
Beliau merupakan orang kedua ditahan selepas editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, ditahan tengahari tadi di bawah ISA yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.

Setiausaha politik ketua menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik mengesahkan Tan telah ditahan di bawah ISA.
"Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob baru mengesahkan penahanan wartawan tersebut di bawah Seksyen 73(1) ISA, kepada ketua menteri," katanya kepada pemberita di ibupejabat polis Pulau Pinang pada kira-kira jam 10.45 malam ini.
Seksyen 73(1) membolehkan polis menahan Tan untuk tempoh maksimum 60 hari untuk siasatan. Selepas itu, berdasarkan kepada hasil siasatan tersebut, beliau boleh ditahan selama dua tahun di bawah Seksyen 8 akta yang sama.
Sebelum itu, Setiausaha Agung Gerakan, Chia Kwang Chye turut berada di ibupejabat polis Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat mengenai penahanan Tan. Beliau juga mengesahkan bahawa Tan telah ditahan di bawah ISA.
Beliau mengecam penahanan Tan, sambil menegaskan bahawa polis sepatutnya menyiapkan segera siasatan terhadap wartawan itu secepat mungkin dan membebaskannya.
Difahamkan, Tan ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bukit Aman.
MCA Sedia Membantu

"Wartawan tersebut sepatutnya dipanggil untuk disoalsiasat dan bukannya ditahan," katanya.
Menurutnya, biro tersebut bersedia untuk menubuhkan sepasukan peguam untuk memberi khidmat sukarela untuk membela Tan.
Tan telah melaporkan bahawa pemimpin Umno, Datuk Ahmad Ismail didakwa berkata bahawa kaum Cina Malaysia "menumpang" di negara ini.
Laporannya itu telah mencetuskan kontroversi dan bantahan di seluruh negara, menyebabkan Umno telah mengantung Ahmad selama tiga tahun, dalam satu menyuarat khas Majlis Tertinggi parti itu Rabu lalu.
Tiga hari lalu, Sin Chew telah mempertahankan Tan, yang didakwa oleh Ahmad telah menyalahlaporkan komennya itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada Ahmad yang tetap enggan memohon maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya itu, walaupun digantung tiga tahun oleh Umno, juga turut ditahan.
-malaysiakini
2 comments:
orang lain pula yg masuk ISA, penin-penin sungguh, ini mmg tingkah laku pemimpin yg OKA.
Jangan cepat melalah,ni mungkin muslihat jahanam puak UMNO BANGSAT..Saja nak bangkitkan kemarahan rakyat..AMAT BENDERA punya CILAKA orang lain dapat BALA..
Post a Comment