"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 12, 2008

Jom Pi Taiwan..!

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Usaha Pakatan Rakyat 'memburu' ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti bagi membentuk kerajaan baru persekutuan menjelang Selasa ini, kini merentasi Laut China Selatan.

Hari ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen Pakatan Rakyat, akan menghantar empat pemimpinnya ke Taiwan bagi menemui ahli-ahli Parlimen BN di sana.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution ketika dihubungi mStar Online.

Mereka dijadual berlepas ke Taiwan 2 petang ini (Jumaat) dan akan tinggal di hotel yang didiami ahli-ahli Parlimen BN.

Saifuddin bersama Ketua Penerangannya, Tian Chua dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh serta Ahli Majlis Tertinggi. Low Chee Chong akan berlepas ke Taiwan bagi meneruskan misi mereka.

"Ya memang betul kami akan ke sana (Taiwan) esok (Jumaat). Ramai kawan saya ada di sana sekarang dan saya hendak bertemu dengan mereka, tugasan saya ialah menemui mereka... misi tugasan saya khusus," kata Saifuddin yang juga anggota Dewan Rakyat.

Saifuddin menambah, beliau telah diarahkan oleh kepimpinan parti petang semalam untuk menjayakan misi berkenaan.

"Berapa lama dan berapa ramai saya akan temui di Taiwan masih terbuka," kata beliau sambil menambah, format dan tujuan pertemuan sama seperti pertemuan-pertemuan sebelum ini antara PKR dan pemimpin-pemimpin dan Ahli Parlimen BN di Hong Kong, Singapura dan Indonesia.

Beliau enggan menyatakan jumlah Ahli Parlimen BN yang akan ditemui di Taiwan.

-mSTAR Online

TP - Aku dengar Pak Lah tengah arrange pertukaran tempat kursus... tak silap aku Pak Lah nak hantar MP2 tu kat Brazil pulak... ade kursus tanam kopi kat sana... yang kat Taiwan tu dan dan tu jugak dah setel sebab wakil PKR on the way...

Mampuih Pak La megren pulak dah... apa lagi Pak La..? panadol namblas bijik, 100+ doploh botol... namblas doploh namblas doploh namblas doploh... UMNO dah nak mamposss......

No comments: