"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, February 02, 2009

Kenapa Mengelak PRK? - malaysiakini

Semalam PM mengesahkan adanya ADUN PR dari Perak akan menyertai UMNO. Bilangan tidak disahkan.

Penyertaan mereka, kata Abdullah, kerana mereka percayakan UMNO/BN.

Kenyataan ini, membawa maksud BN boleh menerima konsep pertukaran kedudukan parti. Undang-undang lompat nampaknya bukan pilihan BN bila ada ADUN atau MP yang akan menyertai BN.

Petangnya, Speaker DUN Perak dikatakan menerima surat pengosongan kerusi dua ADUN yang disebut 'hilang' kerana 'dikurung' dan gagal dihubungi.

Berita pengosongan kerusi dua ADUN berkenaan segera menggemparkan negara. Jam sepuluh malam tadi, bekas ADUN Behrang tiba-tiba muncul dari 'kurungan' atau kehilangan misteri. Beliau tiba-tiba ada. Beliau menafikan bersetuju meletakkan jawatan ADUN. Beliau mengesahkan akan keluar dari PKR tetapi akan menjadi ADUN bebas.

Inikah salah seorang yang didakwa PM akan menyertai BN?

Dilihat dari gaya berita, Jamaluddin sebenarnya tidak berhasrat meletakan jawatan ADUN tetapi surat persetujuannya meletakkan jawatan ADUN yang telah ditandatangani sebelum ini mungkin telah digunakan untuk dimajukan kepada Speaker.

Maknanya, Jamaluddin bersetuju keluar parti (dalam proses menjayakan apa yang disebut Abdullah) tetapi tidak mengjangka langkahnya dihalang dengan tindakan pengosongan kerusi. Jamaluddin mungkin terkejut. Itu menyusahkan beliau. Pemimpin UMNO yang mungkin bersama merancang penyeberangan juga sudah tentu terkejut.

Kalau begitu, pilihanraya semula adalah sesuatu yang tidak mereka gemari. Mereka nak kerusi percuma dan tak mahu berhadapan semula dengan pengundi.

Kenapa? Samada Jamaluddin ada atau tidak ada masalah dengan pengundi Behrang tidak timbul. Tapi samada pengundi Behrang ada masalah atau tidak dengan beliau, boleh ditentukan melalui pilihanraya baru.

Tunggu apa reaksi UMNO?

Bagi Jamaluddin, pilihanraya semula bererti 'mati'? Jamaluddin tentu bertambah cemas menjelang perbicaraan kes beliau 10 Februari ini. Jika tiba-tiba kes beliau gugur, tentulah dunia mengesyaki Kerajaan BN sudah sedemikian teruk dan rule of law adalah menjadi mainan semata-mata. Kalau kes diteruskan, 'perniagaan' beliau ternyata amat tidak menguntungkan.

Samada pengosongan kerusi itu sah atau tidak adalah soalan yang akan ditentukan akhirnya. Tetapi, samada pemimpin UMNO menyokong atau tidak satu pilihanraya kecil diadakan adalah mustahak. Jika tidak, UMNO telah tersilap langkah dan pengumuman Abdullah telah menjejaskan strategi UMNO samada untuk mendapatkan ADUN percuma maupun stand UMNO/BN tentang lompat parti. Selepas ini, UMNO/BN tidak lagi boleh bercakap mengenai undang-undang anti lompat.

Abdullah yang pada mulanya telah ceria dengan bakal berita penyeberangan, sudah tentu tercabar kredibilitinya. Watak beliau kelihatan seperti Pak Kadok - pengumuman Pak Kadok mengundang malang.

Kesan seterusnya, jika UMNO/BN boleh menerima adanya ADUN PR menyeberangi UMNO/BN, UMNO/BN sepatutnya tidak lagi boleh menyekat ADUN dan MP mereka lebih ramai menyertai PR. Ini peluang terbuka kepada lebih ramai ADUN dan MP UMNO/BN membuat keputusan mereka dalam masa terdekat, lebih-lebih selepas patern pemilihan UMNO selesai akhir Mac ini.

Kalau akhbar The Star online pagi ini menulis Kerajaan Perak di ambang tumbang dengan isu dua Adun ini, kedudukan Kerajaan BN lebih-lebih lagi tergugat. Ia mungkin tumbang dengan polisi Kerajaan BN bahawa bertukar pemain diizinkan. Satu lagi penyeberangan, UMNO akan goyang.

-Weblog Husam Musa

5 comments:

Anonymous said...

tak payah lah nak salah kan UMNO atau pak lah. yang mula-mula sibuk pasal lompat parti bukan si yahudi tu anwar ibrahim smapai nak ambik alih kerajaan pada 16 september. satu dunia si yahudi tu tipu kata nak ambik alih kerajaan tak sorang pun bising dan kutuk dia, kenapa???? sebab dia yahudi ker??? suka cakap bohong dan cakap berbelit-belit. kalau umno boleh terima adun dia lompat parti kenapa pkr tak boleh??? akta lompat parti tu belum buat pun lagi. itulah sebabnya kenapa akta lompat parti tu kena buat secepat mungkin. itulah sebabnya UMNO sibuk nak buat akta lompat parti takut kalau-kalau ramai orang pakatan rakyat lompat masuk BN.ini pun dah terbukti 2 orang pkr nak lompat, kalau umno biarkan lagi lama maka lagi ramai orang pakatan rakyat akan lompat. sebenarnya umno ni jujur dan ikhlas tapi mereka ni kena fitnah oleh pakatan rakyat terutama si yahudi tu anwar ibrahim yang cakap berbelit-belit tak ubah macam peres. hidup umno!!!! mampuslah pkr!!!!!!

Anonymous said...

Perhal ko nak kutuk2 PR baru jer brapa minggu org UMNO lompat masok PKR..ko dah kata PR nak lompat Umno plak ko ni anjing Umno yang ke brapa ekor plak..Umno dan anjingnya hanya menyalak kosong saja..realitinya pakatan rakyat yg untung..alo kawan kalau cakap x der hasil buat per..ala2 pak pandir ko ni..perhal la bengap sangat..skrg umno dok kelam kabut nak wujudkan akta lompat parti plak..takot2 ahli umno habis join PR..Dulu Umno Kata lompat parti x bagus kat PR tapi harini UMNO pon sebut tentang PR nak lompat UMNO..Umno dah semakin kritikal skrg jadi buat la spekulasi seperti ini...biar apa UMNO nak kata yang untungnya PR Reformasi Takbir....

Anonymous said...

terdesak nya UMNO

Anonymous said...

Salam Sahabat, sian anon 2:05. Apa nak jadi dgn org Be End ni, sesuka hati kata org yahudi. Ada bukti ke DSAI tu org yahudi. Dah tengok ke surat beranak dia ke, ada tulis DSAI tu bangsa yahudi? Kalau tiada jgn menyalak. Satu soalan nak tanya dgn anon 2:05, apa hukum bila kita subahat dgn org yg mengamalkan rasuah? Kalau tak tahu gi cari ustaz jgn cari haji marlboro.

Anonymous said...

Takde pulak dengar UMNO/BN mengelak PRK...