Pihak Marin juga telah memberikan kerjasama penuh dengan menghantar satu pasukan dengan sebuah bot laju yang mengiringi kami sepanjang perjalanan ke Pelantar Minyak Cakerawala bagi memastikan keselamatan para peserta XPDC ini.
Setiap peserta dibekalkan dengan sehelai jaket keselamatan sebagai persediaan jika berlaku sebarang kemungkinan.
Bersama-sama mengaminkan doa bagi memohon kelancaran dalam perjalanan pergi dan balik dan juga memohon bagi dilindungi oleh-Nya didalam perjalanan kami... Amin...
Salah seorang anak kapal yang terlibat dalam XPDC Royalti Minyak...
Bot laju pasukan Marin yang mengiringi perjalanan kami...kecik, tapi laju..!
Awak-awak sedang bersiap-sedia sebelum bertolak...
Orang ramai yang turut serta memberi semangat menghantar rombongan XPDC Royalti Minyak...
Setibanya kami dijeti, kelihatan sekitar 150 orang sudah berkumpul pihak wartawan juga tak ketinggalan. satu situasi yang menarik berlaku dimana kami yang rata-rata bertugas sebagai wartawan dan blogger, "dihantar" oleh para wartawan dan juga blogger seperti kami dan yang lebih menarik ialah, para Pimpinan juga turut serta.Selalunya kami yang mengiringi mereka tetapi hari ini, sebaliknya berlaku kerana kami adalah antara peserta. best..! hahaha...!!!
Tepat jam 10:00 pagi, rombongan kami bertolak dari jeti menuju ke pintu Kuala untuk ke Laut Lepas dan seterusnya menuju ke destinasi kami - Pelantar Cakerawala.
Layan Slideshow pulak sementara aku upload gambar-gambar seterusnya...
No comments:
Post a Comment