assalamualaikum wbt;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengeluarkan arahan melarang semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta.
Menteri berkenaan berkata, hanya pengarah agensi peringkat negeri yang dibenarkan menghadiri mesyuarat negeri, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau pegawai daerah.
Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri yang baru sahaja balek selepas menunaikan ibadah haji di Makkah Al-Mukaramah. Kemungkinan besar menteri itu telah mendapat wahyu atau bermimpi mendapat petunjuk dari Allah swt untuk mengambil tindakan yang begitu drastik. Atau mungkin juag beliau telah dipengaruhi oleh Pak-Pak Arab dari mesir, Arab saudi dan lain-lain negara Arab yang tidak membantu dan membiarkan Hamas dan rakyat Palestin diserang dan dibunuh oleh Israel Yahudi. Jika tidak adalah mustahil bagi menteri itu mendapat idea dan mengambil tindakan yang sedemikian. Ini berdasarkan kepada hiraki menteri tersebut yang bertanggung jawab mengenai Agama islam di peringkat pusat.
Oleh yang demikian, kerajaan di peringkat negeri wajar mengambil tindakan yang serupa dengan melarang semua pejabat-pejabat kerajaan persekutuan yang berada di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat berada di dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Ini bermakna kesemua jabatan, agensi kerajaan persekutuan mesti dipindahkan serta merta dari negeri-negeri berkenaan.
Jika kerajaan pusat mengingkari arahan kerajaan negeri, maka kerajaan-kerajaan negeri berkenaan, hendaklah mengenakan kadar sewa yang palingb tinggi, mungkin lima (5) kali ganda dari kadar yang berkuatkuasa sekarang ini atau mengikut taksiran semasa. Ini kerana kerajaan pusat pastinya akan bertindak balas dengan tidak akan membayar atau menyekat pembayaran wang imbuhan mengikut per kapita tahunan sebagaimana yang dikenakan kepada kerajaan Kelantan sejak beberapa dahulu.
Kerajaan-kerajaan negeri juga mesti mengambil tindakan yang drastik juga sebagai timbal balas kepada tindakan kerajaan pusat dengan menggunakan kuasa yang ada kepada kerajaan negeri. Ketua-ketua kerajaan negeri atau Menteri-menteri Besar dalam gagasan Pakatan Rakyat mesti bersatu dan mengambuil tindakan bersepadu bagi menentang perbuatan dan tindakan kerajaan pusat itu. Dalam erti kata lain : "Tick for Tact". Diakhirnya, kita akan dapat melihat akan hasil dari tindakan berkenaan samada menang jadi arang, kalah jadi abu. Tidak mengapa, belum cuba belum tahu, siapa yang akan mengangkat bendera putih terlebih dahulu. Kerajaan-kerajaan negeri tidak perlu bimbang, sebab menteri-menteri kerajaan pusat pastinya akan pulang ke kawasan-kawasan yang ditadbir oleh negeri, mereka juga boleh dilarang masuk menyeberangi negeri dan daerah yang diperintah oleh Pakatan rakyat. Zahid Hamidi tidak boleh balek ke kawasan parlimen dan kampung asalnya, Pak lah dan Nor Yaacob, Menteri Kewangan Kedua juga tidak boleh balek ke Pulau Pinang dan Kepala Batas. Demikian juga yang akan berlaku kepada menteri lain yang berasal dari negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Negeri-negeri Pakatan Rakyat boleh mengadakan Polis, Bomba, hospital, mahkamah dan lain-lain jabatan sendiri jika kerajaan menarik keluar semua jabatan dan agensi-agensi milik mereka. Jika itulah kehendak menteri kerajaan pusat, maka kerajaan pusat perlu menerima implikasi yang bakal menimpa negara.
Sebaliknya menteri-menteri dari komponen BN yang lain seperti MCA, Gerakan, MIC, PBB, UPKO, SNAP, dan lain-lain tidak pula mengeluarkan kenyataan yang berbau provokasi dan konfrentasi sedemikian rupa.Adakah menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO marah sangat kepada rakyat yang mengundi calon-calon dari parti-parti selain UMNO/BN, maka mereka mengambil sikap dan tindakan berkonfrentasi terhadap Pakatan Rakyat. Adakah mereka menganggap, hanya UMNO/BN yang layak mentadbir negara ini. Lain-lain parti tidak boleh dan tidak layak, hanya sekadar menjadi pembangkang, itu sahaja. Jika itu persepsi mereka, adalah lebih baik UMNO/BN menjajah negara ini dan hapuskan sistem demokrasi berparlimen yang sedia ada.
Sekian dan wassalam,
12 comments:
haramkan saja menteri tersebut melalui selangor untuk ke kuala lumpur. amacam
Lagi satu puak-puak UMNO yang kita comform masih UMNO tegar dok keras kepala apakah patut kita pulau macam dulu.. bila mati jangan pi, kenduri jangan pi.. tengok baru depa tau sengsara.. tapi kat tempat aku disini memang aku tak pi kalau ada 2-3 UMNO karat tu mati memang aku tak pi, sebab depa snggup sokong hindu mic tolak calun PAS.. aku ingat sampai bila-bila depa ni... selagi dep atak berubah..
Tok nak cadangkan SPRM siasat rasuah politik yang didakwa melibatkan wan amizan di Jerantut dan pencalonan Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda oleh UMNO Bahagian Kuala Krau
Selepas PRK di Kuala Krau,bermula pertempuran baru di antara kem Najib dengan kem Khairi.Orang kuat Khairi,Norza Zakaria menjadi mangsa terbaru apabila didakwa terlibat dengan rasuah politik di Temerloh.
Temerloh menjadi sasaran orang najib kerana ramai penyokong khairi di sini termasuklah Timbalan Ketua Bahagian Temerloh,Saifudin Abdullah.
Orang Najib dapat mengesan Norza akan dilantik ke jawatan kabinet jika berlaku rombakan kabinet tidak berapa lama lagi.
Apa tindakan Khairi belum siapa yang dapat meneka kerana Najib yang mendapat nasihat tun Dr Mahathir kini mula bertindak memancung orang Khairi kerana merasakan akan dilantik jadi PM Mac depan.
Kenyataan terbaru Najib mereka yang didakwa terlibat dengan rasuah politik tidak boleh bertanding dalam pemilihan UMNO Mac depan.
Jika orang Khairi diperlakukan sebegini teruk,Khairi tentu dapat menjangkakan tindakan terhadapnya jika mendiamkan diri
Berakhir PRK Kuala terengganu dan PAS berjaya merampas parlimen kuala terengganu dan membuka laluan Pakatan rakyat ke Kota Bharu dan Kuantan yang telah dikuasai sebelum ini.
Kini berlaku pertelingkahan di antara pengikut khairi dengan kem Najib kerana mendakwa mereka tidak berkempen bersungguh-sungguh.Di pihak Najib pula menyalahkan faktor calon,wan farid sebagai punca kekalahan.
wan farid adalah rakan sekutu khairi.ramai pengikut khairi mendakwa kem najib telah mensabotaj wan farid sehingga kalah teruk.
sabotaj kedua yang dilakukan oleh kem Najib ialah mengheret seorang lagi rakan karib khairi iaitu Norza zakaria di atas pertuduhan rasuah politik ke SPRM.Kes berprofail tinggi ini telah diulas oleh najib,"mereka yang telah didakwa oleh SPRM tidak boleh bertanding pada pemilihan UMNO Mac depan.Norza cuba melobi jawatan Majlis Tertinggi UMNO.
Kejutan kedua kepada Khairi apabila kem najib di dalam UMNO Bahagian Jerantut,Kuala Krau dan temerloh cuba menyingkirkan pengikut khairi.
saifuddin abdullah yang dulu merupakan rakan karib khairi dikatakan telah beralih arah apabila semakin mendekati kem najib.beliau adalah timbalan ketua umno bahagian temerloh.
menjelang pemilihan UMNO Mac depan telah menyaksikan Kem najib yang diperkuatkan oleh mentornya tun dr mahathir telah mula bertindak memancung orang-orang kanan khairi.
Norza menjadi mangsa kerana kem najib kerana mereka telah menghidu beliau akan dilantik ke jawatan menteri atau timbalan menteri menjelang rombakan kabinet
kem najib semakin angkuh kerana merasakan najib akan menjadi PM Mac depan.
Apakah tindakan khairi?membiarkan dirinya menjadi mangsa politik kem najib atau bertindak melawan dengan strategi politik yang licik dengan bantuan Pak Lah.
Ramai penganalisa politik berpendapat,Pak Lah tidak akan menyerahkan jawatan PM kepada najib Mac depan atas faktor politik dan ekonomi negara yang tidak stabil
laa zahid ni tak sedarke umno dh nk lingkup? surrenderlaa cepat!
TP - awat hang tak terbalikkan gambaq Zahid ni.. kalau boleh gambaq dia pakai ketayap balik Mekah.. dia balik Mekah bukan dapat Haji Mabrur tapi dapat Haji Bahlol..
Pertempuran di antara team Khairi dengan kem najib bermula di Pahang dengan menjadikan Norza sebagai sasaran terbaru.
sebelum ini seorang lagi orang kanan khairi telah dicantas oleh kem najib setelah tewas di PRK Kuala Terengganu dan kehilangan jawatan senator serta timbalan menteri dalam negeri.
Kem Najib yang mempunyai kekuatan di UMNO Bahagian Jerantut,Temerloh dan Kuala Krau cuba menyingkirkan pengikut-pengikut Khairi di Pahang.Penyokong Khairi diberi katadua sama ada berpihak kepada Najib atau bersedia untuk dipancung.
Orang kanan Khairi iaitu Ismail Sabri yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dan Saifudin Abdullah yang merupakan timbalan Menteri Pembangunan Usahawan sedikit demi sedikit cuba menjarakkan diri daripada Khairi.
Ismail Sabri adalah ketua UMNO Bahagian Bera dan saifuddin Abdullah pula timbalan ketua umno bahagian Temerloh.
Seorang demi seorang penyokong serta hulubalang khairi dicantas oleh kem najib.Kini Wan farid dan Norza menjadi mangsa.
kekuatan najib bukan sahaja berpusat di UMNO Bahagian tetapi juga di kementerian pelajaran yang diketuai oleh sepupunya datuk seri hishamuddin.
Pegawai khas hishamudin adalah datuk azmi yang merupakan bekas pengarah jabatan pelajaran negeri Pahang.Di Pejabat Pelajaran Daerah temerloh pula,PPDnya haji nadzri,encik ahmad sanusi(abang kepada ismail said iaitu ahli parlimen Kuala Krau,ustaz Ishak yang merupakan penyelia agama Islam PPD Temerloh telah disoalsiasat SPRM berhubung rasuah politik Norza serta encik Laily(bahagian pertukaran).
ramai cikgu-cikgu yang cenderung kepada pembangkang akan dianiaya mereka serta ditukarkan ke pedalaman dalam tempoh 24 jam.
Dijangkakan Khairi tidak akan mendiamkan diri membiarkan dirinya pula menjadi mangsa percaturan politik kem najib yang mendapat khidmat nasihat tun dr Mahathir.
siapa yang mencantas dan siapa pula akan dicantas,sama-samalah kita tunggu dan lihat.SPRM jangan lupa siasat dakwaan yang mengatakan perwakilan umno bahagian kuala krau menerima RM200-RM300 seorang jika mengundi khir toyo sebagai calon ketua pemuda.
Juak-juak UMNO terjun dengan labu-labunya..... BIARKAN....! Aku pun teringin nak tengok Haji Zahid pakai ketayap kena diterbalikkan. Agak-agak jatuh tak ketayap dia... TP bila nak terbalikkan Hj Zahid tu... ganti je gambo dia dgn gambo Si Fairuz tu... baru ngam sikit.
Anon 11.04...,
Orang dapat Haji MABRUR.... PaK JAHID dapat Haji TERCEBUR... HAJIIIII BAHLOOOOOOOL.......! Power la hang..!
kalau mcm ni la sikap pemimpin umno...apa kata kerajaan 5 negeri PR buat je kerajaan pusat sendiri...habis cite...
zahid hamidi dulu ketika jadi ketua pemuda pernah cadangkan harakah dijual kepada ahli pas sahaja.memang tak sedar diri zahid ni
assalamualaikum tuan !
zahid hamidi dok tengah fikir macam mana nak ubah status tempat lahir nya dari negeri perak ke israel, semua dokumen peribadinya akan di ubah, kah kah kah, tengok apa dah jadi kan kan kan.
Itulah hakikat sebenar dalam UMNO-BN iaitu penuh dengan janji dan taburan wang demi memancing rakyat yang bodoh. Kami pengundi muda dah tak percaya UMNO. UMNO untuk parti orang-orang tua.
Post a Comment