"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, December 15, 2008

Pulau Pinang Pun Tak Mahu Proton - malaysiakini

Kedah

Mohammad Nizar ketika bercakap kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat di Pejabat Menteri Besar Kedah, berkata keputusan membeli kenderaan tersebut dibuat selepas kerajaan negeri membuat kajian lebih empat tahun mengenai penggunaan serta kos membaiki kereta proton Perdana terdahulu.

Katanya dalam tempoh itu, kos untuk membaiki kereta Perdana telah mencecah lebih RM1 juta.

"Jadi apa guna kita ikut balik sejarah lama, kita kena buat perubahan untuk menjimatkan wang rakyat," kata beliau.

Perak

Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini menyalahkan kerajaan pusat sebagai penyebab kerajaan negeri Perak terpaksa membayar harga tinggi bagi pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 untuk anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya.

Beliau berkata, keengganan kerajaan pusat memberikan pelepasan cukai menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar harga RM167,000 untuk sebuah Toyota Camry berbanding harga sebenar hanya RM97,000 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.

Sambil menegaskan peruntukan untuk membeli kereta baru itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang lepas, Ngeh berkata, keputusan pembelian itu adalah untuk mengelakkan wang rakyat dibazirkan bagi membayar kos penyelenggaraan tinggi kereta rasmi sedia ada.

"Adalah lebih menjimatkan menyenggara kereta-kereta Toyota Camry daripada kumpulan Proton Perdana V6. Kami mahu menjimatkan wang dengan membeli kereta baru oleh kerana kos senggara tidak begitu tinggi," katanya kepada pemberita selepas konvensyen DAP Perak di sini.

Pada Jumaat, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan RM2.7 juta bagi membeli kereta baru itu, dan menyatakan menyenggara Perdana melibatkan kos tinggi.

Pengumuman Menteri Besar itu mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang menyifatkan kerajaan negeri tidak menepati janji untuk berbelanja secara berhemah.

Pulau Pinang

"Yang pasti kami tidak akan membeli Proton (Perdana)."

Demikian reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila ditanya mengenai pendirian kerajaan negeri itu ekoran keputusan Perak menggantikan Proton Perdana V6 dengan Toyota Camry.

Bagaimanapun pihaknya akan menukar kereta sedia ada apabila tiba masa untuk berbuat demikian.

Ketua Menteri berkata, pihaknya ingin memastikan kerajaan negeri memperoleh nilai sebenar bagi setiap pembelian dibuat.

"Toyota Camry adalah pilihan tetapi apabila tiba masa untuk menukar kereta, kami akan mendapatkan kereta yang paling ekonomikal dan syarikat mana yang boleh memberi pilihan terbaik," kata beliau sambil menyifatkan kereta nasional sebagai teruk.

Selain perkhidmatan yang tidak memuaskan, kos penyelenggaraan sebuah Perdana V6 mencecah kos RM30,000 setahun, kata beliau.

5 comments:

Anonymous said...

salam semua..yg ni aku copy dari blog SUKJ..ada sapa nak komen ka?

“PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat

Pasti PAS akan keluar meninggalkan Pakatan Rakyat(PA) sebelum PRU-13. PAS perlu memohon maaf kepada seluruh umat Melayu dan Islam di negara ini.

PAS tidak ada pilihan lain kecuali perlu keluar meninggalkan Pakatan Rakyat(PA) demi perpaduan umat Melayu Islam di negara ini.

Kepada para penyokong PKR di Terengganu khasnya, anda semua tidak perlu lagi bekerja keras untuk menyokong calon PAS dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu kerana PAS akan bergabung semula dengan UMNO sebelum PRU-13.

Parti PPP akan menggantikan parti PAS dalam Pakatan Rakyat.

Saya akan ulaskan isu ini lebih lengkap selepas tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen K.Terengganu(P36) pada 6.1.2009.”

Mr Joker said...

thatguy886 - jadi benarlah maklumat yang aku dpaat yang mengatakan bahawa KJ tak kan sampai ke Kuala Terengganu untuk PRK P-036 tapi still sebagai master mind.

ikut maklumat awal, KJ dah plan something untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat di P-036.

Anonymous said...

kalau ada apa2 info lagi pasai benda ni tolong inform yee!!!...

Anonymous said...

Sepatutnya Proton harus sedar dengan isu ini. Apa jadi jika kereta kebanggaan negara di'anaktiri'kan dengan penggunaan kereta jenama luar untuk kereta rasmi? Proton telah bertapak lama di Malaysia semenjak tahun 1985. Sehingga sekarang dah masuk 20 tahun lebih, takkan takde jalan penyelesaian? Ini semua kerja Mahathir yang hanya nakkan nama kerana pada zaman pemerintahan beliau, Malaysia mampu keluarkan kereta jenama sendiri, tapi tak pernah ambil berat tentang masalah susulan kereta tersebut. Sepatut pada zaman Mahathir lagi, isu ini dah selesai tapi beliau pandang remeh. Vendor yang bermasalah terus diberi kontrak membekalkan komponen Proton. Inilah hasilnya.

Anonymous said...

Apa yang Kerajaan BN/UMNO buat serba tak jadi, melingkup dan bercelaru.

Kesan dari kerjabuat mereka kepada rakyat dan negara amat parah sekarang.

1. Bahasa Melayu terpinggir.
2. Tulisan jawi terpinggir.
3. Agama Islam terpinggir.
4. Orang Melayu hilang jatidiri.
5. Ekonomi orang Melayu mengecut.
6. Kampong-kampong Melayu mundur.
7. Sawah ladang dan tanah orang-orang Melayu tergadai, dirampas dan ditipu.
8. Sekolah-sekolah Melayu dihapuskan dan dikekalkan sekolah-sekolah Cina dan sekolah Tamil.

Dan banyak lagi... YANG TINGGAL HANYALAH RETORIK SEMATA-MATA DEMI KEPENTINGAN POLITIK KAUM ELITE/BANGSAWAN.