"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 06, 2009

XPDC Royalty Minyak (1)

Pagi selasa lepas subuh aku bertolak dari Kota Bharu menuju ke Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubur untuk acara Perasmian dan Pelepasan XPDC Royalty Minyak yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan dan XPDC akan diketuai oleh Dato' Husam Musa.

Tengah jalan, aku singgah di Wakaf Baru untuk menjemput Blogger Kelate Kito yang akan bersama-sama kami dalam XPDC ini. lepas jemput Kelate Kito, terus gerak ke tapak lokasi perasmian. lengang... aku dengan Blogger Kelate Kito terkulat-kulat dekat 15 minit.

Lepas tu sampailah wartawan Suara KeADILan dan TVAntara disusuli oleh lain-lain wartawan, YB-YB, Blogger-blogger dan lain-lain peserta yang akan ikut serta.
Last check-up... wartawan Suara KeADILan...
Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaafar pun turut serta dalam XPDC ini...
Wartawan Sinar Harian pun tak ketinggalan...
YB Mahfuz Omar... Ai... semua geng-geng Demo Anti ISA ada nih..!
Salahuddin Ayub... Dah dapat baju ke belum..?
Syeikh@Kickdefella... cover perut a..?
Saifudin Nasution pun ada...
Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim... Di pagi yang mulia ini, saya melancarkan XPDC Royalty Minyak...
Sebahagian dari peserta bergambar kenangan sebelum bertolak...
Acara perasmian disudahi dengan majlis makan-makan sarapan pagi berupa Bihun Goreng dan Nasi Goreng, sedikit minuman ringan dan juga sessi makan-makan ubat pening supaya para peserta tidak meminta untuk balik awal sebelum waktu yang dijadualkan...
Layan Slideshow pulak sementara aku upload gambar-gambar seterusnya...

4 comments:

Neo said...

alamak bro, cun lak topi YB Saifudin tuh.. belh dpt stok ka? hehehe

CUPING MERAH said...

TPU....klau ada baju xpdc lebih kasi laa kat aku satu...
yang ko dah pakai pon bleh gak..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

ummi pong nak gak baju tu..huhu..tak dpt gi..dpt baju pun jadi laa..

PAK CHAD Jr said...

DAH TERANG DALAM KAWASAN NEGERI KELANTAN DEPA NAK KONA MACAMMANA LAGI