"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, March 16, 2009

Lagi Kisah Jamal dan Osman: Amik Lagi Habuan Kau..!

So… hangpa dah tengok teks ucapan Osman Jailu dalam blog Albanjari? kat [sini], [sini] dan [sini]?

Jadi aku nak cerita sikit tentang ucapan tu. Sebab Albanjari cuma dapat smuggle teks ucapan tu… tapi dia tak berapa tau orang-orang dibelakang Osman Jailu.

Albanjari tulis, “Kata sahabat wak, ciberboron - aku tak mau hentam Osman lebih-lebih berkaitan ceramah tu sebab bukan otak dia yang menghasilkan ucapan tu. Yang bestnye, muka pertama teks ucapan tu siap ada jata (lambang) negeri kat bahagian atasnya. Macam datang dari pejabat SUK je.”

Memang betul... teks ucapan tu ada lambang negeri Perak sebab ditulis di Pejabat Menteri Besar Haram. Penulis teks ucapan tersebut ialah Setpol Zamry… Hamdan Taha. nak harapkan Osman buat ucapan? banyak tanda titik macam cara aku tulis… sebab dia gagap.

Pada muka surat pertama ucapan tersebut. Osman mengucapkan terima kasih kepada Pekida Malaysia dan kalau hangpa nak tau, Osman cuma berani balik disebabkan dia mendapat perlindungan Pekida. Kalau tak dak Pekida… hangpa ingat dia berani balik ka? Dan hari tu juga, dia kena keluar RM30,000 ringgit dan dua ekor lembu untuk dikorbankan. La ni baru ada akai. Dulu masa jadi EXCO PR… orang tolong dia. La ni, nak buat apa pun semua pakai duit. Tak sampai setahun, habih la 2-3 juta yang dia dapat tu. Lepas tu… balik jual bundle.

Dalam muka surat pertama juga, ditempat dimana Albanjari meletakkan perkataan HOT!!!, ada tertulis nama “Rakan-rakan yang berhormat, Yg Berbahagia, Tuan Jamaludin Yusof” (Perhatikan diatas garisan hitam).

Siapa Jamaludin Yusof? Ini adalah Ketua Bahagian PKR Kuala Kangsar. Hari tu aku ada tulis tentang beberapa Ketua bahagian PKR yang telah berjumpa Osman dan Jamaludin, dan aku tak pasti mereka ini menyokong Jamal dan Osman… tapi ada agenda tersembunyi mereka yang aku akan cerita kemudian nanti. Bukan Jamaludin Yusof saja... ada lagi Ketua Bahagian PKR yang secara diam-diam telah berjumpa Jamal dan Osman untuk merencanakan sesuatu. Yang ni tunggu dulu… ada dua tiga perkara lagi yang aku kena settle, sebab perkara ini melibatkan kepimpinan tertinggi PKR. So... kalau hari tu aku kata aku dah tak minat dengan krisis perak… ada sebabnya.

Dalam muka surat 5, Osman berkata... ” sekarang Pakatan Rakyat berada dikemuncak, BN berada diambang kematian dan kepupusan. Adalah kerugian bagi saya menyokong BN dan menjadi ADUN Bebas…”

Aku tak mau kata Osman ni bodoh… sebab dia memang bodoh.

Dan dalam muka surat 6 dan 7, Osman menyalahkan hampir keseluruhan kepimpinan Pas, DAP dan PKR… kecuali dirinya dan Jamaludin. Dan sebab utama mengapa dia keluar dari PR adalah kerana tidak mampu menjalankan amanah dengan baik kerana pentadbiran mempunyai kepincangan yang amat jelas. Dan dia cukup marah dengan Nizar, Ngeh dan Nga.

Sebenarnya… Osman ni bukan tau apa… dia cuma Pak Turut kepada Jamaludin. Osman digunakan oleh Jamaludin sebagai rakan untuk mengugut Nizar, Ngeh dan Hj. Ismail. (Masa tu Ketua PKR Perak)

Sebab utama Osman dan Jamal keluar PR dan jadi ADUN bebas bukan pasai lain.. tapi pasai balak. Aku dah tulis benda ni… lama sebelum krisis Perak berlaku. Bulan December tahun lepas.
EXCO PKR yang aku katakan mendapat kawasan balak dan kemudian diberikan kepada Raja Ahmad… adalah Kapt. (Bodoh) Osman.

Dan sebab mengapa Nizar menolak permohonan balak yang dibuat oleh Osman telah aku tulis pada perenggan terakhir tersebut.

Dalam muka surat 8, Osman menyalahkan pemimpin negeri PKR yang mahu menyingkir mereka. Aku tau… dia menyalahkan Hj. Ismail kerana Hj. Ismail merupakan Ketua PKR negeri masa itu. Tapi adakah ini sebabnya? Osman dan Jamaludin telah melobi Anwar melalui Hj. Osman dan Azmin untuk menyingkir Hj. Ismail dari jawatan Ketua PKR Negeri. Dan Anwar telah menurut nasihat Azmin untuk menyingkir Hj. Ismail dan menggantikan beliau dengan Hj. Osman.

Adakah Hj. Ismail yang menyingkir beliau atau mereka yang berjaya menyingkir Hj. Ismail? Hj. Ismail telah pun tersingkir hasil komplot Kapt. (bodoh) Osman, Jamaludin, Hj. Osman dan Azmin. Kapt. (bodoh) Osman nak apa lagi? Hj. Osman pun dah dapat jadi Ketua PKR Perak, Jamaludin pun dah dapat jadi Timbalan Ketua PKR Perak… nak apa lagi? Kalau pun Hj. Ismail nak lawan Kapt. Osman... lawan la. Pasai apa sampai nak keluar PR?

So… ini bukan soal politik dalam parti. Bukan soal Hj. ismail nak singkir depa atau tidak... tapi pasal ketamakan dalam merebut konsesi balak. Aku berani kata, Jamal dan Osman pernah pergi berjumpa Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri… minta diluluskan permohonan balak mereka.

Malah mereka pernah menggunakan nama kerabat diraja untuk memohon kawasan balak, tapi disekat oleh Nizar. Nizar melakukan ini kerana permohonan sebelum ini telah diberikan kepada orang Umno, bukan untuk membantu parti. Malah Osman dan Jamal menggunakan nama parti untuk memohon kawasan balak, tapi bila dapat… depa pulun sorang tanpa memberikan sesen pun pada parti. Yang depa tau… tambah bini.

Tak cukup dengan kuota bini yang halal… depa buat yang haram.

Osman dan Jamal marah kat Ngeh dan Nga… bukan pasai depa ni perjuangkan melayu… ptuih!

Nga pernah terserempak dengan Jamal di Grand Season Hotel bersama dengan seorang perempuan Cina yang seksi. Bila di tanya oleh Nga, Jamal kata itu bukan isterinya tetapi girlfriend. Nga marah kat Jamal kerana perbuatannya itu membahayakan dirinya dan bertentangan dengan ajaran Islam!

Malu aku nak cerita... bila sorang Cina bercakap tentang moral dengan seorang yang mengaku sebagai pejuang bangsa dan agama, tetapi berkepit dengan pelacur Cina.

Osman dan Jamal tak payah cakap pasal moral... pasal ugama.

Dan dalam muka surat 10, Osman menuduh mantan Pengerusi Perhubungan Negeri (Hj. Ismail la tu) sebagai dalang untuk menjatuhkan mereka.

Yang ni ada cerita hot. Aku dah kata… Kapt. (B) Osman ni bukan tau apa. Tu pasai ada perkataan (B).

Usaha untuk menyingkir Osman dan Jamal dari PKR dibuat oleh pemimpin atasan PKR. Aku pun pernah tulis, krisis perak ini seolah-olah bukan disebabkan oleh Umno… tetapi dirancang oleh sekelompok kepimpinan PKR.

Tinggal lagi, perancangan itu menjadi out of control. Aku tak boleh cerita sekarang… tapi bagi sapa-sapa yang tau cerita dalaman PKR bahagian Tanjung Malim sekarang, sudah tentu boleh mendapat clue.

PKR Bahagian Tanjung Malim sekarang menjadi rebutan dua tiga orang pemimpin PKR. Hangpa cari la sendiri buat masa ini. Aku tengah sebok nak berkampung di Bukit Gantang… nak sediakan beras dan gula untuk member-member blogger yang nak berkampung disana. Dah relax sikit nanti… aku sambung balik… kalau sempat la.

Kalau Najib jadi PM… mungkin kami pun ikut Anwar masuk penjara. Kalau Najib terlungkup... ha... ha... ha. aku boleh buat buku tentang bagaimana Jamal dan Osman diperbodohkan.

-PerakExpress.com

7 comments:

Anonymous said...

hai.. buang komen aku? haha.. aku tunggu je balasan... nampak sgt korang berat sblah... DOUBLE STANDART...

Mr Joker said...

Anon 1:20AM - tak payah buat taik kat sini.

dalam blog ni, kalau hang nak komen nak mencarut ka nak apa ka hang tanggung sendiri.

aku tak daak masa naak delete2 komen.

sini kawasan bebas. bukan macam blog pro UMNO. pakai nama Anon, pas tu nk buat fitnah dekat sini ha???

hang tanya zali ngan tungaklangit ada x komen depa yang kena padam..!

taik punya puaka UMNO..!

Anonymous said...

Ucapan Anwar di dalam ‘Pidato Kebangsaan’ yang diadakan di MBSA, Shah Alam menjurus kepada usaha untuk memberikan ‘endorsement’ kepada kepimpinan Pakatan Rakyat di beberapa buah Negeri yang mereka pimpin. Semuanya ditampilkan sebagai ‘exceed KPIs’ dalam segala segi. Baik daripada segi pengurusan kewangan Negeri; sehinggalah kemungkinan mereka digambarkan sebagai kalangan kerajaan yang ‘heroic’ dan BERJAYA kononnya dalam membela kepentingan rakyat.
Makanya, seperti biasa - Anwar mengungkap bagaimana Kerajaan PR (di Kedah, Kelantan, ‘Perak’, Pulau Pinang dan Selangor) sudah mencapai tahap ber-kerajaan yang maksimum. Bahawa kononnya keputusan rakyat dalam PRU yang lalu telah memungkinkan usaha untuk kerajaan di negeri-negeri ini memberikan servis yang terbaik kepada rakyat. Yang tidak berapa sedap tu, ada juga ayat ‘caveat’ - bahawa ini semua dapat dilakukan walau mendapat tekanan yang hebat oleh kerajaan pusat.
Kita semua maklum, bahawa di dalam Jadual 9, Perlembagaan Negara - kuasa untuk Negeri memimpin tetap hebat dan menyeluruh. Makanya, daripada segi peruntukan undang-undang, Negeri punya kemampuan untuk mengurus ekonomi secara berdikari. Tidak payah rasanya hendak meneruskan dengan ayat ‘caveat’ yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Jika sukses - kita wibawa. Jika tidak sukses - kita ditekan supaya tidak berjaya. Ayat Anwar ini macam ayat budak-budak. Sedia untuk menyalah dan menuding jari kepada orang lain bila sahaja ada masalah. Bila nak menuding ke muka sendiri? Oppps, Anwar mana boleh ada salah. Tahap maksum ke?
Anwar berkata lagi, bagaimana Ustaz Azizan sudah menjaga dan memelihara kerajaan Kedah dengan molek dan tanpa cacat cela. Masalahnya, kenapa Anwar tak beritahu bagaimana dia selalu bising dalam mesyuarat strategik PKR tentang kerajaan Kedah yang lembab nak mampus! Tentang Ustaz Azizan yang ‘mediocre’ dan tidak layak sebagai Menteri Besar. Ada dua individu berbeza kah? Atau Anwar ada ’split personality’? Anwar sememangnya tidak boleh sabar dengan kepimpinan yang lemah dan lembab.. Anwar tidak boleh terima.
Anwar bercakap juga tentang bagaimana Nik Aziz memimpin Kelantan dengan baik. Siapa pula yang naik minyak dengan perangai kepimpinan PAS dalam mesyuarat strategik PKR? Siapa? Klon Anwar Ibrahim? Siapa yang selalu mengungkap kata PAS ini sebagai parti kampungan yang mengheret PR ke suasana sokongan politik yang tidak berterusan? Siapa yang selalu mengungkap keperluan ada ‘penetration politik’ (bukan penetration lain ya) ke dalam PAS. Siapa yang selalu bergantung harap dengan kehadiran kuda trojan seperti Kamaruddin Jaafar dan Khalid Samad?
Seperti biasa, tahap lakonan Anwar patut diberikan anugerah ‘Cameronian’. Hebat. Boleh meruntun hati dan jiwa. Kenapa agaknya ya, dalam ucapan yang sedemikian besar - Anwar tidak berbicara sangat tentang keperluan membina jambatan hubung yang lebih baik antara jentera PR. Anwar tahu, subjek ini tidak - ‘catchy’; dan boleh mengundang masalah.
Guan Eng - dianggap sebagai Anwar sebagai pemimpin wibawa dan karismatik. Namun, Anwar tidak pula menyentuh tentang budaya korupsi yang berlaku di kalangan pemimpin partinya sendiri di Pulau Pinang. Kenyataan Ketua AMK Kepala Batas tentang rasuah yang berlaku di Pulau Pinang mahu dibuang ke mana? Benarkah kerajaan Pulau Pinang sudah mampu menarik pelaburan hampir 10 bilion; atau hanya melunaskan perundingan yang sudah lama berlaku di bawah Kerajaan BN lama di Pulau Pinang.
Anwar boleh terus meng’hipnosis’ rakyat yang bingung dengan ucapannya. Tetapi, Anwar juga harus ingat bahawa rakyat sememangnya semakin bijak. Rakyat jualah yang tahu - menilai prestasi sebenar PR di merata negeri. Jangan ingat rakyat boleh pejam mata dengan cerita politik yang tidak diterasi fakta. Sementara berbangga dengan beberapa ‘fakta ciptaan’; Anwar sudah semakin tertekan dengan problem politik partinya sendiri.
Ketuanan rakyat - hanyalah suatu ‘unjuran media’ yang nampak hebat dan grand. Hakikatnya, kerajaan PR masih dipimpin oleh elitis politik PR yang juga tamak dan penuh nanah korupsi. Jangan ingat mereka ini menjadi pejuang ketelusan - kerana apa yang dilakukan hanyalah memilih ‘apa yang ingin dijadikan telus; dan apa yang tidak perlu rakyat tahu’. Anwar masih seperti dahulu. Menjadikan rakyat dan sokongan politik sebagai ‘alat kepentingan politik’ peribadi.

Anonymous said...

ko kat atas tu! mesti wartawan kan? kalu tak takkan berjela ko tulih. kalu ko nak tulih berjela cam tu, ko bukak je blog ko sendiri. tak pun ko hantar ke U.Meloya @ B.hairan, gerenti top ko punyo rencana tuh...ko wartawan surat kabar tu, ko tak yah tunjuk terer kat sini, ko tu tahap "mangan" atau ko tahu ko punyo surat kabar "lama" tu dah tak diendah oleh rakyat lagi...tu pasai ko datang merapu kat sini...apo punyo kepala ko angin ni...kalu ko nak merapu, kau gi ampu kat blog pengampu...sini semo komen ngutuk je, tak dak ampu...Boleh Blahlah ko! Pthuuiihhh!!

Anonymous said...

hehe..songkok tinggi...ini musti geng pekida itu hari...ptuiii....khehehe gurau bang

Anonymous said...

pejuang perak kalau lu nk tulis pjg2 masuk perak bangkit.....ataupun hantar kat tv 3 suku baru laku...org pakatan takkan terpengaruh dgn dakyah amano....lu bukan pejuang perak tp pelingkup perak!!!!! ader jea nk pecahbelahkan pakatan....bengap

Anonymous said...

Pejuang perak nie species geli...opss zali.
Hampeh-parti rasuah