KOTA KINABALU 28 Julai – Parti Maju Sabah (SAPP) malam ini mengadakan perjumpaan bagi memaklumkan kepada ahlinya perkembangan terkini surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bertarikh 30 Jun lalu. Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong berkata, majlis taklimat khas itu diadakan bertujuan menjelaskan pendirian parti itu berhubung notis tunjuk sebab tersebut yang akan tamat tempoh Rabu ini.
"Tunggu sehingga perjumpaan malam ini, kita akan maklumkan mengenai surat tunjuk sebab itu,'' katanya enggan mengulas lanjut ketika dihubungi di sini hari ini.
SAPP diberikan tempoh 30 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab tersebut sebelum Dewan Tertinggi BN mengambil tindakan lanjut terhadap parti itu.- Utusan.
TP - Surat tunjuk sebab? apa sebab musabab yang menjadi penyebab kepada sebab diberi surat tunjuk sebab bersebab ni?? kalau brani kick trus la dari BN..! ni ugut stule budak derjah 2 melur ni...kang SAPP jawab ngan surat kluar BN amacam??? nak? nak ? nak?

No comments:
Post a Comment