"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, March 23, 2009

Nizar Calon PAS Bukit Gantang - malaysiakini

Pendek je...

SAH. Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin calon PRK Bukit Gantang.

Tak caya tanya FRU yang ada di keliling pentas tadi.

28 comments:

tok iskandar said...

Sudah sampai masanya MP-MP Pakatan Rakyat bawa usul kekejaman polis terhadap orang awam ke parlimen.

Baru sebentar tadi gas pemedih mata dilepaskan oleh FRU kepada hampir 10 ribu orang yang berhimpun di padang awam untuk mendengar ceramah Anwar.Kejadian yang berlaku di Sungai Petani ini bukan kali pertama.

Tok dah panas hati.Di KL,Kuala Terengganu dan banyak tempat lagi kekejaman polis jadi bualan mulut orang ramai.Kalau tak ada permit pun kenapa tak saman je penganjur ceramah.tak luakpun biar ceramah tu berjalan setakat sejam dua.Kalau ada unsur fitnah atau menghasut boleh dicatit kesalahannya.

Polis bukan milik UMNO sahaja tetapi berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Tok juga nak cadangkan bloggers cuba siasat atau paparkan skandal atau salahgunakuasa melibatkan pegawai kanan polis ni.Elok juga kekejaman polis ini dirakamkan dan dibawa kepada Amnesty International dan ke mahkamah keadilan antarabangsa.Ada yang cakap macam regim Yahudi.

NGO-NGO dan Bloggers semua kumpulkan sebanyak mungkin kelemahan dan kekejaman polis ini.Lepas tu kita mintak kerjasama Bar Council atau peguam-peguam Pakatan Rakyat dakwa mereka di mahkamah.Kes Kugan,kehilangan dadah di balai polis di Johor dan kematian seorang anggota polis secara misteri dan banyak lagi wajar disiasat.

Elok juga kita hantar memo kekejaman polis ni kepada Seri Paduka baginda Yang Di Pertuan Agong.Safe sikit tiap kali ceramah ada je askar kawal kita.Polis dan FRU tentu tak berani buat apa-apa.

Memang tak semua polis tu teruk tapi sebahagian kecil sahaj dah menjejaskan imej polis keseluruhannya.Cuba bayangkan kalau anak atau ahli keluarga korang sendiri kena sembur dan pukul dengan FRU.Apa perasaan korang?

Tok bukan kutuk polis tapi tindakan mereka ketika meleraikan demonstrasi dan ceramah tanpa permit cukup mengecewakan.

Cuba fikirkan sejenak kalau Pakatan rakyat memerintah negara ni.Tak mustahil bukan.10 tahun lepas gerakan reformasi hanya di jalanan tapi sekarang dah memerintah 5 negeri.jika polis bersikap seolah-olah memihak kepada UMNO,Tok percaya suatu hari nanti negara ini pula akan diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Time tu tok cadangkan kita buat Suruhanjaya di Raja untuk mengawal polis atau kita letakkan PDRM bawah kuasa Seri Paduka baginda Yang di Pertuan Agong.Sama macam tentera.

Anonymous said...

ewah ewah hg prisik rakyat....tegeleng2 kepala tgk dikir barat ye...layannn...zassss

Tok Pawi said...

MB nak jadi PM plak? Sok leh wat sidang Dewan Rakyat kat Chow Kit plak

Anonymous said...

lagi ngancam tuh...buat sidang kat chow kit..bukan sudirman je bleh buat show kat situ... ahli politik pun buleh... kekekeke

Anonymous said...

semoga anda yg terkepong dan di pancut dgn air kimia oleh Ef Ar u di selamatlah Allah.....

Lagi kejam mereka bertindak lagi kuat kita nak tukar kerajaan....

ALLAHUAKBAR

Lin said...

Salam

sedarlah kalian dipergunakan oleh kuasa yang menggunakan Islam sebagai umpan untuk kamu berpecah belah sesama kaum di malaysia

kita menghadapi sangat sukar.. apa salahnya kita bersama berfikir sejenak dan mengambil iktibar kesan dari sejarah lampau bahawa pegeseran antara Islam akan membawa kehancuran sesama kita..

kita dipergunakan oleh mereka yang membenci Islam tapi diluar mereka berpura2 menyokong Islam.. ahli2 UMNO adalah mereka yang mengucap kalimah syahadah.. ada Iman dalam jiwa mereka.. dan bersaudar dengan kamu.. yang kamu bersengkoko itu terang-terang orang yang tiada pegangan Islam tetapi bersama kamu untuk kepentinga yang kalian sendiri tidak tahu..

kamu semuanya mengaji dan tahu mengenai kesah akhir zaman.. tahukah kalian kita kini berada di era akhir zaman.. dimana kita tidak sedar bahawa pemimpin yang kita akan naikkan adalah pemimpin yang buruk dari segi akhlak dan kepimpinannya ...

janganlah kita bergaduh bersama kita semua merenung kejadian alam ini dan merendahkan diri serta memohon perlindungan dari Allah dari abaya yang kita tidak lihat..

bertaubat dan berhenti berfitnah sesama kita...


salam

Anonymous said...

Memang ameno juga mengucapkan dua kalimah syahadah, tapi pemimpin2 umno jelas memperlakukan gaya munafik....munafik bak api dalam sekam, gunting dalam lipatan. ameno pernah menjerat PAS ketika PAS join BN dulu....serik PAS ! Perjanjian dengan ameno bak perjanjian dengan Yahudi( baik sikit kot ). Pemimpin atasan ameno menipu rakyat...lihat kes di selangor, johor,dll. Berapa banyak mereka kaut untuk tembolok diri, keluarga dan kroni...Ini bukan andaian...buat bacaan dan kajian. Pemimpin ameno lah yg keluar kenyataan tolak hudud, ambik ajaran Islam mana boleh menguntung dan tidak menjejaskan sokongan rakan BN. Cipta rukunIslam Hadari. Apa dia buat untuk memahamkan MCA dan MIC tntang Islam ? Tak herran mereka tolak hudud, contohnya.

Ya, betul DAP juga bukan Islam, tapi PAS cuba memahamkan mereka dasar negara Islam...memang masih keras. Kita tak leh baca hati mereka...sama ada mereka pura2atau tak. tapi mereka ada komitmen kearah negara yang adil...itu nilai dalam Islam...PAS memang terasnya Islam....tak peliklah PAS menggunakan ajaran Islam sebagai dsar utama. Bab yg kata PAS mempergunakan Islam itu tak munasabah....kalo kata PAS kata orang, mencerca...tengoklah keadaannya...ada hal yg diharuskan mendedahan keburukan pemmpin....kalo tak kata nak bagi tau macam mana ??? PIkir la...nak redho jer.....mana boleh. Cegah dengan kata2. Lagi satu, kalo tak bagi tentang orang, nak bagi tau tentang sapa ? Binatang...beruk, ayam itik......? Ameno kata perjuangkan bangsa dan agama tapi mana pembaikan terhadap bangsa dan agama ??? Yang kita perhatikan bangsa Melayu makin haprak di bawah ameno....Islam makin tersisih.....Islam bukan takat sembahyang, puasa, zakat , haji jer ....!
Satu jer...jika kita usaha jaga Islam, bangsa Melayu juga akan terjaga....macam nabi bentuk bangsa Arab...cuma mereka jua dah tinggal apa yg nabi ajarkan. Islam bukan berteraskan BANGSA tapi kesatuan AQIDAH. Alangkah cantiknya, kalo Melayu, Cina dan INdia yang memerintah Malaysia mempunyai kesatuan AQIDAH....walaupun kita faham tiada paksaan dalam beragama. Tapi setakat mana usaha kita...usaha Ameno pada MCA/MIC dan usaha PAS pada DAP....ringkasnya itu semua kerja kita...yang mengaku ada kalimah syahadah dalam hatinya.
Maknanya....ameno PAS perlu tolak, segala maksiat, majlis tidak islamik, praktik islam keseluruhannya, politik islam, ekonomi islam, .......boleh ??? antara Ameno dan PAS, mana ke arah itu ???????? Tepuk dada, tanya Iman !

Anonymous said...

Salam sahabat, alhamdulillah org DAP dah mula faham hukum islam, inilah cara dakwah yg dibawa PAS, moga2 mereka ini terbuka hati untuk memeluk islam, kalau dulu kita pandang DAP tu mcm musuh tapi sekarang pandangan tu dah terbalik, sebaliknya kita memandang UBN tu pula seteru kita. Selama ini kita dimomokkan oleh UBN, insyallah UBN akan kita talkinkan. Takbir..MNM4774

PANCASUTRA said...

Saudara Tungaklangit,

Jika kesatuan bangsa yang saudara risaukan.. bersediakah UMNO untuk bergabung dengan PAS?? sanggupkah UMNO untuk duduk dibawah PAS??

saya tidak pikir orang UMNO akan setuju.. kerana dibawah PAS, akan hilangkah segala adat-2 (rasuah, tipu muslihat, dll) yang biasa dilakukan oleh UMNO.

Pernah seorang berbangsa CINA bercakap dengan saya. "Kami orang cina sudah tak takut kalau PAS yang memerintah Malaysia. Kami sudah tengok macam mana PAS memerintah Kelantan. Kalau itu UMNO kuat agama macam PAS, saya rasa kita RAKYAT takkan jadi ini macam."

Semuga ALLAH memberi HIDAYAH kepada saudara Tungaklangit. AMIN..

Anonymous said...

ni....tungaklangit...setakat mengucap kalimah syadah perangai mcm setan tak guna gak..... abis tu umno tu tak hina islam ke?

Anonymous said...

Umar pernah berkata ketika membuka Baitul Muqaddis,"Kita dulu bangsa yg hina,kemudian kita dimuliakan dengan ISLAM,kalau kita cari selain ISLAM,kita akan kembali dihinakan", suatu kata2 yg saya rasa,menjadi asas kepada perjuangan PAS , berjuang atas nama agama,bukan atas kepentingan atau dasar lain,kita boleh bersatu hanya dengan menjadikan Islam sbg asas penyatuan,bukan bangsa,budaya,warna kulit,ideologi,fahaman2 tertentu..."Aslam taslim" kata baginda Rasul s.a.w ketika membuka Kota Mekkah( Fathatul Makkah)...

Anonymous said...

aku setuju dengan pemilihan Dato Seri Nizar sebagai calon.malah kalau letak sapa2 pon aku tetap setuju sebab aku memang dah meluat giler kat umno.parti rasuah yang pertahankan orang yang merasuah...inikah parti yang yang hendak mempertahankan agama,bangsa dan negara???zaman gelap malaysia dah tiba sekiranya najib menjadi pm.lihatlah apabila permit suara keadilan dan harakah digantung...tindakan seumpama zaman mahafiraun telah bermula...polis mula tunjukkan kuasa dan secara membuta tuli mengkhianati amanah yang telah diberikan....jangan terkejut jika ada pihak akan mula memberontak secara gerila sepertimana yang berlaku di selatan thailand dan juga filiphina,seandainya kekejaman dan ketidakadilan terus bermaharajalela di malaysia...

Anonymous said...

tunggak langit
ni nak habaq mai.dengaq sini wahai orang yang buta hatinye.
kalau umno bersih hal semua ini takkan terjadi..
hal ini terjadi bila rakyat dah nampak segala kekurangan yang maha dasyat yang umno dah buat.yang baik alhamdullillah.yang tak baiknye ini perlu diperbetulkan.bukan tak bagi masa untuk berubah tapi masa yang diberi buat umno makin teruk.makin kucar kacir.makin hilang pedoman.makin tamak.makin ego.makin hilang kewarasan demi survival politik.
jadi macam mana rakyat nak sokong???benda kejahatan makin jelas dan terbukti.bukan andaian.
jadi tungak langit adakah umno itu sendiri cukup islamnye. soalan mudah.ada berani buat hukum hudud.?ada berani matikan rumah pelacuran?ada berani matikan kelab kelab malam yang kebanyakan orang yg bekerja n berhibur disitu orang pada dasarnye islam.mati hidup semula pun takkan berani.sebab dah sebati dalam diri umno.
di mana islamnye umno.??????
di mana amal maaruf nahi mungkar umno.
jadi siapa yang merosakkan islam dan rakyat melayu.

aku adalah aku
aku benci umno yang tengin.
aku sayang islam n melayu.
jadi aku tolak umno yang jijik

Anonymous said...

kami jaga keamanan,kami pun turut mengaminkan doa TGHH..kebeneran pasti datang

Anonymous said...

Sidang kat chow kit pun tak pe, asal kan sah.

Persidangan agong umno tu belum tentu sah lagi. Bayangkan ahli sendiri mintak injunksi mahkamah utk halang persidangan. Hamprak punya parti. Nilah dinamakan parti tupper ware!!!

Dalam UMNIO, isu haram seperti rasuah (nak bagi sedap sikit tukar kpd Politik Wang, supaya tak terasa haramnye) pun ada bermacam-macam keputusan, Ikut Suka Aku!!!

Bangang betul!!

Anonymous said...

fuck off umno!! dlm umno pun nk bmusuh, cm ner rakyat nk sokong? santauorg//

Anonymous said...

parukarigila said...dah terbukti pas perak bawah ketiak dap.banyak buruknya dari baik.tak akan aku undi pas selagi duduk bawah ketiak dap maupun kat batang telor pkr.tak nak pakatan rakyat penipu

Anonymous said...

Umno/BN dicabar agar menamakan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon bagi menentang calon PAS, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini. Iklan



"Masih ada masa untuk Umno ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini.Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapasebenarnya yang dipilih rakyat," ujar Ketua Penerangan PAS, Dato'Mahfuz Omar kepada Harakah hari ini.

PAS mengambil tindakan berani untuk menamakan Nizar yang sebelum ini ditohmah Umno dengan pelbagai lemparan tuduhan ketika penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat secara 'kontroversi', kata Mahfuz.

Mahfuz berkata cabaran itu realistik agar rakyat diberi peluang menjadi hakim menentukan samada Nizar atau Zambry sebenarnya menjadi pilihan.

Ujarnya kegagalan Umno menamakan Zambry selaku calon mereka di Bukit Gantang menggambarkan mereka tidak yakin dengan kempen mereka sebelum ini.

Kegagalan ini juga katanya adalah tanda atau signal kepada rakyat yang perlu menghukum Umno di Bukit Gantang dan dua PRK lain yang berjalan serentak, katanya.

"Jika Nizar menang, Dun Perak perlu dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat pula untuk memilih kerajaan mereka sendiri," katanya.

Pada 23 Mac lalu, PAS mengumumkan Nizar sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Pengumuman tersebut akan dibuat Presiden PAS,Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu akan berdepan dengan calon BN, Ismail Saffian, 49.

Ismail yang juga bekas ketua penerangan Umno bahagian, berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Allahyarham, Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lalu.

Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

Nizar adalah antara beberapa nama disebut-sebut akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti tersebut bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS yakin akan mengekalkan kerusi tersebut, terutama di tengah-tengah krisis politik yang melanda Perak selepas kerajaan BN mengambil alih pentadbiran negeri tersebut.

Dalam pilihan raya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihanraya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat

Anonymous said...

tungaklangit....kalau setakat mengucap 2 kalimah syahadat sj x cukup....org2 UMNO yg hina islam juga mengucap 2 kalimah syahadat. mengucap sj belum tentu masuk syurga kalau hina hukum ALLAH SWT, hina Nabi SAW, hina AL QURAN dan mcm2 lg. UMNO ni cukup jahat mcm setan.

Anonymous said...

El-Azhar ex Student(el-zagazig)93-98
Assalamualaikum semua...teman cukup heran la dengan orang UMNO ni terutamanya bloggers depa ni yang cukup fobia dengan DAP..teman nak tanya la apa bezanya MCA dan UMNO..bukankah mereka pun bekerjasama dengan cina juga...tak tau la pula teman kalau Tan Sri Tong Goh Tong tauke judi tu dah masuk Islam jadi orang Melayu..he he he...marilah kita jadikan apa yang dibuat oleh Rasulullah saw di dalam riwayat sirah an Nabawiyah yang menceritakan bagaimana nabi saw mengarahkan para sahabat yang sudah tidak tahan dengan siksaan bangsa sendiri dari golongan Arab Kafir Quraiy agar mereka ini berhijrah ke Habsyah(hijrah yang pertama)yang sekarang ini dikenali dengan nama Ethopia...menurut As Syeikh Sofiyurrahman Al-Mubarakhfuri rahimahullah taala di dalam kitabnya Ar-Rakhikul Makhtum bahawa Nabi saw memilih bumi Habsyah kerana Nabi saw mengetahui bahawa Raja Najasyi itu walaupun berbangsa Habsyi(kulit hitam dan beragama Kristian) tetapi berlaku adil dan tidak akan menzalimi orang yang tidak berdosa..Maka pada bulan Rejab tahun yang kelima hijrah..segerombolan penghijrah yang pertama di dalam sejarah Islam yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan empat orang perempuan telah berhijrah ke Habsyah dengan diketuai oleh Sahabat besar Nabi saw iaitu Saiyyidina Osman b. Affan..bersama isterinya Saiyyidah Rokiah bt Rasulullah saw.Seandainya tindakan nabi saw yang menyerahkan nasib umat Islam dan para sahabatnya untuk bernaung di bawah seorang Raja yang kafir dan berlainan bangsa adalah perintah Allah...maka apakah kita tergamak mengatakan Nabi saw boneka orang-orang kafir (Kristian)kerana bersekongkol dan lebih percayakan mereka dari bangsa sendiri..????Ternyata di dalam masalah ini sekadar bangsa sahaja tidak boleh dijadikan hujah untuk menghalalkan segala apa yang orang Melayu UMNO buat pada orang MELAYU pembangkang...kerana ternyata Nbai lebih mempercayai kebaikan dan keadilan seorang raja kristian kerana dia berlaku adil dan tidak bersifat menzalimi..inilah konsep yang pembangkang amalkan bekerja sama kepada mana mana bangsa yang bukan Islam yang boleh menerima dan bekerjasama dengan Islam dan bersungguh-sungguh untuk menegakkan keadilan...apa beza antara MCA dan DAP???inilah bezanya...MCA tidak bersedia menerima konsep negara ISLAM sama macam UMNO juga...tetapi oleh kerana sejak dulu kita ni dah diprogramkan DAP tu komunis..maka kita takut denmgan mereka... sebenarnya MCA tu lagi komunis kerana merekalah yang bertanggungjawab membeli tanah orang-orang Melayu yang dijual oleh barua-barua cina(boneka)dari kalangan UMNO ..tak caya cuba pegi pejabat tanah dan lihat sendiri..ha ha ha....terbukti..bro...takde sqangkaan lagi..mai Perak kome tau le...!!!!

Anonymous said...

puak2 UMNO ni x akan sedor sampai bila2. esok bila Allah turunkan bala pd yg terlibat baru tau.

Nukilan Rasa Juriah Ishak said...

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a. khadam rasulullah, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehigga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".

(Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim)

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi daripada Abu Najih al-'Irbadh ibn Sariyah r.a beliau berkata:

Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hari dan mencucurkan airmata. Kami berkata:Ya Rasulullah! Ia seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kepada kamu supaya bertakqwa kepada Allah 'Azza Wajala, suapaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, nescaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa'Rasyidin yang banyak mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat(iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut)dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan kerana setiap perkara yang di ada-adakan itu adalah bida'ah dan setiap bida'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka".


"Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim;dia tidak menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu disini-sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali- Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruahnya.
(hadis riwayat al-muslim)


masihkah anda semua mencintai rasulullah..?

Anonymous said...

orang2 yahudi atau orang kafir xkan
dapat meruntuhkan islam melainkan orang2 islam itu sendiri,klau di malaysia orang melayu adalah dikatakan islam..
orang2 ammano berjuang untuk bangsa melayu..
*orang ammano ini tx tolak islam tapi tolak hukum islam
*orang amno tx tolak syi'ar islam tapi menolak syariat islam
*orang ammano tk tolak masjid tapi menolak ceramah kat masjid
apa kita yang perlu memanggil orang melayu islam macam ni...
*membuka pusat perjudian
*membuka pusat minuman keras
sebelum ammano memperjuangkan bangsa melayu sila perbetulkan perkataan 'umno'dahulu

sekian.

Lin said...

Salam
Anak Jati Perak said:
kalo kata PAS kata orang, mencerca...tengoklah keadaannya...ada hal yg diharuskan mendedahan keburukan pemmpin....kalo tak kata nak bagi tau macam mana ??? PIkir la...nak redho jer.....mana boleh. Cegah dengan kata2. Lagi satu, kalo tak bagi tentang orang, nak bagi tau tentang sapa ? Binatang...beruk, ayam itik......?

Tungaklangit said:
Dari Imran bin Hushain katanya satu hari Rasullullah sedang dalam perjalanan, seorang perempuan anshar yang mengenderai unta merasa kesal terhadap untanya, lalu dia mengutuk unta itu. Rasullullah saw mendengar kutukan itu maka bersabda beliau: “turunkan wanita itu dan tinggalkan dia, kerana sebenarnya dia yang terkutuk”... Hadith Muslim
Alangkan kalau mengutuk binatang dilarang Rasullullah, inikan mengutuk sesame muslimin... baca dan fahamilah..

Anak Jati Perak said:
Tapi setakat mana usaha kita...usaha Ameno pada MCA/MIC dan usaha PAS pada DAP....ringkasnya itu semua kerja kita...yang mengaku ada kalimah syahadah dalam hatinya...

Tungaklangit said:
Mana fatwa pemimpin pas yang pernah mengatakan bahawa Islam tidak boleh berkerjasama dengan bukan Islam seperti ... dahulu tak boleh tapi sekarang boleh... sekarang fikir siapa yang mempermainkan ayat suci Allah...

Sdr Anak Jati Perak Said:
Maknanya....ameno PAS perlu tolak, segala maksiat, majlis tidak islamik, praktik islam keseluruhannya, politik islam, ekonomi islam, .......boleh ??? antara Ameno dan PAS, mana ke arah itu ???????? Tepuk dada, tanya Iman !
Tungaklangit said:

Agak-agaknya lah kerajaan Pas telah mempratikkan Islam kesemuanya di Negeri yang diperintahinya kot? Jangan kita asyik memandang keburukan orang sedangkan kita tidak tahu kita baik atau tidak.. lihat di Kelantan, Islamik ke perjalanan di sana.. jawablah dengan adil.. janganlah bila tak boleh laksanakan hokum hudud pas kata UMNO tak izinkan.. nak izin macam mana kalau hudud itu bukan hudud Islam tapi hudud pas.. memalukan agama Islam sahaja... lihat draf hudud yang dipbentangkan oleh kerajaan pas Kelantan.

Anony said:
Salam sahabat, alhamdulillah org DAP dah mula faham hukum islam, inilah cara dakwah yg dibawa PAS, moga2 mereka ini terbuka hati untuk memeluk islam, kalau dulu kita pandang DAP tu mcm musuh tapi sekarang pandangan tu dah terbalik, sebaliknya kita memandang UBN tu pula seteru kita. Selama ini kita dimomokkan oleh UBN, insyallah UBN akan kita talkinkan.

Tungaklangit said:
Kamu lupa ke kenyataan karpal singh yang menyuruh kamu melangkah mayat beliau sebelum melaksanakan hokum Islam di Malaysia.. kamu ni membaca atau tidak atau kamu tak ikut perkembangan zaman?

Pancasutra said:
Pernah seorang berbangsa CINA bercakap dengan saya. "Kami orang cina sudah tak takut kalau PAS yang memerintah Malaysia. Kami sudah tengok macam mana PAS memerintah Kelantan. Kalau itu UMNO kuat agama macam PAS, saya rasa kita RAKYAT takkan jadi ini macam."

Tungaklangit said:
Memang betullah orang Dap suka kan pas sebab dapat tanah 999 tahun.. membesarkan tokong.. dan sebagainya.. kalau tak percaya tengok apa yang telah dilakukan oleh nizar, bakal calon pas di p059.. kalau nak tau... dap akan boikot pas kalau tak letakkan nizar sebab nizar ini memang baik orang nya sampai semua yang diminta oleh dap akan diberikan...

Adik anony said
ni....tungaklangit...setakat mengucap kalimah syadah perangai mcm setan tak guna gak..... abis tu umno tu tak hina islam ke?
Bodik said:
tungaklangit....kalau setakat mengucap 2 kalimah syahadat sj x cukup....org2 UMNO yg hina islam juga mengucap 2 kalimah syahadat. mengucap sj belum tentu masuk syurga kalau hina hukum ALLAH SWT, hina Nabi SAW, hina AL QURAN dan mcm2 lg. UMNO ni cukup jahat mcm setan.

Tungaklangit said:
Berkata anas bin Malik bahawasanya Rasullullah saw telah bersabda: Allah berfirman.. Demi kemuliaanKU, dan kebesaranKu, dan rahmatKu, tidak sesekali akan Ku biarkan seorang pun yang mengucap Laa Ilaaha Illallah di dalam neraka” Hadith Qudsi riwayat Tammam...
Sdr anony dan bodik bacalah hadith di atas dan jangan menghina orang yang mengucap kalimah syhadah sebab sesiapa yang mengucapkan nya adalah berada dalam banteng Allah..

Tungeek langit said:
jadi tungak langit adakah umno itu sendiri cukup islamnye. soalan mudah.ada berani buat hukum hudud.? ada berani matikan rumah pelacuran? ada berani matikan kelab kelab malam yang kebanyakan orang yg bekerja n berhibur disitu orang pada dasarnye islam.mati hidup semula pun takkan berani.sebab dah sebati dalam diri umno. di mana islamnye umno.?????? di mana amal maaruf nahi mungkar umno. jadi siapa yang merosakkan islam dan rakyat melayu.

Tungaklangit said:
Memang benar amat sukar untuk melaksanakan hokum Islam di Malaysia sekiranya orang Islam sendiri bertelangah dan kutuk mengutuk sesame sendiri.. yang satu pihak mengatakan mereka lebih Islam dari yang lain.. guna ayat Allah untuk mengkafirkan orang Islam yang lain dan menghalalkan segala tindakan mereka dengan menggunakan ayat Allah...
Satu pemantauan yang diketahui umum.. agak2nya di Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan.. semua amalan seperti saudara tungee langit katakana diatas tak ada ke?.. so kalau nak mengata orang berpada2 dan lebih baik dalam bentuk nasihat sebab kita diwajibkan nasihat menasihati antara satu sama lain..
UMNO adalah satu parti yang memperjuangkan nasib dan kepentingan bangsa Melayu di Malaysia. Dalam masa yang sama, menegakkan syiar Islam di Malaysia.. tak baca dalam Perlembagaan Malaysia ke? Siaakah yang buat perlembagaan itu, org pas? Pkr?.. so dari dahulu lagi UMNO mempertahankan Islam.. sebagai contoh yang terbaru UMNO kata nama ALLAH tak boleh digunakan oleh orang kristian.. tapi org pas kata boleh sebab dalam al quran ada menyebutnya.. satu fakta yang menyeleweng.. Inilah yang akan berlaku kalau kita menggunakan ayat suci untuk kepentingan politik..

Anonymous said...

klau mcm tu mengucap jer la dah masuk syurga eh? riba, mkn babi, berjudi, zina, bunuh, xper la eh.. ko tu mmg dah sesat tungkat langit.. mai la dok muzakarah. jgn dok komen kat sini jer... mai duduk dalam jemaah pas.. jgn duduk dalam gua jer bro...

Lin said...

salam

sdr anony:

hang ni tak percaya hadith qudsi tu ke.. hadith tok guru hang percaya kot... jangan hina org jangan anggap diri kita dah tau segalanya.. banyak ilmu yg ada tapi tok guru hangpa dok ajar benda yang lain .. kutuk, fitnah, maki hamun dan tak percaya org lain cakap...

bertaubatlah sdr ku

yang dimaksudkan oleh ayat dalam hadith di atas ialah Allah akan mengampunkan segala dosa anak Adam apabila dia mati kelak kecuali dia bersyirik dengan benda yang lain...

lain kali janganlah main maki hamun.. ini kita cakap pasal agama... janganlah dok dengar ceramah pas aje.. cuba belajar dari sumber lain...

hang tak percaya ke itu hadith qudsi.. masyallah

Anonymous said...

tungaklangit...ko nak ckp bab hukum hakam, dosa pahala!!!. manusia yg dpt pengampunan dr Allah adalah manusia yg berdosa kpd Allah shj. apakah org2 UMNO ni hany7a berdosa kpd Allnah shj???. berapa byk org2 UMNO buat dosa kpd manusia si Msia ni?...masukan org yg tak bersalah ke ISA tanpa diadili, mkm duit rakyat x tahu halal haram, hina hukum hudud yg dtgnya dr Allah, mencerca Nabi Muhammad SAW, hina Al Quran, org2 UMNO terutamanya yg dah berbini tidak mengajar bininya menutup aurat...terdedah sana terdedah sini. bini pemimpin UMNO peluk lelaki yg bkn mahram. ko jgn nak menggunakan hadis aje, tapi ko x gunakan ayat quran. sepatutnya ko nak bercakap halal haram, hukum hakam semak dulu puak2 UMNO yg sama dgn rejim yahudi bezanya yahudi menzalimi org islam secara terang terangan tp puak2 UMNO ni zalim rakyat msia yg ada beragama islam zalim secara halus... sama aje. setakat mengucap tp menghina nabi dan hukum Allah, neraka jahanam lah jwbnya. kalau ko nak tau hina hukum Allah dan hina nabi SAW...secara automatik jatuh kafir dan blh murtad...aku harap ko yg kena muhasabah blk dr ko. nak belajar cari para ulamak yg bersih semata2 krn Allah bkn krn jaga periuk nasi di bwh puak2 UMNO yg menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal.

Lin said...

salam sdr bodik:

bodik said:

tungaklangit...ko nak ckp bab hukum hakam, dosa pahala!!!. manusia yg dpt pengampunan dr Allah adalah manusia yg berdosa kpd Allah shj.

tungaklangit said:

baik belajar dulu lah bodik.. baca habid ayat tu.. tu sebenarnya ayat hadith qudsi iaitu firman Allah kepada Rasul dan Nabi kita bersabda bukan seperti hadith Nabi yang lain... tak tahu ke Hadith Qudsi?

kalau baca habis kan faham maksudnya... dosa manusia dengan Allah selain syirik akan diampunkan dan dosa antara manusia Allah menyeru supaya sesama Muslim memaafkan antara satu sama lain dan memasuki syurganya... faham tak jangan asyik nak berdebat aje

bodik said:

apakah org2 UMNO ni hany7a berdosa kpd Allnah shj???. berapa byk org2 UMNO buat dosa kpd manusia si Msia ni?...masukan org yg tak bersalah ke ISA tanpa diadili, mkm duit rakyat x tahu halal haram,


tungaklangit said:

itulah yang dikatakan maaf sesama muslim dan Allah menjemput masuk ke dalam syurganya.. apakah bebalnya kau ni...

bodik said:

hina hukum hudud yg dtgnya dr Allah, mencerca Nabi Muhammad SAW, hina Al Quran,

tungaklangit said:

apakah bodoh sangat kau ni bodik.. bila masanya org Islam UMNO hina Allah, Rasullullah dan al quran... kamu ni menuduh dan fitnah orang ni...

yang tak disokong hudud di kelantan adalah hudud pas bukan hudud Allah dan yang haji Hadi tak laksanakan hudud di Terengganu tu nak kata apa siapa kata hudud adalah 0.0001 percent dalam ajaran Islam tak perlu berderas nak laksanakannya.. apa cerita ni?

bodik sai:

org2 UMNO terutamanya yg dah berbini tidak mengajar bininya menutup aurat...terdedah sana terdedah sini. bini pemimpin UMNO peluk lelaki yg bkn mahram.

tungaklangit said:

ini lagi satu fitnah dan mengumpat ... kamu tau tak membuka keburukan orang tak baik tau... mana kau tau org UMNO tak galakkan bini mereka tutup aurat... jangan menuduh nanti terkena batang hidung kau esok

bodik said:

ko jgn nak menggunakan hadis aje, tapi ko x gunakan ayat quran.

tungaklangit said:

kau ni memang bebal dan bengaplah bodik... tukan firman Allah tapi dalam bentuk hadith itu dinamakan hadith qudsi ...lahh tak faham rupanya kamu ni ye... tak apalah mungkin tok guru kamu tak buka bab hadith qudsi lagi... tak apalah nanti belajar balik

boduk said:

sepatutnya ko nak bercakap halal haram, hukum hakam semak dulu puak2 UMNO yg sama dgn rejim yahudi bezanya yahudi menzalimi org islam secara terang terangan tp puak2 UMNO ni zalim rakyat msia yg ada beragama islam zalim secara halus... sama aje.

tungaklangit said:


kamu ni tak habis2 nak hina org Islam dalam UMNO sampai samakan dengan orang yahudi... hei org yahudi ni baik tau.. sebab banyak Nabi dari keturunan mereka cuma mrk yang berfahaman zionis saja yang jahat.. bengap betulah kau ni.. terserlah kedangkalan ilmu kau..

bodik said:

setakat mengucap tp menghina nabi dan hukum Allah, neraka jahanam lah jwbnya. kalau ko nak tau hina hukum Allah dan hina nabi SAW...secara automatik jatuh kafir dan blh murtad...

tungaklangit said:

siapakah diri kamu yang nak jatuh hukum seseorang itu kafir atau murtad... biarlah urusan seseorang itu dijatuhkan oleh Maha Suci Allah dan kamu nanti disoal apa sebab nak campur urusan Allah...

satu lagi yang aku pelik dengan kau ni kan, samada kamu tak nak mengerti sebab aku org UMNO atau kau buta ilmu akau tak tau... percayalah selagi ada ucapan syahadah yang ditutturkan dengan ikhlas dan faham akan keesaan Allah, insyallah Allah akan selamatkan kamu... keredhaan dan rahmat Allah mendahului kemurkaanNya..

bodik said:

aku harap ko yg kena muhasabah blk dr ko. nak belajar cari para ulamak yg bersih semata2 krn Allah bkn krn jaga periuk nasi di bwh puak2 UMNO yg menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal.


tungaklangit said:

alhamdullillah, insyallah aku akan bermunasabah diri... dan sentiasa mencari ilmu dari guru yang bersih jiwanya...
untuk makluman bodik... dalam kitab ihya ulumuddin terdapat huraian ulama dunia dan ulama akhirat.... bandingkan ulama dalam pas dengan huraian ulama dunia... nanti jangan terperanjat... baca ajelah kan..

bukan semua ulama yang berkerja dengan kerajaan sama seperti dakwaan kamu tu... itu sama seperti dakwaan yang pernah dibuat oleh ulama pas...

berhati2 dalam mengeluarkan komen...

namun begitu saya memohon maaf dan saya maafkan saudara atas apa kesalahan sekalipun sebab syurga Allah milik hambanya bukan milik ahli parti tertentu