"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 01, 2008

Isu Rakyat Tempatan Jadi Pemastautin Tetap Bukan Kes Terpencil, Kata SAPP

KOTA KINABALU, 1 Okt (Bernama) -- Anggota parlimen Sepanggar Datuk Eric Enchin Majimbun akan mendedahkan apa yang beliau sifatkan sebagai angka yang akan menjelaskan bagaimana berlakunya letusan penduduk yang luar biasa di Sabah.

Menurutnya, beliau akan mendedahkan perkara itu dalam satu sidang akhbar, Sabtu ini.

Beliau yang mendakwa jumlah penduduk Sabah telah meningkat sebanyak 285 peratus dari tahun 1970 hingga 2000, berkata pemberian taraf pemastautin tetap terhadap seorang rakyat Sabah berketurunan Sino-Kadazan, Yong Lee Hua, 78, bukanlah satu kes terpencil.

"Ini hanyalah sebahagian kecil daripada masalah yang sebenar," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bahawa kes membabitkan Yong hanyalah satu kes terpencil.

Yong, yang kehilangan kad pengenalan biru tahun lepas, memohon untuk mendapatkan kad pengenalan baru tetapi diberikan kad pengenalan merah dengan status pemastautin tetap.

Kes ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan banyak pihak, termasuk pemimpin politik, terhadap cara Jabatan Pendaftaran Negara mengendalikan perkara itu.

No comments: