"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 01, 2008

Ribut: Aidilfitri 61 keluarga suram

KEMAMAN 30 Sept - Persiapan kira-kira 60 keluarga Islam untuk menyambut Aidilfitri esok terjejas apabila 81 rumah di dua taman perumahan di Bukit Kuing di sini rosak akibat dilanda ribut malam tadi.



Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, angin kuat menerbangkan bumbung dan siling rumah di Taman Desa Permai dan Taman Dahlia.



Seorang penduduk, Razali Ismail, 48, berkata, dia sekeluarga terpaksa melupakan hasrat mengadakan rumah terbuka esok ekoran kejadian itu dan hanya akan melawat sanak saudara di Kuala Terengganu.



"Rumah saya rosakn teruk dengan bumbung diterbangkan. Persiapan raya juga sudah rosak, jadi kami akan beraya di rumah sanak-saudara sahaja," katanya.



Seorang lagi penduduk, Abu Talib Ali, 46, berkata dia sedang bersolat tarawih di surau berdekatan rumah apabila mendengar bunyi bising dari kawasan perumahan terbabit.



"Apabila saya pulang, bumbung dan siling rumah saya sudah diterbangkan angin selain kereta saya turut mengalami kerosakan," ujarnya.



Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana isteri serta tujuh anaknya berusia antara empat dan 22 tahun yang berada di dalam rumah ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.



Dalam pada itu, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, penduduk terlibat akan diberikan bantuan atap, barang keperluan dan wang tunai bagi meringankan beban mereka.



Beliau yang bergegas pulang selepas dimaklumkan berhubung kejadian itu berkata, pihaknya akan menilai jumlah kerugian yang dialami oleh penduduk sebelum menghulurkan bantuan lanjut.



"Kerajaan akan membantu mereka bagi meringankan beban terutama ketika menyambut kedatangan Aidilfitri esok," katanya ketika ditemui di kawasan kejadian hari ini.

No comments: