"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, January 24, 2009

Berapa Harga "MELAYU" Di Akhirat? - malaysiakini

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru masyarakat supaya mengubah istilah daripada membela Melayu kepada memperjuangkan Islam.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan berapakah nilai Melayu di akhirat kelak.

“Membela Melayu, berapa sen harga Melayu di akhirat? Allah tidak tanya di akhirat nanti, awak Melayu atau Cina. Tapi hendaklah membela Islam bukan memperjuangkan Melayu tapi memperjuangkan Islam,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Meraikan Kemenangan Calon Pakatan Rakyat Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, di sini, malam semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Justeru beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jadi tidak usahlah disebut ketuanan Melayu sebaliknya sebutlah ketuanan Islam.

“Selagi sebut ketuanan Melayu, hidup Melayu, hidup Melayu, Cina nak letak di mana, India nak letak di mana?” tanya beliau. Tetapi, katanya kalau disebut ketuanan Islam, ada juga Cina dan India yang beragama Islam.

Ini, jelasnya kerana orang Arab pun tidak semestinya dapat memasuki syurga.

"Bapa saudara nabi bernama Abu Lahab adalah orang Arab. Tapi dinyatakan dalam Quran, Abu Lahab akan masuk neraka kerana tidak memperjuangkan Islam.

”Jadi sebagi bapa saudara nabi, orang Arab yang faham bahasa Arab, yang faham Quran pun tak masuk syurga, apa lagilah orang Melayu yang tak faham bahasa Arab dan Quran,” ujarnya.

-SIASAH

2 comments:

AKUOKU said...

Hailah org melayu tak faham2. puak2 karat ni susah. cakap Tok Guru dia tak pakai yg di dengar cakap Pak Lah, Najib, kj, khir toyo. yg islam suruh tak nak ikut dia nak ikut melayu korup....

Anonymous said...

Tok Guru politik tak leh pakai. Harap ko serban jo besar. Tok Guru politik baca ayat Quran hak betui ke dia jah. Hak salah dia, dia tak baca takut hilang pengaruh politik. Poorah.