"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 06, 2009

XPDC Royalty Minyak (6) - Pelantar Minyak SAH Di Perairan Kelantan..!

Lepas maghrib dari jauh dah kelihatan cahaya kemerah-merahan di tengah laut... kejap terang kejap malap... bila tengok cahaya tu, aku dah tau... itu memang cahaya dari flair pelantar minyak... teringat masa aku kerja di Kemaman dulu.

Cahaya macam ni memang biasa aku tengok kalau nak ke Kerteh. memang aku biasa sangat dengan cahaya ni... 2002-2007 aku di Kemaman. bekerja dalam Pelabuhan Kemaman atau lebih dikenali sebagai Kemaman Supply Base (KSB). kalau di KSB pun boleh tengok api dari flair di Terminal Gas bersebelahan KSB.

Kalau duduk dekat dengan area flair tu, boleh dengar bunyi dengung api yang keluar dari corong pelepasan. kalau berani, kalau di Kerteh, korang lalu di GPP1, akan nampak api marak yag keluar dari valve yang dibina serendah-rendahnya... pergi la dekat-dekat kalau nak jadi sate..!

Valve ni dibina untuk menstabilkan tekanan gas dalam paip yang menyalurkan gas ke kawasan pemprosesan kalau tak silap aku... lebihan tekanan boleh mengakibatkan kebocoran dan ini akan membahayakan pusat operasi dan kawasan sekitar. jadi untuk mengelakkan tekanan yang tinggi dan bahaya, lebihan gas akan dibakar untuk menstabilkan tekanan didalam paip.

Kalau aku salah, betulkan aku...
Jangan lupa pada-Nya walau dimana kita berada...
Selepas 12 jam menempuhi perjalanan, akhirnya kami tiba juga di tempat yag dituju... dan inilah yang kami jumpa... terbukti ianya benar... cuma 153 kilometer dari jeti Pengkalan Kubor... ini yang kami jumpa...
Api inilah yang dapat kita lihat dari jauh... ini bukan Pelantar Telaga Buta, tapi ini ialah Pelantar Telaga Gas..! Kerajaan Kelantan telah ditipu oleh KERAjaan Pusat, Mustapha Mohammad telah menipu rakyat negerinya sendiri..!

Kita akan pastikan rakyat Kelantan mendapat kembali haknya yang telah dinafikan selama hampir 5 tahun..!

KERAjaan Pusat pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal WAJIB membayar jumlah royalty yang telah dituntut oleh Kerajaan Kelantan..! jangan terus-terusan merompak hasil kekayaan negeri Kelantan..!
Layan slodeshow pulak sementara aku upload lagi gambar-gambar seterusnya...
Selingan dari Weblog Husam Musa -

5 Ogos - Seramai 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan selamat kembali petang ini selepas bertolak ke kawasan berkenaan pagi semalam.

Mereka yang terdiri daripada wartawan, jurugambar, blogger dan pemimpin masyarakat tiba kira-kira jam 3.20 di jeti Pengkalan Kubur hari ini. Manakala rombongan anggota EXCO, Dato' Husam Musa pula tiba di pangkalan Tok Bali jam 11 malam tadi. Rombongan itu disertai 20 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat. Kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan YB Dato Hj Husam.

Kini sah kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya terletak 153 kilometer dari pantai di Pengkalan Kubur. Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru-ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut.

YB Dato Hj Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas. Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali," katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit.

Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan.

"Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan. Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu," ujarnya.

Katanya lagi ", kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur. Sekarang baru bulan Ogos, ada hampir sebulan Ramadan, jadi kerajaan pusat sepatutnya menyerahkan royalti berkenaan Ramadan bagi membolehkan ia diagihkan kepada rakyat," Beliau juga berkata, juru-ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan.

Dalam pada itu, semasa menyambut kepulangan mereka yang mengikuti ekspedisi tersebut, Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa syukur kerana rombongan selamat pulang setelah mengikuti perjalanan ekspedisi itu selama dua hari. "Ekspedisi ini misi rakyat dan mereka amat prihatin bagi mempertahankan hak mereka."Rakyat Kelantan sentiasa sedar terhadap tanggungjawab menjaga hak dan harta yang dikurniakan Allah, di samping menjaga maruah," katanya.

20 comments:

nijar barua DAP said...

Ala la la latok, ala la la latok duit balak dah habis, ceramah kuat kerja malas, duit minyak pula kami mau tok.

Tinta Hitam said...

itu sebab saya memang tak hormat pada UMNO.UMNO pada saya sehina anjing kurap dijalanan.Mereka adalah penipu dan penghisap darah.Jika orang melayu nak maju UMNO dan pemikirannya perlu lah dibuang jauh dari kehidupan mereka

CUPING MERAH said...

saya sokong TINTA HITAM klau nk malaysia maju,aman dan makmur kita kena campak umngok ke laut..

CUPING MERAH said...

ooo..baru aku ingat inilah plantar yang di buat kat tempat aku dulu...

nama syarikat tu SEMBAWANG...
AKU TK PERNAH TERFIKIR PON KLAU PLANTAR INI DICAMPAK DILAUT PERAIRAN KELANTAN..

StopaOhStopa said...

si barua tu abih modal dah, toksah masuk sini ler wat malu kengkawan umno je, barang rosak pergi letak jauh-jauh, busuk, melayu tipu melayu udah lama dah, celikkan mata bukakan telinga kembangkan hidung ... BARUA !

mangkukhayun said...

Salam,
Bila kerajaan negeri Kelantan nak royalti minyak maka berkokok la juak2 UmNgok bahawa itu bukan minyak Kelantan tapi minyak Malaysia...inilah lawak internasional rupa-rupanya hinggakan seorang menteri dari Kelantan pun sanggup menafikan hak orang Kelantan....
Harap juak2 UmNgok ni baca interview Mingguan Malaysia (alias Utusan Meroyan) pada 2 Ogos...paham macam mana orang Pas dan UmNgok bekerja....
Kuli bagi contoh mudah jer...antaranya kalau bina atau buat sesuatu Kerajaan negeri tak tulis pun "SATU LAGI PROJEK PAS" ...hehe..tapi kalu pi mana2 projek pusat "SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL"....terpampang di tepi2 jalan...nak tunjukkan bahawa inilah jasa Be End....(tapi tak tahu orang bacapun menyampah...)
Pasal royalti minyak soalnya bukan parti pas atau umno...tapi itu hak rakyat kelantan. Kenapa Sarawak, Sabah an Terengganu dapat royalti minyak sedangkan Kelantan yang jelas telaga minyaknya lebih dekat tak dapat? Inilah slogan 1Malaysia yg diwar-warkan....sedangkan semua tahu di Kelantan hampir 90% adalah bangsa melayu dan beragama islam. Betulkah umngok memperjuangkan bangsa dan agama? Tetapi sanggup mengenepikan hak mutlak bangsa yang kononnya merupakan teras perjuangannya??? Inilah satu penipuan secara terang-terangan yang ditelan oleh juak2 UMNGGGGGGOKKKKKK!!!!!!

Anonymous said...

FUYYOOOOO...JUMPE TELAGA MINYAK...ERR BARU MINGGU LEPAS AKU PEGI SANA GAK.AKU PUN TERRRRJUMPE TELAGA MINYAK LG BESAUUU!! TP NK KECOH APE?..BELUM TAU SAPE PUNYE? TUNGGU LE DULU KEHKEHKEH..APSAL? DH KELOLO SGT KE DGN DUIT MINYAK?..DUIT TEBANG BALAK DH ABIS KERR??..AHHH LAYANNN KEHKEHKEH YEHAAAAA!!!

Anonymous said...

Woi Jeffry barua Umngokkkk

Hang memang Ngokkk

Itu memang hak rakyat kelatan, kena la tuntut...

Umngokk ni nak perabis duit ada la macam kat ganu ,, stadium runtuh ,,,apa raa

Anak Ku Sazali said...

Nijar barua Dap....

Jeffry.....

sekarang bukannya tentang balak dah habis atau tidak...tetapi tentang hak kerajaan negeri yang dinafikan oleh kerajaan pusat....

kotak pemikiran politik umno memang sampah....dan air longkang..kerana apa?

1.Oleh kerana kelantan diperintah oleh pas(yang dipilih oleh rakyat...bukannya melalui rampasan kuasa) maka semua peruntukan dan hak dinafikan....walaupun satu bangsa dengan umno...Umno tak pentingkan bangsa melayu...tapi pentingkan survival politiknya sahaja....perjuangan umno kononnya untuk bangsa memang tak relevan langsung....sudahlah pemimpinnya macam ini...bloggernya juga berfikiran seperti yahudi.....


2.Otak serta pemikiran blogger umno macam jeffry sebenarnya membuktikan bahawa selama ini umno dok anggap bahawa semua harta di bumi malaysia ini adalah milik umno..bukan milik kerajaan Malaysia.....sebab tu berlaku salahguna pelbagai institusi kerajaan dan media....bayangkan dominannya pemikiran umno dan penyokongnya yang jumud dan beku menganggap bahawa semua media adalah miliknya....semua institusi kerajaan adalah miliknya....

3.Adakah salah membantu negeri yang 99% melayu...kata perjuangkan melayu...Jangan lupa kerajaan kelantan dipilih oleh rakyat..maka kerajaan kelantan memegang amanah untuk memakmurkan kelantan....apakah orang kelantan semunya pas..tidak...ada juga puak umno..royalti ini hak untuk semua rakyat kelantan tak kira parti dan bangsa...kenapa umno nak nafikan hak rakyat kelantan..

3.Nampaknya pemikiran blogger umno macam jeffry hanya sesuai diletakkan di dalam bakul sampah....tak pun di dalam lubang najis...lagsung tak ade idea.....lain kali kalau nak mencelah biar lah logik sikit....

jangan bongkak sangat...

jangan takbur sangat....

Ingatlah(terpulanglah kat ko berdua n*jar barua dap dan jeffry hooi) selagi umno bongkak dan smbong selagi tulah kekalahan akan menimpa umno.....

dulu waktu Paklah naik...sokongan dan mood rakyat menyokong umno bn sehingga merampas trengganu( tu pun kena tarik royalti bila pas menang--.memang sah macam yahudi)..
tetapi naiknya najib..berserta blogger umno yang bodoh....sokongan rakyat masih bersama pakatan rakyat....kalahnya 5 pilihanraya tidak mengubah tabiat dan sikap pemimpin dan blogger umno.....terpulanglah.....

selamatkanumnopahang said...

jeffry, balak kat pahang umno pahang xde amik ke..haha

mangkukhayun said...

Kalu org kata yahudi .....>>>>marah!!!
Kalu org kata tak betul......>>>>>marah!!!
Kalu org kata tak islam...>>>>>marah!!!
Kalu org kata demostrasi..>>>>>marah!!!
Kalu org kata tak nak kerjasama...>>>>>>marah!!!
Patutla tok guru kata ....>>>> pi jahanam la....!!!!
AKU SOKONG!!!!

Anonymous said...

sbb itu sekali lagi saya nak ingatkan pada pemimpin2 pas yg buta dan mufti yg minat politik... kalau nak bercakap pasal perpaduan mintak tolong kerajaan federal layan kerajaan kelantan secara bermaruah.

layan seperti apa yg termaktub dlm perlembagaan malaysia. layan sama rata sepeti negeri2 lain. kalau yg dah sedia tertulis pun tak boleh buat rentikan le angan2 perpaduan bodoh tu.

Anonymous said...

ha3...umno ni memang parti haram jadah...diaorg ni ingat malaysia ni mak bapak diaorg punya... yang aku tau umno kebanyakkan otak tak kembang sebab makan duit haram byk... dari kecik sampai dewasa dok makan duit haram...sama laa makan babi.... semua yang umno buat majoriti nya haram... haram ngan halal sama jaaa....

ahli umno yang duk kat negeri pakatan rakyat tak sedar2 lagi ka.. kerajaan pusat menganaktirikan kerajaan negeri pakatan rakyat.... kata satu malaysia...pembela bangsa,...kat kelantan ngan kedah tu bukan ka byk melayu? melayu umno pun ada.... kat mana yang perjuangkan melayu.... tu aku berani kata ahli2 umno kebanyakan bodoh tahap lembu...lebih bodoh dari lembu.... dungu....

Anonymous said...

Pergi mapuh UMNO. Nipu rakyat kelate. Maaf Dato Pa'. Ambo x sokong demo dh pah ni.

tengala said...

Siapa cakap balak Kelantan dah habis...Kalau kat Pahang tu mungkin orang percaya,banyak bukit dah gondol.....
Kepada pencacai UMNO inilah masanyanya untuk membuka minda saudara adakah UMNO menipu rakyat atau tidak...Jika UMNO sebuah Parti yang benar sudah tentu royalti minyak ini akan diberikan kepada rakyat Kelantan.Apa yang berlaku ialah menggunakan media untuk menipu perkara yang sebenar...
Dalam isu ini kita ketepikan hal politik masing2.Ini soal hak rakyat baik PR atau BN.
Hak seseorang kita tidak sesekali dibenarkan dalam Islam untuk menafikan haknya...
Jika UMNO gagal mengembalikannya kepada Kelantan maka sumpahan TGNA memang benar berlaku iaitu UMNO sama macam PARTI KOMUNIS di China.....

aku PAS said...

aku dah ckp dari dlu lg, tu mmg hak kelantan. Pemimpin umno yg bangang nak mampus tu yg buat sial... Tok Pa tu mmg lahanat, bodoh, mangkuk ayun, bengap!!!

buat pemimpin umno & puak2 penyokong umno..korang mkn la harta org lain, Allah akan balas setimpalnya!!! org bukan islam yg mkn babi tu lebih bagus dari korang yg mkn harta haram!!!


AKU AKAN TUNTUT KAT AKHIRAT KELAK!!! BERSEDIALAH KORANG!!!

JAHANAM UMNO!!!!

ISLAM FOR ALL!!!

Terang Bulan said...

Flare la!
Bukan flair

AkuKaya said...

TPU,.. untuk pengetahuan, Pelantar Lawit, Jerneh dan Bintang dah lama ada kat. Lawit sejak tahun 196/97 lagi kalau tak silap. Bintang tahun 2000/2001. Jerneh tak ingat tahun bila. So... banyak tuuu... Jangan claim setakat 5 tahun lepas punya royalty je... Claim kasi habis.

TPU,.. tangan lu gegar lagi la beb snap pakai low speed.. hehe.. Kena bawak tripod next time. Try pakai lens f2.8

red warrior said...

jahane nate pemimpin umno...

demo hari2 dok oyak kelate miskin...

padahal demo curi hak kami...

beruk la nate sek umno...

1 sen pom ak xhalal sek2 mung wat make..

make duit hare la...

kepada tok pa, awe adik, nuar muso..

brehim ali...

kecek jah brapi,...


demo tuh ore kelate jugok...

baso bengong...

Topeng Perak® Unmasked said...

AkuKaya - tangan tak gegar... tapi cuaca memang tak bagus sangat-sangat...

Pakai tripod pun sure fail sebab ombak cukup kuat malam tu.

Kalau dapat rapat dengan Platform jarak 100 mtr pun dh cukup bagus n sure gambar memang cun gila, tapi kami dapat rapat sekitar 1km je.

Gambar ni pun dah habis setting dah... terpaksa pakai ISO 3200.