2-3 hari ni dok sebok pasai isu "MORAL"... sorang pemimpin dari PKR yang memegang jawatan EXCO dan juga ADUN Bukit Lanjan disabitkan dengan kesalahan moral dengan tersebarnya gambar separuh bugel beliau...
Aku dah tengok dah gambar tu, bagi aku erm... no komen... kalau nak cakap bab "MORAL" yang melibatkan orang bukan Islam, bukan bidang aku... aku bukan pandai sangat hukum-hukum agama lain ni... biaq pi la depa.
Yang aku heran sangat-sangat bila adaa pimpinan dari UMNO yang dah "EXPIRED" dok canang sana-sini isu "MORAL" mek yang kene aniaya ni lebih dari orang bijak pandai agama mek tu...
Mat yang dah "EXPIRED" tu konon dok habaq, dia tak leh terima orang yang tak dak "MORAL" sebagai pemimpin dalam negeri dia.
Ni aku naak tanya mai dekat Mat Toyo... kalau oraang macam tu hang tak leh terima, apa pulak kataa hang pasai pemimpin-pemimpin dalam gambaq dekat bawah ni..?
Ada "MORAL" ka depa? depa-depa ni dari parti mana? awat dalam kes depa ni hang diam tak berkokok langsung?
Tu "MORAL" menatang hapa tu? awat menatang Khir Toyo tak desak depa ni supaya letak jawatan?
Khak Ptuih...!!!
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Wednesday, February 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
BUKANlah sesuatu yang wajar jika kehidupan peribadi seseorang didedahkan kepada umum, apatah lagi jika ianya menyentuh tentang aib seseorang. Apatah lagi jika 'kejahatan' yang dilakukan itu dibuat di tempat tertutup dan pelakunya sendiri tidak berbangga dengan maksiat yang dilakukannya dan berasa malu jika kejahatannya diketahui orang.
Itulah sebenarnya hikmah mengapa tuduhan zina perlu ditampilkan dengan empat orang saksi. Dan saksi-saksi itu mestilah lelaki yang adil dan tidak fasik. Semuanya bertujuan untuk menjaga aib orang yang dituduh dan untuk memastikan tidak ada insan yang teraniaya dengan tuduhan itu.
Apa yang menimpa Adun Bukit Lanjan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong adalah sesuatu yang malang. Selepas gambar separuh bogel yang dirakamkan ketika beliau tidur disebarkan kepada media massa, MMS dan internet, Elizabeth mengambil keputusan meletakkan jawatan Exco dan Adun walaupun beliau sebenarnya teraniaya.
Atas dasar prinsip, Elizabeth sanggup melepaskan jawatan kerana bimbang masalah peribadinya itu akan dieksploitasi oleh musuh-musuh politiknya untuk memburuk-burukkan organisasi politik dan kerajaan negeri yang diwakilinya.
Setakat ini, ramai yang menyatakan simpati terhadap apa yang dialami olehnya termasuk Pergerakan Wanita MCA. Bagaimanapun, ada juga pemimpin Umno yang mendesak beliau meletakkan jawatan.
Antara yang terawal memberi komen ialah bekas Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo. Turut sama mengalu-alukan keputusan Elizabeth untuk meletakkan jawatan ialah Ketua Menteri Melaka yang juga calon Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam.
Begitulah gelagat pemimpin Umno. Mereka sibuk dengan soal moral dan akhlak pemimpin-pemimpin bukan Islam (seperti yang menimpa Elizabeth dan Adun Bukit Selambau, V Arumugam di Kedah), tetapi tidak pula prihatin dengan akhlak dan moral para pemimpin parti mereka sendiri, yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Ketika Mohd Khir Toyo menjawat Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, tiga skandal peribadi membabitkan dua ahli Dewan Rakyat dan seorang ahli Dewan Negara Umno Selangor cuba dipendamkan beliau dari pengetahuan umum.
Khir tidak pula sibuk mendesak ketiga-tiga pemimpin Umno negeri itu supaya meletakkan jawatan, malah tempoh 'senatorship' salah seorang daripada mereka dilanjutkan!
Dan sebenarnya, jika skandal seks dan moral para pemimpin Umno didedahkan satu persatu kepada umum, pastinya kita akan loya dan muntah apabila mendengarnya!
Bagi mereka yang agak ragu-ragu, percayalah... Ini bukannya 'cubaan', tetapi benar-benar kejadian!
Penulis tidak berhasrat untuk mengaibkan mereka, tetapi cukuplah untuk memberi amaran kepada para pemimpin parti tertentu supaya tidak bertindak di luar batasan.
Mungkin ramai yang mengenali Tan Sri Abdullah Ahmad atau Abdullah Kok Lanas. Abdullah lewat kolumnya di sebuah akhbar berbahasa Melayu (ketika menerajui akhbar terbabit) pernah membangkitkan dilema yang dihadapi oleh para pemimpin parti sebuah negeri di Semenanjung untuk mencari seorang calon Menteri Besar. Calonnya sudah dikenal pasti, tetapi ada yang tidak bersetuju kerana bakal pemimpin itu dikenali sebagai seorang yang suka berpoya-poya ketika belajar di luar negara.
Tidak payahlah bagi penulis mendedahkan siapakah pemimpin itu. Bagi mereka yang ingin tahu, buatlah carian sendiri di perpustakaan ataupun arkib untuk membaca tulisan Abdullah Kok Lanas.
Ketika menjelang pilihan raya umum 1995, isu khalwat membabitkan seorang pemimpin muda PAS hangat diperkatakan. Para pemimpin Umno menggunakan isu ini semaksimum mungkin untuk menjatuhkan maruah PAS. Bagaimanapun dengan kebijaksanaan para pemimpin PAS, isu khalwat itu dapat ditangani dengan baik. Pemimpin muda PAS itu didapati tidak bersalah oleh mahkamah dan menang di kawasan parlimen yang ditandinginya dengan majoriti lebih besar.
Di waktu yang sama, para pemimpin PAS dan Harakah menerima maklumat daripada sumber yang tidak diketahui tentang skandal seks membabitkan seorang pemimpin parti lawan PAS yang juga diwar-warkan sebagai calon Menteri Besar di sebuah negeri Pantai Timur Semenanjung.
Lebih memeranjatkan, pemimpin terbabit pernah menerajui sebuah institusi agama dan kerap kali menyerang PAS dalam pelbagai isu agama dan politik. Malah beliau jugalah yang sering 'tumpang semangkuk' memberi komen dan mengulas tuduhan khalwat pemimpin muda PAS itu.
Penulis sempat bertemu dengan seorang pemimpin kanan PAS untuk mengesahkan maklumat yang diterima. Malah pemimpin PAS itu tidak menafikan maklumat yang diperolehi. Beliau bukan sahaja menjadi teman rapat pemimpin terbabit ketika kejadian itu berlaku, malah diminta menjadi wakil untuk meminang wanita tersebut bagi pihak pemimpin politik itu!
Bagaimanapun, skandal seks itu tidak dijadikan modal oleh PAS untuk memburuk-burukkan lawan politiknya. Meskipun begitu, para pemimpin parti tersebut diberitakan terpaksa mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu itu; khuatir jika ia dijadikan modal kempen oleh PAS negeri.
Dan ketika Setiausaha Perhubungan PAS negeri terbabit ditanya sama ada mahu menggunakan isu skandal seks itu dalam kempen pilihan raya, beliau penuh yakin berkata: "Itu bukan cara kita berpolitik."
Isu skandal seks pemimpin bukanlah suatu yang asing dalam politik negara. Seperti kata Menteri Besar Kedah ketika menjawab soalan wartawan berhubung dakwaan salah laku moral yang melanda bekas Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Bukit Selambau, V Arumugam: "Ada yang lebih teruk daripada itu, buat hubungan dengan suami dan isteri orang..."
Dan pastinya yang berperangai seperti itu ialah pemimpin Melayu yang beragama Islam.
Kita yakin kisah-kisah penarafan-X (x-rated) itu ada dalam 'kocek' Ustaz Azizan. Cuma sebagai pemimpin sebuah parti Islam, beliau tidak tergamak meluahkannya di khalayak umum.
Bukan akhlak dan moral PAS untuk bertindak seperti Umno. Tetapi jika keadaan sudah menjadi tidak terkawal dan BN secara berterusan menggunakan tektik kotor ini... Adakah pilihan lain bagi PAS?_
HARAKAHDAILY
topengperak...
cuba awak bayangkan,
dalam masa berpuluh tahun bn
memerintah...awak hanya dapat
kumpulkan 3 sahaja yang awak
panggil 'tak bermoral'...
tapi dalam masa tak sampai 1 tahun
memerintah...pelbagai masalah yang
bermoral atau tidak bermoral
berlaku dalam pr...
apa maknanya?
mudah je...
PR ADALAH KERAJAAN SEMENTARA YANG GAGAL!
Zali - kalau nak himpun semua masalah moral pimpinan UMNO, penuh blog ni dengan salah laku moral UMNO.
hangpa je yang tak tau pasai dalam UMNO semua perbuatan adalah "bermoral".
panggil sultan dengan jolokan "natang" - bermoral...
bawak lari anak sultan - bermoral...
minum arak - bermoral...
raba meraba - bermoral...
bunuh orang - bermoral...
rogol budak bawah umur - bermoral...
simpan perempuan - bermoral...
judi - bermoral...
hina sunnah nabi - bermoral...
pendek kata semuanya bermoral...
orang macaam hang ni orang panggey - buta hati.
layan pun tak guna... dalam hang dok kutuk-kutuk orang dalam blog ni, hang masuk jugak baca blog ni tiap-tiap hari...
hang dok kutuk tu pun kira bermoral jugak bagi hang... x gitu?
zali, zali... ikut sukaa hang... asal hang bahagia...
aku tolong doa je mintak Allah bukak pintu hati hang supaya hang dapat nilai apa itu "MORAL".
TP,.Jgn lupa jubur-menjubur,..!!
kih!!!kih!!!kih!!!
maki-hamun cmner plak yee????
zali...aku pon tak tau sgt...tp aku tau masa org2 umno buat maksiat...
ko sibuk main kuda longkang
hahahaha..
bangang .....
Salam sejahtera...
Tidak adil untuk kita sering lemparkan tuduhan bahawa BN ini korup dan tidak bermaruah. Tidak adil juga untuk PR dan katakan mereka tak buat kerja. Tetapi hakikatnya...PR ada masalahnya tersendiri. Pemimpin rasuah, bogel dan lompat parti...
Sebagai pengundi, saya meluat dengan gelagat pemimpin politik sekarang. Nak tuding jari kat sana kat sini...tak ada kerja lain ke...sikit-sikit salah tuduh pihak itu mendalanginya...
Saudara Anwar pun bijak menuduh BN mendalangi konspirasi gambar bogel YB Eliz..semuanya yang buruk diletak pada BN dan PR pula dilihat baik-baik dan tiada cacat celanya.
Rakyat tidak bodoh untuk menilai
kenyataan sedemikian. Apa pun, harapan saya kepada pemimpin-pemimpin politik sekarang....
tunaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat dan bukannya menuduh kat sana kat sini...
Apa lagi harapan yang ada kepada rakyat jika ada pemimpin tertentu yang terus leka dengan menuding jari kepada pihak lain?
Jika terkasar bahasa...pohon ampun dan maaf...
Orang UMNO tak pernah buat maksiat, depa keturunan orang baik baik. Itu sebab party depa kuat hingga la ni.Ketua depa anak ulama, timbalan nya juga orang baik baik. Jadi jangan lah kacau depa.
Aku dulunya adalah seorang ahli UMNO dan keluarga aku juga adalah penyokong kuat UMNO dan BN. Tapi sejak pemilihan tahun 2004 aku dan keluarga dah tak pilih BN @ UMNO lagi..........aku dan keluarga dah beralih arah.....kami tak kisah pangkah PAS....DAP.......atau KEADILAN........sebabnya mudah.....aku dan keluarga dah banyak baca........dan dah buat pertimbangan...UMNO sekarang ni banyak najis dan anak-anak toyol. Kalau anak toyol diadukan dengan berbelas-belas kes rasuah tapi tak ada tindakan ....bermoral ke tu...Aku dan keluarga berpendapat cuma orang-orang......saja yang menyokong Untuk Melayu No Otak ni(UMNO)
Jika MORAL dijadikan ukuran, seharusnya MORAL itu diukur dengan syariat Islam, kerana Islam bersifat universal yang sesuai untuk semua umat dan zaman.
Jika gambar TIDAK BERMORAL jadi ukuran, maka bukan Elizabeth Wong saja kena letak jawatan, semua oang yang tersebar gambarnya yang TIDAK BERMORAL kena letak jawatan, tidak kira dari parti mana, UMNO, PAS, PKR, DAP dll.
Fikirkanlah berapa banyak pilihanraya kecil perlu diadakan selepas ini sehingga PRU ke-13 nanti.
Post a Comment