"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 29, 2008

Liwat: HKL pertahan laporan Saiful

Kementerian Kesihatan akan menggunakan hasil pemeriksaan perubatan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat penasihat PKR, di hospital Kuala Lumpur.

Demikian ditegaskan oleh ketua pengarahnya Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican hari ini.

Kenyataan medianya hari ini sebagai mengulas kebocoran laporan perubatan pemuda itu yang dibuat lebih awal, pada 28 Jun, di Hospital Pusrawi.

Menurut laporan yang dibuat oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, tiada kesan-kesan Mohd Saiful diliwat.

Dr Mohd Ismail berkata pemeriksaan HKL dibuat mengikut aturan yang betul dengan menjaga sepenuhnya etika perubatan, kerahsiaan dan profesionalisme.

"Butiran hasil pemeriksaan itu tidak akan sekali-kali didedahkan kepada kakitangan atau jabatan yang tidak dibenarkan. Sesiapa pun tidak wajar membuat spekulasi atau membuat kesimpulan atau andaian tentang pemeriksaan perubatan itu," katanya seperti dilapor laman web The Star.

Beliau menambah, kementerian menyedari wujud satu laporan yang didakwa mengandungi butiran pemeriksaan terhadap bekas pembantu Anwar itu, dengan menambah hospital swasta itu akan dihubungi untuk memastikan kesahihan laporan tersebut dan bagaimana ia boleh terbocor kepada umum.

"Kami akan menyiasat sama ada terdapat protokol dan prosedur di institusi itu sebelum mengeluarkan rekod perubatan.

"Sama ada rekod itu sahih atau tidak, ia seharusnya dianggap sulit dan tidak boleh diedarkan (kepada umum)," Dr Mohd Ismail dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, tindakan boleh diambil kepada pihak hospital yang membocorkan rekod perubatan pesakitnya bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Katanya, Majlis Perubatan Malaysia terkejut besar dengan penyebaran rekod perubatan itu di internet oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar.

Kementerian mengingatkan kepada semua pengamal perubatan bahawa mereka tertakluk kepada tanggungjawab moral, etika dan perundangan untuk menjaga kerahsiaan seseorang pesakit.

Maklumat pesakit tidak boleh didedahkan bila-bila masa pun tanpa kebenaran pesakit sendiri, tambah Dr Mohd Ismail.

-malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

memang benar laporan pesakit tidak boleh disebarkan pada umum..dalam kes ini mungkin pihak pusrawi tidak mengaggap saiful ini pesakit sebab beliau tidak sakit....bagi ku jika polis atau pihak yg berkaitan telus menjalankan tugas tanpa kepentingan atau agenda tertentu makanya laporan ini di lihat dari sudut yang positif...tapi polis dan pihak berkaitan melenting bagai menolak kebenaran...kelihatan lah isu Liwat ini suatu konspirasi yg di ujudkan bagi menghalang hasrat DSAI..