Ya betul... pagi tadi aku dapat sms khabarkan yang Plak bawah Pokok Demokrasi telah dimusnahkan oleh Jembalang. tak tau sape punya kerja dan tak payah nak tuduh sape-sape sebab tak dak bukti. tapi memang sahih dah kene musnah.
Aku gerak ke tempat kejadian jam 10:45 pagi dan sampai lebih kurang jam 11:00 pagi. masa aku sampai dekat sana, tak ramai lagi yang ada dekat sana. ada la dalam 20 orang. jadi sempat la aku amik sikit gambar-gambar sementara tempat tu tak sesak.
Yang best... dalam ramai-ramai tu ada la sepasang pelancong dari Swede. sempat jugak aku tanya pelancong tu depa datang buat apa? pelancong ka wartawan? mana tau cerita Plak ni?
Depa habaq depa pelancong dan depa tau pasal Plak ni dari kawan depa yang sebelum ni dok sini.
Jadi, pada aku... Plak dan jugak Pokok Demokrasi ni dah jadi salah 1 produk pelancongan yang tinggi harganya dan patut dipertahankan. aku difahamkan oleh pelayaan kedai berhampiran pokok tu, dalam masa sehari, tak kurang dari 20 orang pelancong datang melawat tempat tu dan bergambar kenangan.
Bila aku dengar macam tu, aku tak heran dah kalau ada orang pi tebang atau hancurkan Pokok Demokrasi dan jugak Plak tu sebab setiap tindakan yang dilakukan atas tempat tersebut impaknya ialah semacam 1 promosi kepada nilai sejarah yang berlaku dekat bawah pokok tu.
Pada UMNO/BN, Pokok itu adalah simbol Kemuncak penderhakaan Kerajaan Pakatan Rakyat kepada Raja Melayu khususnya DYTM Sultan Perak, tapi bagi aku pulak (pendapat seposen aku) pokok itu adalah simbol kebaculan UMNO/BN kepada Kuasa Rakyat dan juga simbol Pencabulan nilai Demokrasi, Perlembagaan dan Undang-Undang di Negara Malaysia.
Kalau UMNO/BN tak mulakan pencabulan terhadap Undang-Undang, Demokrasi dan jugak Perlembagaan di Malaysia khasnya di Perak, tak akan tercatat dalam sejarah dunia bahawa satu Sidang Tergempar DUN Perak akan berlaku dekat bawah pokok tu.
Kalau UMNO/BN tak cabul semua yang aku sebut tadi, jangan harap walau sebesar zarah pun pandangan sati dunia akan terarah pada apa yang berlaku dekat bawah pokok tu.
Kalau UMNO/BN tak mulakan semua tu, tak de sape pun yang peduli dekat pokok tu. tak betul ka apa yang aku cakap? korang ingat kalau UMNO/BN tak mulakan semua tu, korang sendiri perasan ke kehadiran pokok tu dekat situ? jangankan korang... aku sendiri pun sikit tak peduli pasal pokok tu sebelum ni.
Jadi tak betul ka bila aku cakap, pokok tu sebenarnya adalah simbol kebaculan UMNO/BN kepada Kuasa Rakyat dan juga simbol Pencabulan nilai Demokrasi, Perlembagaan dan Undang-Undang di Negara Malaysia..?
Terserahlah pada korang...
19 comments:
WAH, AKMU NI PENGHISAP NGEH DAN NGA CINA KOMUNIS TU KAN???
NASIB BAIK BUKAN AKU YANG PI BAGI PECAH KALAU TAK KESAN PUN TAK DAPAT PUNYA...MUAHAHAHAHA
PADAN MUKA...MUAHAHAHAHAHA
SERVE YOU RIGHT!
kurang ajor le tu...sape yang pecahkan ni sah le bukan orang....dengki tak bertempat...
ini mesti suka hati habis si Zali, tunggaklangit & kat atas sekali tuh! apa punya akal daaa...ini bukan kerja Pemuda UMNO! (MuaMuaMua! kalau kerja pemuda UMNO mesti ada peluru 2 butir...MuaMuaMua...)ini kerja PR kot nak provok? (tu kata mamat 3 bersaudara kat atas tuh!)apa ke tak de kojenyo PR nak buat gitu? plak tu dijadikan mangsa...KEH!KEH!KEH! memang juak UMNO dah menunjukkan kebebalan yang maksimum!
Parpu Kari.seperti nama ko, memang parpu yg merapu.
Aku pun rasa yg bagi pecah plak ni bukan kerja manusia. Mungkin kerja Zombie atau Toyol!! Keturunan hantu memang bahaya, jom kita tangkap hantu-hantu nii dan kita telanjang & ikat mereka kat pokok demokrasi tuu..ada berani kaaa???
Ini mesti kerja ayahanda.. dia guna jari hantu jer tuh.. bukankah hari tu dia tunjuk jari hantu dia.. kuat woo..
Aku tau.. ni bukan kerja parpu kari.. kalau tak mesti ada bau2 kari kat situ.. lagi pun Parpu Kari ni bukan berani pun.. dia bagi pecah cawan pun dah kecut teloq dengan bini dia.. kalau pecah buah nyiok buat kari dia terer laa..
tak yah gaduh2...aku yg pecahkan. semak mata aku tengok benda takde pekdah camtu.
Ada la tu mamat mana terlebih minum todi tu yang nak belasah plak tu. Agaknya, dia nak PR buat yang lebih besar bila dah berkuasa nanti.
Aku rasa budak-budak Pemuda UMNO ini baik-baik belaka. Tak mungkin depa yang buat menda-menda jahat macam ini. Depa selalu duduk surau je, baca Al-Quran dan sembahyang tahajjud malam-malam. Tak mungkin.... aku rasa tak mungkin budak-budak UMNO buat macam ni.
Isk isk isk, harap-harap pihak polis dapat tangkap si pesalah yang memusnahkan tugu harapan demokrasi rakyat selama ini. Harap pemuda UMNO buat report polis cepat!!!
Kome ni.. Bukan UMNO kut.. Aku dengar pokok tu berantu... Mungkin hantu kopek punya kerja kut.. tu la kome kaco lagi pokok tu hantu kopek dah mengamuk...
Kasi panggil Ayahanda Pin kut-kut boleh halau momok yang menginap kat situ...
Sap yg gaduh?!!!...bagi aku plak tu ok je..orang yg bahlul & busuk hati je yg angap benda tu menyemak.
Sebab pokok & plak tu, Perak menerima kunjungan dan tumpuan pelancong dalam & luar negeri..bangga la sikit. Secara tak lansung kerajaan PR dah bantu industri perlancungan di perak. hantu Zombie and mamat Azalina 70K patut berterima kasih dgn PR tau!!
Ini mesti kerja "pemuda celaka" ni.. memang celaka betul geng umno jahanam ni
Ni la tahap pemikiran puak-puak UMNO yang lebih rendah dari mangkuk jamban. Kalo mangkuk jamban yang berisi tu disuruh pecah oleh Boss dia.... mangkuk tu pun dipecahkannya tak ade usul periksa lagi!
Macam cerite Ali Baba dgn 40 penyamun... Bilik kecik yg berpangkah tu pun dirompak, bos? Hantam Saja la....!
T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC
(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )
(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )
(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )
(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )
http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html
http://pkrpasdap.blogspot.com
saya tahu siapa buat...
gurband singh...
kalau tak ada lembu korban khalid ibrahim yang terlepas makan rumput sana...terpijak plat...
lepas nie plak kereta CAMRY nizar pulak patah..salahkan orang UMNO..sedangkan dia sendiri yang langgar lembu khalid
Dari UMNO-Reform2.com
Laman Anti Najib – orang UMNO bayar ahli PKR untuk serang Najib?
Moto blogspot tersebut :SELAMATKAN UMNO Sekarang tiba masanya untuk UMNO diselamatkan. Parti Melayu yang terunggul ini sedang dalam bahaya. Bakal dipimpin oleh pemusnah bangsa. SELAMATKAN UMNO. SELAMATKAN MALAYSIA. (http://selamatkanumno.blogspot.co/)
Yang ni pula gelagat ahli Umno kononnya pendokong Tun M. Kelab Che Det (http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=646)
ayy...apa la depa ni buat kerja macam ni...tak patut sungguh.
kalau nak pecahkan tu pecahkan la semua...main pecah belah tepi je.
dah tau keras bawak la backhoe...lanyak dengan pokok tu sekali.
betul tu aku sokong zali
bawak backhoe lanyak pokok tu ngan kepala zali sekali..
KHABAR ANGIN kata ada 2 ekor ANJING mengawan bawah pokok hari tu.
Entah macamana anjing tu, dah lepas SYIOK!!,tercabut... yang sekor tu terpelanting terkena PLAK tu pecah berkecai! AKU fikir yang sekor ni JANTAN kot no..POWER TOI!!
Klu betoi khabar angin ni, AKU fikir tak perlu buat report POLIS lah,tentu tak makan saman punya...naik mahkamah pun tak da jurubahasa.
Pening kepala je..sia-sia je.
BUAT PLAK BARU LAH..AKU SYORKAN BUAT PLAK BESI PULAK KALI NI..KLU TAKAT ANJING JE PASTI SELAMAT PUNYA...TAK TAULAH KOT-KOT NANTI GUNA KREN MAI CURI LAK...MAMPUIHHH!!!
bangsat betui puak2 yg buat benda jahanam tu.
woi cuping merah!!!, beginilah org2 yg x takut ke azab Allah.
Post a Comment