"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, January 24, 2009

Saya memohon Gerak laporkan Tok Guru kepada SPRM - malaysiakini

Saya mengucapkan tahniah kepada bakal Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang bersungguh-sungguh untuk memastikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disiasat dan didakwa kerana mengarahkan pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu (lihat laporan Malaysiakini "Khir Toyo dakwa ada bukti terhadap MB Selangor").

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) kerana membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid yang disifatkan oleh gerakan itu telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Sehubungan itu saya memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk membantu mangsa kekejaman rejim haram Israel.

Dana kerajaan negeri ternyata akan digunakan kerana Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Haji Husam Musa berkata, jumlah berkenaan akan dikutip melalui agensi-agensi di bawah kerajaan negeri.

Menurut Husam lagi, sumbangan itu bukan sahaja dari perbendaharaan negeri tetapi juga melalui agensi-agensi milik kerajaan negeri (lihat berita Harakah "Kelantan sumbang RM1 juta bantu rakyat Palestin").

Saya juga memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk memberikan bantuan sejumlah RM1 juta kepada mangsa banjir di Johor pada Januari 2007 lalu (lihat berita Harakah "Banjir di Johor: Kelantan sumbang RM1 juta").

Tok Guru sendiri mengakui, sumbangan dari kerajaan negeri itu dikeluarkan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk meringankan beban penderitaan mangsa tersebut.

Sebagai Mursyidul Am PAS, Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana ramai rakyat Johor yang menjadi ahli PAS atau sekurang-kurangnya beragama Islam.

Begitu juga mengenai sumbangan kepada rakyat Palestin. Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana majoriti penduduk wilayah Palestin yang ditakluki adalah saudara-maranya. Allah berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu’min itu bersaudara" (Al-Hujuraat :10).

Saya sangat mengharapkan budi baik dan kesungguhan Gerak untuk menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan yang beliau mempunyai kepentingan dengannya di mana dana kerajaan negeri yang digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor itu pasti akan disumbangkan juga kepada ahli-ahli PAS yang turut menjadi mangsa banjir sedangkan Tok Guru sendiri adalah pemimpin PAS.

Lebih dari itu, dalam penggunaan dana kerajaan negeri sama ada kepada mangsa banjir di Johor atau mangsa keganasan Israel di wilayah Palestin yang ditakluki, Tok Guru juga ternyata mempunyai kepentingan peribadi dan kepentingan bercanggah kerana rakyat Johor dan Palestin yang beragama Islam adalah saudara-maranya.

Penggunaan dana kerajaan negeri untuk membantu saudara-mara sendiri juga melibatkan conflict of interests atau kepentingan bercanggah.

Sekali lagi, budi baik dan kesungguhan Gerak dalam menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru adalah sangat diharapkan (Permohonan kepada Gerak ini diilhamkan oleh Nur Aflah).

~penarik beca

8 comments:

slyderrose said...

Betul. GERAK ini tak tahu membezakan yg mana rasuah, salahgunakuasa untuk kepentingan diri dan derma. Kalau duit itu masyuk poket sendiri bolih le. Ini kasi pada orang melayu Islam!!Bangang.

Anonymous said...

orang umno la ni, dah mengaruk tak tentu pasal, dah memperbodohkan diri sendiri lalu nak perbodohkan orang pulak, rendah sungguh akal budi mereka. Gerak pulak..., macam lembu, perjuangan mereka mengajak orang dadi lembu. gila, gila.., dah gila ke dia orang ni...

kulupSakah said...

gERAK? bukan bERAK ke?

Anonymous said...

ini mesti kes susah nak dapat tender ngan MB baru lah ni...mcm lah masa MB dulu tak de ape2...ape kes ngan isu Balkis...

Anonymous said...

dakwaan tentang pembelian 46 ekor lembu untuk program Hari Raya Haji diperingkat kawasan Parlimen Bandar Tun Razak bagi 46 surau dan masjid di kawasan tersebut, ingat kan MB selangor bagi pada kroni dia, atau jual daging lembu untuk bayar hutang BALQIS, bodoh betul mat botox, bagi pada surau dan masjid pun nak bising islam hadhari apa macam tu, mat botox mesti ingat angkara kau kerajaan BEE END jatuh di selangor, kau tau tak mat botox orang UMNO undi PR, sekarang baru nak tunjuk warak, kau tu guna kuasa dan duit kerajaan untuk kocek, perut dan kroni kau saja, duit untuk botox kan muka kau tu pun gomen punya, nak jadi hero untuk menang ketua pemuda UMNO la tu, orang UMNO tak undi kau mat botox, orang undi KJ punya, aku suka KJ kalau KJ lagi cepat UMNO berkubur.

Anonymous said...

Yang aku heran... bile tang kerajaan PR bukan main pantas dpt perhatian SPRM (baca Suruhsaya Pertingkat Rasuah M'sia) dan media-media.

Kenape bile tang KERAjaan BE END, tak bergerak langsung si GERAK ni... ade pengaruh UMNO ngan EZAM KOTAK ni...! Cover story dari media pun tak berbunyi... tak serik-serik dgn pukulan KT....?

Bandingkan kes ni dgn kes BALKIS, EUROCOPTER, IJN, LABU Airport, dsbnya

Anonymous said...

sengal la gerak ni...

Anonymous said...

mungkin lembu lembu ni telah dicuri dari ladang ternak sedara mara toyo kot