KUANTAN, 1 Okt (Bernama) -- Seorang anggota polis melepaskan 58 das tembakan ke udara dipercayai akibat mengalami tekanan dalam satu kejadian di Kampung Selendang, Padang Tengku, Kuala Lipis.
Ketua Polis Daerah Lipis, DSP Abdul Razak Hassan berkata, anggota polis berusia 22 tahun itu bertindak demikian pada pukul 6.30 pagi di kawasan berhampiran satu tanah perkuburan Islam.
"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana penempatan agak jauh dari kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ketika kejadian, hanya anggota berkenaan yang berada di tempat itu.
Katanya, anggota polis itu yang baru berkhidmat selama tiga tahun, turut melepaskan tiga das tembakan ke arah keretanya sendiri.
Beliau berkata anggota polis itu membawa pulang pistol yang sepatutnya ditinggalkan di tempatnya bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.
Anggota polis itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan polis masih menyiasat punca dia bertindak demikian, kata Abdul Razak.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment