"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, February 02, 2009

Tak Pasti Sertai PKR -ADUN Rasuah/BN

Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rasuah yang diura-urakan akan menyertai PKR, Datuk Ahmad Fakeh Adam kini mengambil "sikap tunggu dan lihat" sebelum berbuat demikian.

Tambahnya, niatnya untuk menyertai PKR telah mula berkurangan sedikit susulan perkembangan terbaru politik Perak kebelakangan ini.
  • "Kena tengok perkembangan yang sedang berlaku sekarang.
  • "Takut yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Ditelan mati emak, diluah mati ayah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Rabu lalu, Ahmad Fakeh yang juga Adun Lintang berkata, beliau berhasrat menyertai PKR dan memerlukan "beberapa hari" untuk membuat keputusan muktamad.

Ahmad Fakeh berkata, beberapa Adun lagi dipercayai berminat untuk melompat kepada Pakatan Rakyat.

Wakil-wakil rakyat itu dipercayai bekas ketua Rasuah Beruas, Datuk Hamdi Abu Bakar dan ketua Rasuah Larut, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Menurutnya, kedudukan tidak menentu dua Adun PKR menyebabkan beliau terpaksa mengambil pendirian tunggu dan lihat.

Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu dipercayai telah meletakkan jawatan tetapi mereka, yang ingin meninggalkan PKR, menafikannya.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri mengenai kekosongan kedua-dua kerusi tersebut.
  • "Tengoklah dulu apa yang berlaku, kita tidak boleh bodohkan diri. Kalau salah tindakan, rakyat salahkan kita," katanya.
Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua bahagian Rasuah Sungai Siput, Oktober lalu, sebelum ini dilaporkan berkata, niat hendak kekal dalam Rasuah dengan masuk pembangkang "sama banyak".
  • "Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," kata Ahmad Fakeh kepada Malaysiakini baru-baru ini.
*Rasuah - rujuk [sini].

6 comments:

Unknown said...

PAS dan PKR jadi pengemis pula?

Anonymous said...

ahmad fakeh ni adun bodoh. dah nak mampus pun. tak perlula PR ambik. buat menyemak je..

Anonymous said...

Drp cara Adun ni memberi respon, nampak sangat tindakannya didorong oleh kepentingan peribadi. Bukan kepentingan rakyat. Jadi, orang camni tak sesuai ada dalam Pakatan. Satu hal lagi, dengan pendedahannya, dia dok kata parti2 dlm PR call dia minta masuk parti mereka, macam le parti2 dlm PR ni pengemis pula... Tak yah le terima dia walaupun dia merayu. Tapi kalau dia menangis air mata darah, syorkanlah keluar BN jadi Adun Bebas je...

Anonymous said...

janganlah PKR dijadikan tempat untuk adun yang bermasalah...nanti takde bedanya antara UMNO ngan PKR

Anonymous said...

ahmad pakeh (dah nak fakir baru ingat nak seberang)...bagus la ko dah dedahkan tembelang ko. PR jgn tiada batu beban digalas. Toksah dok rayu la org tua tu...buat ngabehkan boreh yo...

Anonymous said...

Percayalah,saya salah seorang pengundi di dun changkat jering,jika benar pilihanraya kecil dibuat semula,saya sendiri yang sebelum ini telah mendaftar sebagai pemuda UMNO akan melempar selipar jepun ke muka Datuk seri Najib masa ceramah jika dia turun di changkat jering nanti,dan buat Adun yang cuba lompat parti sudah tentu terpaksa pindah keluar dari adun dia sendiri sekiranya tak jadi pilihanraya,bukan saya seorang yang marah,malah masih ramai kecewa dgn adun yang penting diri sendiri,yang pasti Saya,kami dan rakyat malaysia tak mahu Najib jadi PM Kami!!!