Pak Karamu: Pada pandangan saya hanya ada satu jalan sahaja iaitu hijrahkan UMNO dari semangat bangsa kepada dasar islam dan saya yakin islam itu boleh dan mendapat jaminan daripada Allah, jika kita yang sudah islampun tidak yakin dengan islam itu boleh maka lebih baik kita tidak usah mengakui sebagai seorang islam, di mana keimanan kita kepadaNya? ( ummi hanni memetik di [sini] )Mungkin kata-kata Pak Karamu itu benar tetapi tertanya pula di benak, bagaimana pula DAP mahu di "Islam" kan? Jangan asyik bercerita perihal jiran sedangkan anak sedang berzina di bilik belakang (sekadar metafora). Jangan ulangi kesilapan pemimpin UMNO mutakhir. Harimau fikir, kita sorot sedikit perihal kekuatan dan kelemahan parti UMNO.
Biar Harimau mulakan dengan persoalan ini, mengambil contoh sebuah kereta lumba Ferarri yang paling laju di dunia yang gagal memenangi sebarang perlumbaan sepanjang tahun. Menurut data teknikal, sememangnya tiada pesaing terdekat atau paling hampir dengan kehebatan Ferarri namun kegagalan memenangi perlumbaan adalah kesalahan pemandunya.
Soalan Harimau, adakah kita akan menukar kereta atau pemandu? Tentunya pemandu.
Seperti UMNO, dasarnya agak bagus dan sifatnya yang perkauman adalah tuntutan biasa mana-mana parti yang berteraskan sesuatu kaum. Ia sama dengan mana-mana parti lain seperti MIC, MCA dan sebagainya. Konsep ini bukan baharu malah telah bermula sejak sebelum merdeka.
Tanyalah Anwar Ibrahim, adakah beliau akan menentang UMNO jika beliau tidak diaibkan oleh Tun Mahathir dahulu? Percayalah, jawapannya adalah "Tidak sama sekali".
Masalah pokok UMNO adalah sikap. Sebutlah apa sahaja sikap-sikap Mazmumah maka ia terlalu sinonim dengan UMNO. Sebutlah apa sahaja jenayah, maka pemimpin-pemimpin UMNO mutakhir tidak lari dari dikaitkan. Itulah kesilapan dan kelemahan UMNO yang paling nampak dan besar.
Bagaimana pemimpin UMNO mahu mencari kekuatan diri sedangkan kelemahan itu adalah diri pemimpin itu sendiri? Umpama mata yang celik namun tidak mampu memandang dirinya sendiri melainkan dengan bantuan cermin.
Pakatan Rakyat semakin kuat dan hebat kerana mereka respon kepada permasalahan rakyat. Rakyat rasa amat dekat dengan Pakatan Rakyat dan rasa terpinggir dengan UMNO yang bersifat bangsawan dan elit.
Peng"Islam"an UMNO bukan perkara pokok kerana UMNO itu majoritinya Islam cuma seperti biasa, UMNO sering dilihat gagal dalam pelaksanaan bukan sahaja dalam parti malah dalam pentadbiran kerajaan. UMNO tempang dalam memperjuangkan isu hudud namun perkara yang serupa juga telah mula berlaku di dalam Parti PAS. Kerana apa? Kerana Melayu memang terkenal dengan sifat tolak dan ansur.
Kesimpulan mudah adalah, UMNO tidak lemah tetapi sedang mereput kerana terlalu menguna-pakai kelemahannya. Umpama budak tadika, tidak akan sedar bahawa kenakalan mereka terlalu jelik sehingga lah ditampar dan ditempeleng di muka.
Sudahkah UMNO ditempeleng?
-Bila Harimau Sudah Menaip
3 comments:
UM-NO = untuk muslim - no
UMNO = Untuk Manusia No Otak
Kereta Ferrari pun kalau terlalu banyak dimodified .. tambah spoiler (sayap).. sport rim ntah apa2.. Oleh kerana asyik nak menang.. banyak ubahsuai tak kira halal atau tak halal.. janji menang.. tapi akhirnya lingkop..
Sekarang ni tak kira siapa yang jadi pemandu .. kereta tu dah nampak hodoh dah.. Orang nak tengok kereta lain pulak..
Post a Comment