"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 15, 2008

Amaran empangan pecah - malaysiakini

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memberi amaran tiga empangan air utama di Lembah Klang mungkin pecah dalam jangka masa panjang jika kerja-kerja pembangunan di sekelilingnya tidak dihentikan segera.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, tiga empangan yang terlibat ialah Empangan Langat, Empangan Semenyih dan Empangan Klang Gates.

Syabas mengesan beberapa kes pencerobohan di kawasan ‘sensitif’ di sekitar empangan tersebut.

Kalau kerja-kerja pembukaan tanah atau penerokaan hutan dibiarkan berlaku di kawasan tadahan air yang terletak berhampiran dengan empangan, kemungkinan ia pecah akan wujud.

Kawasan tadahan air itu sepatutnya diberikan perhatian oleh pihak berkenaan dan dibaik pulih sejak dari dulu lagi.

Kemungkinan tiga empangan tersebut pecah adalah tidak mustahil seperti insiden tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang berlaku tanpa diduga.

Empangan turut dicemari

Tiga empangan utama itu turut dicemari oleh sisa-sisa toksik industri dan kesan pembangunan kawasan yang tidak terkawal sehingga menjejaskan kualiti airnya.

Perkembangan itu membimbangkan kerana tiga empangan tersebut merupakan pembekal air utama bagi Lembah Kelang.

Jika langkah-langkah pengawalan tidak dibuat, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menghadapi krisis kekurangan air bersih dan berkualiti pada penghujung tahun depan.

3 comments:

Anonymous said...

Ini masalah besar dan berat ni..Tidak boleh diabaikan. Kerajaan negeri dan badan-badan berwajib harus memantau dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan aktiviti-aktiviti pembangunan di kawasan sensitif yang berhampiran empangan dihentikan serta merta. Begitu juga dengan pembuangan bahan yang tidak sepatutnya ke dalam punca air. Ia harus dipantau sebaik mungkin supaya rakyat dapat menikmati air bersih yang berkualiti...

Anonymous said...

kalau 3 empangan tersebut pecah...memang malapetaka besar la buat kita semua tambah-tambah yang dalam kawasan Lembah Klang.sesuatu harus dilakukan bagi mengelakkan malatapetaka buruk dari berlalu.lakukan segala langkah pengcegahan sebelum terlambat.

Unknown said...

uishh...kena buat sesuatu ni sebelum keadaan menjadi lebih teruk.nanti menyesal tak sudah pulak.