- Sidang media ini dipanggil untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.
- Satu repot polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8hb Mac, 2008. Ianya juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional.
- Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik saya pada 17/10/2008, mengugut saya melalui pegawai saya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31/3/2008, mengugut keselamatan keluarga saya, insiden memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri model Proton Perdana no BKL 4000 dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17/12/2008, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.
- Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini. Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti.
- Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya. Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya.
- Sekian, terimakasih,
- Arumugam a/l Vengatarakoo,
- Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,
- merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
appa pumya turrr daaa...!!!
Khak Ptuih...!!!
5 comments:
Tak dapat tidak pilihanraya kecil akan diadakan di Behrang dan Changkat Jering.Kebodohan 2 orang Exco PKR yang kononnya mengambil cuti MC jika dibawa ke mahkamah alasan itu bakal menjadi bahan jenaka seantero dunia.
Ketika korang tandatangan surat akujanji dulu yang mengatakan otomatik letak jawatan jika keluar dari PKR,tiada sebarang unsur paksaan dilakukan terhadap korang.Ini bermakna korang berkerelaan bebas ketika melakukannya.Jika dipaksa mengapa korang tak buat laporan polis ketika itu.
Tok ingat Peguam Negarapun malu nak ambil kes korang.Hakimpun malu nak menangkan kes korang.Last-last korang buat laporan polis.Apa ke halnya report polis ni.2 insiden yang berlaku dalam dua minggu iaitu pembunuhan Kugan dan kes kemalangan maut anak saudara Tuan Guru Haji Hadi yang dilanggar kenderaan milik Ketua Polis Negara menyukarkan pihak polis berpihak kepada UMNO dan BN,inikan pula nak menolong korang.
Sebab korang berdua,imej UMNO kini terjejas teruk.Jika UMNO cuba membantu korang,rakyat akan semakin yakin UMNO itu parti yang kuat rasuah.Rakyat juga akan bertambah yakin,Najiblah dalang utama "penculikan" kedua-dua Exco PKR itu.UMNO juga akan dianggap sebagai bacul jika membantu kedua Exco ini mencabar keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Perak di mahkamah.Kenapa perlu takut kepada pilihanraya kecil jika yakin kepada kuasa rakyat.UMNO kini berada di persimpangan dilema.
Langkah terbaik buat UMNO ialah menjarakkan diri daripada kedua Exco PKR ini serta bersiap sedia menghadapi pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering.
Lebih malang lagi nasib kedua Exco PKR ini,sudahlah hilang wang pertaruhan awal-awal lagi kerana hilang kelayakan bertanding selama 5 tahun kerana telah meletakkan jawatannya.
Ke mana korang pergi akan mendapat cemuhan masyarakat yang bencikan barua seperti korang.Kes korang ni bolehlah dikategorikan sebagai lawak antarabangsa.Ambil MC tapi tak bagitau majikan korang hatta keluarga korangpun korang tak bagitau.
Jika UMNO masih berdampingan dengan korang,aura kebodohan korang akan meresap ke dalam UMNO.Maka jadilah UMNO dulu,kini dan barangkali selama-lamanya bodoh.
Yang paling bodoh ialah Najib kerana mempercayai korang tanpa buat homework dulu.Eloklah Najib letak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak kerana kebodohannya itu.Jika ada lagi seorang ADUN BN Perak daripada parti luput tarikh UMNO menyeberangi Pakatan Rakyat,bodoh Najib tak dapat ditutup lagi.
Tok yakin ketika itu khairi gelak besar dan citer pasal kebodohan Najib akan menjadi bahan jenaka di lobi parlimen dan di persidangan PBB ketika sesi rehat.
Tok nak pinjam gelak Radenjowo...wakakakakakak
2 bekas adun itu pastinya sedang menangis tak berlagu. Duit yilek...jawatan yilek. Depa amat sesuai diibaratkan pepatah 'seperti anjing dengan bayang-bayangnya' atau dalam bahasa modennya 'bagai umno dengan keris tumpolnya'...
Apasal kedua Exco PKR Perak tak hadir sewaktu press conference petang tadi.Ketar lutut kot pasal pakej MC korang sudah jadi bahan lawak antarabangsa.Tok ingat doktor yang bagi MC kat korang tupun dah hilang macam Bala jugak demi untuk menghilangkan kemaluannya dan menutup kebodohan Najib yang ketika ini berkira-kira untuk memecat penasihat politiknya.
Kalau idea menculik kedua Exco PKR Perak ini datang daripada strategi licik Tun Dr Mahathir,nampak gayanya masa Tun untuk pencen daripada dunia politik tanahair telah tiba.Biasalah..dalam bijak-bijakpun ada bodohnya.
Elok jugalah kedua Exco PKR ini buat report polis.Bolehlah usaha mencari doktor yang memberikan MC kepada mereka ini dimulakan.Seperti kata Anwar,najib ni ada kepakaran menghilangkan orang......Altantuya,Bala,2 Exco PKR dan doktornya.
Kredibiliti Najib sebagai bakal PM mula diragui rakyat Malaysia.Dari kedai kopi,lobi parlimen hinggalah ke persidangan PBB,Najib akan menjadi bahan jenaka dan bolehlah disifatkan sebagai badut politik.
Seminggu dua ni,Pak Lah dan Khairi akan gelak sakan dannajib aka menyorok dalam gebar belakang Rosmah.
Itu baru citer MC.......ramai yang tertanya-tanya mengapa Najib tak kidnap kedua-dua Exco PKR ini dan bawa terus ke Taiwan.Barulah lengkap pakej percutian lawatan sambil belajar dengan pakej MC yang korang ambil.
Kambingpun kalau boleh baca paper,sah gelak besar baca citer korang.sekarang apa juga alasan yang korang jawab akan menyerlahkan lagi kebodohan korang.
Jika korang nak dedahkan kebodohan korang di mahkamah,dipersilakan agar generasi akan datang dapat mengetahui kebodohan korang yang bukan sahaja akan dibukukan tetapi dipasarkan ke luar negara.
Yang bodoh akan menjadi mangsa si cerdik tapi dalam kes ini ada 3 stooges......najib dan kedua-dua exco PKR.
Kedua Exco PKR Perak disimpan Najib untuk berlatih menghafal skrip seperti Saiful Bukhari mengaku diliwat.Kalau kedua-dua Exco ni mengaku diliwat,bukan sahaja Tok tapi satu Malaya termasuk orang UMNO sendiri takkan percaya citer dongeng ni.
Najib sekarang ni dah setaraf dengan Biro Pengaduan Awam.Kena liwat jumpa Najib dan kena dakwa rasuahpun jumpa Najib.
Tok tak nampak Najib akan menang jika bawa kes dua exco PKR ini ke mahkamah.Hakim Pak Lah yang control,bila-bila masa je boleh sabotaj usaha Najib.
Jamaluddin kata ambik MC pasal sakit belakang dan pergi berubat di Pekan.Nampak gayanya tukang urut,doktor yang bagi mc antara saksi utama kes ini jika Najib beria-ia benar untuk ke mahkamah.
Seorang pakar undang-undang dari UM ketika ditemubual pihak NTV 7 telah menegaskan jika ada saksi yang menyaksikan kedua-dua samdol ini menandatangani surat aku janji perletakan jawatan jika lompat parti,peluang Najib untuk menang kes ini akan musnah.
Realitinya,kebodohan Najib akan tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan menjadi bahan jenaka masyarakat antarabangsa.
Najib tentu tidak mahu digelar badut politik.tak dapat tidak untuk menunjukkan kejantanannya UMNO dan BN perlu berdepan dengan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil DUN Behrang dan Changkat Jering.
Tok tak paham kenapa wakil rakyat UMNO tak sedar-sedar lagi walaupun kebodohan najib tak dapat ditutup lagi dan politik kotor yang dimainkan oleh UMNO telah menambahkan kebencian rakyat terhadap parti luput tarikh itu.
Bersama bodyguardnya,MCA yang cuba mengembalikan imejnya,usaha dijalankan untuk memancing ADUN DAP untuk menyertai MCA.Akhbar The Star sekarang berperanan seperti Utusan Meloya menyebarkan fitnah sesuka hati bagi mengelirukan pemikiran rakyat.
Najib dah kena checkmate.Pak Lah baru semalam tersenyum lebar sampai ke telinga mengumumkan ada beberapa ADUN PKR akan menyertai BN kini terlopong.Dulu tok pernah dengar Pak Lah kata lompat parti ini perbuatan yang tidak bermoral.
Itulah UMNO..Dulu,kini dan mungkin selama-lamanya pembohong.
Salam,
hebat betul propaganda PR ni.. magnificent saver tuu.. yelah dah tuannya begitu.. idok nye gitu yoeb..
Aku teramat pecaya DSAI tak pernah membohong..
Post a Comment