"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, April 14, 2009

Senario Baru Politik Malaysia - malaysiakini

Lepas habis 3 Pilihanraya Kecik di 2 Bukit dan 1 Batang, dunia politik Malaysia kembali tenang. cuma ada sikit kedengaran suara-suara sumbang (lebih tepat lagi kecewa) dari UMNO/BN yang masih tak habis-habis menganalisis keputusan Pilihanraya Kecil di 2 kawasan yang berjaya menobatkan UMNO/BN sebagai jaguh hatrick kekalahan berturut-turut dalam semua Pilihanraya Kecil di Semenanjung Malaysia.

Bab analisis aku tak minat nak ulas panjang-panjang sebab bagi aku yang kalah tetap kalah dan yang menang tetap menang. tak kira la undi tu datang dari sape. kalau kalah dengan majoriti 1 undi pun tetap jugak dipanggil kalah, tak de tapi-tapi lagi dah. ayat tapi ni cukup populor di kalangan mereka-mereka yang kecewa. baik Pakatan Rakyat mahupun UMNO/BN. tapi "tapi" dari UMNO/BN ni banyak sangat. malas nak layan.

Bermula dari 8hb. April, 2009, lanskap politik Malaysia berubah secara drastik. boleh dikatakan semua penganalisis politik menjadi celaru. nak ulas pasai keputusan pilihanraya lagi, nak ulas pasai kabinet baru lagi, nak ulas pasai kes profile tinggi di mahkamah lagi, nak ulas pasai krisis perlembagaan lagi, aku pun pening dan jalan penyelesaiannya ialah jadik pemerhati je.

Biar pakar-pakar lain ulas.

Hari ni pun aku tak berapa nak ulas banyak benda. cuma nak cerita sikit kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku sehari 2 ni.

Ada khabar angin mengatakan beberapa Pilihanraya Kecil bakal diadakan lagi dan kawasan-kawasan yang bakal terlibat ialah Kepala Batas, Merbok, Penanti, Bukit Lanjan dan 1 lagi di Johor kalau tak silap aku.

Yang paling hebat khabarnya ialah di sebelah Pantai Timur bilamana dikhabarkan bahawa DUN Terengganu bakal dibubarkan melalui usul undi tidak percaya. paling awal aku tak tau bila dan paling lewat ialah pada PRU-13 nanti... hehehe...

Dengar khabarnya jugak, Deris Jusoh telahpun menemui Najib untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan. setakat mana kebenarannya, hanya orang-orang yang terlibat je yang tau.

Apa yang akan kita lalui selepas ini ialah pertembungan ideologi dan pertarungan gergasi-gergasi dalam UMNO/BN yang ketika ini berlumba-lumba cuba menjatuhkan pihak lawan. team Najib a.k.a Che Det cuba menjatuhkan team Pak Lah a.k.a KJ, dan team Pak Lah a.k.a KJ pula cuba menjatuhkan team Najib a.k.a Che Det.

Dalam pertembungan ke2-2 team ni (Najib dan Pak Lah) ada yang terlepas pandang bahawa wujudnya 1 lagi team yang bergerak secara "underground". strategi team ni dah disusun dengan kemas dan rapi dan tak ramai orang UMNO/BN yang sedar akan kewujudan team "underground" ni sebab masing-masing sibuk dok susun strategi masing-masing.

Bagi Pakatan Rakyat pula, pertelingkahan dalaman UMNO/BN ini merupakan 1 keuntungan yang memang ditunggu-tunggu. Pakatan Rakyat tak perlu bersusah payah untuk menajtuhkan mana-mana team baik A, B atau C tetapi hanya perlu bersabar dan menunggu untuk menangguk di air keruh (air keruh banyak ikan keli beb...).

Sementara menunggu peluang untuk menangguk di air yang keruh, Pakatan Rakyat bolehlah memantapkan jentera yang ada dan juga perkemaskan semua urusan pentadbiran dan perkhidmatan dikawasan masing-masing.

Tak perlu bersusah payah macam sebelum ni sebab segala pekung-pekung dalam UMNO/BN akan terlondeh dengan sendirinya dan semua ini akan dilakukan oleh gurkha-gurkha UMNO/BN yang telah dibayar atau dibeli untuk menjatuhkan sesama mereka. kali ni jumlahnya mungkin lebih dari RM30,000 kot... best la hangpa...

Dalam masa kurang dari 4 tahun, UMNO/BN akan lingkup dengan sendirinya dan semua ini telah bermula sebaik selesai PRU-12. apa yang sedang kita lihat sekarang ialah zaman kehancuraan UMNO/BN.

Suka atau tidak, sedar atau tidak, UMNO/BN sedang melalui zaman kehancuran dan pada zahirnya mereka sedar semua ini sedang berlaku cuma sikap ego setelah lebih 50 tahun memerintah, membuatkan mereka tidak mahu mengakui apa yang sedang berlaku sekarang dan nada-nada mengatakan bahawa UMNO/BN akan pulih hanyalah harapan kosong.

Perak juga sedikit masa lagi bakal berlaku sesuatu yang menarik. khabarnya MB haram Zambry telahpun mengadap DYTM Sultan Perak memohon perkenan untuk mengadakan sidang DUN.

MB haram nampaknya terpaksa mempertaruhkan kedudukannya yang tidak menentu dengan harapan akan berlaku 1 keajaiban didalam sidang DUN. MB haram hanay memiliki kelebihan 3 kerusi bebas yang 2 daripadanya sedang berhadapan dengan kes rasuah dan jika ditakdirkan berlaku sesuatu yang kurang baik kepada mana-mana ADUN, maka kedudukan MB haram akan menjadi Haram Jadah.

Usul undi tidak percaya akan berlaku bila-bila masa sahaja kecuali berlaku apa-apa kepada Tuan Speaker yang memungkinkan kepada Hee (Timbalaan Speaker) menggantikan Sivakumar dalam sidang DUN.

Apa nak buat, kalau tak panggil sidang DUN maka DUN akan terbubar dengan sendirinya mengikut perlembagaan, kalau panggil sidang DUN, kedudukan belum tentu selamat. itulah akibatnya jika mengambil alih kuasa secara Haram Jadah.

Jangan lupa hari ini juga mahkamah akan memutuskan kedudukan MB Haram sebagai Zambry ops Zambry sebagai MB sah atau tidak dan aku jangkakan bahawa Najib dah Kaw tim dengan tuan hakim maka dengan sebab itulah Zambry berani mengadap DYTM Sultan Perak untuk mengadakan sidang DUN yang pertama dalam tempoh pemerintahannya.

Ada 3 khabar angin yang seronok didengar buat masa ini dan semuanya adalah sekadar khabar angin. dah namanya khabar angin, memanglah syok kan?

Pertama, akan ada usul undi tidak percaya terhadap MB Terengganu Mat Said.

Ke-2, akan ada usul undi tidak percaya terhadap MB Haram Perak.

Ke-3, akan ada usul undi tidak percaya terhadap Najib.

Kalau berlaku khabar angin yang ke-3 seronok kan?

Najib geleng kepala.........

24 comments:

Malaysian-2Day said...

hehehe teruskan lah hidaup ko dengan angan2. tak salah berangan. biarkan luncai terjun dengan labu nya ... biarkan... biarkan ...

Anonymous said...

Malaysia-2Day
Luncai sekarang bukan luncai zaman datok nenek kita, tapi luncai pakar dlm alam cyber, dpt info dari informa yg boleh dipercayi...... kita sama2 tengok.... seronok jugak sesekali dgr cerita macam ni KALAU BETUL LAGI SERONOK

Anonymous said...

aku pulak dengar cerita najib ajak PAS berbaik-baik. ish pening2, jgan pisang berbuah dua kali dah la..............

Anonymous said...

mereka berangan smpi mengingau-ngingau,..

fantasi disangka realiti,.. kesian,..

Unknown said...

Berfikir secara matang...tak salah membuat andaian politik..setidak2nya kita berfikir lebih beberapa tapak kedepan dan bukannya menggangu kerja asasi pun... Kadang2 penganalisa politik pun gunapakai ide kau orang ni..cuma depa tak habaq laaa...
Good luck..Perisik rakyat! HAri tu kau pi mancing ikan ke atau...??? sesekali2 cuti tu ok la..

Anonymous said...

Perak..oh Perak....!!!

Kalau MB palsu (umno) menang court case hari ini, tak heran pun...

Tapi depa nie menang pasal rampas kuasa bukannya cara Gentleman melalui pilihanraya.

Yang dok duduk kerusi exco tu pon kalah dalam pilihanraya umum, satu dari Gerakan dan satu dari MIC. Bikin malu ajer, tamak kuasa giler depa nie, dahlah orang tak sokong hangpa....eesh malunya !!

Harap Nizar, Sivakumar dan lain lain....jangan putus asa...Pakatan Rakyat tetap di hati.

Anonymous said...

hahahha, cik anon 9:02 terlupa fakta,..

Yg menang paling byk kerusi di perak ialah UMNO,.BUKAN PAS,PKR atau DAP,..

sedor sikit yop,.

Anonymous said...

Hello memang Umno menang banyak kerusi..tapi tak dapat bentuk kerajaan kan..hahahaha....tak guna menang pon...

Anonymous said...

kah,.kah,..kah,..

kan skrg dh bentuk,..

huhuhu

budakmelayu said...

Kajian tunjukan undi melayu terhdp PAS berkurang berbanding 2008

Anonymous said...

mmg UMNo mng byk kerusi tapi kalah undi popular. Pastu rampas kuasa, jadi siapa yg gila kuasa?. Yg merampas kuasa atau yg mempertahankan hak dia?. Takan tak tau jawapannya kot?. Ye la, susah nak ajar budak tak cukup umur ni, lemah pulak dlm matematik, gagal dlm geografi, BM pun cukup2 mkn je. Buta warna lagi....dah tak kenal antara mamak dan melayu.....he he he

budakmelayu said...

Rampas Kuasa kepala bapak ko,.

Salahkan org PKR yg lompat dan menerima duit ,..bukan org yg menawarkan duit,..moron

Tok Sidang said...

PR selalu dakwa UMNO gila kuasa & harta,..

Tapi hakikat menunjukkan sebaliknya,.. iaitu org PKR yg mudah termakan umpan lalu melompat parti

sedangkan DSAI gagal memarik wlau seorg pun ahli UMNO melompat dlm tragedi 16sept

Siapakah yg sebenarnya GILA HARTA,.

Anonymous said...

Sya dgr 1 ceramah,.menarik juga

kes eli -
yg berbogel eli,
yg ambil gmbar bf eli,.
yg sebar gmbr bf eli(kemgkinan besar sbb mana sapa tahu dia ada ambil gmbr),.

yg disalahkn,.. UMNO

Pelik2,..tapi org PR percaya bulat2

kes aru
-letak jwt krn diugut
-lari tinggalkan ng krn nyawa diancam
-tpi tinggalkan anak isteri,.xsyg nyawa depa ke???

-yg salah,..spt biasa,..UMNO

Anonymous said...

hidup perisik rakyat....
pedulikan org yang kata bukan2 tu..
dah namamya blog, ikot sukala nak tulis ape... kalau sakit hati jgn bace, g buat blog sendiri....

Anonymous said...

beri atau terima rasuah, sama salah dol!!!

tu lah ammmno, bagi rasuah halal, terima rasuah haram.

dasar x faham agama...

Anonymous said...

bro..pencacai umno pagi2 dah hot..
semangat nampak dibawah payung bijan...khehehe

i'm no king

cuping merah said...

cik anom 9:29
klau nk tau sapa banyak kerusi..panggil kau punya boss la kasi bubar dun.
pasni kita tengok berapa kerusi umno bleh dapat..

Anonymous said...

cuping,..

klu dh menang pe jadah wat perlawanan ulangan,.

dh tentu yg menang akan tggung risiko,.yg dh kalah xrugi pe2,..

HIDUP CHELSEA,..!!!

Anonymous said...

yg kelako nye, masa kempen ari tu, Zambry ckp dia busy dengan keje dia, sebab dia ni amanah rakyat.

hahaha lawak la tambey... bila pulak rakyat pilih hang???

Anonymous said...

Chelsea? sokong la lagi kelab yg didokong yahudi! mmg la tak reti beza mana yg rakyat pilih, mana yg kena rampas!

budi baik said...

nak tau pasaipa gambo eli umno salah?
sebabnye mudah
khir toyol tu beriya2 suruh eli letak jawatan
apehal?
something fishy about it lol...

jerung said...

aku cdgkan pd pr kalau nak memerintah negara ni, ikut cara kotor bn laknatullah. politik ni mmg kotor pun. kalau satu phk main kotor n kita pulak nak bersih, sampai bila tak menang.

Anonymous said...

wahai sahabat sekalian,

Apa yang Anwar cakap mesti betul. 30 orang nak lompat parti masa 16 sep itu betul sebab nak buat kerajaan Anwar, 3 orang nak lompat parti itu tak betul pasal gila kuasa, nak dapat jawatan exco. Umno nak berpecah, bagus lah, boleh Anwar memerintah. Tengok prinsip Anwar, adil dan saksama, semua parti boleh bersuara. Kita blh lihat Y.B Elizebeth masih lagi boleh pegang jawatan exco. Tak macam Abdullah, yang pecat menteri kesihatan dia masa dia memerintah, tak adil langsung. Lagi satu Anwar nie tak gila kuasa, tak de macam Abdullah, sibuk nak nak tunjuk kuasa masa tangkap Teresa guna ISA. Dalam masa yang sama terus Anwar hantar partition tidak percaya dekat Abdullah kat Yang Dipertuan Agong. Tak de nak sibuk hukum sebab tunjuk kuasa kat Teresa. Tengok semua ahli DAP and keadilan yang terselah, semua bebas bersuara. tak macam BN kan. Tak de Anwar nak tunjuk kuasa macam nak gantung ke, suruh die keluar PR ke. Ini baru demokrasi. Tengok masa Anwar dalam Umno, mana ada dia nak tunjuk kuasa, mana ada pemimpin bawahan yang rasuah dia tangkap, tapi dia nak jatuh kan kepala rasuah. Inilah pemimpin yang licik. Lagi satu yang kita suka dengan prinsip Anwar ni tak suka cakap buruk pasal orang dan tak suka fitnah orang. Tengok karpal boleh kutuk dia, dia relax aje. Prinsip Anwar yang paling best dia boleh menyatukan semua orang melayu. Lepas dengar syarahan dia semua orang melayu blh bersatu. Nasib baik dia tak bersyarah kat Najib ngan K.J, silap silap diaorang join P.R . Prinsip Anwar tak taburkan janji janji kosong. Tengok semua agenda semasa pilihanraya, hampir semua nak tercapai. Tak macam satu lagi. Prinsip Anwar tak de kroni. Tender pun semua berpeluang nak dapat. Tengok kat bukit selambau, mane ade kroni, kalau ade ,macam mane blh menang. Prinsip Anwar ni ber jiwa rakyat. Satu negara die turun, tak macam BN. Anwar nie tak samseng, tu yang paling best.