"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 06, 2009

Catatan Selepas XPDC Royalty Minyak

Tepat jam 12:00 pagi 5hb. Ogos, 2009, kami bertolak pulang menuju ke jeti Pengkalan Kubor. hajatnya nak bermalam je dekat tengah laut tu bercahayakan api dari Pelantar Gas dekat depan kami dan cadangnya nak tunggu masa terbaik iaitu lepas subuh.

Dalam kepala kami, mesti cantik kalau dapat ambik gambar Pelantar Gas berlatar belakangkan cahaya matahari yang sedang naik digigi laut. tapi apakan daya, pihak Maritim maklumkan kami bahawa kami tidak dibenarkan berada lama disana atas faktor keselamatan.
Keselamatan diutamakan. walaupun agak kecewa sebab tak dapat ambik shot terbaik Pelantar Minyak berlatar belakangkan cahaya matahari yang sedang naik, tapi hati kami puas sepuas puasnya sebab misi kami berjaya. kami dah lihat dengan mata kepala kami sendiri kebenaran apa yang dicanangkan oleh Kerajaan Kelantan dan dinafikan oleh beberapa pihak.

Para pimpinan UMNO/BN patut berasa malu kepada para peserta XPDC yang sanggup meredah lautan menghadapi bahaya gelombang, menghadapi mabuk laut kerana pertama kali turun kelaut (aku terkecuali la sebab laut tu dah jadi macam rumah ke-2 aku... hahaha...).

Mereka-mereka ini jauh lebih kerdil dari para pemimpin yang ada dalam Kerajaan UMNO/BN tetapi jiwa mereka besar. mereka tidak buta-buta percaya apa yang dikatakan oleh ke 2-2 pihak sebaliknya mereka lebih jujur dalam mencari kebenaran.

Tahniah kepada semua yang turut serta dalam XPDC ini. anda telah melakar sejarah antara rakyat Malaysia yang bernasib baik dan berpeluang melihat sendiri apa yang Malaysia miliki. mata anda menjadi saksi yang melihat dan bukan sekadar tahu melalui pembacaan dan "cerita-cerita orang".

Pihak yang berkenaan baik Petronas mahupun Kerajaan Pusat WAJIB bertanggung jawab dalam hal pembayaran royalty minyak kepada negeri-negeri yang dikaut hasil buminya. jangan dinafikan hak rakyat Kelantan atau mana-mana negeri yang berkenaan kerana itu adalah hak mereka.

Bila aku fikir-fikirkan, tidak salah kalau dikatakan bahawa Kerajaan Pusat terlalu rakus dan tamak. kenapa mesti dinafikan hak rakyat Kelantan..? rakyat kelantan hanya mahu 5% sahaja dari hasil buminya dan selebihnya sebanyak 95% diserahkan kepada Petronas atau Kerajaan Pusat tanpa banyak soal... kalau hasil keseluruhannya ialah RM100, Kelantan hanya meminta RM5 SAHAJA..! kenapa jumlah yang sekecil itupun seboleh-bolehnya cuba dinafikan..?

Keterlaluankah kalau dikatakan bahawa pihak yang terlibat dalam hal ini "TAMAK"..?

Katanya UMNO itu memperjuangkan hak orang melayu... adakah lebih 90% rakyat Kelantan ini bukan melayu..? Najib sendiri pada bulan lepas mengatakan bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menganak tirikan negeri Kelantan tetapi kenapa mesti menafikan hak rakyat Kelantan yang majoritinya dalah melayu..?

Apakah termaktub dalam perlembagaan bahawa melayu itu adalah UMNO dan UMNO itu adalah melayu..? kalau begitu, adakah 100% rakyat Kelantan adalah orang PAS dan adakah tidak pernah selama ini UMNO wujud di kelantan..? Tok Pa, Awang Adek, Annuar Musa, Ku Li dan yang lain-lain itu apa bangsanya..?

Kalau begitu kenapa tak diubah sahaja dalam Perlembagaan Malaysia dan wujudkan sahaja "Bangsa Kelantan" supaya hak melayu Kelantan tidak dapat dipersoalkan oleh rakyat Kelantan..!

Paling-paling tak dapat diterima akal ialah bilamana Tok Pa, seorang anak Kelantan dan juga Ahli Parlimen Jeli (1-1nya kawasan Parlimen yang tiada lampu isyarat..!) menafikan bahawa Kelantan mempunyai hak keatas hasil Gas tersebut... bila Pakatan Rakyat mengadakan demo membantah akta ISA yang zalim, ada pimpinan Pakatan rakyat dituduh sebagai pembelot... tapi bagaimana pula kedudukan Tok Pa dalam hal royalti minyak Kelantan..?

Tidak belotkah Tok Pa pada rakyat tumpah darahnya sendiri..? anda dipilih oleh rakyat kawasan anda untuk memperjuangkan dan berbakti kepada rakyat kawasan anda yang berada dalam salah 1 kawasan Parlimen di Kelantan tetapi anda telah menafikan hak mereka.pemimpin jenama apakah itu..?

Harap PRU-13 nanti rakyat kawasan yang bakal ditandingi oleh Tok Pa akan menolak Tok Pa kerana tidak ada Parlimen atau DUN di Kelantan yang memerlukan seorang pembelot sebagai wakil rakyatnya. kita tak perlu pembelot dalam negeri ini.

Hati aku panas bila teringat dekat Tok Pa tapi nasib baik Ku Li dapat sejukkan hati aku... walaupun Ku Li juga datang dari UMNO, tapi ternyata Ku Li leboh rasional dan layak berada di tempatnya berbanding pimpinan UNO yang lain... tapi aku heran, kenapa orang yang macam ni lah yang lebih-lebih dahulu dijatuhkan didalam UMNO..?

Sekarang aku tak heran lagi sebab makin jelas dan terang, Rakyat Malaysia tak perlukan pemimpin yang tidak bekerja untuk rakyat dan sebaliknya UMNO pula tak perlukan pemimpin yang bekerja untuk rakyat.

nafikan hak rakyat dan anda layak untuk menduduki carta teratas pimpinan UMNO atau paling tidak pun bakal pemimpin didalam UNMO..!

Dah la... jangan sebut lagi UMNO sebagai pejuang dan pembela melayu di Malaysia. makin benci aku dengan UMNO ni. aku tak kan bagi peluang lagi untuk UMNO. CUKUP..!

Aku nak upload gambar-gambar XPDC lagi lepas ni... sabar...

9 comments:

matstimketum said...

sebenarnya wang royalti itu adalah hak pemimpim umno kelantan selama ini rasanya? mana boleh nak beri kepada kerajaan pembangkang di kelantan! orang kelantan sedarlah dan bangkit menuntut hak anda dari kerajaan persekutuan.

Prof. Era Pasca said...

cayalah TPU... boleh masuk gunius malaysia book of record... ialah dapat jumper pertemuan baru di perairan kelantan.. team korang mmg bagus... baginda nnt baginda nak sort dan amik letak lam post baginda... Najib pun tak boleh sampai ke situ... PEMIMPING APO GITU?

Rohaifi Azri said...

senyap nampaknya pencacai2 UMNO, xde ke yg nak hantar komen dah kat sini? membela nasib melayu kunun!!! tak anaktirikan negeri yang ditadbir pembangkang kunun!!!

UMNO memang dah lama mengidam untuk dapatkan semula kelantan, apa taknye, kelantan negeri yang ada hasil bumi yang berharga, emas hitam!!!

pergi jahanamlah umno!!!

CAKAP2BOLA said...

Satu kajian yang bagus. Mana nak letak muka Tok Pa tu? Lihatlah peserta XPDC hanya menaiki bot nelayan sahaja...kalau UMNO mesti naik heli VVIP atau Blackhawak TUDM. Dia ingat harta kerajaan ni UMNO punya

red warrior said...

jahane nate pemimpin umno...

demo hari2 dok oyak kelate miskin...

padahal demo curi hak kami...

beruk la nate sek umno...

1 sen pom ak xhalal sek2 mung wat make..

make duit hare la...

kepada tok pa, awe adik, nuar muso..

brehim ali...

kecek jah brapi,...


demo tuh ore kelate jugok...

baso bengong..

Anonymous said...

tok pa ni nak makan seorang,dia tak nak share makan ramai2 dlm talam...geli dia kata..so pakai sudu garpu.. mesti banyak belanja. ..sudu pula dr perak stainless..sebenarnya amno tamak dengki dia takut golongan agama cermat berbelanja dgn berhemah..nanti org lain tertarik pd negara kebajikan yg tgna cadangkan..sanggup puak2 ni menidakkan apa yg rakyat sepatutnya terima..

raihanah said...

bagusnya...teruskan usaha

mangkukhayun said...

Salam...
Mana dia juak2 UmNgok ni...?
Mana dia brahim ali...kecek jah berdengung berdengang...membela melayu konon....piiiiraaaaah!!!!!!
Bangso jenis makan hasil ore......
dunia akhirat kawe tak halal......
juak2 umngok ni bila kecek soal ni pakat senyap....1malaysia kononnya...
tak puas2 dok nipu ore idup-idup.....
yang juak2 umnGok ni pulak bangso bangang tahap b*b*................
cis!!!! membela melayu konon......
Khakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....phuiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

kat cakerawala ade minyak ke bro..ambe rase situ gas je..maybe ade sket kot minyak..huhu