"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, July 10, 2008

The Return Of Bala...

Assalamu'alaikum...

Akhirnya setelah 5 hari kehilangan Bala dilaporkan pihak polis berjaya mengesannya & telahpun mengesahkan penemuan Bala disebuah negara jiran tetapi terpaksa merahsiakan lokasi Bala untuk keselamatannya...

Pertama kali PDRM berjaya membuktikan kecekapannya dimata rakyat Malaysia.tapi aku masih ragu-ragu lagi akan ketelusan pihak polis didalam menjalankan siasatan keatas Bala & keselamatan Bala diluar negara.

Agaknya ini cuma mainan akal huduh & busuk hati aku pada ketelusan PDRM dalam kes ni...apa yang aku ragukan ialah betul ke Bala yang melarikan diri atau polis yang sembunyikan Bala?

Kita rujuk balik kronologi sebelum & selepas kehilangan Bala :

1 - Julai 3,2008 P Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.Dakwaan-dakwaan menggemparkan ini terkandung dalam akaunnya setebal 16 halaman yang bertarikh 1 Julai.*rujuk [ sini ]

2 - Julai 3,2008 Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan akuan berkanun seorang penyiasat persendirian yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibu sebagai satu pembohongan yang sangat dahsyat.

"Saya minta pihak berkuasa menyiasat perkara ini. Pihak yang bertanggungjawab perlu menerima akibatnya jika ada kes terhadap perkara itu.

"Saya serah kepada pihak polis untuk ambil tindakan. Saya ada hak sebagai seorang warganegara untuk meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini," katanya.*rujuk [ sini ]

3 - Julai 4,2008 Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat kejutan lagi apabila menarik balik akuan berkanunnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.

Akuan berkanun baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

Balasubramaniam juga mempunyai peguam yang baru. Peguam Americk Sidhu, yang bersamanya semalam, juga tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sidang akhbar Balasubramaniam masih berjalan.*rujuk [ sini ]

4 - Julai 4,2008 Sementara itu dalam berita dibawah tajuk yang sama peguam Americk Singh Sidhu, yang menemani Balasubramaniam ketika dia membuat pendedahan menggemparkan itu dalam satu sidang berakhir bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, "tidak tahu langsung" mengenai perkembangan terbaru itu.

Americk memberitahu Malaysiakini bahawa Balasubramaniam menerima satu panggilan dari pihak polis, sejurus selepas sidang akhbar tersebut, memintanya hadir di balai polis Brickfields.

"Saya telah menasihatkannya, sebagai seorang rakyat yang patuh kepada undang-undang, dia harus melihat menemui mereka (polis),"

"Sejak itu tidak mendengar apa-apa daripadanya," katanya.

Beliau berkata, Balasubramaniam tidak dapat dihubungi sejak pendedahan semalam.

Akuan berkanun Balasubramanian itu diperakukan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat, yang mempunyai alamat firma guaman Zul Rafique & Partner- firma guaman milik Zulkifly Rafique, yang merupakan saudara lelaki Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique.

5 - Julai 4,2008 Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyiasat akuan bersumpah yang dibuat oleh Balasubramaniam pada 1 Julai lalu dan begitu juga terhadap akuan bersumpah yang bertarikh hari ini.

"Polis akan siasat kedua-duanya. Yang semalam kita siasat dan yang ditarik (balik) hari ini juga kita siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini, demikian menurut laporan Bernama.*rujuk [ sini ]

6 - Julai 4,2008 Peguam Americk Singh Sidhu menafikan bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat akuan berkanun secara paksa.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, Americk berkata, akuan berkanun Balasubramaniam yang difailkan pada 1 Julai lalu, dibuat secara sukarela.* rujuk [ sini ]

7 - Julai 5,2008 Penyiasat persendirian P Subramaniam yang membuat akuan berkanun yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu - dan menariknya balik sehari selepas itu - kini tidak dapat dihubungi.

Turut hilang ialah isterinya dan tiga orang anaknya.

Ekoran itu, anak saudaranya, R Kumaresan membuat laporan polis hari berhubung kehilangan Balasubramaniam serta isteri dan anak-anaknya itu.*rujuk [ sini ]

8 - Julai 8,2008 The nephews of missing private investigator P. Balasubramaniam claimed today that their uncle had revealed to them months earlier all the details he had stated in his first statutory declaration (SD) which alleged that Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had links with murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu.*rujuk [ sini ]

9 - Julai 8,2008 Polis tidak menolak kemungkinan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang terbabit dalam kontroversi dua akuan bercanggahan berhubung pembunuhan Altantuya Shaaribu, kini berada di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin berkata pihaknya telah memaklumkan kepada Interpol, selain membuat pemantuan di pintu-pintu masuk dan keluar negara ini bagi mengesan Balasubramaniam.

"Pihak polis masih mencari dan juga ingin mengambil percakapan beliau terutamanya dengan akuan bersumpah yang telah dibuat baru-baru ini.*rujuk [ sini ]

10 - Julai 8,2008 Peguam Americk Singh Sidhu hari ini membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan untuk mengetahui orang dan/atau orang-orang yang menyebabkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyatakan yang akuan berkanun yang pertama dibuat secara paksa.

Dalam akuan berkanun 1 Julai, Balasubramaniam mengaitkan timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariiibuu.

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, penyiasat persendirian itu telah menarik balik akuan berkanun pertamanya dan membuat akuan berkanun baru tanpa bahagian yang merujuk kepada Najib.

Americk membuat laporan itu di balai polis Brickfields kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Dalam aduannya itu, Americk berkata beliau turut hadir ketika pengesahan akuan bersumpah pertama dibuat.*rujuk [ sini ]

11 - Julai 9,2008 Teka-teki mengenai keadaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, berikutan kehilangannya sejak Jumaat lalu, akhirnya terjawab apabila beliau menghubungi anak saudaranya, malam kelmarin.

Balasubramaniam menghubungi anak saudaranya, R Kumaresan, pada jam 11.30 malam dan mengesahkan beliau serta isterinya selamat.

Kumaresan yang ditemui pada satu perhimpunan di Brickfields di sini, malam tadi, berkata bapa saudaranya itu bagaimanapun enggan memberitahu lokasi beliau dan keluarganya berada.

"Balasubramaniam memberitahu dia tak boleh bercakap secara bebas. Sebelum talian terputus, saya juga sempat bercakap secara ringkas dengan isterinya tetapi dia juga tidak mahu memberitahu di mana mereka berada," katanya.*rujuk [ sini ]

12 - Julai 9,2008
Polis telah mengesan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam di sebuah negara, selepas dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, dan mengambil keterangan daripadanya berhubung dua akuan bersumpahnya serta kehilangannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin berkata proses mengambil keterangan daripada Balasubramaniam itu dibuat oleh beberapa pegawai polis dari Bukit Aman yang dihantar ke negara berkenaan.

Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, beliau enggan menyatakan negara mana Balasubramaniam berada pada ketika ini, dipercayai bagi mengelak daripada gangguan oleh mana-mana pihak.*rujuk [ sini ]

Wujud beberapa persoalan disini rentetan dari kronologi-kronologi diatas yang aku perhatikan saling berhubung kait & macam ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari kita...

Pertamanya Bala pada mulanya dengan penuh keyakinan mendedahkan bukti adanya hubungan antara TPM Najib & Atlantuya & ini diperkuatkan didalam akuan bersumpahnya...sejurus selepas Bala mendedahkan dakwaan itu dalam akuan bersumpahnya pihak polis telah bertindak memanggil Bala kebalai polis Brickfields dan atas nasihat peguamnya Bala telah menghadirkan diri kebalai Brickfield & peguam Bala sendiri telah menghantarnya lebih kurang jam 4 petang hari berkenaan...

Pada sebelah petangnya juga TPM Najib telah menafikan pendedahan dalam akuan bersumpah Bala dengan mengatakan ianya adalah 1 pembohongan yang sangat dahsyat, rekaan, berniat jahat, fitnah untuk mencemarkan imejnya ( TPM Najib ).TPM Najib juga menegaskan supaya pihak berkuasa menyiasat perkara itu dan pihak yang bertanggungjawab perlu menerima akibatnya jika ada kes terhadap perkara itu.

Bunyinya seperti 1 ugutan pula padahal sepatutnya TPM Najib perlu membuat laporan polis terhadap apa yang dikatakan sebagai fitnah untuk membolehkan pihak polis membuat penyiasatan.kenyataan TPM Najib "meminta" pihak berkuasa menyiasat perkara ini boleh dianggap sebagai menyalahguna kuasa melalui kedudukan Najib sebagai TPM sebenarnya.

Keesokan harinya Bala dalam keadaan yang agak selekeh macam baru lepas disodom membuat kejutan pula apabila menarik balik akuan berkanunnya yang pertama & menggantikannya dengan akuan berkanun yang ke 2 yang mana segala butir-butir maklumat yang berkaitan dengan TPM Najib secara magic telah dihilangkan tanpa ada sedikit kesan sebaliknya digantikan dengan penafian yang kalau kita baca macam penafian yang dilakukan oleh seorang manusia yang bontotnya sedang diacukan dengan pistol magnum full automatik 9mm dengan peredam bunyi.

Apa yang depa buat pada bala dekat balai tu?depa offer "BALA" ke dekat Bala???

Tengahari tu jugak peguam asal Bala buat pengesahan bahawa akuan berkanun Bala yang pertama dibuat tanpa paksaan sesiapa oleh Bala & hujah ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan dari anak sedare Bala bahawa butir-butir akuan berkanun tu telah Bala jelaskan sebulan lebih awak padanya & salinan butir-butir akuan berkanun itu juga telah Bala berikan untuk disampaikan pada adik Bala.

Lepas buat kenyataan akhbar tarik balik akuan yang pertama, esoknya Bala hilang tanpa dapat dikesan...macam mana boleh hilang???ini yang aku heran sekali...memula happy,pas tu tarik balik dalam keadaan sugul tapi mengaku akuan pertama tu kena paksa pas tu tetiba hilang...macam ada 1 rancangan sulit dalam kehilangan Bala ni...Keluar di platform PKR dalam keadaan yang penuh keyakinan,pas tu pegi balai...balik dari balai keadaan tak terurus sangat kemudian hilang...betul2 aku musykil...

kalau betul akuan pertama tu kena paksa - kenapa body language tak menunjukkan sebarang masalah???

kalau betul akuan kedua tu tak dipaksa - kenapa body language menunjukkan sebaliknya???

Banyak betul percanggahan fakta dekat sini.yang memusykilkan lagi bila Bala menghubungi anak sedarenya Bala bagitau yang dia selamat tapi tak boleh bercakap secara bebas...apa ni?kalau betul Bala selamat kenapa dia tak boleh bercakap dengan bebas???ini kenyataan orang yang dibawah kawalan & bukan kenyataan seorang yang bebas...

Ikut pada kenyataan Bala pada anak sedarenya tu aku jadi tambah musykil...betul ke Bala ada diluar negara & betul ke Bala selamat?macam mana polis boleh cakap yang Bala selamat kat sana?aku nak tanya kat polis - rakyat Malaysia yang ada dalam negara ni pun belum tentu selamat, apa pulak jaminan dari pihak polis yang Bala "selamat" diluar negara?pihak polis jangan lupa pulak siapa yang sedang menghadapi tuduhan mengebom gadis Mongolia tu...kan ke polis dari unit UTK yang kene tuduh tu?

Aku macam tak yakin dengan keselamatan Bala selagi tak tengok muka Bala & selagi Bala tak berada dikhalayak ramai sekurang-kurangnya Bala bertemu muka dengan sedare-mare dia baru aku boleh cakap yang Bala selamat...

Setakat polis cakap je tanpa bukti...eee...susah nak percaya beb...Malaysia ni banyak sangat benda pelik berlaku...mungkin ke Bala ada dalam pengawasan polis?kalau polis bagi pengawasan untuk selamatkan Bala dari bahaya,alhamdulillah...aku takut lari dari mulut rimau,masuk dala mulut buaya...ye la kan...PDRM under sape?AMDM under sape?...susah beb...susah nak percaya...kene pulak yang ada kuasa semua jenis "Gila Babi"...PDRM kalau ikutkan ok,AMDM pun kalau diikutkan lagi la ok...yang tak ok nya yang dok atas 2-2 tu...

Otak depa dah tamat tempoh...jadi kita tak dapat nak jangka atau agak apa ada dalam kepala otak depa tu...sementelah pulak depa simpan otak dalam kepala lutut...lagi la masalah...kuat sangat gegaran...mental & tak tetap pendirian...

Harap-harapnya lepas ni kita dapat tengok Bala balik dalam keadaan yang baik & bernyawa...jangan hancur kena bom...sudahhh...

No comments: