"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, February 07, 2009

Khalid: Lexus kereta rasmi MB

Kenderaan yang didakwa milik peribadi menteri besar Selangor tetapi disenggara menggunakan wang kerajaan negeri sebenarnya kereta rasmi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kenderaan SUV Lexus bukan kenderaan peribadi tetapi ia adalah kenderaan rasmi saya sebagai menteri besar," jelasnya, mengulas tuduhan beliau menyalahgunakan wang kerajaan negeri untuk menyelenggara kenderaan itu.

Menurut Bernama, Abdul Khalid berkata kenderaan itu hanya digunakan untuk urusan rasmi beliau sebagai menteri besar dan bagi urusan peribadi, beliau menggunakan kenderaan lain.

"Itu (Lexus) saya telah isytihar sebagai kereta rasmi menteri besar, bukan saya gunakan sepenuh masa dan untuk kegunaan peribadi, saya gunakan kereta lain.

"Ia satu amalan biasa bagi perbendaharaan luluskan peruntukan untuk penyelenggaraan kereta untuk tujuan urusan rasmi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Simpanan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) Ambank dan Kad Si Manja Tawas di kediaman rasminya hari ini.

Gerakan Anti Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno Selangor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa menteri besar itu menggunakan wang kerajaan bagi membiayai kos penyelenggaraan kenderaan itu, bernombor pendaftaran WQR 779.

"Saya telah meminta peguam saya menelitinya (laporan) dengan mengambil kira penggunaan maklumat yang boleh menjadi fitnah dan pada masa sama saya telah meminta pengarah kewangan negeri untuk membuat laporan supaya apa yang kami akan lakukan semuanya telus.

"Anda cuma tahu sebahagian ceritanya sahaja dan anda membuat dakwaan yang tidak wajar," Abdul Khalid dipetik berkata.

Disoal alasan beliau tidak menggunakan Toyota Camry yang baru dibeli kerajaan Selangor sebagai kenderaan rasmi, Abdul Khalid dilaporkan berkata:

"Saya lebih selesa dengan Lexus sebab itu saya tidak gunakan Camry sebagai kereta rasmi."

5 comments:

tok iskandar said...

Kedengaran angin bertiup kencang ketiga ADUN Bebas berkira-kira hendak menyertai semula Pakatan Rakyat walaupun telah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh perompak Demokrasi Perak @ Najib.

Jika ini berlaku,amarah Pak Lah terhadap najib akan sampai ke kemuncaknya setelah sebelum ini telah sampai ke pengetahuannya kem najib sedang bertindak memancung hulubalang-hulubalang Khairi iaitu Wan Farid dan Norza Zakaria.

Prestasi Najib sebagai pembantu kanan Pak Lah juga tidaklah membanggakan dengan pelan pemulihan ekonomi yang agak perlahan menyaksikan 10 ribu rakyat Malaysia kehilangan kerja ketika ini.

Apa yang Najib lakukan ialah membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat di Perak untuk melompat parti untuk merampas kuasa pemerintahan negeri Perak

Sebagai jeneral UMNO di dalam PRU12,PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu,kekalahan hatrik tersebut lebih mengecewakan hati Pak Lah.

Kemelut politik di Perak sebenarnya akan menjerat najib.Ketika itu Pak Lah lepas tangan dan menyalahkan Najib sebagai kambing hitam.Percaturan politiknya akan mengakibatkannya kehilangan jawatan di dalam kabinet dan parti.Ringkasnya,habislah harapan aku nak jadi PM.

biasalah UMNO,dari dulu,kini dan mungkin selama-lamanya akal cetek.Matlamat yang dirancang dengan apa cara sekalipun mesti terlaksana sedangkan kesan atau impak kepada negara dan rakyat tidak diambil peduli.

Rampasan kuasa di Perak mengakibatkan pelabur asing mula hilang kepercayaan terhadap kerajaan UMNO-BN yang memerintah Malaysia.tidak berapa lama lagi dijangkakan akan berlaku kejatuhan di dalam BSKL dan peningkatan di dalam pengangguran.

itulah Najib....aku dah cakap,jangan percaya sangat dengan penasihat kau tu.lain kali belajar kat overseas biar sampai habis.jangan beli degree.

Dunia kini melihat najib seperti adik kembar tak seiras Mugabe yang menjadi lanun merompak demokrasi di Perak untuk kepentingan peribadi.

segala kebobrokan dan kebejatan najib kini boleh dilayari di wikipedia,kamus online tersohor di dunia.korang klik je nama Najib kat google atau klil wikipedia kat google.lepas tu taip nama najib.

Kiamat politik najib makin hampir dan khairi sedang mengintai peluang untuk membalas dendam.
Lain kali jangan gelojoh sangat,akibatnya kau hilang jawatan

Anonymous said...

aduhhhh.

kenapalah exco kerajaan negeri selangor meluluskan pembelian SUV lexus???

aku memang setuju bilamana kerajaan terengganu, kerajaan perak tidak membeli kereta proton.

dlm kes terengganu, aku setuju tidak membeli proton. tapi aku TIDAK SETUJU kerajaan terengganu beli merc....sbb...ianya kereta mewah & mahal.

dlm kes perak, aku setuju dgn kedua-dua keputusan tidak membeli proton & keputusan membeli toyota camry utk replace proton perdana yg sangat low quality.

tapi dlm kes di selangor, kenapa perlu membeli SUV lexus???...sudahlah brand lexus, model SUV pulak.

bagi peminat2 kereta di malaysia & di serata dunia, ianya sudah menjadi common knowledge lexus adalah LUXURY BRAND of toyota...begitu juga infiniti adalah LUXURY BRAND of nissan...acura adalah LUXURY BRAND of honda.

sudahlah ianya brand mahal...dibeli pulak SUV yg sememangnya common knowledge MAHALLLLL.

adakah SUV lexus ini hanya utk kegunaan MB selangor???

"naik SUV lexus kerana ianya selesa buat saya"????....kenapa perlu mengambil kira keselesaan seorang MB??....tahukan wahai MB selangor khalifah umar abdul aziz memadamkan lilin di pejabatnya apabila berbincang dgn anaknya hal keluarga???

maaflah....apa yg baik kita sokong...yg buruk kita tegur....dlm kes SUV lexus nie...aku tak setuju kerana pembelian tersebut menggunakan duit rakyat...aku tak boleh terima dgn keputusan membeli sebuah SUV, brand mewah macam lexus.

p/s: kalau kerajaan pakatan rakyat jatuh disbbkan pembelian mengarut SUV lexus nie...aku rasa ianya satu kesalahan bengong yg tak sepatutnya dilakukan oleh pakatan rakyat.

Anonymous said...

Bro...kalu x silap aku kereta Lexus tu dah dibeli sendiri oleh MB selangor sebelum Pilihanraya ke 12 hairtu lg...
skang ni dia gunakan utk urusan rasmi kerajaan sahaja..kira kereta milik peribadi n digunakan ntk urusan rasmi kerajaan selangor...
kan dia dah ckp kalu nak kuar utk urusan peribadi guna kereta dia yg lain...
sebelum dia jd MB ni dianya Gaji 100K sebulan apa ada hal.... hehe :-)

Anonymous said...

lahhh apa kau merepek nie labu..(anonymous@6.21pm)..
LexuS tu MB selangor dah beli secara CASH dengan menggunakan WANGNYA sendiri sebelom beliau menjadi MB Selangor lagi..ngok lah kau nie.....
Selepas mengambil alih tampok pemerintahan dari yb toyol MB selangor ada membuat kenyataan yang mengatakan bahawa beliau(MB) akanmenggunakan kereta LEXUS sebagai kenderaan RASMI MB...So maksudnya yang lebih mudah disini ialah itu kereta DIA yang punya tetapi beliau gunakan sebagai kenderaan RASMI..Anta ada faham sikit-sikit...?apa yang anan tuliskan disini...maksudnya MB selangor nie jauh 20 kali lebih bagus dari MB yang dulu...toyo..
Cuma yang GERAK serta umNO tak puas hati adalah kenapa MB gunakan wang rakyat untuk proses SERVIS lexus NIE...LAHHHHHHHH BODOH rupanya orang dalam GERAK dan umNO nie...tak faham bahasa rupanya...
kalau MB dah guna kereta sendiri sebagai kenderaan rasmi , so maknanya disini beliau berhak lah mendapat pakej untuk servis kenderaan rasmi tersebut.....MUDAH kannnnnnn..cuma yang memberatkan kepala hotak kau ialah apabila adanya orang yang gile meroyan dalam umNO SELANGOR TU....TERPERANJAT ..PASAL pangkat dah tak ada....kesian...
kesiannnnnnnnnnn

SYABAS kepada MB selangor...TAN SRI KHALID IBRAHIM...anda memang seorang pemimpin yang berkaliber serta berjiwa rakyat....

Saya adalah wakil dari parlimen bandar tun razak (MB juga adalah ahli parlimen bdr tun razak)

TAHNIAH YB(MB)....dan pedulikan kepada mereka yang terus MENYALAK bukit...mereka sebenarnya gile meroyan tu....

Anonymous said...

saya merayu MB Selangor buang orang2 yg mentaliti mencekik darah nih..
tak puas hati ,kerja kotor disekat maka bocorkan maklumat .

sila buat operasi pembersihan, biar diorg rasa apa org lain yg kena berenti kerja tu rasa.