori beliau ini?

5.0 Vincent Tan tidak dapat menyorok tujuan sebenar judi bola diadakan yakni untuk membuat keuntungan yang berlipat kali ganda bagi tujuan mengkayakan beberapa individu dan tokeh-tokeh.

6.0 Juga, saya amat yakin, judi bola ini akan memberikan keuntungan yang banyak untuk UMNO terutamanya di dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang dijangka diadakan tahun hadapan.

Saya mencabar Vicent Tan untuk menafikan yang berikut:

1.0 Bahawa, mengikut laporan Mayban Securities pada tahun 2006, potensi untuk judi bola terutamanya sepanjang Piala Dunia adalah berjumlah RM1.7 billion. (Sila rujuk di sini untuk mendapat maklumat lebih mendalam).

2.0 Ertinya, jumlah judi yang mengalir dalam ekonomi Malaysia seharian sudah pun terlampau besar. Mengapa mahu menambah lagi dua kali lipat?

3.0 Saya cabar Vincent Tan nafi bahawa apabila orang miskin berjudi, mereka akan menggunakan wang yang sepatutnya mereka guna untuk membeli keperluan hidup keluarga mereka seperti makanan, ubat-ubatan, buku sekolah dsbnya. Ini bererti akan ramai lagi kanak-kanak yang kurang makan dan peralatan sekolah hanya kerana ibu bapa mereka berjudi? Bukankah ini satu kezaliman?

Saya juga sedih bila ada seorang pembaca saya bernama GM Tak Ori cuba membawa kenyataan Vincent Tan ini seolah-olah ianya satu bentuk kebenaran yang hakiki. Saya tak heran sebab pendokong-pendokong UMNO seperti GM tak ori ini adalah pengikut ajaran Khawarij al UMNO.

Jadi, mereka biasa menghalalkan perkara yang haram serta mengharamkan perkara yang halal.

Tulang Besi

Monday, May 24, 2010

TGNA Setaraf Dengan Pemimpin Islam Dunia - Dato' Haji Husam

EXCO Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Haji Husam Musa menganggap ketokohan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hampir sebaris atau setaraf dengan Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad, pengasas Hammas Asy-Syahid Sheikh Ahmad Yassin dan juga lain-lain pemimpin Islam dunia dalam mempertahankan dan memperjuangkan cita-cita Islam.

Beliau menganggap sedemikian kerana Tuan Guru Nik Abdul Aziz walaupun bertubuh kecil, namun pengaruh ucapannya begitu digeruni oleh seteru politiknya sebagaimana Amerika Syarikat dan Israel begitu gerun terhadap pengaruh ucapan Mahmood, Ahmad dan lain-lain pimpinan Islam dunia.

"Bagi saya, Tok Guru semacam Ahmadinejad (kerana) tubuh sahaja yang kecil, beliau bukan jenis yang gagah perkasa, berbadan sasa atau ada lain-lain kelebihan fizikal tapi bila Tok Guru bersuara, ia begitu menakutkan seteru-seteru politiknya (seperti) UMNO," ujar beliau kelmarin dalam Ceramah Cakna yang telah diadakan Dun Kijang, Kelantan.
"Sheikh Ahmad Yaasin juga berumur orangnya, saya kira seperti Tok Guru, tetapi Sheikh Ahmad Yasin menakutkan Zionis Israel manakala ucapan Nik Aziz pula menakutkan proksi Zionis Israel di Malaysia." ujar beliau lagi kepada para hadirin yang hadir. beliau (Dato' Haji Husam Musa sebelum ini adalah ADUN Kijang sebelum bertanding dan menang di DUNSalor)

Sehubungan itu, Husam yang juga AJK PAS Pusat berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai simbol perjuangan rakyat serta pemimpin spiritual oleh rakyat dan sebilangan besar pemimpin Pakatan Rakyat belakangan ini.

"Tok Guru amat disenangi oleh hampir semua masyarakat berbagai bangsa di Malaysia, sebut saja nama Tok Guru, baik cina, india, melayu, orang asli atau apa-apa bangsa pasti kenal dan teringin untuk berjumpa dengan Tok Guru secara berdepan. dapat tengok dari jauh pun sudah cukup, sudah mendapat kepuasan dalam diri".

Disebabkan itu juga, beliau berharap Nik Aziz supaya tidak mengendahkan desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar
Kelantan oleh seteru-seteru politik Nik Aziz.

"Kenapa nak suruh Tok Guru berhenti (melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar)? Tok Guru adalah simbol besar kalau tidak pada PAS pun, rakyat anggap Tok Guru sebagai simbol perjuangan menolak politik perkauman yang dicanangkan oleh rejim UMNO," ujarnya lagi.

Tidak cukup dengan itu, beliau yang juga Adun Salor mencadangkan Nik Aziz supaya bertanding untuk kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, selain terus kekal bertanding di kerusi Dun Chempaka.

"(Pada) PRU13, saya cadang Tok Guru bukan setakat dikekalkan bertanding (di peringkat) Dun, kalau boleh bertanding (di peringkat) Parlimen, saya akan memberikan sokongan penuh" beliau menambah.

Menurut beliau, dengan ketokohan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Dewan Rakyat kelak, tidak mustahil ianya bakal menggugat kepemimpinan UMNO BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana yang terjadi di Dun Kelantan sebelum ini.

Turut berucap dalam Ceramah Cakna di Karnival Rakyat dan EXPO Pertanian DUN Kijang pada malam itu ialah, ADUN Kijang Wan Ubaidah binti Omar yang juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Dato' Haji Husam Musa dan YB Ubaidah juga sempat menyampaikan hadiah bagi cabutan bertuah kepada para pemenang yang berupa Basikal, Hamper, seekor kambing dan juga seekor lembu sumbangan beberapa individu dan Syarikat Swasta dalam majlis tersebut.

Bangunan UMNO: Najib Wajib Siasat Kalau Anak Jantan

Najib dilaporkan berkata:
“tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”
Tetapi bukankah Najib Tun Razak sendiri pernah mengkonfirmasi fakta ini:
”In the case of the North South Highway project, it is a means of UMNO solving it’s problems by repaying loans taken for the new UMNO Headquarters building"(Star 29 August 1987)

TERJEMAHAN BEBAS: Di dalam kes Lebuhraya Utara Selatan, ia adalah cara UMNO menyelesaikan masaalah membayar balik hutang yang ditanggung UMNO untuk membina bangunan Ibu Pejabat UMNO
Nah, bukan kah Najib, sewaktu menjadi Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO, telah mengakui fakta ini. Mengapa harus takut untuk membuat sebuah siasatan yang menyeluruh?

UMNO AKAN NAMPAK LEBIH BURUK KALAU KES INI MELETUP

Hakikatnya, Projek Lebuhraya Utara Selatan telah diberikan kepada UEM oleh Kerajaan Malaysia. PAda waktu yang sama, UEM adalah sebuah syarikat milik Hatibudi Sdn Bhd yang dipunyai oleh UMNO.

Dengan kata lain, untuk menyelamatkan Bangunan UMNO dari dilelong, maka konsensi Lebuhraya Utara Selatan telah diberi pada syarikat UMNO bernama UEM. Pemberian ini jelas tidak BERAKHLAK dan TIDAK BERMORAL kerana Hatibudi Sdn Bhd adalah syarikat pemegang amanah bagi UMNO di mana 4 dari pemegang amanah dalam Hatibudi juga duduk dalam Kabinet Malaysia: Dr Mahathir, Tun Ghaffar Baba, Sanusi Junid serta Daim Zainuddin.

Nilai konsessi ini dianggarkan mencapai RM54billion. Kita boleh kata bangunan UMNO dibayar dengan wang haram kerana rakyat Malaysia rata-rata dipaksa membayar tol setiap kali menggunakan Lebuhraya PLUS.

Rupa-rupanya, kita bayar tol semata-mata untuk mengkayakan UMNO dan memastikan Bangunan UMNO tidak dilelong. Patutlah, setiap kali selepas Pilihanraya Umum, kadar tol pasti dinaikkan. Semuanya untuk menampung kos pilihanraya UMNO semata-mata.

Yang herannya, bila syarikat2 UMNO bangkrap dan terlungkup, rakyat juga yang terpaksa “bail-out” i.e. LRT dsbnya. UMNO untung rakyat rugi.

Nasib lah orang Melayu dan rakyat Malaysia diperintah oleh sebuah parti yang tergamak merompak rakyat sendiri.

Tulang Besi

p/s - sila rujuk artikel saya sebelum ini bertajuk “Kita Bayar Tol Untuk Selamatkan PWTC Dari Di Lelong Bank Bumiputra “

Sunday, May 23, 2010

"Pencerahan" Yang Tertangguh...

Salam Pencerahan!
“Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa.” [4:107]
Pertama

SEPATUTNYA malam semalam ini, saya dihizbah oleh seluruh Perwakilan Pemuda PAS Negeri di Pulau Pinang. Mereka mahu hizbah saya ekoran entri Lebih baik bertanya Allah, dari bertanya Nasharuddin!

Sekitar jam 4.30 petang semalam, saya sendiri menghubungi Ustaz Yusni Mat Piah, Ketua Pemuda Pulau Pinang. Beliau memaklumkan bahawa wacana pencerahan antara saya dan sahabat-sahabat pemuda terpaksa ditangguhkan pada suatu tarikh lain.

Beliau di Kuala Lumpur bersama-sama beberapa pemimpin pemuda negeri kerana menghadiri suatu mesyuarat berkala Dewan Pemuda PAS Pusat.

Para pemimpin pemuda yang berniat untuk bertemu mata dengan saya, menurut beliau, masing-masing turut sibuk dengan tugasan-tugasan tarbawi serta beberapa aktiviti pemuda sempena Muktamar Thanawi tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau menyatakan rasa sudi untuk mengadakan program wacana tersebut kelak.

Kedua

Mendengar penjelasan tersebut, saya juga merayu kepadanya supaya wacana tersebut diadakan kelak.

Dalam pertimbangan saya, oleh kerana kritikan terbuka dibuat ke atas saya sebelum ini, elok saya dikritik sekali lagi secara berdepan dan secara terbuka oleh para perwakilan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Kalau tidak baik untuk diri saya sekali pun, setidak-tidaknya baik untuk agenda pencerahan teman-teman yang mahu melihat PAS bergerak lebih progresif demi menggantikan Umno BN kelak.

Ketiga

Wacana malam ini ditangguhkan. Kepada rakan-rakan blogger Task Force 13 yang menunggu rakaman youtube saya pada sejak malam semalam, saya minta maaf.

Terlalu ramai telah saya jemput melalui sms (sistem pesanan ringkas) sebelum ini. Kalau ada yang masih belum menerima sms pembatalan, saya minta maaf banyak-banyak.

InsyaAllah, agenda pencerahan akan tetap dilaksanakan walau dengan apa cara sekalipun supaya kepemimpinan futuristik PAS holistiknya terdiri oleh:-
* kepemimpinan Islam yang takut (al-khauf) kepada Allah dan senantiasa mengharap (ar-rajaa’) kepada-Nya.
* kepemimpinan yang tidak mengkhianati perjanjian (tahalluf siyasi) sebagaimana yang dipedomankan oleh Rasulullah s.a.w melalui sunnah-sunnah-nya.
* kepemimpinan (al-qiyadah) yang bersedia dihizbah oleh para ahli jamaah Islam PAS (al-jundiyyah).
* kepemimpinan yang berkomited (al-intima’) dan berdisiplin (al-indhibat) dengan dasar-dasar PAS serta muafakat Pakatan Rakyat.
* kepemimpinan futuristik (al-istiqbaliyah) yang bersedia menggantikan Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
Keempat

Bagi yang terpinga-pinga membaca entri ini, saya minta maaf. Saya sengaja rahsiakan usaha Pemuda PAS Pulau Pinang mahu menghizbah saya sebelum ini atas nasihat beberapa pemimpin Pemuda negeri sendiri. Kebanyakan mereka mahu melihat kebenaran di antara saya dan mereka yang mengkritik saya.

Saya menulis entri ini pun atas nasihat mereka supaya tidak ada mana-mana pihak dikelirukan oleh pihak tertentu yang tidak gembira dengan budaya wacana pencerahan yang mahu dilaksanakan oleh kepemimpinan dinamik Ustaz Yusni dan saya sendiri.

Nak dipendekkan cerita, semuanya bermula pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri sebulan yang lalu apabila suatu usul tergempar telahpun dibuat Ustaz Mat Taliban untuk memecat saya.

Dari semakan semula minit daripada beberapa perwakilan yang mendengar ucapan tersebut, berikut adalah inti dakwaan Ustaz Mat Taliban ke atas saya:-
* Zainulfaqar tidak mempunyai etika kewartawanan Islam dan beliau wajar dipecat kerana menegur pemimpin PAS (Ustaz Nasharuddin Mat Isa) secara terbuka; termasuk menggunakan blognya.
* Beliau berkata, “Orang jahat-jahat ini, kita (Mat) kena sebut nama. Kalau saya tak sebut nama Zainulfaqar pun, saya percaya akan ada orang (perwakilan) di sini menyampaikan kata-kata saya kepadanya.
* Ustaz Mat turut mengumumkan no.telefon (0195454183) dan alaman kediamannya di depan semua perwakilan Pemuda supaya disampaikan kepada saya; sambil mencabar saya untuk dihizbah.
Selain Ustaz Mat, seorang lagi pemimpin pemuda yang saya sendiri tidak kenal, dilaporkan telah mendakwa saya sebagai liberalis, khawarij dan agen perosak jamaah (PAS).

Tidak cukup dengan itu, dilaporkan Sdr. Zuzalee Ariffin (Exco Pemuda PAS Pulau Pinang) turut membuka komputer riba untuk menunjukkan kebiadaban wartawan badwi yang bernama Zainulfaqar Yaacob.

Saya secara peribadi tidak percaya kerana Zuzalee yang saya kenal adalah seorang Murabbi; walaupun beliau sewaktu di sekolah menengah dahulu adalah junior.

Sebab itu, sejak saya diberitakan sedemikian, saya terus menghubungi Zuzalee (0135044040). Tetapi. Namun, panggilan saya tidak pernah dijawab.

Mungkin siangnya sibuk dengan urusan di sekolah. Malamnya pula, sibuk melaksanakan program tarbawi di Universiti, Maktab dan dakwah di peringkat sekolah.

Kalau benar pun, saya tidak salah. Memang saya mahu entri-entri pencerahan dari blog kecil ini menggamit semua pihak untuk marah dan mengkritik saya.

Sekurang-kurangnya, memberi kesempatan kepada saya untuk menghadapi mereka secara rasional dan ilmiah; bukannya emosional tanpa pedoman ilmu.

Bagaimana pun, dalam wacana yang bakal dijadualkan kelak, saya boleh bertemu dengan beliau dan Ustaz Mat Taliban dalam suasana yang penuh harmoni lagi ilmiah.

Kelima

Tujuan saya bertanya sedemikian, bukan untuk mencari salah sesiapa. Saya mahu melihat di mana salah saya? Sebab itu, saya perlu semakan semula (double check) setiap pengkhabaran yang sampai ke telinga saya.

Saya tidak mahu menerima berita daripada orang-orang yang fasik. (49:6)

Di bilik berita, banyak juga pengkhabaran yang terlalu peribadi, saya dengar daripada pihak ketiga. Saya terus menghubungi mereka atas rasa husn al-dzhon untuk mengabsahkan berita-berita tersebut. Rakan-rakan sekerja mungkin tersenyum kerana wartawan badwi yang bernama Zainulfaqar terlalu berterus-terang dalam percakapannya.

Begitu juga dengan pelbagai pengkhabaran dari Pejabat Agong PAS. Pernah satu ketika, seorang pemimpin Pemuda PAS Selangor menghubungi saya dan memberitahu bahawa Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi kuat mengkritik saya dalam suatu menyuarat.

Orang bodoh berpolitik lagi badwi seperti saya terus menghubungi Ustaz Nasruddin. Alhamdulillah, kami akhirnya berwacana. Lihat entri Jangan Tampar.

Keenam

Semalam, Muhammad Al-Amin Mohd Sobri (Pengerusi Sekretariat Penerangan PAS Pulau Pinang) kebetulan ke tempat yang sepatutnya diadakan wacana pencerahan dan hizbah. Beliau berkata, tarikh wacana semalam (22 Mei) bukan ditetapkan oleh beliau. Ustaz Yusni (Ketua Pemuda PAS) yang menetapkan tarikh tersebut.

Katanya lagi, saban hari beliau follow up Ustaz Mat Taliban serta beberapa sahabat beliau melalui panggil panggilan pertemuan (liqa’), panggilan telefon serta sms. Namun, beliau berkata, hanya Ustaz Yusni (Ketua Pemuda) sahaja yang menunjukkan keikhlasan serta komitmen yang padu untuk mengadakan wacana pencerahan tersebut.

Saya berkata kepadanya, Ustaz Yusni sebenarnya sama memang seorang pemimpin masa depan PAS Pulau Pinang. Beliau seperti Ustaz Nasruddin Tantawi yang begitu santuni wacana dan ilmu. Semoga Allah mengangkat kepemimpinan dinamik ini di Malaysia/Pulau Pinang kelak.

Sehubungan itu, beliau meminta saya jelaskan dalam entri ini bahawa penangguhan tersebut tidak patut diletakkan di atas pundak Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang. Bukan pemuda yang bersalah. Kalau bersalah pun, mungkin pihak tertentu yang saya memang tidak mahu sebut nama mereka di sini.

Suka saya nyatakan di sini bahawa saya tidak ada apa-apa masalah berhubung penangguhan wacana pencerahan semalam.

Bagi saya, oleh kerana saya didakwa dihadapan khalayak, lebih elok saya dihizbah secara rasional dan ilmu oleh mereka yang terbabit juga di depan khalayak.

Sesungguhnya saya berpegang kepada Hadith Rasulullah s.a.w seperti yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi; yang bermaksud:

“Keterangan di atas pihak yang mendakwa dan sumpah di atas pihak yang menafikan (yang kena dakwa)…”

Ketujuh

Banyak pemimpin yang saya temui acapkali mempersoal soal adab saya dengan pemimpin.

Kebanyakan mereka mendakwa tindakan saya menegur Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS secara terbuka dan menggunakan blog seakan tidak wala’ kepada pemimpin jamaah PAS.

Dakwah mereka lagi, tindakan saya itu seakan membuka aib seorang muslim sebagaimana terlarang di sini Islam.

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksud: “Barang siapa menutup (aib) muslim (yang lain), pasti Allah akan menutup (aibnya) pada hari qiamat.” [Bukhari: 2262]

Saya yakin semua kita membaca Hadith ini. Waktu berwacana dengan Ustaz Nasruddin pun, hadith ini digunakan untuk memandulkan usaha pencerahan yang saya lakukan.

Semalam, Ustaz Sheikh Abdul Qadir al-Jofri (Pegawai Penyelidik Dewan Ulama PAS Pusat merangkap penasihat Ustaz Nasruddin) dalam PMiUSM’s internal workshop pun mengkritik saya, mungkin atas hujjah zahiri hadith ini.

Mengapa saya seorang sahaja dipersalahkan?

Mengapa tidak ada langsung pemimpin Pemuda PAS Pusat dan negeri yang bangkit mempersoal tindakan Nasharuddin asyik berbincang ’sesuatu’ di Cafeteria Ahli Parlimen; pada kala semua Ahli Parlimen Pembangkang yang lain (tidak kira Muslim atau non-Muslim) sedang bergolok gadai menentang usaha Umno membawa masuk agen Yahudi ke tanah air di Dewan Rakyat?

Sekali lagi, saya merayu kepada Lembaga Disiplin PAS supaya memanggil saya selaku ahli biasa untuk dihizbah. Sekiranya saya terbukti melakukan sesuatu yang sah bertentangan dengan syariat, sila pecat saya sebagai Ahli PAS danwartawan biasa di Harakahdaily.

Berbalik pada potongan hadith berkaitan aib di atas, suka saya nyatakan bahawa inti pada matan hadith ini terdiri olehlafaz umum; iaitu ianya masih boleh dikhususkan dengan nas-nas sahih yang lain.

1. Firman Allah s.w.t, yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu cendung kepada orang-orang yang melakukan kezaliman yang kelak (boleh) mengakibatkan kamu disambar api neraka dan sesekali kamu tidak mempunyai penolong pun melainkan Allah s.w.t (maka sekiranya kamu zalim) kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” [11:113]

Suka saya nyatakan bahawa tindakan saya mempersoal tindakan Nasharuddin kerana iltizam saya untuk menentang apa jua usaha membawa jamaah PAS bergabung dengan Umno. Saya juga penentang sesiapa saya yang berniat menggagalkan tahalluf siyasi atas nama Pakatan Rakyat kerana mengkhianati perjanjian bukan sifat Rasulullah dan sifat khianat adalah sesuatu yang zalim. Ini motif tulisan saya.

Maka, sesiapa yang mahu menolak saya atau lebih tepat mempertahankan tindak-tanduk Nasharuddin itu, adakah kalian turut menolak iltizam saya yang tidak mahu cenderung pada aktiviti-aktiviti yang dekat pada kezaliman?

2. Firman Allah yang lain, yang bermaksud:

“(Iaitu) orang-orang yang telah kamu ambil perjanjian daripada mereka, sesudah itu mereka mengkhianati janjinya (janji bersama Rasulullah s.a.w) pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut (akibat-akibatnya).” [8:56]

Menurut riwayat Ibn Abbas, ayat ini diturunkan (asbab al-nuzul) ekoran Yahudi Bani Quraizah yang mengikat perjanjian dengan Rasulullah s.a.w. Mereka kemudiannya bukan sahaja mengkhianati perjanjian itu, malah bergabung dengan musyrikin Makkah untuk menentang Rasulullah s.a.w.

Mereka kemudiannya meminta maaf kepada nabi dengan berkata, “Kami tersilap…” Kemudian, mereka memeterai satu lagi perjanjian bersama-sama Rasulullah s.a.w. Tetapi, mengkhianati sekali lagi perjanjian tersebut. Kemudian mengkhianati perjanjian ketika Perang Badar al-Qubra. Selepas itu, mereka mengikat satu lagi perjanjian [at-Tafsir al-Kabir, Jilid 7, h.420]

Al-Alusi menambah, Kaab (Ketua Kabilah Bani Quraizah) ketika menaikan kuda lalu berkata, “Dia bersumpah untuk menyerang Rasulullah s.a.w…”

Berdasarkan ayat di atas, saya hanya mahu bertanya kepada mereka yang begitu iltizam mempertahankan tindak-tanduk Nasharuddin pula, apakah pandangan kalian terhadap pemimpin tertentu dalam jamaah Islam PAS yang ternyata menipu ahli-ahlinya serta berusaha mengkhianati tahalluf siyasi dengan pergi ‘berunding dengan Umno dalam gelap’?

3. Firman Allah yang lain, yang bermaksud:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang, melainkan oleh orang-orang yang teraniaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [4:148]

Imam Fakhruddin ar-Razi berkata, “Allah s.w.t tidak suka makian melainkan kepada mereka yang jika tidak dilakukan demikian akan mengakibatkan keburukan (mudharat) yang lebih besar. Ketika itu, hukum makian itu diharuskan.

Ar-Razi menafsir demikian dengan suatu hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Sebutlah apa-apapun terhadap orang-orang fasiq supaya manusia berhati-hati terhadapnya…”

Tidak cukup dengan itu, al-Razi menegaskan bahaw mencela kezaliman Sang Penzalim tidak termasuk di bawah ketegori mengumpat (al-Ghibah) [at-Tafsir al-Kabir, jilid 5, h. 424]

Sekali lagi saya mahu bertanya, salahkah saya bertanya kepada Nasharuddin di Cafeteria Ahli Parlimen beberapa bulan lalu?

Saya juga mahu bertanya kalian, di antara adab al-insan yang kalian tegakkan demi mempertahankan tindakan Nasharuddin dan adab al-Quran yang saya jelaskan di sini, kalau saya memilih untuk berpegang dengan adab al-Quran,adakah saya bersalah?

4. Lihat sabda Rasulullah s.a.w dalam Sahih Muslim, No.70 :

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksud: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia menukarnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Demikian adalah selemah-lemah iman.

Hadith ini bukan menuntut kita memilih menegur dengan hati dengan mengatakan bahawa, “kalau nak menegur pemimpin PAS, sebenar ana lagi banyak perkara nak cakap, kalau nak tulis pun, ana boleh tulis blog lebih banyak dari wartawan badwi itu. Ana nak jaga parti saja sheikh, sebab itu ana tolak dengan hati sahaja.”

Hadith ini juga bukan menuntut kita hanya berani cakap belakang sahaja. Sebab itu, seperti tindakan ana sebelum ini menegur Nasharuddin serta mengajak beberapa pemimpin Pemuda PAS Pulau Pinang berwacana, insyaAllah jika tiadaaral melintang, saya berminat untuk mengajak Ustaz Abdul Qadir al-Joffri berwacana kelak tentang adab dengan pemimpin sebagaimana yang beliau gambarkan di depan adik-adik USM semalam.

Kebanyakan cendekiawan Islam mentakwilkan tangan dari hadith ini dengan kekuasaan. Kekuasaan di sini bermakna apabila PAS berkuasa, bukan memaksa masyarakat Islam dan bukan Islam secara paksaan seperti yang dilakukan oleh puak-puak Kerajaang Perpaduang sekarang.

Firman Allah yang bermaksud, “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat...” [2:256]

Sebab itu kalau dicermati dari sirah Rasulullah s.a.w, selepas Rasulullah s.a.w menjadi Ketua Negara Madinah al-Manawwarah, penyebaran Islam dilakukan secara hujjah dan futuwwah.

Dan sebab itu juga, saya mahu menasihatkan puak-puak Kerajaan Perpaduang supaya tampillah ke hadapan untuk berhujjah dengan saya dan rakan-rakan dalam Task Force 13 atas perkara-perkara yang kita berbeza.

Ini bukan zaman jahiliah moden yang membolehkan para pemimpin parti memaksa ahli-ahli partinya membuta tuli mengikut kehendak mereka. Ini zaman demokrasi liberal yang relatik yang cukup menyanjung rasional dan ilmu.

Jadi, apakah sebenarnya ‘ibrah (pengajaran) yang mahu dihayati daripada hadith tersebut? Bagi saya, hadith ini bukan menjelaskan tentang kepentingan menentang kemungkaran menggunakan tangan (kekuasaan), lidah (pengucapan) atau hati.

Tetapi, bagi saya hadith ini memberi isyarat kepada kita bahawa kemungkaran pada tahapan mana sekalipun mesti ditentang kerana ia terkait rapat dengan persoalan keimanan kita kepada Allah s.a.w dan Rasul-Nya.

Tuntasnya, salahkah saya mempersoal tindak-tanduk Nasharuddin secara bersemuka dan menggunakan blog ‘kecil’ ini?

Khatimah

Setakat ini dulu, wacana pencerahan saya. Saya yakin, tulisan ini mungkin akan mencuit rakan-rakan Blogger Pondan (meminjam istilah blogger Tulang Besi) yang enggan menerima kebenaran hujjah dan rasional.

InsyaAllah, semoga idea-idea pencerahan boleh memperkukuhkan dasar-dasar jamaah Islam PAS seperti yang termaktub dalam perlembagaan seterusnya melonjak PAS bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menggantikan rejim Umno BN pada PRU13 kelak.

WaLlahu ‘alam. Selebihnya, maafkan saya…

SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PENGKHIANATAN

PRU13: BERSAMA RAKYAT TOLAK PEMIMPIN KHIANAT

Zainulfaqar Yaacob

Friday, May 21, 2010

Mahathir Bazir RM100billion. Rakyat Kena Bayar PTPTN

NOTA EDITOR: Penulis Barry Wain menyatakan beliau ada bukti ke atas dakwaan beliau yang Dr Mahathir telah bazirkan wang rakyat sebanyak RM30 billion. Bagi saya sendiri, saya yakin pembaziran Mahafiraun ini melebihi dari itu. Misalnya, rakyat Malaysia terpaksa membeli kereta Proton dengan harga 100% dari harga pasaran sebenar. Keuntungan yang dikaut Proton itu adalah SATU PEMBAZIRAN kepada rakyat Malaysia. Misalnya, sepatutnya rakyat Malaysia membayar sebiji Proton Wira dengan harga RM25k, tetapi disebabkan oleh Mahafiraun, kita terpaksa membayar dengan harga RM60k. Bayangkan pembaziran yang DIPAKSA ke atas Rakyat Malaysia.

Misal lagi satu adalah bagaimana duit milik rakyat Malaysia hilang dalam sekelip mata. Duit yang berjumlah RM30 billion telah lenyap kerana digunakan untuk "berjudi" dalam Pasaran Mata Wang Antarabangsa. Di waktu bank-bank negara dari negara kaya pun tak berani main di Pasaran Wang Antarabangsa ini, Mahafiraun dengan bantuan Nor Mat Yaakob telah bermain "judi" dengan wang rakyat. Apabila rugi, RM30 billion wang rakyat LENYAP. Nor Mat Yaakob tidak pernah dibicarakan malahan dilantik Menteri Penuh. Padahal, Nor Mat Yaakob sepatutnya duduk dalam Penjara Kajang bersama2 Halim Saad dan Tajuddin Ramli dan Daim Zainuddin.

Rakyat Malaysia pula diberitahu untuk berhenti bergantung pada Kerajaan. Maka, rakyat Malaysia tidak boleh lagi mendapat biasiswa tetapi harus membayar balik PTPTN. Bila tamat pengajian, gaji permulaan siswazah lebih rendah dari kos hidup. Terpaksalah kita bekerja sampai ke lubang kubur.

Manakala, perompak2 seperti Mahafiraun dan Nor Mat Yaakob hidup mewah dan senang selepas menghilangkan wang rakyat RM30 ribu juta.

Sekian
Wain: 'Penyelewengan RM100b Dr M disokong bukti'

Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wain berkata, semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti.

Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.

Dr Mahathir juga sebelum ini menafikan dakwaan Wain bahawa bangunan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibina dengan dana awam.

"Saya ada satu salinan akaun Umno yang diaudit, termasuk dana politik rahsia dan ia menunjukkan dengan jelas, mereka ada berpuluh juta di dalam akaun ketika (Daim Zainuddin) mengambil alih," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga menemuramah banyak sumber untuk buku tersebut bagaimanapun tidak memasukkan kesemuanya sekali.

"100 peratus (yakin), kesemua fakta adalah benar. Tidak ada satu pun kesalahan dalam buku tersebut.

"Sehingga hari ini, ia telah diulas boleh ahli ekonomi di Australia, Hong Kong dan (ahli ekonomi) di rantau ini termasuk Thailand.

"Ada satu ulasan di Malaysia, dalam talian, yang menulis satu fakta salah yang saya terpaksa ulas, untuk jelaskan bahawa orang yang menulis ulasan tersebut telah membuat kesalahan fakta berhubung kesan pilihan raya 1969, antara lainnya," katanya lagi.

Wain berada di negara ini sehingga minggu depan untuk mempromosikan bukunya itu yang bakal diulang cetak kali keenam dan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Cina.

Protes Judi Bola Hari Ini. Mari Jayakan Demi Mengelak Turunnya Bala Dari Allah SWT

NOTA EDITOR: Apabila turun bala Allah SWT, maka ia turun pada semua orang tidak kira yang sokong atau tidak sokong Judi Bola. Oleh sebab itu, wajiblah setiap muslimin dan muslimat untuk turun memprotes Judi Bola Tajaan Najib Tun Razak kerana ia bakal menjadi sebab turunnya bala Allah SWT ke atas kita. Jangan lupa hari ini. Inshaalah.

Sekian
Protes seluruh negara bantah judi esok

PAS menganjurkan sekurang-kurangnya lima perhimpunan di pelbagai tempat di seluruh negara esok bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Protes yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, perhimpunan di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) sendiri dijadual akan turut serta di perkarangan Masjid Pengedang Baru, Kuala Terengganu.

Bercakap kepada Malaysiakini, ahli jawatankuasa PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata pihaknya tidak memohon permit untuk perhimpunan itu kerana ia akan dibuat "secara aman di dalam perkarangan masjid".

Menurutnya, demontrasi itu dijangka turut dihadiri kepimpinan Pemuda daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, kerajaan secara rasmi dilaporkan memberi lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan BERJAYA.

Tindakan itu dibantah pelbagai pihak, khususnya termasuk pakatan pembangkang dan NGO Melayu-Islam di Malaysia.

Sementara itu, Di Perak, Naib Ketua Pemuda PAS negeri Salman Salleh berkata kira-kira 2,000 orang dijangka menghadiri demontrasi di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh bagi membantah keputusan kerajaan itu.

Umno juga dijemput

"Semua pertubuhan termasuk Umno, Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO dijemput bersama kita untuk menzahirkan bantahan pemberian lesen judi," katanya.

Menurut Salman, demonstrasi itu akan diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri, Zawawi Hassan.

Di Negeri Sembilan, dijangka 1,500 orang akan menyertai demontrasi di Masjid Negeri Sembilan dekat Seremban selepas solat Jumaat.

Ketua Pemudanya Khairil Anwar Mohd Wafa berkata pihaknya turut menjemput pemimpin Pemuda Pakatan yang bukan Islam, termasuk Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.

"Kita tidak pohon permit, kalau hendak tangkap, tangkaplah. Kita buat perhimpunan aman. Dulu masa (demonstrasi) membantah (firma perundin) Apco Worldwide tiada tangkapan pun," kata Khairil Anwar.

Di Pulau Pinang pula ketua Pemuda PAS Mohd Yusni Mat Piah berkata pihaknya menganjurkan demontrasi esok di hadapan Masjid Permatang Gajus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat.

Perhimpunan aman tersebut dijangka seramai 1,000 penyokong Pemuda Pakatan, tambahnya.

Demonstrasi di 22 kawasan PAS

Di Selangor pula keadaan agak berbeza apabila tiada demonstrasi di peringkat negeri dianjurkan PAS.

Ketua Pemudanya Hasbullah Mohd Ridzwan berkata Pemuda PAS negeri telah mengarahkan 22 Pemuda kawasan mengadakan demontrasi itu sama ada esok atau Jumaat depan.

"Setakat ini Pemuda PAS kawasan Hulu Langat akan mengadakan demontrasi membantah keputusan kerajaan itu esok," katanya.

Hasbullah berkata, dijangka kira-kira 200 orang bagi setiap kawasan akan hadir dalam demontrasi itu.

Menurut pemimpin negeri yang dihubungi, kesemua perhimpunan esok dijalankan tanpa memohon permit polis kerana "ia adalah satu perhimpunan aman".

Difahamkan, pembangkang di negeri-negeri lain, Perlis, Kedah, Pahang dan beberapa kawasan di Selangor akan mengadakan demontrasi itu Jumaat hadapan.

Kemuncak kepada siri demonstrasi tersebut akan dilaporkan diadakan pada 3 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Thursday, May 20, 2010

Kelemahan Anwar Ibrahim: Suka Pungut Sampah

Iye benar. Anwar ni pemaaf dan suka nak “tarbiyyah” orang. Maka, dengan otomatik dia suka sangat pungut sampah-sampah yang telah dibuang oleh parti lain.

Orang seperti Zulkifli Noordin dan Wee Chee Keong adalah sampah kepada PAS dan DAP. Wee Chee Keong telah dibuang DAP kerana perangai beliau yang suka buat kacau. Keluar DAP buat parti baru, MDP, dgn Liew Ah Kim dan lawan DAP. Tapi, lawan punya lawan, deposit hilang.

Zulkifli Noordin ni PAS dah pecat keahlian sebab bertanding tiket PKR tanpa kebenaran PAS. Memang perangai pun perangai suka menipu dan berbohong sejak dalam PAS lagi.

Juga, Zahrain Bayan Baru. Semua orang tahu dia ni UMNO pun dah tolak. Masuk KeAdilan sebab dah takda tempat dalam UMNO. Gaya hidup pun bukan main hebat. Dah masuk KeAdilan pun gaya hidup tidak berubah. Last-last melompat.

Juga, Salehuddin Hashim anak kepada bekas ahli Parlimen PAS(Parit 1969), Haji Hashim Gera. Hashim Gera dipecat oleh PAS sebab berronggeng di Parlimen sampai masuk “paper”. Ada ka patut, dah jadi ahli parlimen Pas pegi berjoget. Walaupun masa tu takda lagi tarbiyyah macam sekarang, namun syiar tetap dijaga.

Kalau bapak dia pun dah tunjuk perangai macam tu, anak dia apa lah lagi. Bak kata orang putih: “The Apple Does Not Fall Far from The Tree”.

Eloklah Fauziah isytihar suruh semua ahli yang nak keluar KeAdilan supaya keluar. Masanya sampah-sampah ni dibuang dari KeAdilan. Anwar kena utama kan mereka yang terbukti komited dan tahan uji. Orang seperti Johari Abdul yang dari seorang korporat mampu mendapat pinjaman perniagaan jumlah berjuta ringgit terus jatuh ke tahap menjadi penjual pasar malam. Semua sebab dia istiqamah dan terus dalam perjuangan.

Orang-orang seperti ini yang wajib Anwar utamakan sebab mereka sekurang-kurangnya telah membuktikan komitmen mereka dan pernah diuji dengan kesusahan.

Tulang Besi

1987: Mahathir Adalah Bala Allah Ke Atas Rakyat Malaysia

Benar sekali. Saya masa tu berada dalam dalam Tingkatan 3 dan tidak memahami apa yang berlaku secara jelas. Tapi, Alhamdulillah, saya sekarang sudah nampak. Kalau Ku Li yang menang pemilihan UMNO 1987, kehidupan rakyat Malaysia sekarang jauh lebih makmur dan terjamin.

Tapi, mungkin kerana Allah SWT murka dengan rakyat Malaysia kerana tidak tunduk kepada perintah Allah, maka Allah SWT takdirkan seorang pemimpin yang zalim seperti Mahafiraun memimpin Malaysia. Teringat saya satu hadeeth yang diriwayatkan oleh Ibu Majah and Imam Ahmad.
Rasulullah Saw bersabda:

“Bagaimana kalian apabila terjadi lima perkara, dan aku berlindung kepada Allah mudah-mudahan lima perkara itu tidak terjadi pada kamu atau kamu tidak menjumpainya, yaitu,

Tidaklah perbuatan zina itu tampak pada suatu kaum, dikerjakan secara terang-terangan, melainkan tampak dalam mereka penyakit ta’un dan kelaparan yang tidak pernah dijumpai oleh nenek moyang dahulu.

Dan tidaklah kaum itu menahan zakat, melainkan mereka ditahan oleh Allah turunnya hujan dari langit, andai kata tidak ada binatang ternak tentu mereka tidak akan dihujani.

Dan tidaklah kaum itu mengurangi takaran dan timbangan, melainkan mereka disiksa oleh Allah dengan kesengsaraan bertahun-tahun dan sulitnya kebutuhan hidup dan nyelewengnya penguasa.

Dan tidaklah pemimpin-pemimpin mereka itu menghukumi dengan selain kitab yang diturunkan oleh Allah, melainkan mereka akan dikuasai oleh musuh yang merampas sebagian kekuasaan mereka.

Dan tidaklah mereka itu menyia-nyiakan kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya, melainkan Allah menjadikan bahaya di antara mereka sendiri.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah
Mungkin juga pada tahun 1987 rakyat Malaysia banyak melakukan dosa menipu dalam urusan perniagaan dan bisnes. Maka, Allah SWT menurunkan bala kepada kita dengan memenangkan Mahafiraun dan beliau kekal sebagai Perdana Menteri kita.

ANTARA KU LI dan MAHAFIRAUN

Senang sahaja. Ku Li faham dan mahir dalam mentadbir ekonomi. Mahafiraun mentadbir ekonomi negara macam mentadbir restoran mamak - kacau bilau dan huru hara.

Semua projek yang Ku Li jana berjaya dan hidup sampai sekarang. Misal paling besar adalah Petronas yang diasaskan sewaktu Ku Li Menteri Kewangan di bawah Tun Hussein Onn.

Juga, Fleet Group yang menjadi syarikat pemegang amanah untuk UMNO berada dalam keuntungan yang besar sewaktu Ku Li melepaskkannya pada Daim Zainuddin dan banyak lagi contoh-contoh kecil kejayaan Ku Li sebagai Menteri Kewangan.

Gandingan Mahazalim-Daim pula telah berjaya mengharu birukan ekonomi Malaysia. SEMUA PROGRAM DAN PROJEK MAHAFIRAUN-DAIM gagal. Semua idea Mahazalim gagal.

Sebabnya, nafsu besar tapi kemampuan takda. Itulah dia bangsa Mahafiraun. Gah sana gah sini, dalam hapah pun takdak.

Patutlah Musa Hitam letak jawatan. Musa Hitam tu 100x lebih bijak dalam ekonomi berbanding Mahafiraun. Dia dah nampak dah negara akan jadi macam kapal karam bawah dua ekor jeghaung ni. Musa Hitam bukan macam Mahazalim, tak berani jumpa Pelajar Universiti, berdebat secara terbuka. Mahazalim pegi taja Akta Universiti sebab takut pelajar2 Universiti jatuhkan dia.

LAGI CERITA KEBODOHAN MAHAFIRAUN

Bayangkan, kos “bail-out” projek2 penswastaan Mahafiruan sahaja berjumlah RM80 billion. Pada waktu yang sama, semua biasiswa di bawah DEB dihapuskan. Padahal, pemberian RM80 billion ni bukan satu bentuk “biasiswa” ke?

Rakyat marhean dipaksa ambik pinjaman pelajaran bawah SPN, manakala kroni pula diselamatkan apabila mereka rugi meniaga. Bayangkan betapa harunya ekonomi negara bawah Mahafiraun-Daim-UMNO?

Masa kroni-kroni ni untung, siapa yang merasa keuntungan mereka? Jawapnya tiada siapa. Bila rugi, kita pula terpaksa tanggung biawak2 hidup ni.

Antara contoh kebodohan Mahazalim adalah bail-out LRT. Kenapa kena belanja sampai RM11-12 billion? Kan lebih baik suruh bank isytihar pemegang konsesi tu bankrap dan beli asset dan projek itu kembali dengan harga tak sampai RM1 billion? Lagi RM10-111 billion tu boleh guna buat stesen dan jalur LRT yang baru.

Tapi Mahazalim mahu menyelamatkan kroni serta kepentingan UEM/Renong/Daim dari bankrap. Maka, rakyat Malaysia terpaksalah masuk university dengan pinjaman pelajaran manakala kroni boleh hidup senang lenang dengan duit RM11-12 billion.

Sepatutnya barua2 seperti Daim Zainuddin ni dah lama masuk penjara sebab tak bayar hutang. Kroni2 beliau seperti Wan Azmi Wan Hamzah, Halim Saad, Tajuddin Ramli, Tajuddin Othman dsbnya sepatutnya dah duduk di Penjara KAjang ataupun Sungai Buloh sebab menjahanamkan ekonomi negara.

KESANNYA SEKARANG

Terpaksalah rakyat Malaysia bayar itu dan ini. Gaji tak naik, harga barang sentiasa naik. Tol sentiasa naik. Traffic jam makin teruk sebab takda duit nak tambah stesen serta track LRT. Duit semua Mahazalim dah guna untuk tolong kroni2 dia yang rugi meniaga sebab masing2 bodoh tak tahu meniaga tapi diberi peluang sebab masing2 kaki kipas dan kroni.

Bawah Pak Lah pun sama. Bebudak Tingkat 4 meneruskan legasi Mahazalim. Keuntungan dari duit minyak berjumlah lebih RM250 billion kita pun tak tau pegi mana. Semua dah masuk poket bebudak tingkat 4. Mereka rasa mereka pegi Oxford/Cambridge mereka pandai. Tak sedar mereka dipergunakan oleh orang.

Haram jadah Mahafiraun dgn Daim ni tak kesah kalau rakyat Malaysia hidup tertekan sebab semua tu bukan duit dia. Segala keuntungan dia dah buat dan sekarang mereka hidup senang lenang.

Tinggalah kita rakyat Malaysia hidup dalam keadaan bangsat dan tertekan membayar kembali hutang-hutang yang dibuat Mahazalim dan Daim yang mahu menyelamatkan kroni2 mereka.

Sekali lagi saya sebut, pada 1987 Allah SWT mahu menurunkan bala pada rakyat Malaysia dengan memenangkan Mahathir ke atas Ku Li.

Tapi, jangan lupa, Mahathir takkan menang kalau Sanusi Junid tidak bantu beliau menipu dalam pemilihan itu.

Kita rakyat Malaysia lah bodoh dan bahlul sebab pegi sokong Mahazalim dan UMNO. Selamanya kita hidup menanggung hutang yang banyak sampailah ke lubang kubur nanti.

Tulang Besi

Wednesday, May 19, 2010

Kita Bayar Tol Untuk Selamatkan PWTC Dari Di Lelong Bank Bumiputra

Tulang Besi bercadang mendedahkan bagaimana Dr. Mahathir serta UMNO hampir membankrapkan Malaysia. Dalam keadaan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi serta tinggi bilangan tenaga mahir, rakyat Malaysia majoriti masih hidup dalam kesempitan dan kesakitan. Kos hidup semakin tinggi dan tahap pendapatan rakyat Malaysia masih di takuk lama.

Gaji Siswazah baru keluar universiti secara purata RM1200 atau mengikut kajian yang lain, tidak mencecah RM2000. Padahal, kos hidup naik setiap tahun. Sepatutnya, gaji siswazah baru tamat pengajian berada di julat RM3500-4000.

Ini bererti bagi setiap siswazah, yang juga terpaksa membayar hutang SPN, mereka akan hidup di bawah kos hidup sepanjang hayat pekerjaan mereka. Kemungkinan besar mereka akan pencen dalam keadaan menanggung hutang ataupun wang EPF mereka terpaksa digunakan membayar hutang-hutang mereka. Hasilnya mereka terpaksa bekerja lagi apabila mereka bersara.

Dengan kata lain, nasib pekerja-pekerja di Malaysia adalah mereka terpaksa bekerja sampailah ke lubang kubur.

Artikel di bawah ini adalah cebisan kisah kenapa perkara ini berlaku.

BERMULA

Di dalam kebijaksanaan Dr Mahathir dan Daim Zainuddin menjaga dan mentadbir kewangan UMNO, tiba-tiba UMNO telah berhutang dengan banyak sekali. Sehingga PWTC hampir dilelong kerana pinjaman yang diambil UMNO tidak dibayar.

Pada tahun 1988, hutang UMNO kepada bank bagi projek PWTC adalah hampir RM300 juta (Bank Bumiputra) dan RM86 juta (bank lain). Bunga pinjaman sahaja berjumlah RM60k sehari.

Maka, kerajaan pada masa itu yang dipimpin Mahathir telah mengeluarkan tender Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Tender tersebut telah diberikan kepada sebuah syarikat yang hampir bankrap dan telahpun dibuang dari Bursa Saham Singapura. Syarikat tersebut bernama “United Engineers Malaysia (UEM)”.

Rupanya, apabila Samy Vellu ditekan dalam Parlimen, maka Samy telah mendedahkan siapa yang memegang saham dalam UEM. Samy mendedahkan bahawa UEM sebenarnya dipunyai oleh sebuah syarikat bernama “Hatibudi Sdn Bhd”. (Raphael Pura and Stephen Duthie, “Malaysian Court Allows Highway Award: Government Can Give Rich Project to Firm Owned by Ruling Party”, AWSJ, 18 January 1988)

Samy Tol juga memberi pengesahan bahawa Pemegang Amanah dalam Hatibudi ini adalah Mahathir Mohamad, Ghaffar Baba, Daim Zainuddin and Sanusi Junid. Kesemuanya pada masa itu duduk dalam kabinet sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertanian.

Keempat-empat pemegang amanah syarikat UMNO ini adalah juga Ahli Kabinet Malaysia pada masa itu. Dan kabinet yang sama telah membuat keputusan memberi konsesi lebuhraya Utara Selatan kepada UEM yang dipunyai UMNO.

Maka, secara otomatik, rakyat Malaysia keseluruhannya terpaksa membayar tol yang semakin lama semakin tinggi kerana mahu menyelamatkan PWTC dari dilelong.

Tak heranlah apabila Najib Tun Razak sendiri telah mengakui:
"In the case of the North South Highway project, it is a means of UMNO solving it’s problems by repaying loans taken for the new UMNO Headquarters building"(Star 29 August 1987)

TERJEMAHAN BEBAS: Di dalam kes Lebuhraya Utara Selatan, ia adalah cara UMNO menyelesaikan masaalah membayar balik hutang yang ditanggung UMNO untuk membina bangunan Ibu Pejabat UMNO
JUMLAH KONSESSI PROJEK LEBUH RAYA UTARA SELATAN

Harus diingat bahawa konsessi yang telah diberi pada UEM ini dirancangkan supaya memberi keuntungan kepada UEM di dalam jumlah RM17 billion mengikut UEM. Tapi mengikut beberapa tokoh pembangkang jumlah konsessi untuk 30 tahun ini mencecah RM54 billion. Ini tidak termasuk pinjaman bebas bunga yang diberikan kepada UEM berjumlah RM1.65 billion dari Kerajaan Malaysia sewaktu konsessi ini mula-mula diberikan kepada UEM/UMNO.

Bayangkan, bukan sahaja UMNO dapat membayar hutang mereka kepada Bank Bumiputra untuk menebus bangunan mereka, mereka juga dapat membuat wang yang begitu banyak untuk kegunaan mereka.

Dan siapa yang sakit? Rakyat Malaysia yang sakit. Jadilah kita semua rakyat Malaysia hamba kepada UMNO dan alat mengkayakan beberapa suku sakat pimpinan UMNO

JASA KIT SIANG DAN KARPAL

Kit Siang dan Karpal telah membawa kes ini ke mahkamah. Mereka telah cuba menghalang pemberian konsesi Lebuhraya ini kepada UEM kerana jelas ianya satu bentuk korupsi. Malangnya, Mahkamah telah menolak permohonan mereka berdua.

Mahazalim, dengan marah, telah memberi beberapa respon:
a. Menangkap Karpal dan Kit Siang di bawah ISA sewaktu Operasi Lalang
b. Meluluskan Akta Rahsia Rasmi menjadikan semua dokumentasi urusniaga penswastaan Rahsia Rasmi dan memberi sepenuh kebebasan kepada UMNO untuk merompak negara
c. Mempercepatkan pemecatan Tun Salleh Abas dan hakim2 lain yang dilihat oleh Mahazalim sebagai penghalang kepada ketamakan UMNO dan Barisan Nasional
d. Menghancurkan Institusi Kehakiman di Malaysia
e. Membiak budaya korupsi dan politik wang.
Perkara a. sehingga e. adalah jasa Mahazalim dan Daim yang sebenar kepada rakyat Malaysia. Selain dari menjadikan rakyat Malaysia hamba kepada ketamakan Daim dan kroni2 UMNO, kita juga terpaksa menanggung kos korupsi dan gaji yang tidak naik.

Pada waktu yang sama, banyak kepentingan rakyat dihentikan i.e. biasiswa dsbnya. Orang kaya dilindung, orang miskin ditindas di Malaysia.

Apabila wang minyak nanti habis, terpaksa lah perempuan2 di Malaysia melacur semata-mata mahu membeli makanan untuk keluarga mereka, seperti di Indonesia. Nauzubillah min Zalik.

Tulang Besi

Tuesday, May 18, 2010

Islam UMNO Sama Dengan Islam Khawarij

Sapa dia Khawarij ni? Secara mudahnya, Khawarij adalah mereka yang menghalalkan benda yang haram dan mengharamkan perkara yang halal dalam Islam.

Misalnya, Puak Khawarij menghalalkan membunuh orang Islam yang melakukan dosa besar. Padahal darah orang Islam yang berdosa adalah haram untuk ditumpahkan.

Juga, Khawarij mengharamkan ketaatan kepada Saidina Ali padahal ketaatan kepada Saidina Ali bukan sahaja halal tapi wajib.

Dengan mudah, Khawarij mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram

ISLAM UMNO PULA?

Perangai dan fahaman Khawarij begitu jelas terserlah dalam UMNO. Misalnya, UMNO bermati-matian “berjuang” menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Tapi, hakikatnya hukum orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tidak haram.
Sebegitu radikal puak Khawarij yang membunuh nyawa orang tidak berdosa, UMNO telah membakar beberapa gereja dalam Malaysia.

Pada waktu yang sama, UMNO dan Najib Tun Razak mengeluarkan lesen judi bola dan “Special Draw”. Kita tak dengar pun mana-mana ahli UMNO bangun menentang pemberian lesen judi ini. Malahan, mereka seperti menyokong tindakan pimpinan mereka ini.

Di sini kita lihat betapa rapatnya UMNO dengan Khawarij. Malahan, bagi saya, UMNO adalah Khawarij cawangan Malaysia.

Pokok kesesatan baik UMNO mahupun khawarij adalah mereka mengubah hukum Allah SWT sesuka hati mereka. Terutama sekali dalam bab-bab berkaitan dengan perkara yang jelas dan terang dalam syariat.

Bagi saya, pengikut-pengikut UMNO harus meninggalkan UMNO secepat mungkin kalau mereka tidak mahu mengikut jejak langkah Khawarij.

JAIS PUN DAH TERPENGARUH DENGAN MADZHAB KHAWARIJ ALA UMNO

Sewaktu isu Kalimah Allah dulu, JAIS siap buat banting dan lancar kempen mengharamkan orang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah.

Punyalah JAIS bertungkus lumus untuk melacurkan diri kepada UMNO, dia tak sedar di Selangor semua Gereja menjalankan upacara agama mereka dalam Bahasa Inggeris. Maka, kalimah Allah tidak digunakan oleh gereja-gereja di Selangor.

Yang hairannya kita tak dengar pula Khusrin Rahmat bersuara dalam kes Judi Bola tajaan Najib Tun Razak ni. Apasal JAIS senyap pasal isu judi bola ni. Malahan dalam khutbah2 tulisan JAIS, tak sebut pasal judi bola.

Akibat JAIS mula mengamalkan Islam Khawarij UMNO, maka JAIS sudah nampak macam orang mereng.

Tulang Besi