"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 29, 2008

EZAM suatu ketika dahulu...

suatu ketika dahulu......
3 laporan polis saya ke atas Kamalludin/Pak Lah..! : Ezam
Seremban - "TIDAK mungkin saya diterima masuk dalam Umno kerana saya sudah buat tiga kali laporan polis dan BPR terhadap Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi dan anaknya Kamaludin," tegas Pengerusi Gerakan Demokrasi dan anti korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor.

Ezam berkata demikian ketika melancarkan kempen 'Rasuah Musuh Nombor Satu Negara' peringkat Negeri Sembilan malam tadi di Taman Setia Jaya, Seremban. Dihadapan ribuan hadirin, Ezam yang juga bekas ahli Parti Keadilan Rakyat(PKR) berkata, khabar angin beliau akan masuk Umno itu diada-adakan untuk mengelirukan orang ramai.

"Mana mungkin saya diterima Umno, sejak Abdullah jadi Perdana Menteri, saya sudah buat tiga laporan polis dan BPR terhadap beliau dan anak kesayangannya Kamaluddin.

Dan Hari Ini......








HIDUP PAK LAH..!!! HIDUP UMNO..!!! : Ezam...

Khak...Ptuih..!

No comments: