"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, March 16, 2009

Pesta Lompat Datang Kembali..! - malaysiakini

Macam biasa, bila dekat dengan Pilihanraya atau dalam masa kempen pilihanraya, makin banyak katak-katak bakal naik atas baruh. ini jugak akan berlaku dalam masa terdekat dan aku rasa musim ni adalah musim yang paling meriah dalam sejarah negara Malaysia.

Yang pastinya dalam UMNO ada katak, dalam Pakatan Rakyat pun ada katak. 2-2 katak bagi aku memang tak boleh pakai. kalau setakat nak buat suasana meriah, nak bagi surat khabar laku, nak bagi hit blog mencanak-canak memang banyak kali ni.

Aku dengar-dengar tak kurang dari 5 cawangan komponen Pakatan Rakyat dan jugak komponen Barisan Nasional bakal gulung tikar. yang dari Barisan Nasional lompat masuk Pakatan Rakyat, yang dari Pakatan Rakyat pulak lompat masuk Barisan Nasional.

Lepas tu 2-2 parti pulak masing-masing dok habaq yang ni hero, yang tu hero, yang haram jadah, yang ni haram jadah, yang tu memang selama ni tak dak dalam parti pun tak pa, yang ni pun sama. senang kira, 2-2 dok pakai modal sama. politik.

Dalam dok kalut-kalut lompat sana lompat sini, ada 2 benda yang aku heran sangat-sangat.

Heran no 1, tiap tahun aku dok dengar ahli UMNO lompat masuk Pakatan Rakyat. tapi jumlah ahli UMNO tak pernah kurang-kurang dari dulu. mantain... mungkin jugak dia jadi sistem barter bila ahli Pakatan Rakyat lompat masuk UMNO pulak.

Heran no 2, tiap kali ahli Pakatan Rakyat lompat masuk dalam UMNO, jumlahnya jarang kurang dari 10,000. kalau kira-kira semua sekali jumlah yang lompat, dalam komponen Pakatan Rakyat sekarang tinggal ADUN-ADUN ngan Ahli Parlimen je. yang lain semua dah keluar masuk UMNO.

Pengalaman aku masa PRU-12 lagi best. aku ingat lagi masa kempen PRU-12 hari tu, dekat Terengganu, UMNO buat majlis lompat beramai-ramai. ahli PAS masuk UMNO, dekat 10 cawangan tutup.

Berita tu masuk dalam TV3, RTM1, RTM2 dan semua media KERAjaan. aku perasan 4-5 orang dalam gambar tu... macam pernah tengok muka tu. lama lepas, baghu aku teringat. masa PRU-11 aku bertugas cover berita Pilihanraya area Pantai Timur, 4-5 orang dalam gambar yang pakat-pakat lompat tu la yang aku interview masa PRU-11 dulu.

Masa aku interview depa dulu, depa lompat dari PAS masuk UMNO jugak..!

Kah kah kah kah kah ... !!! lepas tu aku call member aku yang sama-sama bertugas dekat Terengganu dulu, tanya pasai 4-5 orang yang masuk TV tu. geng aku bagitau sebenarnya depa bukan lompat...

Depa reniew Road-Tax... ahli UMNO tiap kali PRU/PRK memang selalu depa reniew Road-Tax depa... sekali reniew dapat la RM500...

Ooooooooo... giiituuuuuu...

5 comments:

Unknown said...

Kalau gitu, seronok juga main katak-katak ni kan?

Anonymous said...

"Oh Katak! Oh Katak kenapa kau panggil hujan. Macam mana aku tak panggil, Ulau nak makan aku, ulau nak makan aku.Oh ulau! Oh Ulau kenapa kau nak makan katak. Macam mana aku tak makan, MEMANG MAKANAN AKU! memang makanan kau!" kalau dah KATAK, itulah jadi makanan/mainan pemimpin pelahap! tapi sikatak ni memang tak sedar diri sebab dio tahu dio tu memang "makanan"...nak buek cam no lai!

Anonymous said...

Ahaksss...

Tau x pe..

Anonymous said...

aku kalu ble sepak katak2 ni jadi tempe baru tau!!tak yah buat botox banyak dah!!

Anonymous said...

banyak betoi depa dapat duit rebat