Beliau menemui pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini.

Jamaluddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri.
Beliau yang juga exco kerajaan negeri turut mencabar kesahihan surat tersebut.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak pagi ini.
Pertemuan tersebut berlangsung selama 25 minit di Istana Kinta pada jam 10 pagi.
Beliau bagaimanapun enggan bercakap dengan pemberita berhubung pertemuan tersebut.
Difahamkan Jamaluddin dan Osman akan mengadakan sidang akhbar hari ini.
3 comments:
Salam sahabat, kesian pada 2 ADUN ni. Tapi apa nak buat,terlajak kereta boleh undur terlajak makan sendiri tanggung. Berfikir guna akai bukan ikut nafsu. Apa pun pada PR lepas ni cari calun yg betul2 jujur, berkhidmat kerana amanah bukan kerana harta.
Pilihanraya kecil lagi la nampak gayanya...
selain 2 orang ni si Fairuz TKM 1 P. Pinang tu pun kena ambil perhatian jugak
Post a Comment