diciplak dari : malaysiakini
Jul 10, 08 12:37pm
Ketua angkatan muda PKR dipanggil berhubung laporan polisnya terhadap Datuk Seri Najib Razak susulan pengakuan penyiasat persendirian yang pernah bekerja dengan rakan timbalan perdana menteri itu, Abdul Razak Abdullah Baginda.
Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang membuat aduan polis minggu lepas, dipanggil ke bahagian siasatan jenayah polis Bukit Aman pagi tadi.
Selepas aduannya Jumaat lepas, beliau dilaporkan berkata penarikan balik akuan berkanun P Balasubramaniam kurang 24 jam daripada akuan pertamanya bertarikh 1 Julai "membangkitkan lebih banyak tanda tanya daripada jawapan."
Balasubramaniam dalam tindakan menggemparkan menyediakan akuan berkanun kedua bertarikh 4 Julai menafikan sama sekali dakwaan awalnya yang mengaitkan Najib dengan mangsa bunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Tindakan penyiasat itu, yang pernah diupah Abdul Razak bagi mengawalnya ketika dikunjungi Altantuya pada 2006, dibuat sehari selepas mendedahkan akuan pertama yang mengandungi bermacam-macam dakwaan serius terhadap Najib.
Beberapa jam selepas pendedahan itu pada Khamis lalu, timbalan perdana menteri menafikan mengenali atau mengetahui Altantuya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Shamsul Iskandar yang ditemani Naib Ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainudin dan Ketua AMK Kuala Lumpur Md Zaman Md Tasi serta beberapa exco, tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman pada jam 11 pagi.
Shamsul Iskandar berkata beliau dimaklumkan polis bahawa siasatan terhadap laporan yang dibuatnya itu akan dimulakan justeru keterangan beliau diperlukan bagi membantu siasatan.
"Kini sudah ada dua akuan yang dibuat P.Balasubramaniam. Apabila sudah ada dua akuan, ia menjadi lebih penting untuk kita tahu mana satu yang benar, sama ada yang pertama atau yang kedua," katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
"Sesudah diambil keterangan saya nanti, saya minta agar keterangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula diambil. Ini perkara serius, ini bukan tuduhan biasa. Ini Akuan Bersumpah, siasatan segera dan menyeluruh harus dijalankan.
Ketika Balasubramaniam membuat akuan berkanun keduanya, penyiasat persendirian itu menjelaskan bahawa akuan berkanun pertamanya adalah tidak tepat dan tidak benar serta dibuat dalam keadaan tertekan.
TP - harapnya PDRM siasat betul-betul benda ni.jangan siasatan jadi siat-siat sudah!!!
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Thursday, July 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment